Cara-cara Merapatkan Hubungan Kekeluargaan

10
Pencemaran Sungai Semang Wartawan Sinar Harian March 30, 2012 PARIT BUNTAR – Air sisa buangan tidak diproses daripada sebuah kilang di Sungai Rawa, Simpang Lima, didakwa menyebabkan pencemaran kepada Sungai Semang dan menjejaskan pendapatan kebanyakan nelayan kecil, di sini. Penduduk, Rosli Hamid, 50 mendakwa, air sisa buangan daripada kilang itu dilepaskan secara terus ke dalam Sungai Semang tanpa menjalani proses pembersihan terlebih dahulu. Menurutnya, kebanyakan nelayan kecil risau sungai berkenaan tidak lagi boleh dijadikan sumber pendapatan mereka ekoran pencemaran yang berlaku. “Sepanjang tiga kilometer Sungai Semang mengalami pencemaran sejak pengurusan kilang berkenaan dipercayai bertukar tangan daripada pihak Sime Darby kepada pihak lain. “Kami percaya pengurusan baru kilang terbabit tidak menjalankan aktiviti pembuangan sisa kumbahan kilang mengikut prosedur ditetapkan sepertimana dilaksanakan oleh pihak Sime Darby dahulu,” katanya ketika ditemui, di sini. Rosli menjelaskan, akibat daripada pencemaran yang berlaku, ikan yang mempunyai nilai tinggi dalam Sungai Rawa dipercayai telah berpindah ke habitat lain dan tidak lagi kelihatan dalam sungai itu. “Kita harap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini kerana

description

AaAa

Transcript of Cara-cara Merapatkan Hubungan Kekeluargaan

Pencemaran Sungai SemangWartawan Sinar HarianMarch 30, 2012

PARIT BUNTAR Air sisa buangan tidak diproses daripada sebuah kilang di Sungai Rawa, Simpang Lima, didakwa menyebabkan pencemaran kepada Sungai Semang dan menjejaskan pendapatan kebanyakan nelayan kecil, di sini.

Penduduk, Rosli Hamid, 50 mendakwa, air sisa buangan daripada kilang itu dilepaskan secara terus ke dalam Sungai Semang tanpa menjalani proses pembersihan terlebih dahulu.

Menurutnya, kebanyakan nelayan kecil risau sungai berkenaan tidak lagi boleh dijadikan sumber pendapatan mereka ekoran pencemaran yang berlaku.

Sepanjang tiga kilometer Sungai Semang mengalami pencemaran sejak pengurusan kilang berkenaan dipercayai bertukar tangan daripada pihak Sime Darby kepada pihak lain.

Kami percaya pengurusan baru kilang terbabit tidak menjalankan aktiviti pembuangan sisa kumbahan kilang mengikut prosedur ditetapkan sepertimana dilaksanakan oleh pihak Sime Darby dahulu, katanya ketika ditemui, di sini.

Rosli menjelaskan, akibat daripada pencemaran yang berlaku, ikan yang mempunyai nilai tinggi dalam Sungai Rawa dipercayai telah berpindah ke habitat lain dan tidak lagi kelihatan dalam sungai itu.

Kita harap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini kerana kami risau seluruh hidupan sungai di sini akan pupus dan Sungai Semang akan menjadi sungai mati, katanya.

Perlu pemantauan

Penduduk, Mat Hashim Kariah, 51 berkata, masalah pencemaran Sungai Semang tidak boleh dibiarkan berterusan dan memerlukan pemantauan, penyelenggaraan dan tindakan tegas daripada pihak berwajib.

Kilang berkenaan hanya mementingkan keuntungan sahaja dan tidak pernah memikirkan kesan daripada aktiviti tidak bertanggungjawab mereka kepada nelayan kecil serta Sungai Semang sendiri, katanya.

Sementara itu, Ibrahim Sulaiman, 58 berkata, perkara yang lebih membimbangkan adalah kemungkinan pencemaran sungai berkenaan akan merebak ke Sungai Kerian.

Katanya, terdapat pintu air automatik yang baru dibina pada awal tahun ini di kuala Sungai Semang, yang mengawal kemasukan air dari sungai itu ke Sungai Kerian.

Pintu air berkenaan dibina sebagai satu langkah mengawal kejadian banjir dan akan terbuka secara automatik jika air dari Sungai Semang mengalir dalam amaun yang banyak serta deras ke Sungai Kerian.

Keadaan itu boleh menyebabkan air sungai yang tercemar mengalir masuk ke dalam Sungai Kerian dan akan menjejaskan hidupan di sungai itu pula. Kita risau hidupan air akan pupus jika keadaan ini berlaku, katanya.

Ibrahim berharap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Daerah Kerian (MDK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dapat mengambil perhatian serius berhubung masalah ini.

Kita minta jabatan berkenaan turun padang dan melihat sendiri keadaan di Sungai Semang dan lebih penting membantu dalam usaha memulihara khazanah hidupan sungai daripada ancaman kepupusan, katanya.

JPS ambil perhatian

Jurutera JPS Daerah Kerian, Hidzrami Shamsul Anwar berkata, JPS akan mengambil perhatian ke atas dakwaan penduduk itu dan akan menyiasat keadaan Sungai Semang terlebih dahulu sebelum membuat tindakan lanjut.

Katanya, jika pihak pengurusan kilang didapati benar-benar melanggar garis pandu yang ditetapkan, masalah berkenaan akan dipanjangkan kepada semua agensi berkaitan termasuk MDK dan JAS untuk tindakan tegas.

Adalah menjadi satu kesalahan jika kilang berkenaan beroperasi tanpa permit atau menyalurkan sisa buangan yang boleh mengakibatkan pencemaran sungai.

JPS akan melihat sendiri aktiviti yang dijalankan oleh kilang terbabit. Jika benar mereka melakukan kesalahan seperti didakwa, pihak berkuasa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas, katanya ketika dihubungi, semalam.http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/perak/pencemaran-sungai-semang-1.36185

Nyatakan konsep dan takrifan tentang pencemaran air di sungai kerian

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan berbahaya dan memudaratkan kesihatan kepada orang awam. Pencemaran air juga memberi kesan kepada hidupan lain termasuk hidupan akuatik.

3PENCEMARAN ALAM SEKITAR Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap . Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

Punca berlakunya pencemaranair

Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.Kesan-Kesan Pencemaran Air

Kepada calon-calon PT3 yang menjalankan kajian kes tentang pencemaran air bolehlah melihat sama ada kesan pencemaran air ini berlaku atau pun tidak di kawasan kajian kes tersebut.Kesan Terhadap Kesihatan Manusia Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

Kesan Kepada Kualiti Air Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan toksid yangbercampur dengan air sungai atau tasik,secara langsung akan mempengaruhi kualiti air minuman. Hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa.

Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen, fosforusdan kalium disamping sebatian-sebatian organik terlarut. Oleh itu, nutrien ini menyebabkan risiko pencemaran dilupuskan secara tidak langsung di dalam sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut(BOD).

Sistem Air Bawah Tanah Tercemar Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sisem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem ai rbawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

Menjejaskan Keindahan Alam Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia padamasa kini terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan sampah sarap menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang dilaut menjadi punca hal tersebut berlaku. Keadaan air laut ataupun sungai yangberbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan cemaryang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidakselesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini.

Banjir Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. Kesan langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan,dan juga mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan, dan kos meningkat.

Kemusnahan Hidupan Akuatik Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemran organik serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat kelautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru,Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Jejawi, Sungai Kelang, Sungai Perai,Sungai Buloh dan beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan, termasuk manusia.

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pencemaran Sungai a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006). Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.

c) Pemasangan perangkap sampah.Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.

d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya. Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.