Cara Memanfaatkan Model Kounin

6
Cara guru memanfaatkan model disiplin Kounin dalam P&P Model pengurusan kelompok Kounin fokus kepada pencegahan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Kounin menyatakan bahawa gelakkan masalah disiplin haruslah dilakukan pada peringkat permulaan. Oleh itu, pengurusan kelas yang berkesan adalah penting untuk mengawal disiplin murid dan gurulah yang berperanan penting dalam disiplin murid. Untuk melaksanakan model Kounin ini dalam bilik darjah, guru haruslah mempunyai kemahiran withiness, iaitu kemahiran kesedaran dan kepekaan dalam mengawasi pergerakan dalam bilik darjah. Withiness ini penting supaya guru dapat memerhatikan kelakuan pelajar dan dapat menghalang pelajar melakukan sesuatu yang tidak diinginkan dengan segera. Oleh itu, guru haruslah sentiasa menyedari apa yang berlaku di sekitar kelas seperti gerak-geli murid dalam kelas.Sebagai contoh, semasa mengadakan aktviti perbincangan kumpulan, guru harus mengawasi keadaan kelas supaya tidak terlalu bising dan pada masa yang sama dapat berinteraksi dengan semua kumpulan dengan baik. Withiness ini bukan sahaja untuk mengawasi pergerakan murid dalam bilik darjah semasa waktu P&P ,ia juga merupakan

description

Cara Memanfaatkan Model Kounin

Transcript of Cara Memanfaatkan Model Kounin

Page 1: Cara Memanfaatkan Model Kounin

Cara guru memanfaatkan model disiplin Kounin dalam P&P

Model pengurusan kelompok Kounin fokus kepada pencegahan masalah disiplin di

dalam bilik darjah. Kounin menyatakan bahawa gelakkan masalah disiplin haruslah

dilakukan pada peringkat permulaan. Oleh itu, pengurusan kelas yang berkesan

adalah penting untuk mengawal disiplin murid dan gurulah yang berperanan penting

dalam disiplin murid.

Untuk melaksanakan model Kounin ini dalam bilik darjah, guru haruslah

mempunyai kemahiran withiness, iaitu kemahiran kesedaran dan kepekaan dalam

mengawasi pergerakan dalam bilik darjah. Withiness ini penting supaya guru dapat

memerhatikan kelakuan pelajar dan dapat menghalang pelajar melakukan sesuatu

yang tidak diinginkan dengan segera. Oleh itu, guru haruslah sentiasa menyedari

apa yang berlaku di sekitar kelas seperti gerak-geli murid dalam kelas.Sebagai

contoh, semasa mengadakan aktviti perbincangan kumpulan, guru harus mengawasi

keadaan kelas supaya tidak terlalu bising dan pada masa yang sama dapat

berinteraksi dengan semua kumpulan dengan baik.

Withiness ini bukan sahaja untuk mengawasi pergerakan murid dalam bilik darjah

semasa waktu P&P ,ia juga merupakan kepekaan guru kepada sikap murid.Oleh itu,

guru dapat memanfaatkan kemahiran ini dengan mengetahui perkara asas

berkenaan dengan murid seperti nama, minat, kelebihan dan kelemahan.

Dengan mengetahui perkara asas ini, guru dapat menggunakan teknik yang berbeza

untuk menguruskan bilik darjah dan dapat mengelakkan berlakunya masalah

disiplin. Secara tidak langsung, bilik darjah dapat diurus dan dikawal dengan baik.

Kepekaan ini haruslah lebih berfokus kepada murid yang terlibat dalam masalah

disiplin. Guru haruslah selalu melakukan pengawasan dan akuntabilitas

Page 2: Cara Memanfaatkan Model Kounin

terhadap murid-murid tersebut supaya dapat memastikan mereka selalu

bertingkah laku baik,

Selain daripada mempunyai kemahiran withiness, guru juga perlu mempunyai

kemahiran overlapping supaya bilik darjah dapat dikawal dengan lebih berkesan.

Guru perlulah mempunyai kemahiran tersebut supaya dapat menangani 2 situasi

yang berbeza dalam satu masa. Sebagai contoh, semasa murid menjalani

pembentangan, guru dapat mendengar kepada pembentangan murid dan pada

masa yang sama dapat menghalang murid yang sedang bersembang, “Aminah

teruskan pembentangan kamu dan Jahil berhenti bercakap dan dengar kepada

rakan kamu yang berbentang.”

Apabila murid telah melakukan salah laku, guru haruslah menegur dan

menghalang perlakuan mereka dengan segera. Guru harulah menerangkan

kesalahan yang telah dilakukan oleh murid tanpa perasaan marah dan terus

kembali pengajaran dengan cepat. Sebagai contoh, “Amin, jangan makan dalam

kelas, peraturan telah menetapkan bahawa tidak boleh makan dalam kelas,simpan

makanan kamu dan tengok depan”

Selain itu, guru perlulah memberi teguran dengan jelas dan menyata dengan

spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan supaya murid akan jelas kepada

arahan guru dan tidak berasa keliru. Sebagai contoh,” Siti, jangan bermain dengan

Anita, buka muka surat 26 dan menjawab soalan A”. Guru juga dapat memberi

teguran dengan menyatakan tindakan bersama. Sebagai contoh “ Ron, menyiapkan

kerja rumah anda, jika tidak, anda perlu berada di dalam kelas untuk menyiapkan

kerja rumah kamu pada waktu rehat.”

Page 3: Cara Memanfaatkan Model Kounin

Selain daripada teguran, apabila memberi arahan, mimik muka guru perlulah

serius dan nada suara juga serius dan tegas. Sebagai contoh, “Saya mahukan

awak lakukan sekarang!”. Dengan memberi arahan dengan tegas, malah murid akan

mengetahui bahawa guru serius dalam mendisiplinkan murid,secara tidak langsung,

bilik darjah dapat dikawal dan disiplin murid dapat menambahbaik.

Untuk mengaplikasikan model kounin, guru haruslah menunjukkan keadaan

momentum. Guru haruslah memulakan pengajaran dengan menarik perhatian

dan minat murid. Oleh itu, sebelum menjalani pengajaran, guru haruslah

merancang dan menyediakan apa yang ingin diajar.Aktiviti yang dirancangkan

haruslah mengambil kira pelbagai aspek seperti minat, kesesuaian, kebolehan dan

perkembangan murid supaya aktiviti yang dilaksanakan sesuai dan dapat menarik

minat murid.

Guru haruslah selalu memastikan aktiviti yang dijalankan adalah mencabar

dan menyeronokkan. Ini kerana aktiviti yang dapat menarik minat murid dapat

menyumbang kepada pengurusan disiplin murid dalam bilik darjah. Aktiviti yang

mencabar ini akan menarik perhatian murid dan secara tidak langsung dapat

memupuk minat belajar murid dan mengurangkan masalah disiplin di kalangan

murid.

Selain itu, guru haruslah memastikan semua murid memberi tumpuan kepada

guru sebelum memberi arahan atau memberi penerangan. Guru haruslah

memastikan penerangan yang diberi adalah jelas dan tidak meleret dan fragmentasi.

Jika guru sentiasa mengulang perkara-perkara yang telah lama difahami oleh murid,

murid akan berasa bosan dan tumpuan murid akan beralih kepada benda yang lain.

Page 4: Cara Memanfaatkan Model Kounin

Semasa melaksanakan aktiviti, guru haruslah memastikan semua murid terlibat

dalam aktiviti dengan aktif. Sebagai contoh, apabila guru menjalani pertandingan

quiz, guru haruslah memastikan semua murid diberi peluang untuk menjawab

soalan.

Semasa melaksanakan aktiviti, guru perlu menggunakan pelbagai jenis strategi

atau teknik untuk mengekalkan perhatian murid. Sebagai contoh, guru dapat

memanggil murid untuk memberi respon, menjawab soalan, mengadakan

demonstrasi dan cara yang lain untuk mendapat perhatian murid.

Selain itu, guru juga haruslah memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti di

dalam bilik darjah. Aktiviti yang dijalankan dengan lancar dan aktif dapat menarik

perhatian murid dan dapat mengurus bilik darjah dengan lebih berkesan. Untuk

menjalani aktiviti dengan lancar, guru haruslah membuat perancangan awal agar

mempunyai persediaan dan dapat mengawal berlakunya perkara-perkara yang

tidak berkaitan. Semasa memberi penyampaian, guru haruslah mengelakkan diri

daripada tersekat-sekat atau meleret-leret yang tidak berkaitan dengan sukatan.

Guru perlulah terus kepada isi utama supaya tidak keluar daripada sukatan sebenar.

Kesimpulannya, guru haruslah mengaplikasikan model kounin dengan cara yang

betuk supaya dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang aktif dan persekitaran

yang kondusif.