Cara Bermain Permainan Batu Lima
-
Upload
rowena-lim -
Category
Documents
-
view
209 -
download
3
description
Transcript of Cara Bermain Permainan Batu Lima
Cara bermain permainan “batu lima”
1. Pemain dikehendaki menggenggam 5 biji batu dengan menggunakan 1 tangan,
membaling kesemua batu dan membiarkan batu-batu tersebut jatuh ke lantai.
2. Memilih sebiji batu dengan menggunakan tangan dominan dan membaling batu ke
atas. Sebaik sahaja balingan dibuat, guna tangan yang sama untuk memungut salah
sebiji batu di lantai lalu menyambut batu yang dibaling tersebut. Perbuatan yang
sama diulangi sebanyak 4 kali sehingga kesemua batu yang berada di lantai berjaya
dipungut.
3. Memilih sebiji batu dengan menggunakan tangan dominan dan membaling batu
tersebut ke atas. Sebaik sahaja balingan dibuat, guna tangan yang sama untuk
memungut 2 biji batu yang berada di lantai lalu menyambut batu yang dibaling
tersebut. Perbuatan yang sama diulangi sebanyak 2 kali sehingga kelima-lima biji
batu dipungut.
4. Memilih sebiji batu dengan menggunakan tangan dominan dan membaling batu
tersebut ke atas. Sebalik sahaja balingan dibuat, guna tangan yang sama untuk
memungut sebiji batu di lantai dan seterusnya menyambut batu yang dibaling
tersebut. Selepas itu, balingan sebiji batu dibuat sekali lagi. Semasa balingan dibuat,
pemain perlu memungut ketiga-tiga baki batu yang berada di lantai sebelum
menyambut batu yang dibaling tersebut.
Dalam cabaran ketiga ini, pemain tidak boleh tersentuh batu yang lain ketika
dalam proses memungut salah sebiji batu yang berada di lantai. Sekiranya
pemain tersentuh batu yang lain, maka ia akan dikira sebagai melanggar
peraturan dan 2 markah akan ditolak.
5. Memilih sebiji batu dengan menggunakan tangan dominan dan membaling batu
tersebut ke atas. Sebalik sahaja balingan dibuat, guna tangan yang sama untuk
memungut keempat-empat biji batu di lantai dan seterusnya menyambut batu yang
dibaling tersebut. Cabaran ini akan dikira gagal sekiranya salah sebiji batu terlepas
dari tangan semasa proses membuat sambutan.
6. 5 biji batu digenggam dengan menggunakan 1 tangan, pilih sebiji batu untuk dibaling
ke atas dan 4 biji batu yang lain dibaling ke lantai. Batu yang dibaling ke atas
tersebut mesti disambut sebaik sahaja balingan ke lantai dibuat. Selepas itu, sebiji
batu yang disambut tersebut dibaling ke atas sekali lagi. Sebaik sahaja balingan
dibuat, pemain dikehendaki memungut keempat-empat biji batu yang berada di lantai
sebelum menyambut batu yang dibaling ke atas. Cabaran ini akan dikira gagal
sekiranya salah sebiji batu terlepas dari tangan semasa proses membuat sambutan.
7. 5 biji batu digenggam dengan menggunakan 1 tangan, pilih sebiji batu untuk dibaling
ke atas dan 4 biji batu yang lain dibaling ke lantai. Batu yang dibaling ke atas
tersebut mesti disambut sebaik sahaja balingan ke lantai dibuat. Perbuatan yang
sama perlu diulangi sebanyak 5 kali secara berterusan.