Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif
Transcript of Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif
CARA-CARA MENJAWAB
SOALAN
KEFAHAMAN SUBJEKTIF
Bengkel Untuk Ibu Bapa P5 & P6
OBJEKTIF
Di akhir bengkel ini…
Para peserta dapat memahami bagaimana
hendak menjawab soalan kefahaman.
Para peserta tahu cara memahami teks yang
dibaca.
Para peserta dapat mengaplikasikan teknik yang
diajar dengan anak mereka.
FORMAT KEFAHAMAN SUBJEKTIF
Jenis & Bilangan Soalan : Soalan respons bebas (open-ended questions)
6 item
Soalan 36 hingga soalan 41b
Peruntukan Markah : 20 markah (10%)
Soalan 36 & 37 (2 markah)
Soalan 38, 39 & 40 (4 markah)
FORMAT KEFAHAMAN SUBJEKTIF
Uji kebolehan murid untuk memahami satu petikan karangan.
Menjawab pelbagai bentuk soalan :
- Literal (P3 – P6)
- Inferens (P3 – P6)
- Penilaian (P3 – P6)
- Penghayatan (P5 – P6)
- Semantik (P3 – P6)
MEMAHAMI TEKS BACAAN
Baca petikan karangan & soalan-soalan sekurang-kurangnya 2 kali.
Strategi SQ3R : https://www.youtube.com/watch?v=P2Gic5lU-5g
https://www.youtube.com/watch?v=0dhcSP_Myjg
Langkah 1 S Meninjau (Survey)
Baca teks sepintas lalu.
Langkah 2 Q Menyoal (Question)
Ubah ayat pertama setiap perenggan menjadi
soalan.
Langkah 3 R Membaca
senyap (Read)
Baca untuk mencari jawapan bagi soalan yang
dibina oleh kamu.
Langkah 4 R Membaca
lantang (Recite)
Baca jawapan yang telah dikenal pasti secara
lantang.
Langkah 5 R Meninjau
semula (Review)
Tulis nota pada jawapan.
TIP MENJAWAB KEFAHAMAN SUBJEKTIF
Garisi kata kunci & isi-isi penting bagi
memudahkan anak anda menjawab soalan.
Cari petunjuk (clue) untuk teka maksud kekata
yang tidak difahami/diketahui. -
boleh terdapat di dalam ayat sebelum &
sesudah perkataan tersebut.
Fahami & kenal pasti kehendak soalan.
Garisi kata kunci yang terdapat dalam soalan.
TIP MENJAWAB KEFAHAMAN SUBJEKTIF
Gunakan ayat sendiri ketika menjawab soalan
tanpa mengubah maksud asal petikan/isi.
Beri perhatian terhadap markah kerana padatnya
isi jawapan bergantung pada markah.
Pastikan maklumat penting tidak ditinggalkan.
Kemukakan pendapat yang munasabah (logic)
ketika menjawab soalan-soalan yang jawapannya
sukar diperolehi di dalam petikan.
TIP MENJAWAB KEFAHAMAN SUBJEKTIF
Baca jawapan berulang kali & pastikan jawapan sesuai & tepat dengan soalannya.
Semak jawapan.
Pastikan jawapan :
- tiada kesalahan ejaan, tanda baca
- tiada kesalahan bahasa
- ada struktur ayat yang sempurna / lengkap
TIP MENJAWAB KEFAHAMAN SUBJEKTIF
Kata Tanya Maklumat Yang Diperlukan
Apa Merujuk pada sesuatu benda, perkara, situasi, perasaan,
keadaan.
Siapa Merujuk pada seseorang.
Berapa Merujuk pada jumlah, bilangan atau masa.
Di mana Merujuk pada sesuatu tempat.
Mengapa Merujuk pada sesuatu sebab & akibat.
Bila Merujuk pada masa / situasi / keadaan.
Bagaimana Merujuk pada cara / keadaan sesuatu perkara dilakukan.
Berikan sebab…
Nyatakan….
Buktikan…. diikuti
dengan contoh
- Perlukan maklumat yang merujuk pendapat, pandangan
berdasarkan petikan (kontekstual)
- Perlu hubungkaitkan beberapa perkara di dalam petikan
(kontekstual)
Soalan Literal
Soalan yang memerlukan jawapan yang
tertera secara jelas dalam petikan.
Murid perlu kenal pasti / mengecam fakta
Mengingat kembali maklumat dalam petikan.
PETIKAN 1 (SOALAN LITERAL)
Bas yang ditunggu oleh Alif dan kakaknya,
Siti belum tiba-tiba. Untuk tidak membuang
masa, Siti dan Alif membaca buku yang
dibawa oleh mereka. Solihin yang kebetulan
berlalu di situ ternampak mereka berdua.
Dia menghampiri Siti dan Alif. Namun,
kehadirannya tidak disedari oleh mereka.
Tip Menjawab Soalan Literal
SOALAN
Mengapakah kehadiran Solihin tidak
disedari oleh Siti dan Alif?
Tip Menjawab Soalan Literal
Kehadiran Solihin tidak disedari oleh
Siti dan Alif kerana mereka sedang
membaca buku.
Tip Menjawab Soalan Literal
JAWAPAN
Soalan Inferens
Soalan yang memerlukan jawapan yang harus
dicungkil daripada petikan.
Murid perlu buat kesimpulan terhadap fakta :
- Membuat interpretasi
- Memberikan bukti-bukti
- Teliti sebab & akibat
- Meramalkan tindakan
PETIKAN 2 (SOALAN INFERENS)
“Awak hendak ke mana pagi-pagi begini, Alif?” tegur Solihin.
“Oh, awak, Solihin! Terperanjat saya,”jawab Alif.
“Kami hendak ke rumah datuk kami. Ada sesi latihan silat,” jelasnya.
“Hai, masa cuti sekolah begini pun awak masih mengikuti latihan silat!” kata Solihin lagi.
Tip Menjawab Soalan Inferens
Solihin kehairanan apabila Alif
memberitahunya bahawa dia hendak ke sesi
latihan silat. Berikan satu sebab.
Tip Menjawab Soalan Inferens
SOALAN
Solihin kehairanan disebabkan Alif masih
mengikuti latihan silat pada masa cuti
sekolah.
Tip Menjawab Soalan Inferens
JAWAPAN
PETIKAN 3 (SOALAN INFERENS)
Alif tersenyum melihat mata Solihin terbeliak kehairanan. Alif pun menerangkan bahawa sudah menjadi kelaziman untuk mereka mengikuti sesi latihan silat sebanyak tiga kali setiap minggu walaupun semasa cuti sekolah.
Tip Menjawab Soalan Inferens
PETIKAN 3 (SOALAN INFERENS)
“Awak tidak penat?” tanya Solihin.
“Tidaklah. Sesi latihan ini istimewa. Datuk kami guru sila. Dialah yang mengajar kami. Datuk kami mempunyai pengalaman mengajarkan silat selama 40 tahun.”
Menurut Alif lagi, mereka berdua sentiasa ingat akan pesanan datuk mereka agar rajin berlatih. Mereka disuruh berlatih pada setiap hari untuk mengasah kemahiran mereka.
Tip Menjawab Soalan Inferens
Apakah dua perkara yang dilakukan secara
konsisten oleh Alif dan Siti untuk cemerlang
dalam silat?
Tip Menjawab Soalan Inferens
SOALAN
Mereka mengikuti sesi latihan silat sebanyak
tiga kali setiap minggu dan rajin berlatih
setiap hari untuk mengasah kemahiran
mereka.
Tip Menjawab Soalan Inferens
JAWAPAN
Soalan Penilaian
Soalan yang memerlukan penilaian murid
berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks.
Murid perlu :
- Membuat pertimbangan tentang isi teks
- Nyatakan pendirian / pandangan / pendapat
- Memberikan pandangan kritis
- Membuat perbandingan
PETIKAN 4 (SOALAN PENILAIAN)
“Lagipun, datuk kami mengajarkan silat
dengan menggunakan cara yang kreatif. Misalnya,
dengan menggunakan permainan dan
menayangkan video. Jadi, tidaklah kami bosan.
Malah, mudah bagi kami untuk memahami
perkara yang diajarkan. Kami juga selalu diberi
hadiah kalau kami berjaya menguasai kemahiran
yang diajarkannya,” tambah Siti.
Tip Menjawab Soalan Penilaian
PETIKAN 4 (SOALAN PENILAIAN)
“Wah, berunutngnya awak! Kalaulah saya ada
datuk seperti awak. Patutlah awak berdua
terpilih untuk mewakili negara kita; berbeza
dengan saya … ,” kata Solihin
Tip Menjawab Soalan Penilaian
“Wah, beruntungnya awak! Kalaulah saya
ada datuk seperti awak.” Berikan dua sebab
Solihin berkata demikian.
Tip Menjawab Soalan Penilaian
SOALAN
Solihin berkata demikian disebabkan datuk
Alif yang mengajarkan silat dengan cara
yang kreatif dan mereka selalu diberi
hadiah kalau mereka berjaya menguasai
kemahiran yang diajarkan datuk mereka.
Tip Menjawab Soalan Penilaian
JAWAPAN
Soalan Penghayatan
Soalan yang memerlukan murid merumuskan /
memberikan pengajaran yang diraih daripada
bacaan petikan.
Murid perlu :
- Hubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan
maklumat dalam teks.
- Memberikan alternatif.
- Menghasilkan idea baharu.
PETIKAN 5 (SOALAN PENGHAYATAN)
Alif segera mencelah, “Awak juga boleh berjaya kalau
awak berusaha dengan gigih dan tidak mudah
berputus asa. Awak mahu belajar silat bersama-sama
kami?”
Wajah Solihin berseri-seri apabila mendengar
pelawaan Alif. Dengan pantas dia mengangguk. Dalam
hati Solihin tersemat tekad untuk mencontohi Alif
dan berjaya sepertinya.
Tip Menjawab Soalan Penghayatan
Alif tidak lokek. Berikan dua contoh bagi
menyokong pernyataan ini.
Tip Menjawab Soalan Penghayatan
SOALAN
Dua contoh itu ialah Alif bersedia berkongsi
pengalamannya berjaya dalam silat dengan
Solihin dan Alif mengajak Solihin belajar
silat bersama-samanya.
Tip Menjawab Soalan Penghayatan
JAWAPAN
Soalan Semantik
Murid perlu beri makna / terangkan maksud bagi
perkataan yang berhuruf tebal.
Murid perlu :
- Terangkan maksud mengikut konteks dalam 5
perkataan.
- Cari petunjuk (clue) untuk teka maksud kekata yang
tidak difahami/diketahui.
- Pembayang maksud boleh terdapat di dalam ayat
sebelum & sesudah perkataan tersebut.
Berdasarkan petikan karangan di halaman
42, berikan maksud perkataan-perkataan
yang berikut dengan menggunakan tidak
lebih daripada lima patah perkataan
(i) mengikuti
(ii) istimewa
(iii) pesanan
Tip Menjawab Soalan Semantik
SOALAN
Satu perkataan dalam petikan yang
bermaksud kemahuan yang bersungguh-
sungguh ialah _______________________.
Tip Menjawab Soalan Semantik
SOALAN
SEBELUM MENJAWAB SOALAN
KEFAHAMAN…
Baca dan fahami soalan.
Cari fakta-fakta yang dikehendaki.
Sesuaikan jawapan dengan soalan.
Periksa dan semak jawapan. Pastikan
semua bahagian telah terjawab.
Tip Menjawab Kefahaman Subjektif
TERIMA KASIH