Cara Lukis Pola dan Potong Peplum

download Cara Lukis Pola dan Potong Peplum

of 15

description

Untuk panduan lengkap cara menjahit baju kurung tradisional, baju kurung moden, baju kurung riau/ pahang, baju melayu lelaki, dan pelbagai jubah sila layari http:www://www.panduanbajukurung.comhttps://www.facebook.com/PanduanBajuKurung

Transcript of Cara Lukis Pola dan Potong Peplum

  • Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

    panduanbajukurung.com@ copyright

    1

    Cara

    Menjahit

    Pelbagai

    Jubah Panduan Langkah

    Demi Langkah

    www.panduanbajukurung.com

  • Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

    panduanbajukurung.com@ copyright

    2

    Disclaimer

    Untuk makluman anda, E-Book ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis

    sendiri yang telah berkecimpung di dalam dunia jahitan. Anda dilarang sama sekali untuk

    mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis

    sesuai bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan dunia jahitan, juga bagi anda yang sudah lama

    menceburi bidang jahitan ataupun anda yang sememangnya sudah pakar dan ingin menambah

    ilmu yang mungkin tiada pada anda. Ebook ini memfokuskan berkenaan cara menjahit pelbagai

    jenis jubah. Pihak www.panduanbajukurung.com tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan

    dan kerosakan harta benda ataupun nyawa hasil daripada penggunaan ebook ini.

    Amaran

    Ebook Ini Adalah Hak Cipta Terpelihara www.panduanbajukurung.com

    Ini adalah sebahagian daripada isi kandungan Ebook Cara Jahit Pelbagai Jubah yang

    dikeluarkan oleh www.panduanbajukurung.com.

    Anda dibenarkan mengedarkan ebook ini dengan syarat tidak mengubah sebarang isi

    kandungannya.

    Di dalam ebook ini, anda ditunjukkan cara melukis pola peplum dan cara memotong

    kain berdasarkan pola tersebut.

    Ditulis Oleh:

    Salmawati Shamsudin

    H/p: 013-2819152

    Email: [email protected]

  • Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

    panduanbajukurung.com@ copyright

    3

    Panduan ini hanya menunjukkan cara melukis dan memotong bahagian bawah peplum. Cara ini

    boleh digunakan samada untuk menjahit jubah atau blouse peplum. Ini adalah sebahagian

    daripada isi kandungan Ebook Cara Jahit Pelbagai Jubah daripada

    www.panduanbajukurung.com. Anda boleh menggunakan pola baju kurung moden sebagai

    pola bahagian atasnya.

    CARA MELUKIS POLA BAHAGIAN BAWAH PEPLUM

    Secara asasnya, terdapat dua jenis bentuk peplum iaitu:

    1) Peplum Bulatan Penuh. Apabila dicantumkan kedua-dua belah belakang dan depan

    bentuknya merupakan sebuah bulatan penuh.

    2) Peplum Setengah Bulatan. Apabila dicantumkan kedua-dua belah belakang dan depan

    bentuknya merupakan setengah bulanan.

    Sebelum melakar pola peplum. Ukur panjang garisan yang telah dilukis pada pola di mana

    bahagian bawah peplum akan diletakkan. Kebiasaannya peplum diletakkan pada garisan

    pinggang atau sedikit ke bawah dari garisan pinggang.

  • Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

    panduanbajukurung.com@ copyright

    4

    Di dalam panduan ini, peplum akan diletakkan di garisan melintang YZ, iaitu sedikit ke bawah

    dari garisan pinggang. Anda juga boleh menentukan di mana bahagian peplum ingin diletakkan

    dengan memakai baju sedia ada, kemudian tandakan di mana bahagian peplum ingin

    diletakkan.

    NOTA: Sila abaikan semua garisan dan huruf di dalam illustrasi di atas. Tumpukan perhatian

    hanya kepada garisan melintang YZ.

    1) Peplum Bulatan Penuh

    Untuk menghasilkan Peplum Bulatan penuh, bahagi ukuran tersebut dengan 1.57. Bahagi

    sebarang ukuran yang didapati dengan 1.57.

    Contoh: Panjang garisan melintang YZ = 21.25 sm = 8.5 inci

    21.25 sm dibahagi dengan 1.57 = 21.25 sm / 1.57 = 13.5 sm

    8.5 inci / 1.57 = 5.4 inci

    5.4 inci = 13.5 sm

    Labuh jubah pula = Garisan melintang YHB seperti ditunjukkan dengan garisan merah di dalam

    gambar di atas.

    Contoh: 37 inci = 94 sm

    2) Peplum Setengah Bulatan

    Untuk menghasilkan Peplum Setengah Bulatan, bahagi ukuran tersebut dengan 0.785. Bahagi

    sebarang ukuran yang didapati dengan 0.785.

    Contoh: Panjang garisan melintang YZ = 21.25 sm = 8.5 inci

    21.25 sm dibahagi dengan 0.785 = 21.25 sm / 0.785 = 27.1 sm

    8.5 inci / 0.785 = 10.8 inci

    10.8 inci = 27.1 sm

    Labuh jubah pula = Garisan melintang YHB seperti ditunjukkan dengan garisan merah di dalam

    gambar di atas.

    Contoh: 37 inci = 94 sm

  • Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

    panduanbajukurung.com@ copyright

    5

    Ukur bermula dari bucu kertas.

    Untuk pola peplum bulatan penuh, tandakan 13.5 sm.

    Untuk pola peplum setengah bulatan, tandakan 27.1 sm.

    Untuk pola peplum bulatan penuh, kesemua titik yang ditanda di ukur 13.5 sm dari bucu kertas.

    Untuk pola peplum setengah bulatan, kesemua titik yang ditanda perlu di ukur 27.1 sm dari

    bucu kertas.

    Contoh di dalam gambar menunjukkan titik-titik merah yang ditanda untuk pola peplum

    bulatan penuh.

  • Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

    panduanbajukurung.com@ copyright

    6

    Kemudian, sambungkan titik-titik tersebut menggunakan pembaris lengkung mengikut

    lengkungan yang sesuai. Lengkungan ini adalah lengkungan bagi bahagian atas pola.

    Lipat kertas tersebut kepada dua bahagian. Lipat di bahagian tengahnya.

  • Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

    panduanbajukurung.com@ copyright

    7

    Lipat sekali lagi. Lipat tengahnya. Ulang lipatan beberapa kali.

    Apabila kertas dibuka, ianya akan kelihatan begini.

  • Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

    panduanbajukurung.com@ copyright

    8

    Kemudian, ukur labuh peplum yang dikehendaki berdasarkan ukuran pola jubah yang telah

    dilukis sebelum ini. Ukur bermula dari garisan yang telah dibuat sebelum ini. Garisan tersebut

    ditunjukkan dengan garisan kuning.

    Contoh: 53 inci = 94 sm

    Ukur 53 inci bermula daripada lengkungan yang telah dibuat, seperti ditunjukkan dengan

    garisan kuning. Ukur mengikut kesan lipatan kertas. Tandakan seperti ditunjukkan dengan titik-

    titik merah.

  • Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

    panduanbajukurung.com@ copyright

    9

    Sambungkan titik-titik merah tersebut menggunakan pembaris lengkung. Lengkungan tersebut

    diwakili dengan garisan lengkung berwarna biru di dalam gambar. Lengkungan ini adalah

    lengkungan untuk bahagian bawah pola.

    Untuk pola peplum bulatan penuh, panjang lengkung bahagian atas pola perlu sama dengan

    saiz yang telah diukur daripada pola sebelum ini.

    Panjang lengkung sama dengan panjang garisan melintang YZ = 21.25 sm = 8.5 inci

    Untuk pola peplum separuh bulatan, panjang lengkung bahagian atas pola perlu sama dengan

    saiz yang telah diukur daripada pola sebelum ini, dan didarab dua.

    Panjang garisan melintang YZ = 21.25 sm = 8.5 inci

    Jadi, panjang lengkungnya adalah 21.25 didarab 2

    21.25 sm X 2 = 42.5 sm

    8.5 X 2 = 17 inci

    Kebiasaannya, saiz lengkungan bagi kedua-dua jenis pola bulatan penuh atau bulatan separuh

    hanya sedikit berbeza dengan saiz yang diperlukan. Biasanya disebabkan anda terlebih

    melengkungkan atau kurang melengkungkan bahagian tersebut. Perbezaan saiz yang sedikit

    boleh disesuaikan apabila anda memotong kain.

    Jika perbezaannya terlalu banyak, semak semula lukisan yang anda telah buat. Kemungkinan

    anda menanda di tempat yang salah atau membuat kiraan yang silap.

  • Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

    panduanbajukurung.com@ copyright

    10

    Kemudian, potong mengikut bentuk lengkung di atas dan bawah kertas.

    Pola bulatan penuh yang telah dipotong akan kelihatan begini. Pola separuh bulatan juga akan

    kelihatan begini, bezanya hanya pada kedudukan lengkungan kecil yang ditunjukkan di dalam

    gambar.

  • Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

    panduanbajukurung.com@ copyright

    11

    Cara Memotong Peplum.

    Cara memotong kain Peplum Bulatan Penuh dan Peplum Setengah Bulatan adalah berbeza.

    Pastikan anda sudah mengukur lengkungan peplum tersebut seperti ditunjukkan di mukasurat

    9.

    Berikut adalah cara memotong Peplum Bulatan Penuh:

    Lipat kain kepada dua bahagian dan letakkan pola di atasnya. Letak pola betul-betul selari

    dengan bahagian lipatan kain seperti didalam gambar.

    Tanda setengah inci di sekeliling pola seperti ditunjukkan dengan garisan kuning. Tanda 1 inci

    pada bahagian yang ditandakan dengan garisan merah.

    Pinkan pola dan potong.

  • Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

    panduanbajukurung.com@ copyright

    12

    Kain yang telah dipotong akan kelihatan begini apabila dibuka. Ianya berbentuk separuh

    bulatan.

    Ulang langkah yang sama untuk memotong sekeping kain lagi. Menjadikannya dua keping,

    sekeping untuk bahagian depan dan sekeping untuk bahagian belakang.

    Dua keping kain menjadikannya satu bulatan penuh.

    NOTA: Disebabkan kain yang digunakan di dalam contoh ini agak nipis, bahagian bawah kain

    agak jelas kelihatan. Untuk jubah anda, gunakan kain dengan ketebalan yang bersesuaian.

  • Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

    panduanbajukurung.com@ copyright

    13

    Cara Memotong Peplum Setengah Bulatan:

    Terus letak pola pada kain tanpa melipat kain.

    Tanda setengah inci di sekeliling pola seperti ditunjukkan dengan garisan kuning. Tanda 1 inci

    pada bahagian yang ditandakan dengan garisan merah.

    Pinkan dan potong.

  • Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

    panduanbajukurung.com@ copyright

    14

    Kain yang telah dipotong akan kelihatan begini apabila dibuka.

    Ulang langkah yang sama untuk memotong sekeping kain lagi. Menjadikannya dua keping,

    sekeping untuk bahagian depan dan sekeping untuk bahagian belakang.

    Dua keping kain menjadikannya setengah bulatan.

    Kain yang telah dipotong sedia dijahit menjadi jubah atau blouse peplum.

    TAMAT.

  • Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

    panduanbajukurung.com@ copyright

    15

    Dapatkan Ebook:

    1) Jahit Baju Kurung Tradisional + Kain Susun Tepi

    2) Jahit Baju Kurung Moden + Kain Kipas Belakang

    3) Jahit Baju kurung Riau/ Pahang + Kain Lipat Batik

    4) Jahit Baju Melayu Lelaki + Seluar

    5) Jahit Pelbagai Jubah (A Cut, Moden, Princess, Empire, Peplum)

    Ebook disertakan dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks keterangan langkah

    demi langkah bagi memudahkannya diikuti secara praktikal. Untuk melihat apa

    kata mereka yang telah BERJAYA menjahit berpandukan ebook di atas, sila buka:

    https://www.facebook.com/PanduanBajuKurung. Kemudian, klik bahagian

    photos dan lihat album Testimonial Ebook Menjahit.

    Untuk melihat detail isi kandungan ebook, sila klik link ini:

    http://www.panduanbajukurung.com/ (Laman Utama)

    Untuk detail harga dan proses pembelian, sila klik link ini:

    http://www.panduanbajukurung.com/order.htm

    TAMBAH ILMU ==> TAMBAH KEMAHIRAN ==> TAMBAH PENDAPATAN