Cakap Ajuk Ke Cakap Pindah

10
Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya. 1. “Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar?” kata Siti. 2. “Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang cemburu saya,” kata pemuda itu kepada seorang pegawai polis. 3. “Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu berenang. Cepat, cepat tolongnya,” jerit Fatimah. 4. “Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis macam tidak bertindak sesuatu,” kata seorang tua di kedai kopi. 5. “Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika kalian masih bersikap begini, saya akan menghubungi ibu bapa kalian,” kata guru kelas kepada sekumpulan pelajar. 6. “Cis! Aku juga pendekar yang bukan alang-alang. Jangan sangka aku akan tunduk kepada keriskau. Kalau berani, biarlah kita berlawan lelaki sama lelak,” kata Hang Jebat kepada Hang Tuah. 7. “Oh! Tuhan, ampuni dosaku. Berilah saya kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan,” kata gadis itu. 8. “Abu, sekarang mak akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah kamu. Nanti kamu masak gulai sayur yang disediakan di dapur sebagai lauk malam ini dan bekalan awak di sekolah esok,” kata emak. 9. “Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah, hubungi saya dengan telefon,” kata jurujual itu kepada Tauke Lim

description

bm

Transcript of Cakap Ajuk Ke Cakap Pindah

Page 1: Cakap Ajuk Ke Cakap Pindah

Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. “Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar?” kata Siti.

2. “Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang cemburu saya,” kata pemuda

itu kepada seorang pegawai polis.

3. “Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu berenang. Cepat, cepat tolongnya,” jerit

Fatimah.

4. “Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis macam tidak bertindak sesuatu,” kata

seorang tua di kedai kopi.

5. “Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika kalian masih bersikap begini, saya akan

menghubungi ibu bapa kalian,” kata guru kelas kepada sekumpulan pelajar.

6. “Cis! Aku juga pendekar yang bukan alang-alang. Jangan sangka aku akan tunduk kepada keriskau. Kalau berani,

biarlah kita berlawan lelaki sama lelak,” kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.

7. “Oh! Tuhan, ampuni dosaku. Berilah saya kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan,” kata gadis itu.

8. “Abu, sekarang mak akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah kamu. Nanti kamu masak gulai sayur yang

disediakan di dapur sebagai lauk malam ini dan bekalan awak di sekolah esok,” kata emak.

9. “Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah, hubungi saya dengan telefon,” kata jurujual itu kepada Tauke Lim

10. “Assalamualaikum, ada orang di rumah? Saya hendak mencari Kassim.   Adakah dia ada di rumah?” kata pemuda

itu

Page 2: Cakap Ajuk Ke Cakap Pindah

11. Jawapan

12. Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

13. 1. Siti bertegur sapa kepada Minah lalu mengatakan bahawa mereka sudah lama tidak berjumpa dan

bertanyakan khabar kepadanya

14. 2.       Pemuda itu menafikan dakwaan itu kepada seorang pegawai polis lalu mengatakan bahawa dia tidak

pernah  terlibat dalam kes kecurian dan semua hal itu fitnah orang lain yang mencemburuinya.

15. 3.  Fatimah menjerit dan meminta tolong kerana adiknya terjatuh ke longkang. Fatimah mengatakan

bahawa adiknya tidak tahu berenag sambil meminta orang ramai supaya cepat menyelamatkan adiknya.

16. 4        Di kedai kopi, seorang tua berasa sungguh kesal terhadap pihak polis kerana ketika itu kes ragut

berlaku satu demi satu

17. 5       Guru kelas menasihati sekumpulan pelajar bahawa beliau tidak mahu mereka terus malas dan tidak

membuat latihan dan jika mereka masih bersikap begitu, beliau akan menghubungi ibu bapa mereka.

18. 6       Dengan perasaan marah, Hang Jebat mengatakan bahawa dia juga pendekar yang bukan alang-alang

dan Hang Tuah tidak patut  menyangka bahawa dia akan tunduk kepada kerisnya. Hang Jebat juga

mencabar Hang Tuah bahawa jika Hang Tuah berani, mereka boleh berlawan secara lelaki dengan lelaki.

19. 7        Gadis itu berdoa kepada Tuhan agar  mengampuni dosanya dan memberinya kekuatan untuk

menghadapi segala kesusahan.

20. 8.       Emak memberitahu Abu bahawa ketika itu dia akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah Abu.

Emak memesan Abu supaya Abu memasak gulai sayur yang disediakan di dapur selepas itu sebagai lauk

malam itu dan bekalan Abu di sekolah keesokan hari.

21. 9.      Jurujual itu meminta diri kepada Tauke Lim  lalu mengatakan bahawa jika ada sebarang masalah,

Tauke Lim boleh menghubunginya dengan telefon.

22. 10.   Pemuda itu memberikan salam lalu bertanya sama ada terdapat orang di rumah dan menyatakan

bahawa dia hendak mencari Kassim  sama ada Kassim ada di rumah.

Page 3: Cakap Ajuk Ke Cakap Pindah

Menukar Cakap Pindah Kepada Cakap Ajuk

Cakap ajuk boleh ditulis dalam dua cara:

(a) Ayat bentuk dialog dengan pengunaan tanda pengikat kata ("...").

(b) Ayat bentuk dialog yang tersusun mengikut turutan penutur. Nama penutur ditulis pada sebelah kiri sahaja. Tidak perlu tanda pengikat kata.

1 Anda perlu menukarkan kata ganti diri, masa dan tempat kepada bentuk kata diri ganti yang sesuai dalam ayat. Kata ganti diti "dia" ditukar menjadi "saya", "aku" menjadi nama seseorang, "mereka" menjadi "kami", "disana,disitu" menjadi "disini", "masa itu" menjadi "masa ini".

2 Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan dialog.

3 Anda perlu menulis tanda soal (?), dan tanda seru (!) dalam ayat yang ditukar. Frasa kata seru hendaklah ditukar dengan kata seru yang sesuai seperti "wah", "memuji ", "Aduh", "menyatakan sakit atau mengaduh" dan sebagainya.

4 Pengunaan kata singkatan boleh digunakan seperti "nak" untuk "hendak", "mak" untuk "emak", "dah" untuk "sudah", "mau" untuk "mahu".

5 Perkataan bahasa Arab seperti alhamdulillah, astaufirrullah, lahaulawala kuwataila dan sebagainya boleh digunakan. Sebagai contoh, "alhamdulillah" bagi "mengucap syukur", lahaulawala kuwatailla" bagi "mengucap panjang".

6 Unsur-unsur slanga dan dialek boleh digunakan. Sebagai contoh "jom" untuk "mengajak", "satsat" untuk "sebentar", "bergebang" untuk "berbual kosong".

7 Anda boleh menambah imbuhan pada kata-kata yang sesuai agar menjadi ayat yang lengkap.

8 Jangan mencampuradukkan bentuk cakap pindah dan cakap ajuk sekali gus. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.

9 Jangan mengubah maksud dan struktur ayat asal.

Soalan Latihan

Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk dengan mengekalkan maksud asalnya. Gunakan bahasa yang gramatis.

Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya. Hazmi menyuruh Amir bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia takut sekira giginya dicabut. Hazmi menjelaskan kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan giginya besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika ada cara lain. Amir memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor hanya menampal lubang pada gigi Amir. Amir berseruju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.

Page 4: Cakap Ajuk Ke Cakap Pindah

Contoh Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Jawapan:

Mak Limah ......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?Pak Usop......... : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.Mak Limah...... : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.Pak Usop .........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.Mak Limah ......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?Pak Usop .........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.

...................................................................................Soalan Latihan:

Latihan 1:Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

...............Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke bandar. Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak mahu Azman memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung mereka pun tiada kurangnya berbanding dengan bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja sebagai petani iatulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali lagi Yahya menegaskan bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana hasilnya tentu lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman sahaja mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di bandar.

Page 5: Cakap Ajuk Ke Cakap Pindah

Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.

1. “Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,” kata Yusri kepada Salleh. 

2. Kata Normah kepada Sarah, ”Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan mendapat sakit.” 

3. “Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air, “kata Erra. 

4. Kata Azan, “Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan menimpa rumahnya.” 

5. “Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi,” kata Muiz. “Saya akan mematuhi semua peraturan projek ini, “sambungnya lagi. 

6. “Ular! Ular!” Mak Minah menjerit. “Ada ular dekat pasu bunga besar itu,”katanya lagi. 

7. Kata Julia, “Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.” 

8. “Kalau tak tahu jangan buat,” kata Cikgu Siti. “Biar orang yang tahu saja yang membuatnya,”sambungnya lagi. 

9. Kata Erik, “Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.” 

10. “Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti,” kata emak Rosyam. “Emak hendak buat karipap,” sambungnya lagi. 

11. Kata Farid, “Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.” 

12. Kata Perdana Menteri, “Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua orang.

Page 6: Cakap Ajuk Ke Cakap Pindah

. Contoh penukaran ayat CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH

i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.Jawapah: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon.

iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.

vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi.

vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.

b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan:

Contoh 1:Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. 

Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.Samad .....: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.Aziz .........: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, .................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong....................tempatan .pelancong di dalam negeri.Kamariah.:.Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi.................... potongan .harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat.....................percutian mereka.Samad .....: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam....................dalam diri.Jawapan:...............Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.

Page 7: Cakap Ajuk Ke Cakap Pindah

Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.Latihan 1

Latihan 1

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”

“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.

“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.

“Ya, Tuk Yahya tahu.........”

“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas anak itu

hampir meraung.

“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya.....................................[ 6 markah ]

Latihan 2Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim......[ 6 markah ]

Page 8: Cakap Ajuk Ke Cakap Pindah

CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH

GOLONGAN AYAT CAKAP AJUK AYAT CAKAP PINDAH

Kata Ganti Nama Diri

Aku, sayaKamiBetaAwak, kamuKamu semua

DiaMerekaBagindaDia, -nyamereka

Kata Ganti Nama Tempat Sini Sana, situKata Ganti Nama Tunjuk Ini itu

Kata Keterangan Masa

SekarangMalam tadiSemalamHari iniesok

Masa ituMalam yang lepasHari semalamnyaHari ituKeesokan harinya

Kata Keterangan Cara begini begitu

CONTOH AYAT CAKAP AJUK DAN AYAT CAKAP PINDAH

Bil AYAT CAKAP AJUK Bil AYAT CAKAP PINDAH1 “Saya tinggal di PCB,” kata Ali kepada Abu. 1 Ali memberitahu Abu bahawa dia tinggal di

PCB2 “Bilakah pertandingan ini akan tamat? Ani

bertanya kepada Ayu.2 Ani bertanya kepada Ayu bila

pertandinganitu akan tamat.3 Kata Aji kepada Lee, “saya belum makan.” 3 Aji memberitahu Lee bahawa dia belum

makan.4 “Mari kita ke taman.” Kata Mat kepada

Bo.4 Mat mengajak Bo pergi ke taman.

5 “Berikan buku ini kepada Cikgu Mat,” kata Siti kepada Nur.

5 Siti berpesan kepada Nur agar memberikan buku itu kepada Cikgu Mat.

6 Ali: “Bolehkan saya duduk di sini Abu?” 6 Ali bertanyakan Abu sama ada dia boleh duduk di situ.

7 “Mop lantai dapur,” kata Abu kepada isterinya.

7 Abu menyuruh isterinya mengemop lantai dapur.

Page 9: Cakap Ajuk Ke Cakap Pindah