cake's name

121
Modul - Cake Continental Kelas Hands on - RM 180.00 sebiji kek Kelas Semi Hands on : pilih 3 kek - RM 150.00 seorang atau pilih 4 kek - RM 180.00 seorang atau pilih 5 kek - RM 220.00 seorang - Durian Crepes *NEW - Japanese Crispy Cream Puff *NEW (RM 150.00 Hands on) - Chocolate Walnut Torte Cake *NEW - Double Chocolate Indulgence Cake *NEW - Pecan Heaven Cake *NEW - Hezalnut Coffee Cake *NEW - Chocolate Indulgence Cake - Carrot Walnut Cake with Cream Cheese - Russian Black and White Cake - Red Velvet Cake - Snowy Peach Custard Cream Cake - Italian Rainbow Cake - German Blackforest Cake - Royal Caramel Cake - Chocolate Mascarpone Cake - Nutty Caramel Cake - Opera Cake

description

dessert

Transcript of cake's name

Page 1: cake's name

Modul - Cake ContinentalKelas Hands on - RM 180.00 sebiji kek

Kelas Semi Hands on :pilih 3 kek - RM 150.00 seorang ataupilih 4 kek - RM 180.00 seorang ataupilih 5 kek - RM 220.00 seorang

- Durian Crepes *NEW- Japanese Crispy Cream Puff *NEW (RM 150.00 Hands on)- Chocolate Walnut Torte Cake *NEW- Double Chocolate Indulgence Cake *NEW- Pecan Heaven Cake *NEW- Hezalnut Coffee Cake *NEW- Chocolate Indulgence Cake- Carrot Walnut Cake with Cream Cheese- Russian Black and White Cake- Red Velvet Cake- Snowy Peach Custard Cream Cake- Italian Rainbow Cake- German Blackforest Cake- Royal Caramel Cake- Chocolate Mascarpone Cake- Nutty Caramel Cake- Opera Cake- Chocolate Fudge Cake- America Chocolate Cake- Chocolate Banana Cake- Fruit Plan Cake

Page 2: cake's name

- Blackforest Cake- Blackforest Cheese Cake- Orange California Cheese Cake- Tiramisu Cake- Baked Cotton Cheese Cake- Chocolate Mud Cheese Cake- Caramel Cheese Cake- Swiss Caramel Cheese Cake- Espresso Cheese Cake- Strawberry Cheese Cake- Blueberry Cheese Cake- Oreo Cheese Cake- Japanese Cotton Cheese Cake

1-     Yogurt Prune Cake With Prune Sour Cream2-     Moist Chocolate Cake With Chocolate Glaze3-     Apple Walnut Carrot Cake With Cheese Frosting4-     Peanut Cadbury Butter Cake With Caramel Sauce 5-     Yogurt Banana Soft Cake With Pumpkin seed 6-     Seri Kaya Moist Cake - free recipe! 

Page 3: cake's name
Page 4: cake's name

Nutty Caramel Cake

Source : Paula Deen

Page 5: cake's name

Cake

1 cawan butter

2 cawan gula ( saya guna 1 1/2 cawan )

4 biji telor saiz besar

1 sudu kecil vanilla

3 cawang tepung naik sendiri ( saya guna 3 cawan tepung gandum + 4 sudu kecil baking powder )

1 cawan susu segar

Cara

- Pukul butter sampai kembang sedikit dan tambahkan gula. Pukul lagi selama 6 - 8 minit.

- Masukkan telor sebiji demi sebiji , dipukul selepas setiap kali meletakkan telor. Letakkan vanilla.

- Tepong dimasukkan berselang seli dengan susu. Dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan susu.

- Tuangkan ke dalam loyang 8 inci. Bakar selama 20 - 25 minit mengikut oven masing-masing.

- Setelah masak , sejukkan dan boleh mula membuat filling.

Filling

1 cawan butter

2 cawan brown sugar

1/4 cawan susu segar

1 sudu kecil vanilla

Cara

- Dalam periuk satukan butter + brown sugar + susu. Kacau selama 3 - 5 minit, sehingga gula larut. Setelah masak, alihkan dari dapur dan masukkan vanilla, kacau rata.

Page 6: cake's name

- Ambil sebiji kek dan sapu filling di atasnya. Ulang step ini sehingga ke empat empat kek itu bercantum.

Frosting

1/2 cawan butter

1 cawan brown sugar

1/3 cup heavy cream

1 box or 16 ounce confectioners sugar

1 sudu kecil vanilla

1 cawan kacang - optional

Cara

- Cairkan butter di dalm periuk dengan api sederhana, masukkan brown sugar & heavy cream. Setelah mendidih sedikit tuangkan ke dalam mangkuk.

- Masukkan confectioners sugar & vanilla. Pukul dengan mixer sampai rata. Boleh tambahkan heavy cream sedikit jika adunan terlalu pekat.

Saya tidak menggunakan resepi frosting di atas. Saya tukar kepada swiss meringue butter cream.

Swiss Meringue Buttercream

4 biji putih telor saiz besar

200g brown sugar

340g butter ( jangan cair )

2 sudu besar peanut butter (boleh lebihkan jika suka)

Cara

- Letak periuk secara double boil, masukkan putih telor + brown sugar , whisk sehingga gula larut. Apabila disentuh dengan jari tidak berbiji lagi. Api mesti kecil sahaja.

Page 7: cake's name

- Turunkan dari double boil , guna mixer pukul adunan tadi, setelah kembang masukkan butter sedikit demi sedikit. Pukul selama 5 minit sehingga adunan kental sedikit. Campurkan 2 sudu peanut butter. Kacau rata.

DURIAN CREPE WITH CREAM CUSTARD FILLING

CREPE

40 gm tepung gandum40 gm tepung ubi20 gm tepung jagung20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard1 biji telur saiz A1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak130 ml susu segar50 ml air ~ bergantung kepekatanSecubit garam1 sudu besar gula halusPewarna kuningPerasa durian / durian paste 

Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayakKemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rataKepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cairJika pekat tambahkan sedikit lagi air.Kemudian di tapis

Sediakan pan untuk membuat crepePanaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.

Page 8: cake's name

Kemudian perlahankan api ke sederhanaOleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisuBila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunanGoyang-goyangkan kuali supaya ia rataMasak hingga ia mengelembung-gelembung sedikitTak perlu di balikkanBuat sehingga habisUntuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastikJangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu

Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.

CREAM CUSTARD FILLING

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung1/2 cawan gula ~  tambah lagi anggaran 2 sudu besar4 biji kuning telur3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair30 gm butter1 sudu teh esen vanillaSecubit garamNon Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahuluSatukan tepung dan gula dalam satu bekasMasukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.  Kacau hingga adunan sebati

Page 9: cake's name

Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla Kacau rataPanaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.Bila ia dah meletup-letup segera tutup apiTambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.Biarkan ia sejukSimpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Adunan ni dapat agak banyak.Boleh simpan dalam peti ais dan tahan semingguJika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengentalKemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.Kaup balik hingga adunan sebatiJika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental. 

CARA PENYEDIAAN

Kepingan crepe ~ secukupnyaKrim Kastard ~ secukupnyaIsi durian ~ secukupnya

Letakkan sekeping crepeLetakkan krim kastard di atasnya

Page 10: cake's name

Kemudian letakkan isi durianTutup kembali denga krim kastardLipat seperti kita melipat sampul suratBuat sehingga habisSimpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin 

TIRAMISU MILLE CREPECrepe Mentega Perang

90 gm mentega 720 ml susu cair6 biji telur1 1/2 cawan tepung kek45 gm gula kastersecubit garam1 sudu teh esen vanilla

Cairkan mentega dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau hingga mentega keperangan, jangan sampai hangus.Dalam satu bekas satukan tepung dan garam, kemudian di ayakMasukkan 1/2 daripada susu ke dalam adunan tepung dan gaul rata sehingga ia licin dan tak berketul-ketulDi dalam bekas berasingan, satukan telur, gula dan baki 1/2 susu tadi.Kacau rata hingga sebati

Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi adunan yang licinTambahkan mentega perang dan esen vanillaKacau adunan hingga rataMasukkan adunan dalam blender dan kisar halusKemudian tapiTutup  bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit.

Sediakan kuali leper yang tak melekatPanaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panasPerlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kualiTuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadarBiarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasantak perlu di balikkanTerus angkatBuat sehingga habisSetiap crepe dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan crepe keringBiarkan crepe sejuk sepenuhnya 

Page 11: cake's name

Kek Span Coklat

5 biji telur125 gm gula kastor1 sudu kecil esen vanila15 gm ovelette40 ml air100 gm tepung gandum ~ diayak20 gm serbuk koko ~ diayak1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)70 gm mentega ~ dicairkanPanaskan oven pada suhu 170CSediakan loyang 8 incSapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyakCampurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringanMasukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurnaTuangkan ke dalam acuan bulat 8 incBakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 35 mint atau sehingga kek di masak sempurnaSejukkan kek atas redai setelah masakPotong kek kepada 3 lapisanKita hanya guna satu lapisan sahaja anggaran 1~ 1.5 cm

~ atau boleh buat 1/2 daripada adunan kek ini. 

Vanilla Cream Kastard

550 ml Whipping Cream base jenama Rich kotak biru450 ml susu segar / susu cair2 sudu besar tepung gandum1 1/2 sudu besar tepung jagung85 gm gula kastor4 biji kuning telur2 sudu besar butter1 sudu teh esen vanillasecubit garamSedikit coklat susu di sagatBiskut lady Finger secukupnya 

Page 12: cake's name

Satukan tepung dan gula dalam satu bekasMasukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susuKacau hingga adunan sebatiMasukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanillaKacau rataPanaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekatSentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasarBila ia dah meletu-letup segera tutup api Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilatBiarkan ia sejukSimpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dinginMasukkan kastard dan whipping cream base ke dalam mangkuk pemutar hingga adunan kental 

Page 15: cake's name

Tak habis-habis lagi demam crepe. Hari ini sekali lagi ita tampil dengan resepi crepe tapi bukan lagi Durian Crepe tapi kali ni Mille Crepe pulak!Mille Crepe adalah sejenis kek yang di buat menggunakan pancake yang nipis. Ianya di susun selapis demi selapis dan di antara lapisan-lapisan itu di letakkan filling tertentu, seperti vanilla, coklat, strawberry, custard dan lain-lain lagi yang semuanya bergantung kepada citarasa peminat kek yang semakin mendapat tempat di kalangan pengemarnya ini.

Mille Crêpes bermaksud “a thousand crêpes” dalam bahasa Perancis dikatakan mula di kenali di Kota Perancis dan menular ke  negara matahari terbit iaitu Jepun. Di Jepun, harganya pun boleh tahan juga anggaran 380 ~ 400 yen sepotong. Kini ianya juga telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang sentiasa ingin rasakan kelainan dan mereka yang cintakan kek. Kalau di Malaysia pula harganya sekitar RM 10 ~ RM 15 ringgit sepotong bergantung kepada jenis dan juga kedai atau restoran yang menjualnya.  

Cara membuatnya cukup mudah dengan bahan yang cukup simple. Semua orang boleh mencubanya dan rasakanlah sendiri keenakan kek yang berlapis-lapis ini. Pada pendapat ita, kesedapan kek ini banyak bergantung kepada fillingnya. Jika sedap fillingnya maka semakin membangkitkan lagilah kesedapan dan keenakan kek ini.

Untuk lapisan crepenya pula, ianya hendaklah di buat setipis yang boleh supaya bila kita makan taklah terasa seperti kita memakan pancake dan ianya juga memudahkan bila kita nak mencucukkan garfu ke dalam kek kita ni nanti.

Jangan tersilap kerana resepi untuk menyediakan pancake ini tidak sama seperti resepi untuk membuat Durian Crepe.

Page 16: cake's name

Jika durian crepe menggunakan tepung, telur, garam dan santan. Mille Crepe pula menggunakan tepung kek, susu, kuning telur, gula, garam dan sedikit butter. Jadi rasa dan teksturnya juga berlainan. Crepenya pula ada yang manis dan ada yang tanpa gula ~ lemak-lemak masin gitu..

Biasanya crepe tidak di salut atau di bungkus dengan topping seperti kek biasa. Ini kerana untuk melihatkan kelainan kek ini daripada kek lain yang berlambak-lambak di pasaran dan semestinya ia tampil dengan gayanya yang tersendiri. Corak pada pancake yang berbecak-becak itu sendiri memperlihatkan keindahannya yang sebenar.

Tapi ramai juga yang menjadikan ianya seperti kek yang menyalutnya dengan topping, dan sudah semestinya ianya sebagai satu kejutan kepada sesiapa yang menerimanya nanti.

Sekarang ni terdapat pelbagai cara mereka menyediakan Mille Crepe ni, ada yang meletakkan buah-buahan segar seperti strawberry, blueberry atau apa-apa sahaja buah-buahan yang dirasakan sesuai di celah-celah lapisannya.  

Ada juga yang meletakkan base, atau dasar nya dengan kek dan ada yang terus sahaja melapis selapis-selapis dengan crepe sahaja.

Atas permintaan adik-adik ita di FB, hari ini ita tunjukkan bagaimana nak menyediakan Mille Crepe Cake ni.  Sebelum tu ita nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dailyclickclicks yang telah bersusah payah translatekan resepi dari bahasa Jepun ni dan kongsikan pula di blognya untuk mereka yang mencari resepi kek yang satu ni. Semoga semakin murah rezeki dan semoga berlipat-lipat ganjaran pahalanya.

Page 17: cake's name

Resepi ni pada ita sangat sedap! Ita sukakan filling custardnya yang creamy dan lazat tak terkata. Bau aroma vanilla tu aduh.. menusuk ke kalbu setiap kali mengigit cebisan demi cebisan. Kalau sesiapa yang pernah makan cream puff Beard Papa's di Midvelly, fillingnya tu sama sebijik rasanya dengan filling cream puff di Beard Papa's. Dan inilah resepi cream custard yang ita tercari-cari selama ini.. Terima kasih Dailyclickclick sekali lagi daripada akak.

Page 18: cake's name

Untuk crepenya pula ita gunakan resepi dari Elaine's. Sebagaimana yang ita katakan tempoh hari, semasa membuat Durian Crepe, ita telah mencuba kedua-dua resepi crepe ni, dan ita rasakan resepi dari Elaine ni amat

Page 19: cake's name

sesuai untuk di buat Mille Crepe kerana ita sukakan rasanya yang lemak-lemak manis gitu.. dan juga corak pada crepe ita apabila ianya di bakar cantik! Ita gandakan adunan kerana satu adunan tidak mencukupi untuk sebijik kek. Untuk 2 adunan ni, dapat menghasilkan 15 keping crepe yang nipis. Resepi yang ita salin ni ita dah gandakan dan ada sedikit penambahan yang ita lakukan.

Macam mana? dah bersedia untuk mengcrepe pulak! Jom masuk dapur..

Proses membuat crepe ni tak sesusah yang di sangkakan. Ianya hanya menggunakan bahan biasa yang ada di dapur aje. Tidak perlukan mixer, hanya pukul guna tangan aje.. mudah kan.. Jom kita intai bahan-banahan yang diperlukan

MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD 

CREPEBy : Elaine's

140gm tepung kek ~ Self Raising Flour20 gm tepung jagung80 gm gula caster500 ml susu segar / susu cair30 gm butter ~ dicairkan4 biji kuning telursecubit garam1 sudu teh esen vanilla

Dalam satu bekas satukan tepung kek , tepung jagung dan garam. Kemudian diayakMasukkan 1/2 daripada susu kedalam adunan tepung dan gaul rata sehingga ia licin dan tak berketul-ketulDalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula dan

Page 20: cake's name

baki 1/2 susu tadi Kacau rata hingga sebatiTuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi adunan yang licinTambahkan butter yang telah di cairkan dan esen vanillaKacau adunan hingga rataKemudian tapis. Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit

Sediakan kuali leper yang tak melekatPanaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panasPerlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kualiTuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar.Biarkan hingga permukaannya kering dan  lapisan bawahnya kuning keemasanTak perlu di balikkan Terus angkat*Letakkan atas pinggan dan terus tutup dengan plastik  Setiap lapisan 1 helai plastik   Ini bertujuan untuk memgekalkan kelembapan dan mengelakkan crepe kita kering  Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan* Dadar adunan senipis yang boleh.

Page 21: cake's name

Sekarang kita sediakan pula lapisan dasar mille Crepe.Untuk lapisan dasar ni ita gunakan resepi asas kek span vanilla. Anda boleh gunakan apa-apa sahaja resepi kek yang anda rasakan sesuai. Jika tak nak lapisan dasar pun

Page 22: cake's name

boleh. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Untuk membuat kek dasar anda hanya perlukan 1/2 sahaja daripada resepi di bawah. Terpulang samaada nak buat satu adunan atau 1/2 adunan kerana kita hanya akan gunakan satu lapisan kek span yang nipis sahaja.

Page 24: cake's name

20 gm gula castor

Bahan B4 biji putih telur100 gm gula castor95 gm tepung15 gm susu tepung70 gm butter dicairkan

Panaskan oven pada suhu 170 CSedikan loyang 8 incGriskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyakPukul bahan A hingga ringan dan gebuPutar putih telur hingga kembang.Masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kakuKaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.Ayakkan tepung bersama susu tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurnaKemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 incBakar pada suhu 170 C selama 20 minitKeluarkan kek segera setelah masakLetakkan kek atas redai hingga ia sejukBila dah sejuk potong kek kepada 2 lapisan

Untuk resepi ni kita hanya gunakan 1 lapisan kek sahaja Bila dah siap ketepikan kek dan crepe.Sekarang kita nak mulakan pula proses untuk membuat filling dia pulak!

Untuk resepi filling ni, ia memerlukan custard dan whipping cream. Untuk Whipping cream ita gunanakan Non Dairy Whipping Cream jenama Rich. Kalau nak guna jenama lain pun boleh. Jadi sukatan yang ita perlukan untuk Non Dairy Whipping Cream Rich kotak biru ni lain daripada Whipping cream yang lain. Biasa sukatannya 2:1Kepada yang nak gunakan resepi Rich kotak biru boleh ikut

Page 25: cake's name

sukatan ita iaitu ita perlukan 550 ml whipping cream ni. Kalau guna jenama lain ikut sukatan dalam resepi di bawah ye! Mula-mula kita kena sediakan custard dahulu. Jom kita semak resepi dahulu

Page 26: cake's name

VANILLA CREAM CUSTARD By: CookpadRujukan : Dailyclickclick

Page 27: cake's name

200 ml whipping cream (ita letak 550ml Non Dairy Whipping Cream Rich kotak Biru)450 ml susu segar / susu cair2 sudu besar tepung gandum1 1/2 sudu besar tepung jagung85 gm gula castor4 biji kuning telur2 sudu besar butter1 sudu teh esen vanillasecubit garam

Page 28: cake's name

Untuk menyediakan custard ni kita boleh gunakan microwave atau pun kita masak atas dapur.  Hari ni ita tunjukkan cara masak atas dapur aje lah ye.

Page 29: cake's name

Masukkan susu segar atau susu cair ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga susu didih.Kalau gunakan microwave panaskan susu selama 3 minit.

Angkat dari dapur dam masukkan tepung dan tepung jagung.Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licinKemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.

Kalau guna microwave, keluarkan daripada microwave  dan tambahkan tepung dan tepung jagung.Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licinKemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.

Kemudian tambahkan kuning telur dan esen vanilla, kacau rata.Letakan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan  kacau hingga ia meletup-letup.

Untuk yang menggunakan microwave, tambah kuning telur dan esen vanilla, kacau rata kemudian masukkan semula dalam microwave dan masak semula selama 3 ~ 5 minit lagi

Angkat dari api dan tambahkan butter, secubit garam dan esen vanillaKacau hingga ia menjadi adunan yang licin.Kalau adunan tak licin dan berketul, tapis untuk mendapatkan hasil cream yang licin

Page 30: cake's name

Kalau guna microwave sama jugaklah prosesnya seperti di atas.Kemudian biarkan castard kita ni benar-benar sejuk sebelum kita campurkan dengan whipping cream. 

Page 31: cake's name

Dalam mangkuk pemutar, putarkan whipping cream hingga kental ~ bertandukTuangkan adunan whipping cream ke dalam castard dan kaup balik adunan hingga sebati.

Jika menggunakan Whipping Cream Rich kotak Biru seperti di atas, campurkan sekali dan terus putar hingga mengental dan menjadi adunan cream yang licin.

Bila dah siap sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk melapis crep kita ni. Apalagi jom kita mulakan.

Page 33: cake's name

Mula-mula, kita potong dahulu kek kita kepada 2 keping.Ambil sekeping dan letakkan atas lapik kek.Kemudian ita sapukan permukaan kek dengan perahan jus lemon yang di campur sedikit air.Tujuannya untuk melembabkan kek dan mengelakkan cebisan kek melekat pada cream.Selepas tu kita sapukan cream custard kita tadi atas kek dan ratakan.Ita suka masukkan cream dalam piping bag dan paipkan atas kek, ianya lebih mudah dan ringkas.Kemudian kita letakkan sekeping crepe kita tadiTekan-tekan sikit atasnya supaya cream di bawah rataKita letakkan lagi sekali cream custardBegitulah yang harus kita lakukan proses berselang seli yang sama hingga habis crepe kita tadi.Simpan dalam peti ais supaya cream mengeras* Sebelum masukkan dalam peti ais balut dahulu kek kita dengan plastik supaya crep tidak kering Selepas tu barulah kita deco kek kita tadi mengikut creativiti masing-masing.

Page 35: cake's name

MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD 

For crepes crust, there are 2 options. You can either choose the one by Elaine or by Cookpad.  I've choosen Elaine's.

CREPEBy : Elaine's  140g     Cake flour20g     Corn flour80g     Caster sugar500g   Milk30g     Butter4         Egg yolks1Tsp   Vanilla EssencePinch of Salt

1. Combine cake flour and corn flour in a bowl.2. Add in 1/2 of quantity of milk needed bit by bit as you incorporate it into the flour with a whisk. Keep whisking until a smooth batter is obtained. Set aside.3. In a separate bowl, whisk egg yolks and sugar with the remaining milk.4. Pour #3 into #2 bit by bit whilst whisking.5. Add in melted butter and mix till well combined.6. Sieve mixture into a bowl.7. Cover with cling wrap and allow to rest in the fridge for 30 minutes before using the batter.8. Heat a non-stick frying pan with medium high heat (Gas mark 5).9. Once the pan is throughly heated, reduce heat to medium low (Gas mark 3).10. Melt 1 tbsp butter in the heated frying pan and wipe off excess with a kitchen tissue.11. Using a ladle, spread pancake batter thinly onto the frying pan.

Page 36: cake's name

12. Once the pancake starts to "bubble" and the top surface of the pancake starts to firm up, remove immediately from heat. There's no need to fry the other side of the pancake.13. Place pancake on a clean flat plate. Repeat process with remaining batter. While stacking pancakes, make sure you separate each layer with greaseproof paper to make sure they don't stick together. Allow pancakes to cool.

Vanilla Mille Crepe

IngredientsCrepe4 eggs1tbs sugara pinch of salt500ml milk200g all purpose flour.1/2 tsp baking powder2 drops vanilla40g unsalted butter

filling200ml whip cream450ml milk2 tbs flour85g sugar1 1/2 tbs cornstarch4 egg yolks2 tbs butter/margarinevanilla essence

How-to (crepe)1.sift flour+baking powder together. melt butter and put aside.2.in a separate bowl, mix eggs + 250ml milk + sugar well. add the flour mixture and amix well until combined. add in vanilla and the rest of the milk,  combine.3.add in melted butter and mix again. cover and let the

Page 37: cake's name

batter rest inside the fridge for 30minutes- 2 hours4.heat a nonstick pan and slightly oil the surface. wipe any excess oil. pour in a ladle full of your crepe batter and spread evenly as thin as possible. cook for 30 seconds and flip the crepe upside down and wait for 10 secs. remove your crepe from the pan and cover with a cling wrap to keep it moist.5. repeat  until you finish all the batter. you should get around 20 crepes. put the crepes aside to let them cool down.

How- to (filling)1. make the custard.-using a heatproof bowl, heat milk in the microwave for 3 minutes. sift in cornstarch and flour , add in sugar and quickly whisk well to avoid lumps . add the egg yolks gradually and combine. put back the bowl of mixture into the microwave and reheat until it gets bubbly. take out and whisk the batter and reheat again. repeat this 3 times for a total of 5 minutes. take out the bowl, and add in butter and vanilla and mix well. leave it to cool .2.in another bowl, beat cream at medium speed until cream starts to thicken, continue to beat until you get a soft peak.fold in the cream into the cooled custard until well combined.

Assembling the cakelay one crepe on a cake base / flat plate and spread the custard filling evenly on the surface. (not to thick) cover the filling with another crepe and repeat until you have used all the crepe. put your cake in the fridge for 3-5 hours to let it set and serve it cool. happy trying!p/s the key to a good mille crepe is to have the crepes thinner than the cream layers. so that your fork can nicely cut thru it. good luck!

Page 38: cake's name

Waaa... pagi-pagi dah terbau durian..Pasti ramai pengemar raja segala buah ni di luar sana kan??Tapi ada juga yang tak suka makan buah durian. Ada yang kurang mengemari baunya.. dan tak kurang juga yang tidak sukakan rasanya.Ita adalah antara salah seorang yang tidak menyukai raja buah ni..Kenapa???

Page 39: cake's name

Usah di tanya kerana ianya semula jadi.. hidung tak boleh bau durian dan tekak ni memang tak boleh terima rasa buah durian ni..

Apalah malang nasib, bila satu family semua suka kan buah ni..Hinggakan ita membesar dikelilingi pokok-pokok durian yang merimbun di kebun bapa dan mak ita..Tak cukup di kebun di keliling rumah juga penuh di tanam pokok buah berduri ni..Bila berumahtangga ingatkan seksa ita dah terlepas..Rupanya tidakkk..Anak-anak dan suami ita juga cukup gemar makan buah ni.. aduyaiii..Hingga kadang kala ita nyanyi lagu.. 'aku dah bosan.. aku dah bosan..' setiap kali datangnya musim dorian.. ni ^_^

Dalili lah yang paling suka makan durian dan boleh di gelar Hantu Durian. Sampaikan kalau lori durian lalu sebelah kereta kat highway pun dia boleh berbau.. 

Kalau ita pergi Jusco atau Kid Mart pasti dia akan minta belikan durian.. selagi tak beli selagi itulah dia berbunyi..Biasanya kalau beli durian kena makan kat situ jugak. Tak boleh bawa balik rumah.. Kalau bawa balik abis seminggu ita pening kepala selagi baunya tak hilang..

Lagi satu pantang larang.. jangan bawa durian naik kereta.. sebulan ita tak naik kereta, kalau naik pun mesti kena buka tingkap.. kesian kat anak-anak.. ^_^

Bila rakan-rakan kat Fb minta buatkan Durian Crepe ni.. hati macam berbelah bagi.. nak buat ke tak?Lagi pun sekarang rasa-rasanya bukan musim durian. Kalau durian Siam tu memang banyaklah kan... sebab macam tak bermusim aje dah buah durian dari  negara gajah putih ni..

Durian Crepe ni dah lama dah popular. Dulu setiap kali ita pergi Midvelly ita mesti nampak orang jual Durian Crepe ni. Sebab kan ita tak makan durian.. jadi tak de lah berhajat nak membeli apalagi nak merasa.Sedap ke??

Disebabkan ramai yang minta buatkan, maka hari ni ita buatkan lah Durian Crepe ni.. nasib baik hidung sumbat lagi.. heheDalili ni dah berapa hari dok sebut nak makan durian. Selalu ayahnya bawa dia gi makan kat luar. Bila ayahnya tak de ni.. kenalah maknya bawa.. aduyaiii..Terlanjur dah beli tu.. ita buatlah Durian Crepe ni.. tapi jangan di tanya rasanya.. sebab ita tak makan.. Dalili tak berapa gemar sebab diletakkan whipping cream. Dia memang kurang minat cream.. cream ni..Suami ita pula tak de nak ditanyakan sedap atau tidak?Tapi bagi ita kalau pengemar durian pastilah sedapkan..Kalau digantikan cream dengan  custard ita rasa pun sedap jugak kan.. nanti ita nak cuba letak custard pulak..

Page 40: cake's name

Sebenarnya ada 2 resepi Durian Crepe ni. Resepi pertama menggunakan kuning telur, tepung kek, gula dan susu. Manakala resepi ke 2, menggunkan tepung gandum, garam dan santan.

Kedua-dua resepi ita cuba, dan ita sukakan resepi yang ke 2 ni.Pertamanya kerana crepe tu jadi cantik dan mudah untuk di lipat.Resepi pertama boleh tahan juga sedapnya, disebabkan ia menggunakan tepung kek, ia naik sikit dan susah nak dapatkan crepe yang nipis dan mudah koyak bila di lipat.Ia juga mudah hangus kerana ada diletakkan gula.

Page 41: cake's name

Kalau resepi yang ke 2, kita boleh gunakan mana-mana sahaja bahagian crepe kerana kedua-dua bahagiannya cantik.

Ita dapatkan resepi ni dari Hesti. Resepi dari Fatmah Bahlawan dan Nia Kurniasih. Terima kasih ye semua kerana sudi kongsikan resepinya.Kepada yang dah tak sabar nak mencuba.. apa tunggu lagi.. 

Page 42: cake's name

DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKEBy : Fatmah BahlawanRujukan : Hesti

250 gm tepung gandum3 biji telur500 ml santan1/2 sudu teh garam1 sudu teh pandan emulco1 sudu teh pewarna hijau

Satukan semua bahan di atas di dalam bekasKacau rataMasukkan dalam blender dan kisarKemudian tapis

Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekatPanaskan hingga kuali benar-benar panasOleskan sedikit minyak pada kualiKemudian kecilkan apiTuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepeAdunan tak perlu di balikkanBila permukaan atasnya dah kering terus angkatBuat sehingga habisBiarkan sejuk.

Durian Filling

1 cawan Non dairy Whipping CreamIsi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kentalPisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit

Page 44: cake's name

Bentangkan 1 keping crepeLetakkan Whipping Cream di tengahnyaLetakkan isi durianTutupkan semula dengan Whipping CreamLipatlah crepeKemudian simpan dalam peti ais sebentarEnak di hidangkan dingin

KERALA POROTTA / PRATA / ROTI CANAIAssalamualaikum...

Selamat petang dan apa khabar semua..Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu di alam maya ni..Minggu ni minggu mengulung agaknya bagi ita.. hihi sebab musim hujan kan ?? asyik dok bergulung2 dalam selimut sampai terbawa2 ilham ke dapor masakan.. haha Hari ni ita nak sharekan satu lagi resepi yang gulung2 juga..Resepi yang menjadi kegemaran semua rakyat Malaysia tak kira kecil besar tua dan muda..Ia juga di makan tak kira masa 24 jam sehari dari pagi hinggalah ke dinihari..Sapa yang tak suka roti canai kan???

Page 45: cake's name

Roti canai atau Parata adalah panggilan bagi roti yang tak pernah lekang dari bibir rakyat Malaysia amnya. Satu family sukakan roti parata atau roti canai ni. Roti yang pada sangkaan ita sangat mudah penyediaannya ni rupanya tidak lulus di tangan ita.. hihi memang fail bab tebar menebar ni.. tak pandai lansung.. hihi tau makan aje..

Tapi hari ni ita memberanikan diri mencuba setelah terpanggil apabila berkunjung sekali lagi ke dapur Suhaina ~ My Singapore Kitchen. Melihatkan Kerala Porotta beliau membuatkan hati ni melonjak2 nak mencuba.. cantik

Page 46: cake's name

sangat tekstur Kerala Porota Suhaina.. nampak sangat lembut..

Seisi rumah gelakkan ita bila ita cuba menebar roti prata ni.. hahaha memang tak de tokoh nak jadi penebar roti canai.. habis koyak rabak roti tu.. dah macam roti kirai pun ada.. hahaDan.. akhirnya ita mengambil keputusan untuk canai aje roti tu.. Mungkin sebab itulah agaknya roti ita ni tak lah nampak gebu sebab dia tak cukup nipis.. masa mencanai tu kan.. tapi rasanya memang sedap! I love it.. so much.. TQ

Page 47: cake's name

Suhaina for sharing this wonderfull recipe.. I love your chicken curry too..

Jom kita intai-intai resepi dari Suhaina

KERALA POROTTA / PRATA / ROTI CANAIBy : Suhaina 

Ingredients:(Makes 12 nos:)

Plain Flour- 3cups

Milk- 1 cup

Page 48: cake's name

Egg- 1

Sugar- 1 tsp Salt-1/2 tsp or more Baking Soda- 1 pinch Olive Oil- 3/4 cup (1/4+1/2cup divided)

Method: Put the flour along with the rest of the gry ingredients into a large mixing bowl. Beat in the egg and milk together.

Page 49: cake's name

Make a small well and pour in the wet ingredients. Mix in all of the milk egg mixture. You will get a loose mass of dough. Add in the 1/4 cup of olive oil in divided portions and knead the dough very well for approximately 8-10 minutes. Finally finish off the 1/4 cup of oil and cover the dough with a wet cloth, and let it stand for 2-4 hrs. When ready make use of the remaining3/4 cup of oil. Dip your fingers in oil and divide the dough into 12 equal balls. Applly oil liberally. Take each ball and use a rolling pin to roll into a thin circle. Stretch it to its limits.Pls see that it does not tear. You can roll upto the edge of your rolling board. The board should be well greased with oil. Now apply oil in your fingers and apply it onto the flattened roti. Use both your hands to lift the pratta from the rolling board. Left hand goes down the pratta with only the thumb on the top and right hand goes on top of the pratta with only the right thumb below the pratta. Lift carefully and bring it toward you to the right sideof your body and wave it into the rolling board which should be placed towards the left side. This allows the dough to actually spread out after each lifting and waveing. Do this process at least 5 times. By this time the dough will sometimes tear, but not to worry. Place the tip on to the board and coil. This is done to form layers. After rolling out three you can start to fry the porotta. Apply oil liberally on the hot tawa and place the flattened porottas. Apply oil again and fry both sides until well cooked. In the mean time flatten out the remaining.

Page 50: cake's name

When you are done with the first batch pile it up and apply oil in your hands and beat the porottas sideways, so that the layers are separated. Do three at a time if you have a big tawa or at least two. Enjoy with any curry.

Page 51: cake's name

Ramai yang menyatakan membuat roti itu sukar dan memerlukan kemahiran. sebenarnya tidak. Ragi bahan yg mudah digunakan. Kita tidak akan tersalah, asalkan jangan membantutkan ragi dgn mencampurkan cecair panas. Tidak seperti membuat pastri dan kek, yg memerlukan sentuhan perlahan, menguli doh roti memerlukan masa dan tenaga

Seperkara lagi yg saya pelajari dari jurumasak antarabangsa ialah berlakunya pembaziran, bukannya rasanya yang enak. Ada yg menyatakan doh roti harus dibuat menggunakan cecair suam dan disimpan di tempat panas.. Roti yg dibuat cepat di rumah memanglah baik... tetapi rasa serta teksturnya kurang baik. Lebih baik doh dibiarkan kembang ditempat sejuk pada suhu bilik, kerana doh yg naik perlahan-lahan akan rasa lebih enak. Ia lembut apabila dikunyah dan tidak mengandungi gelembung udara

~ CHEF WAN

Pagi ni ita sajikan anak-anak dengan Garlic Roll bersama Mushroom soup. Anak ita memang suka makan garlic bread dengan mushroom soup. Kalau gi makan kat Pizza Hutt ini adalah sajian yang wajib di order. Kalau kat rumah pon anak-anak ita kerap buat, sekarang mereka dah pandai buat sendiri sebab mudah.. Dalili pon dah pandai buat sendiri. Kebetulan dah ada bahan yang mudah.. Garlic Butter pon memang sentiasa ada.. Bersama Mushroom soup segera.. mudah dan ringkas..

Tapi kali ni ita buat Garlic Roll. Ita ternampak resepi ni masa ita singah di blog Taste of Pearl Citymilik Umm Mymoonah dan resepi ini merupakan resepi terbaik pilihan beliau sepanjang tahun 2011. Resepi ini adalah milik Suhaina dari blog My Singapore Kitchen. Masa tu ita dah berangan nak buat sebab tau anak-anak mesti suka.. Entah macam mana bila dah sibuk ita hampir terlupa pada resepi yang memang teringin sangat ita cuba ni..

Page 52: cake's name

Bila ita jalan-jalan kat blog Madiha ita ternampak Madiha dah pon mencuba Garlic Roll ni dan hasil yang Madiha buat memang sangat memikat ita untuk mencuba.. Ita memang suka selongkar dapor Madiha.. sebab macam-macam resepi yang telah Madiha cuba.. semua nampak menarik.. banyak yang dah masuk list tapi tak tau bila nak buat.. 

Page 53: cake's name

Bila Madiha kata "tak puas makan" lagi lah berkobar2 ita nak mencuba.. dan akhirnya dapat lah ita capaikan hajat untuk mencuba resepi ni.. dan hasilnya memang seperti yang dikata.. walaupun tanpa telur kita dapat hasilkan satu resepi roti yang sangat lembut.. Pulak bila di lapiskan dengan garlic spread yang beraroma daun ketumbar lagi lah.. harum dan menyegarkan.. Ita memang sukakan harum bau daun ketumbar..

Page 54: cake's name

Thank you Suhaina for sharing the recipe and Umm Mymoonah is absolutely right. The Garlic Bread is terrific. Soft and rich. Delicious. I like the aroma of the garlic. Fresh and do serve right away.Terima kasih juga pada Madiha dan rakan-rakan yang lain yang telah mencuba... Ita sharekan pula disini untuk rujukan ita dan rakan-rakan yang teringin mencuba

Page 55: cake's name

GARLIC ROLLBy : Suhaina

Ingredients: (makes 8 rolls) Plain Flour- 3 cups Warm Water- 1 cup* Yeast- 1tbps # Salt - 1tsp Sugar- 2 tbps Extra Virgin Olive Oil- 2-3 tbps

Method: Mix everything together except oil with warm water and knead  until you get a smooth dough. Add oil and knead until the dough springs back when you press with yreour finger. Apply oil and allow to rise for 40-45 minutes. By this time it will be double its initial size. Make the  Garlic Spread Knock down the air in the dough and divide the dough into two equal portions. Grease a baking pan or loaf tin with butter. Roll the dough using a rolling pin. Apply flour to prevent sticking. The rolled out dough must be at least half inch thick. Try to make it more like a rectangle. Apply one tablespoon of the garlic spread on it. Roll it and cut it into two equal parts and further cut the two parts into two, so that you get 4 equal rolls. Now place the rolls with the cut side up in the greased pan. Repeat the same procedure for the remaining dough. Apply the balance garlic spread on top and apply milk or egg wash which ever you prefer. Sprinkle sesame seeds (optional) Allow to proof for another 20 minutes.

Page 56: cake's name

In the mean time preheat the oven to 180 degree C. Bake for 20-25 minutes until the house is filled with the aroma of roasted garlic and bread.. Take a bite into this lovely soft and flavourful rolls. You will surely fall in love with it.

* The quantity of water depends on the brand of flour used. I sometimes use less than a cup, sometimes more than a cup for the same 3 cups of flour.# I add 1 tablespoon yeast for a quick rise. You can reduce the quantity of yeast(say 1tsp) and let it rise slowly too.

GARLIC ROLLBy : Suhaina

3 cawan tepung gandum ~ ita guna tepung roti1 cawan air suam1 sudu besar yeast1 sudu teh garam2 sudu besar gula2-3 sudu besar olive oil ~ ita letak 2

Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembutTambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang  bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minitDoh akan naik sekali gandaSementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spreadSetelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejapKemudian bahagikan doh  kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjangSapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.

Page 57: cake's name

Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua jugaPotong doh sama lebar sebanyak 4 potonganKita akan mendapat 8 potongan dohSusun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habistutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadiSapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit

PanduanUntuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan

Page 58: cake's name

GARLIC SPREADBy : Suhaina

Ingredients:Salted Butter- 50gramsGarlic- 3 gratedCoriander leaves - 2 tbps (chopped)

Page 59: cake's name

Method:Bring butter to room temperature.Mix everything together. Can be stored in the chill tray for upto one week.

CARLIC SPREADBy : Suhana

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik3 ulas bawang putih ~ dicincang halus2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halussecubit garam ~ ita tambah

Page 60: cake's name

sedikit lada hitam kisar ~ ita tambahGaulkan semua bahanSiap digunakan.

PROSPERITY BURGER My StyleAssalamualaikum..Selamat malam semua..Dah malam2 baru dapat mengadap komputer.. Masa siang ita sekarang memang sangat sibuk.. Kadang-kadang rasa macam nak cuti sekejap dari berblog.. hehe tapi nanti ita pulak yang tak keruan.. Satu hari tak bukak blog rasanya macam setahun lamanya.. 

Malam ni ita nak sharekan satu resepi prosperity burger yang sangat di gemari anak-anak ita. Dalam cuti sekolah ni dah berapa kali buat tapi tak sempat nak ambil gambar sebab semua dah tak sabar nak makan. Kadang-kala ita buat untuk jajan2 anak dan suami sambil dorang tonton bola malam-malam kan.. Bila dah buat malam memang tak sempatlah nak ambil gambar.

Page 61: cake's name

Hari ni di minta buatkan lagi.. Jadi petang tadi ita buatkan lah prosperity burger ni.. Buat dia senang aje! Kalau rajin boleh buat roti sendiri kalau agak2 macam malas aje.. boleh lah guna roti burger atau roti hot dog. Ita pun macam tu jugak! ada masa kalau macam angin malas sampai ita beli aje roti yang dah siap tu.. mudah cepat dan ringkas..

Page 62: cake's name

Tapi anak2 ita ni sekarang dah pandai dah! Sebab dia tau ada bread maker, dah tak mau lagi dah roti yang beli tu.. Jadi roti ni ita buatlah sendiri.. Resepi roti, ita guna resepi roti burger yang dah pernah ita buat sebelum ni.. di SINI

Kali ni roti ni Dalili yang buat.. Dia sekarang mmg rajin betul nak buat roti. Pantang kalau ita kata Dalili buat roti cepat aje dia capai tepung.. Dia lah yang sukat semua bahan dan bubuh dalam bread maker tu! Senang aje bila

Page 63: cake's name

buat roti guna bread maker.. Dalili can cook so can you! haha

Oh ye! hampir-hampir ita terlupa.. Ramai yang tanya bread maker brand apa yang ita gunakan.. Ita ni sebenarnya serba salah juga sekarang ni kalau nak tunjuk peralatan memasak ita.. Nanti ada pulak yang kata ita nak tunjuk harta karun.. Sebenarnya tiada niat pun nak menunjuk2. Sebelum ni apa yang ita tunjukkan itu semua adalah atas permintaan rakan2 fb ita juga.. Ita tunjukkan atas dasar atau rasa perkongsian.. ialah ada antara rakan2 yang nak beli peralatan memasak tapi tak berapa pasti jenama apa yang sesuai.. Jadi mereka akan menanya pada orang yang dah biasa gunakan peralatan tu.. Ita rasa tak salah jika ita tunjukkan untuk memberi idea pada mereka yang masih mencari2, dan jangan lah pula ada yang tersalah tafsir.. perkongsian ini..

Pada yang bertanya, inilah bread maker yang ita guna. Ita ambil gambar kat google sebab ita baru perasan msg dah petang, tak sempat nak ambil gambar bread maker ita tu.. tapi sama aje.. dari google atau ita punya ia adalah bread maker yang sama. Ita guna brand Kenwood BM450 Stainless Steel Breadmaker. Bread maker ni ada 15 program untuk membuat roti, dough, kek dan juga jam. Dia

Page 64: cake's name

menggunakan touch screen dan kita boleh bakar terus kek atau roti kita dalam bread maker ni. Tapi roti dan keknya tu bentuk empat segi je lah kan.. kalau kita nak buat bentuk2 lain kita kena lah bakar dalam oven.. Cara menggunakannya kenalah baca buku panduan yg di berikan.. Kalau dah tau guna cukup mudah dan senang!

Ok lah jom kita intai pula resepi prosperity burger ni..

PROSPERITY BURGER My Style

Daging burger ~ secukupnyaRoti burger atau roti hot dog ~ secukupnyaBawang benggala ~ bawang besar berwarna kuningBlack pepper sos

Page 65: cake's name

Roti di potong 2 dan bakar sekejap permukaan yang di potong atas panDaging burger di masak atas pan hingga masakJika suka boleh di letakkan sedikit butter dan seasoningHiris bawang benggala ~ ini terpulang pada citarasa kita nak hiris bulat atau dadu, boleh juga di layurkan sedikit jika suka.Celupkan daging burger dalam black pepper sos dan letakkan atas roti

Page 66: cake's name

Taburkan bawang bengalaSiap untuk di nikmati

ROTI BURGERby: Ros Jintanmanis

250 gram tepung high protein atau  tepung roti

Page 67: cake's name

50 gram tepung gandum ~ ita tak letak tepung gandum ita letak 300 gm tepung roti terus2 sudu besar gula1 sudu kecil garam2 besar tepung susu1 ½ sudu teh yis1 biji telur (kecil) ~ tinggalkan sdkit utk gliss pd roti2 sudu besar marjerin atau mentega100 ml susu segar60 ml air suam ~ ita tak letak air suam, ita letak 160 ml susu segar terus1 sudu kecil bread improver - ita tambah1 sudu kecil softener - ita tambahBoleh juga sekiranyer nak letakkan water roux

Untuk Glissbaki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ~ kilat nnt roti tu

Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ada Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembutSelepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.

Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti

Page 68: cake's name

dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.

Untuk roti prospertyIta buat bentuk selinder. Satu adunan ni dapat 4 roti yang besar. Kalau nak kecil buat 5 atau 6. Bila dah siap biarkan ia rehat sekejap hingga dough naik 2 kali gandaKelar atas roti dengan pisau yang tajamSapukan glissTaburkan lada itam yang di tumbuk halusKemudian bakar.

Page 69: cake's name

BLACK PEPPER SOS

1 labu bawang besar ~ di hiris halus1/2 botol  sos lada hitam Life ~ botol besar1/2 cawan susu segar1 kiub ayam2 sudu besar kicap manis

Page 70: cake's name

garam dan gula secukup rasaBoleh tambah sedikit lada hitam jika sukakan lebih pedas

Tumis bawang besar hingga harumMasukkan sos lada hitam dan kiub ayam kacau rataTambahkan kicap manis dan susu segarPerasakan garam dan gulanyaBoleh tambahkan sedikit lagi lada hitam yang di tumbuk jika sukakan rasa lada hitam atau sukakan sedikit rasa kepedasan.Jika kuah pekat tambahkan lagi susu.

Page 72: cake's name

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di seluruh dunia.Semoga kedatangan tahun baru ini membawa kita ke satu pengijrahan yang sebenar.Hijrah kan hati dan diri kita. Berbuat baiklah terhadap sesama manusia nescaya kita akan mendapat kententeraman dan kedamaian hati. Ambillah hikmah dari setiap kejadian pada tahun yang lalu dan jadikan ianya sebagai panduan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang..

Sentiasa berfikiran positif dan berusaha untuk memperbaiki diri.  Lakukan apa yang kita rasa kita suka lakukan bukan apa yang orang lain suruh kita lakukan.  

Page 73: cake's name

Masa hari ni amat mencemburui ita untuk berborak panjang. Kita terus sahaja pada menu yang ingin ita kongsikan hari ini. Hari ni ita meroti. Kali ni ita singgah di dapur Yatie, dan tertarik dengan roti silang sentuhan dari Yatie yang menurut Yatie resepi asal dari Dapur Tanpa Sempadan.

Cara penyediaan roti amat mudah kerana ita menggunakan Breadmaker. Inti pula ita masih lagi gunakan inti dari

Page 74: cake's name

Quinnie yang masih berbaki dari inti Karipap Daging yang ita buat hari tu. Roti yang sangat lembut dan sedap! amat sesuai untuk sarapan pagi atau hidangan minum petang.

Terima kasih kepada Adnan Ibrahim kerana berkongsi resepi roti yang mudah, menarik dan sedap! Juga pada Yatie yang turut berkongsi dan Quinnie atas resepi inti yang sangat menyelerakan. Minta izin pula untuk sharekan di sini.

ROTI SILANG INTI KARI DAGING Olahan dari resepi ROTI SILANG INTI CENDAWANBy : Adnan Ibrahim Dapur Tanpa SempadanRujukan : Yatie Sinar Kehidupanku

250 gram tepung roti - high protein flour50 gram gula halus atau  gula kastor1/2 camca teh garam halus10 g susu tepung 1/4 camca teh bread improver1/4 camca teh bread softerner30 g telur - pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbangBakinya jangan di buang - untuk glaze atas doh6 gram instant yeast20 gram mentega125 ml air suam - kalau guna Breadmaker guna air biasa

Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.Satukan semua bahan lain kecuali mentega,Masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal , kurang lebih 20 minit. Bulat-bulatkan kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik

BREADMAKERSatukan semua bahan-bahan untuk doh dalam breadmaker,

Page 75: cake's name

pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siapKebiasannya breadmaker mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2.

INTI CENDAWAN

200 gram cendawan butang, hiris150 gram daging kisar - daging ayam atau lembu1 inci halia*2 ulas bawang putih* - *ditumbuk halus

Page 76: cake's name

2 helai bay leaf3/4 camca teh serbuk lada hitam1/2 cawan susu sejatGaram dan secubit gula1 biji bawang besar, didadu1 pokok daun bawang, hiris

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan juga bay leaf, tumis hingga layu.Masukkan daging dan masak hingga daging kecut. Tuang susu dan masak hingga daging lembut .Masukkan cendawan dan juga lada hitam, masak dengan api perlahan hingga cendawan layu dan kelihatan kering. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup, kacau rata dan sejukkan.

Page 77: cake's name

INTI KARI DAGINGBy : Qasehqu Quinnie

300gm daging - nak tambah lagi pun boleh...cincang halus daging8 biji kentang saiz besar - potong dadu1 biji ubi keledek saiz sebesar kentang - potong dadu (optional- tak dek pun tak pe)4 sudu besar udang kering *

Page 78: cake's name

1 bawang besar*2 bawang putih*6 cili kering* -rendam dgn air ( blend bahan* halus)7 tangkai daun kari2 sudu kecil garam3 sudu besar gula5 sudu besar rempah kari daging -dibacuh dgn air1/2 cawan santan pekatair secukupnya

Mula2 masak intiPanaskan skit minyak dlm kualikemudian masukkan bahan2 blend, masak hingga naik bau dan bahan tumis agak kering airnyakemudian  masukkan rempah kari daging, kacau2 rata, dan masak hingga terbit minyakbila dah terbit minyak, masukkan daun kari kacau hingga naik bau dan masukkan daging, gaul2 ratakemudian masukkan kentang, keledek dan air.air hendaklah dimasukkan sampai  hapus kentang tapi jgn lebih sgt sebab nanti kentang jadi hancur.Masukkan  juga santan dan gula, masakkan hingga keringbila dah agak2 nak kering, masukkan garam kacau lagi hingga kering inti tadi atau  air dia dah tak de

tutup api dan sejukkan.

Page 79: cake's name

KAEDAH MEMBUAT ROTI SILANGSila rujuk di SINI sebagai panduan

Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai 4 persegi seperti dalam gambar. Kelar kiri dan kanan doh tadi. Isikan 1/2 bahagian inti di tengah doh. 

Page 80: cake's name

Kemudian lipat bersilang antara jejari kanan dan kiri, buat hingga siap, alihkan ke loyang yang telah disapu sedikit mentega. Buat kaedah sama untuk satu bahagian lagi. Perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) dan tabur serbuk lada hitam atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pasa suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan roti sebelum dihidangkan....

Page 81: cake's name

KARIPAP ROTI SARDINassalamualaikum..

Selamat berhujung minggu.Hujung minggu datang lagi kali ni mungkinn lebih meriah kerana semua anak2 telah berkumpul dirumah sempena cuti sekolah.

Page 82: cake's name

Banyak aktiviti yang telah di rancang sepanjang cuti sekolah ni.Semoga cuti yang panjang bersama anak-anak dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Hari ni ita pun nak keluar jalan-jalan dengan anak-anak. Pergi ronda-ronda kejap!. Hilangkan boring setelah lama teperap dalam rumah. Anak-anak pun dah mula berbunyi..

Page 83: cake's name

cuti tak ajak mereka jalan-jalan ke?Memandangkan abangnya masih belum habis lagi bertarung dengan exam segala perancangan bercuti ditangguhkan sehingga abangnya pulang kelak.

Masih ramai yang mengaru2 kepala tak gatal untuk sajikan hidangan sarapan pagi yang mudah dan ringkas untuk anak-anak. Bila cuti sekolah bermula terlalu banyak aktiviti

Page 84: cake's name

yang kita kena laksanakan. Pagi dah ke dapur sediakan sarapan. Kemudian bergegas kepasar untuk membeli keperluan untuk masak tengahari pula. Petang dah nak fikirkan juadah untuk minum petang. Dan malam apa pula yang hendak disajikan...

Untuk membantu, disini ita sediakan hidangan yang cukup ringkas dari dapur ita. Rasa-rasa ramai yang dah tahu cara penyediaan menu sarapan pagi yang ringkas ni. Mula-mula

Page 85: cake's name

segan juga ita nak tayang resepi simple dari dapur ita ni. Hidangan ni mmg cukup ringkas dan selalu ita sediakan untuk sarapan pagi anak-anak.

Macam-macam cara kita boleh sediakan, dengan pelbagai corak mengikut kreativiti masing-masing. Biasa ita gulung aje.. tapi kali ni ita buat dalam pentuk karipap bulat. Mudah aje cara penyediaannya.

Page 87: cake's name

Roti sandwitch kita canai nipis. Kemudian kita potong guna cutter bentuk bulat.Tepung gandum kita campurkan dengan sedikit air untuk di jadikan gamTelur begantung pada berapa banyak inti yang kita telah sediakan dan berapa keping roti yang ingin kita celup.Telur kita campurkan secubit garam dan sedikit lada hitam atau lada sulah.Kemudian kita pukul sedikit.

Setelah siap ketepikan dan kita sediakan inti sardin.Bawang besar di hiris halusLada merah juga dihiris halusBawang putih juga dihiris halusHalia juga dihiris halus.Begitu juga dengan daun ketumbarSardin di buang tulangnya dan dilecek bersama dengan sosnya sekali.Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia.Kemudian masukkan sardin masak lagi hingga sedikit kering.Masukkan perahan limau atau boleh juga gantikan dgn sedikit air asam.Masak lagi hingga sedikit keringPerasakan dengan garamTambahkan lada dan daun ketumbar.Taburkan sedikit lada hitam jika sukakan sedikit rasa pedas.Gaul rata sehingga kering.

Page 89: cake's name

Letakkan inti atas sekeping roti yang telah dibulatkanLetakkan bancuhan tepung di sekeliling rotiRapatkan, kemudian tekan dengan garfu supaya melekatPanaskan sedikit buter bersama sedikit minyak dalam kuali yang leper.Celupkan roti dalam telur dan goreng dalam kuali leper tadi.Balik- balikkan roti.Bila dah kuning keemasan keluarkan dan toskan atas kitchen towelKalau ada lebihan minyak cepat2 lapkan dengan kitchen towel.

Page 90: cake's name

Sedia untuk dinikmati

Posted by Azlita Aziz at 2:03 PM 9 comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Labels: ROTI

THURSDAY, NOVEMBER 24, 2011

EGG BENEDICT

Page 91: cake's name

Bila cuti sekolah ni, sebagai ibu pastinya kita sibuk menyediakan hidangan untuk anak-anak. Kadang-kala rasa macam tak cukup waktu untuk menyediakan hidangan. Biasa sarapan pagi ita cuba cari resepi yang seringkas mungkin untuk breakfast anak2,  tapi masih lagi mengekalkan sumber zat seperti protin dan kabohidrat untuk tumbesaran tubuh dan akal yang cerdas.

Untuk mencari resepi yang ringkas  kadang kala bukan sesuatu yang mudah. Silap hari bulan penat2 kita memasak mereka tak sentuh langsung kerana tak serasi dengan citarasa mereka. Oleh itu sebagai penyelamat keadaan ita cuba dapatkan resepi untuk sarapan yang ringkas dari My Resepi.

Page 92: cake's name

Bila ita jumpa resepi yang satu ni hati begitu teruja untuk mencuba lebih-lebih lagi bila melihatkan  ramai yang telah mencuba dan memberikan reaksi yang cukup positif. Bahan-bahan pula cukup simple semua di hujung jari aje.. Siapa lah yang tak teringin mencuba jika bahan yang mudah dan pasti satu hidangan yang sedap kan??

Page 93: cake's name

Terima kasih kepada Zurin penyumbang resepi yang cukup mudah ini. Pastinya pagi hari akak lebih ceria jika seringkas dan semudah ini menyediakan sarapan untuk keluarga. Terima kasih juga buat My Resepi yang menjadikan pencarian ita lebih bermakna. Kepada yang masih mencari resepi yang mudah dan simple untuk sajian anak-anak cuba lah hidangan ni.. pasti anak2 anda juga akan mengemarinya. 

Page 94: cake's name

EGG BENEDICT2 biji telur 2 keping roti putih - dibuang tepinya lada hitam - freshly cracked Sedikit butter atau majerin Garam Sedikit oregano - ita tambah

Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Ita taburkan sedikit oreganoBoleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional) Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.Sedia untuk di nikmati

CHECKERED BUNFirman Allah S.W.T di dalam surah Al- Hadid, ayat 22

     Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang di timpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab ( pengetahuan kami) sebelum kami menjadikannya...     Tinta pena telah mengering, lembaran -lembaran catatan ketentuan telah disimpan, setiap perkara telah diputuskan dan takdir telah ditetapkan. Maka.........tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah di tetapkan Allah bagi kami...At- Taubah : 51

Assalamualaikum,

Page 95: cake's name

Salam di pagi Jumaat yang barakah, penghulu segala hari..Apa khabar semua..?

Musim tengkujuh telah menjelma.. setiap hari cuaca mendung dan hujan yang tak berhenti. Kadang kala di sebelah pagi hujan petang pula Sang Mentari bersinar cerah. Ada masanya pula Sang Mentari muncul dengan amarahnya dan panas yang menyakitkan kepala tapi tiba-tiba mendung pula di diniharinya... Itulah lumrah alam.. kita terima qadak dan qadar yang telah di tetapkan Allah dengan redo dan penuh kesabaran..

Cuaca yang tak menentu sejak dua menjak ni buatkan kesihatan ita sedikit tergangu. Anak tekak sudah terasa perit, dan kepala mula berdenyut-denyut.. Aktiviti harian masih berjalan seperti biasa.. dah tugas dan amanah kenalah kita pikul juga..

Semalam satu hari tak dapat bersiaran.. Maaf siaran tergendala sebentar sebab memberikan laluan untuk iklan.. hihiSebenarnya semalam pada sebelah pagi ita pergi pasar, kemudian gi beli barang-barang dapur sikit. Ita ingatkan nak masukkan N3 bila balik nanti emmm... tak dapat sebab anak dara ita dah tak bergerak depan komputer ni.. aduyaiiii... Dalili sibuk pulak dia nak buat Blog jugak!Bila dia tanya ita, ita kata memng lah tak tau macam mana nak buat sebab yg ita punya ni pun abang dia yg buatkan.. Mak mana lah pandai Dalili kang ada rosak komputer tu.. nanti tak dapat mak bersiaran Dalili oiiii...Tak puas hati lagi dok minta ayahnya tolong.. emm.. ayahnya pun kata tak tau juga.. aduyaiii.. kesian Dalili.Pas tu sibuk nak talifon abangnya.. tanya macam mana nak buat blog..? malang lagi bila abang tak angkat talifon.. huhu pas tu lah yg tak berderak depan komputer tu.. aduyaiii.. Dalili

Page 96: cake's name

Nape jadi cam ni?? tu lah sebabnya, dia gi ikut ayahnya gi Bank. Bila dia masuk dalam Bank waaa... terkejut member bila orang kat bank semua kenal dengan dia.. semua dok panggil nama Dalili... Dalili..siap salam-salam lagi..Masuk kereta emm.. termenung sekejap! pas tu tanya ayahnya "macam mana orang kat bank tu kenal Dalili ayah? " ayah nya pun jawab lah... "kan Dalili dah fames amos... sekarang...!!  nama selalu keluar dalam blog mak.." waaaa.... member pun apa lagi.. tersenyum simpul lah... tu lah yg sibuk nak buat blog tu.. aduyaiii Dalili.. anak omak!! kwang.. kwang.. kwang.. sabor je le...

Page 97: cake's name

Semalam ita dok buat roti, dok melayan anak dara sorang ni.. emm.. bila dah dia dok mengadap komputer semua blog dan FB mak dia habis dia dok selongkar.. Pas tu dia nampak lah ada orang tag roti ni kat wall dan minta maknya buatkan.. katanya macam papan chess yg dia dok selalu main dgn abang dia.. Dalam gambar tu tak di sertakan resepi. Jadi terpaksalah ita terjah dapur Ros untuk cari resepi yang sesuai untuk bun ni. 

Page 98: cake's name

Resepi dari Ros Jintan manis yang memang pakar dalam pembuatan roti. Sedap roti ni lembut dan sangat gebu. Tapi kali ni ita tak letak inti. Ita buat bun manis aje berperisa coklat dan vanila. Terima kasih pada Ros yang sudi sharekan resepi bun ni. Ita minta izin untuk salinkan semula sekali lagi di sini.Tapi sebelum tu ita minta maaf sebab ita tukar nama bun ni, bukan apa mudah untuk ita buat rujukan.. maaf ye Ros!

CHECKERED BUN

250 gram tepung roti1 sudu besar marjerin2 sudu besar gula2 sudu besar waterrox120ml susu segar1 1/2 sudu kecil yis1 sudu besar susu tepung/skim milksedikit paste vanilasedikit choc emulco

Kalau ade breadmaker (BM) boleh masukkan semua bahan Doh kecuali paste vanila dan choc emulco dan pilih menu Uli dan On je, kalau takde masukkan semua , dalam bekas adunan kecuali paste vanila dan choc emulco, dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik. 

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu

Page 99: cake's name

tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 2 bahagian1 letakkan paste vanila1 lagi letakkan choc emulcouli sekali lagi hingga adunan rata

Bulat-bulatkan bun 6 biji setiap satu warna.Susun dalam loyang 8x8 incTutup doh dengan towel dan simpan di tempat yg hangat hingga doh naik 2 kali ganda.Bakar pada suhu 180 darjah selama  20-22 minit, atau sehingga permukaan bun perang.Setelah masak sapukan butter atas permukaan bun, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas, sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang.

WATER  ROUX  (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )50gm tepung gandum250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pada suhu bilik baru lah digunakan.

CHOCOLATE BREAD CAKEassalamualaikum

Apa khabar semua hari ni..?? harap2 sihat dan ceria.. lah kan..Semalam anak ita Azrul balik.. hari ni mak dia sibuk lah di dapurPMR dah habis jadi cuti lah anak ita sampai hari Ahad ni..Member apa lagi balik kali ni uiii.. tidur tak bangun2

Page 100: cake's name

ingatkan pengsan!! rupanya bayar hutang.. hihiNi pulak dah dok berkurung dalam bilik apa lagi main game lah tu.. dah lama tak bukak benda tu.. lepas gian lah tu.. tak pe lah dah habis exam mak bagi can..

Dah lama ita tak meroti.. sebenarnya kalau cuaca hujan cam ni memang payah sikit nak meroti udara yang sejuk dan lembab buatkan doh kita susah nak naik.Biasa doh yang telah siap di uli ita akan perapkan dalam oven. Oven tu ita on sekejap.. kejap aje tau bagi udara

Page 101: cake's name

dalam oven tu hangat2 aje.. atau istilah lain suam-suam kuku.. Pas tu ita letaklah doh tu dalam oven supaya dia panas dan mudah naik. Nanti dia naik cantik aje dan lembut!

Hari ni ita nak sharekan satu lagi resepi roti dan kek kira dua dalam satu senang kerja sekali masuk mulut dua2 dapat roti pun dapat rasa kek pun dapat rasa.. hihiResepi ni ita ada nampak kat buku The World of Bread daripada Chef Alex Goh . Dah lama berhajat nak buat tapi adunan rotinya agak banyak!Semalam masa ronda2 cari resepi ita ternampaklah resepi yang lebih kurang sama di fotopages by Naz Rinn Chan resepi yg Naz Rinn Chan ambil dari Chef Khoo See Yew of DIY Home BreadLebih mudah siap ada langkah demi langkah yang mudah!Untuk adunan kek juga menggunakan tepung kek ready made atau sponge mix cake. Tapi sebab ita tak de Sponge mix cake bahagian kek tu ita gunakan resepi French Sponge Cake oleh Chef Alex Goh

Terima kasih kepada Naz Rinn Chan kerana sharekan resepi ni dan terima kasih juga pada kedua2 tuan empunya resepi.Jom kita masuk dapur dan kita buat Chocolate Bread Cake ni..

CHOCOLATE BREAD CAKE Bahan A300gm high protein flour5gm susu tepung3gm bread improver10gm serbuk koko

Bahan B50gm gula castor

Page 102: cake's name

1/2 tsp garam halus1/2 biji telur180gm air sejuk7.5gm yis segera1/2 tsp choc emulco

Bahan C15gm butter15gm shorteningkismis - ita tambah 

Page 103: cake's name

Untuk buat doh roti ita gunakan bread maker.  Di bawah ni pula adalah cara2 menguli menggunakan tangan.

Dalam mangkuk pengadun, campurkan semua Bahan A. Gaul seketika. Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A. Adun sehingga menjadi doh. Masukkan Bahan C dan terus putar hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. 

Page 104: cake's name

Boleh uli guna tangan atau bread maker. Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan perap selama 30 minit. Tumbuk doh untuk membuang udara. Kalau nak letak kismis masa ni boleh gaulkan doh dengan kismis atau coklat chip pun boleh Bahagikan doh kepada dua bahagian. Gelek leper dan gulung pada dua bahagian yang bertentangan. Lengserkan dengan butter 2 tin loaf berukuran 4" x 4" x 6". Ita guna loyang 5 inc x 9 inc dan tinggi 3 inc Masukkan satu doh yang telah digulung tadi. Biarkan doh naik dua kali ganda.

Page 105: cake's name

Ita bulat-bulatkan doh sebesar guli dan susun dalam loyangPeringatan jika gunakan loyang yang kecil kena bahagikan doh pada 3 bahagian kerana doh roti yg mengembang akak mengembang lagi bila di bakar dan besar kemungkinan akan menolak adunan kek di atas dan membuatkan kek tertumpah. Berhati2 ye! Pastikan doh roti di bulatkan atau di gulung kecil aje anggaran 1 - 1 1/2 cm  aje tingginyaBila dah siap rehatkan semula doh dalam 10 minitOk kita buat pula kek

Page 106: cake's name

Untuk resepi kek yang menggunakan sponge mix cake boleh ikut resepi di bawah ni

KEK SPONGE MIX2 butir telur gred A150gm sponge mix perisa vanilla30gm air2.5gm esen pandan60gm minyak jagung/minyak masak

Putar kesemua bahan adunan kek dengan kelajuan tinggi selama 8 minit sehingga kembang dan gebu.

Ita pula gunakan resepi French Sponge Cake dari Chef Alex Goh

FRENCH SPONGE CAKEby : Chef Alex GohSumber : Buku Masakan Fruity Cake

Bahan A4 biji kuning telur20 gm gula castor1/4 sudu teh esen vanila

Bahan B4 biji putih telur100 gm gula

Bahan C110 gm tepung - ita guna tepung kek 70 gm mentega cair - ita guna minyak Mazola  

Page 107: cake's name

Bahan A - Pukul bahan A sehingga ringan dan gebuBahan B - Dalam bekas lain putar pula putih telur hingga kembang, tambahkan gula dan putar lagi hingga kental dan kaku, kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh.Masukkan  adunan meringue ( bahan B) kedalam adunan bahan A. Kacau rata dengan menggunakan kaedah kaup balik sehingga rata.

Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau rata dengan kaedah kaup balik juga.

Page 108: cake's name

Masukkan minyak atau butter cair dan kacau rata guna kaedah kaup balik juga.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna yg di sukai.

Page 109: cake's name

Tuang adunan kek ke atas doh roti yang telah kembang tadi.Ikutlah cara bagaimana nak corakkan adunan kek tu Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min - 30min.

GARLIC ROLLTiada bandingannya rasa roti segar, panas dan harum, apatah lagi di sapu dgn butter lalu dimakan perlahan-lahan. Betapa enaknya jika roti itu di buat sendiri..

Ramai yang menyatakan membuat roti itu sukar dan memerlukan kemahiran. sebenarnya tidak. Ragi bahan yg mudah digunakan. Kita tidak akan tersalah, asalkan jangan membantutkan ragi dgn mencampurkan cecair panas. Tidak seperti membuat pastri dan kek, yg memerlukan sentuhan perlahan, menguli doh roti memerlukan masa dan tenaga

Seperkara lagi yg saya pelajari dari jurumasak antarabangsa ialah berlakunya pembaziran, bukannya rasanya yang enak. Ada yg menyatakan doh roti harus dibuat menggunakan cecair suam dan disimpan di tempat

Page 110: cake's name

panas.. Roti yg dibuat cepat di rumah memanglah baik... tetapi rasa serta teksturnya kurang baik. Lebih baik doh dibiarkan kembang ditempat sejuk pada suhu bilik, kerana doh yg naik perlahan-lahan akan rasa lebih enak. Ia lembut apabila dikunyah dan tidak mengandungi gelembung udara

~ CHEF WAN

Pagi ni ita sajikan anak-anak dengan Garlic Roll bersama Mushroom soup. Anak ita memang suka makan garlic bread dengan mushroom soup. Kalau gi makan kat Pizza Hutt ini adalah sajian yang wajib di order. Kalau kat rumah pon anak-anak ita kerap buat, sekarang mereka dah pandai buat sendiri sebab mudah.. Dalili pon dah pandai buat sendiri. Kebetulan dah ada bahan yang mudah.. Garlic Butter pon memang sentiasa ada.. Bersama Mushroom soup segera.. mudah dan ringkas..

Tapi kali ni ita buat Garlic Roll. Ita ternampak resepi ni masa ita singah di blog Taste of Pearl Citymilik Umm Mymoonah dan resepi ini merupakan resepi terbaik pilihan beliau sepanjang tahun 2011. Resepi ini adalah milik Suhaina dari blog My Singapore Kitchen. Masa tu ita dah berangan nak buat sebab tau anak-anak mesti suka.. Entah macam mana bila dah sibuk ita hampir terlupa pada resepi yang memang teringin sangat ita cuba ni..

Page 111: cake's name

Bila ita jalan-jalan kat blog Madiha ita ternampak Madiha dah pon mencuba Garlic Roll ni dan hasil yang Madiha buat memang sangat memikat ita untuk mencuba.. Ita memang suka selongkar dapor Madiha.. sebab macam-macam resepi yang telah Madiha cuba.. semua nampak menarik.. banyak yang dah masuk list tapi tak tau bila nak buat.. 

Page 112: cake's name

Bila Madiha kata "tak puas makan" lagi lah berkobar2 ita nak mencuba.. dan akhirnya dapat lah ita capaikan hajat untuk mencuba resepi ni.. dan hasilnya memang seperti yang dikata.. walaupun tanpa telur kita dapat hasilkan satu resepi roti yang sangat lembut.. Pulak bila di lapiskan dengan garlic spread yang beraroma daun ketumbar lagi lah.. harum dan menyegarkan.. Ita memang sukakan harum bau daun ketumbar..

Page 113: cake's name

Thank you Suhaina for sharing the recipe and Umm Mymoonah is absolutely right. The Garlic Bread is terrific. Soft and rich. Delicious. I like the aroma of the garlic. Fresh and do serve right away.Terima kasih juga pada Madiha dan rakan-rakan yang lain yang telah mencuba... Ita sharekan pula disini untuk rujukan ita dan rakan-rakan yang teringin mencuba

GARLIC ROLLBy : Suhaina

Ingredients: (makes 8 rolls) Plain Flour- 3 cups Warm Water- 1 cup* Yeast- 1tbps # Salt - 1tsp Sugar- 2 tbps Extra Virgin Olive Oil- 2-3 tbps

Method: Mix everything together except oil with warm water and knead  until you get a smooth dough. Add oil and knead until the dough springs back when you press with yreour finger. Apply oil and allow to rise for 40-45 minutes. By this time it will be double its initial size. Make the  Garlic Spread Knock down the air in the dough and divide the dough into two equal portions. Grease a baking pan or loaf tin with butter. Roll the dough using a rolling pin. Apply flour to prevent sticking. The rolled out dough must be at least half inch thick.

Page 114: cake's name

Try to make it more like a rectangle. Apply one tablespoon of the garlic spread on it. Roll it and cut it into two equal parts and further cut the two parts into two, so that you get 4 equal rolls. Now place the rolls with the cut side up in the greased pan. Repeat the same procedure for the remaining dough. Apply the balance garlic spread on top and apply milk or egg wash which ever you prefer. Sprinkle sesame seeds (optional) Allow to proof for another 20 minutes. In the mean time preheat the oven to 180 degree C. Bake for 20-25 minutes until the house is filled with the aroma of roasted garlic and bread.. Take a bite into this lovely soft and flavourful rolls. You will surely fall in love with it.

* The quantity of water depends on the brand of flour used. I sometimes use less than a cup, sometimes more than a cup for the same 3 cups of flour.# I add 1 tablespoon yeast for a quick rise. You can reduce the quantity of yeast(say 1tsp) and let it rise slowly too.

GARLIC ROLLBy : Suhaina

3 cawan tepung gandum ~ ita guna tepung roti1 cawan air suam1 sudu besar yeast1 sudu teh garam2 sudu besar gula2-3 sudu besar olive oil ~ ita letak 2

Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembutTambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik 

Page 115: cake's name

Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang  bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minitDoh akan naik sekali gandaSementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spreadSetelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejapKemudian bahagikan doh  kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjangSapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua jugaPotong doh sama lebar sebanyak 4 potonganKita akan mendapat 8 potongan dohSusun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habistutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadiSapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit

PanduanUntuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan

Page 116: cake's name

GARLIC SPREADBy : Suhaina

Ingredients:Salted Butter- 50gramsGarlic- 3 gratedCoriander leaves - 2 tbps (chopped)

Page 117: cake's name

Method:Bring butter to room temperature.Mix everything together. Can be stored in the chill tray for upto one week.

CARLIC SPREADBy : Suhana

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik3 ulas bawang putih ~ dicincang halus2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halussecubit garam ~ ita tambahsedikit lada hitam kisar ~ ita tambahGaulkan semua bahan

Page 118: cake's name

Siap digunakan.

PROSPERITY BURGER My StyleAssalamualaikum..Selamat malam semua..Dah malam2 baru dapat mengadap komputer.. Masa siang ita sekarang memang sangat sibuk.. Kadang-kadang rasa macam nak cuti sekejap dari berblog.. hehe tapi nanti ita pulak yang tak keruan.. Satu hari tak bukak blog rasanya macam setahun lamanya.. 

Page 119: cake's name

Malam ni ita nak sharekan satu resepi prosperity burger yang sangat di gemari anak-anak ita. Dalam cuti sekolah ni dah berapa kali buat tapi tak sempat nak ambil gambar sebab semua dah tak sabar nak makan. Kadang-kala ita buat untuk jajan2 anak dan suami sambil dorang tonton bola malam-malam kan.. Bila dah buat malam memang tak sempatlah nak ambil gambar.

Page 120: cake's name

Hari ni di minta buatkan lagi.. Jadi petang tadi ita buatkan lah prosperity burger ni.. Buat dia senang aje! Kalau rajin boleh buat roti sendiri kalau agak2 macam malas aje.. boleh lah guna roti burger atau roti hot dog. Ita pun macam tu jugak! ada masa kalau macam angin malas sampai ita beli aje roti yang dah siap tu.. mudah cepat dan ringkas..

Page 121: cake's name

Tapi anak2 ita ni sekarang dah pandai dah! Sebab dia tau ada bread maker, dah tak mau lagi dah roti yang beli tu.. Jadi roti ni ita buatlah sendiri.. Resepi roti, ita guna resepi roti burger yang dah pernah ita buat sebelum ni.. di SINI

Kali ni roti ni Dalili yang buat.. Dia sekarang mmg rajin betul nak buat roti. Pantang kalau ita kata Dalili buat roti cepat aje dia capai tepung.. Dia lah yang sukat semua bahan dan bubuh dalam bread maker tu! Senang aje bila

Page 122: cake's name

buat roti guna bread maker.. Dalili can cook so can you! haha

Oh ye! hampir-hampir ita terlupa.. Ramai yang tanya bread maker brand apa yang ita gunakan.. Ita ni sebenarnya serba salah juga sekarang ni kalau nak tunjuk peralatan memasak ita.. Nanti ada pulak yang kata ita nak tunjuk harta karun.. Sebenarnya tiada niat pun nak menunjuk2. Sebelum ni apa yang ita tunjukkan itu semua adalah atas permintaan rakan2 fb ita juga.. Ita tunjukkan atas dasar atau rasa perkongsian.. ialah ada antara rakan2 yang nak beli peralatan memasak tapi tak berapa pasti jenama apa yang sesuai.. Jadi mereka akan menanya pada orang yang dah biasa gunakan peralatan tu.. Ita rasa tak salah jika ita tunjukkan untuk memberi idea pada mereka yang masih mencari2, dan jangan lah pula ada yang tersalah tafsir.. perkongsian ini..

Pada yang bertanya, inilah bread maker yang ita guna. Ita ambil gambar kat google sebab ita baru perasan msg dah petang, tak sempat nak ambil gambar bread maker ita tu.. tapi sama aje.. dari google atau ita punya ia adalah bread maker yang sama. Ita guna brand Kenwood BM450 Stainless Steel Breadmaker. Bread maker ni ada 15 program untuk membuat roti, dough, kek dan juga jam. Dia

Page 123: cake's name

menggunakan touch screen dan kita boleh bakar terus kek atau roti kita dalam bread maker ni. Tapi roti dan keknya tu bentuk empat segi je lah kan.. kalau kita nak buat bentuk2 lain kita kena lah bakar dalam oven.. Cara menggunakannya kenalah baca buku panduan yg di berikan.. Kalau dah tau guna cukup mudah dan senang!

Ok lah jom kita intai pula resepi prosperity burger ni..

Page 124: cake's name

PROSPERITY BURGER My Style

Daging burger ~ secukupnyaRoti burger atau roti hot dog ~ secukupnyaBawang benggala ~ bawang besar berwarna kuningBlack pepper sos

Page 125: cake's name

Roti di potong 2 dan bakar sekejap permukaan yang di potong atas panDaging burger di masak atas pan hingga masakJika suka boleh di letakkan sedikit butter dan seasoningHiris bawang benggala ~ ini terpulang pada citarasa kita nak hiris bulat atau dadu, boleh juga di layurkan sedikit jika suka.Celupkan daging burger dalam black pepper sos dan letakkan atas rotiTaburkan bawang bengalaSiap untuk di nikmati

Page 126: cake's name

ROTI BURGER

250 gram tepung high protein atau  tepung roti50 gram tepung gandum ~ ita tak letak tepung gandum ita letak 300 gm tepung roti terus2 sudu besar gula

Page 127: cake's name

1 sudu kecil garam2 besar tepung susu1 ½ sudu teh yis1 biji telur (kecil) ~ tinggalkan sdkit utk gliss pd roti2 sudu besar marjerin atau mentega100 ml susu segar60 ml air suam ~ ita tak letak air suam, ita letak 160 ml susu segar terus1 sudu kecil bread improver - ita tambah1 sudu kecil softener - ita tambahBoleh juga sekiranyer nak letakkan water roux

Untuk Glissbaki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ~ kilat nnt roti tu

Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ada Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembutSelepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.

Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari

Page 128: cake's name

oven dan sapukan dengan mentega cair.

Untuk roti prospertyIta buat bentuk selinder. Satu adunan ni dapat 4 roti yang besar. Kalau nak kecil buat 5 atau 6. Bila dah siap biarkan ia rehat sekejap hingga dough naik 2 kali gandaKelar atas roti dengan pisau yang tajamSapukan glissTaburkan lada itam yang di tumbuk halusKemudian bakar.

Page 129: cake's name

BLACK PEPPER SOS

1 labu bawang besar ~ di hiris halus1/2 botol  sos lada hitam Life ~ botol besar1/2 cawan susu segar1 kiub ayam2 sudu besar kicap manis

Page 130: cake's name

garam dan gula secukup rasaBoleh tambah sedikit lada hitam jika sukakan lebih pedas

Tumis bawang besar hingga harumMasukkan sos lada hitam dan kiub ayam kacau rataTambahkan kicap manis dan susu segarPerasakan garam dan gulanyaBoleh tambahkan sedikit lagi lada hitam yang di tumbuk jika sukakan rasa lada hitam atau sukakan sedikit rasa kepedasan.Jika kuah pekat tambahkan lagi susu.