Cara Membuat Aising Kek

download Cara Membuat Aising Kek

of 1

Transcript of Cara Membuat Aising Kek

CARA MEMBUAT AISING KEK Bagaimanakah caranya untuk membuat aising (Buttercream) kek yang mudah? Sebelum saya berikan Resepi Buttercream Icing pilihan anda,mari kita baca dahulu sedikit tips otoi yg saya simpan untuk panduan bersama apa2 pun try and error. Untuk menghias dengan krim putar, dengan cara mudah..tak payah2 nak timbang, nak keluar mixer gedabak anda ,hanya perlu membeli whipping cream dari pasaraya dan memukul hingga kental . Sebaik saja ia kental, gunakan segera. Kek yg mempunyai aising hiasan dari krim putar mesti disimpan di dalam peti sejuk (contohnya, Black Forest Cake). Aising kek paling mudah adalah Krim Mentega. Jika inginkan perasa coklat, tambah 1-2 sudu besar koko yg diayak (mengikut warna coklat yg dikehendaki, jangan terlalu banyak kerana ia akan terasa pahit). Jika mahu perasa oren, tambah sedikit parutan kulit oren dan jus oren. Semuanya mengikut citarasa masing-masing