Cara Membuat Ringkasan Pmr

23
PETUA MUDAH MERINGKASKAN KARANGAN Tulis ringkasan karangan berdasarkan urutan perkara atau isi penting yang dikenal pasti ada dalam petikan melalui catatan pelajar. Tulis hanya SATU isi dalam SATU ayat. Dapatkan LEBIH DARIPADA LIMA (5) isi daripada petikan yang diberikan. Ayat-ayat yang dibina harus ringkas, tepat dan padat. Gunakan gaya bahasa sendiri tetapi isi tidak mengubah maksud asal petikan. Gunakan penanda wacana yang ringkas dan tepat bagi menghubungkaitkan isi dengan isi dan ayat dengan ayat. Contohnya, namun, walau bagaimanapun, justeru dan sebagainya. Gantikan kata bilangan dengan penggandaan yang menunjukkan bilangan bagi menjimatkan jumlah perkataan. (kata ganda dikira sebagai satu perkataan sahaja). Contohnya, ‘para pelajar’ (2 perkataan) ditulis sebagai ‘pelajar-pelajar’ (1 perkataan). JANGAN tulis perkara yang tidak dinyatakan dalam petikan ataupun memberikan pendapat sendiri dalam ringkasan karangan. Tulis ringkasan hanya dalam SATU perenggan dalam jumlah perkataan yang dinyatakan dalam arahan iaitu TIDAK LEBIH daripada 80 patah perkataan. Walau bagaimanapun pelajar dibolehkan menulis sehingga 85 patah kata. MENGESAN ISI Untuk mengesan isi dalam sesuatu petikan, pelajar perlu meneliti perkara-perkara berikut: <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Dapatkan tema keseluruhan petikan.

Transcript of Cara Membuat Ringkasan Pmr

Page 1: Cara Membuat Ringkasan Pmr

PETUA MUDAH MERINGKASKAN KARANGAN

Tulis ringkasan karangan berdasarkan urutan perkara atau isi penting yang dikenal pasti ada dalam petikan melalui catatan pelajar.

Tulis hanya SATU isi dalam SATU ayat.

Dapatkan LEBIH DARIPADA LIMA (5) isi daripada petikan yang diberikan.

Ayat-ayat yang dibina harus ringkas, tepat dan padat.

Gunakan gaya bahasa sendiri tetapi isi tidak mengubah maksud asal petikan.

Gunakan penanda wacana yang ringkas dan tepat bagi menghubungkaitkan isi dengan isi dan ayat dengan ayat. Contohnya, namun, walau bagaimanapun, justeru dan sebagainya.

Gantikan kata bilangan dengan penggandaan yang menunjukkan bilangan bagi menjimatkan jumlah perkataan. (kata ganda dikira sebagai satu perkataan sahaja). Contohnya, ‘para pelajar’ (2 perkataan) ditulis sebagai ‘pelajar-pelajar’ (1 perkataan).

JANGAN tulis perkara yang tidak dinyatakan dalam petikan ataupun memberikan pendapat sendiri dalam ringkasan karangan.

Tulis ringkasan hanya dalam SATU perenggan dalam jumlah perkataan yang dinyatakan dalam arahan iaitu TIDAK LEBIH daripada 80 patah perkataan. Walau bagaimanapun pelajar dibolehkan menulis sehingga 85 patah kata.

MENGESAN ISI

Untuk mengesan isi dalam sesuatu petikan, pelajar perlu meneliti perkara-perkara berikut:

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Dapatkan tema keseluruhan petikan.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Dapatkan perkara pokok bagi setiap peranggan.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Tinggalkan perkara yang merupakan keterangan bagi isi pokok. Jangan masukkan keterangan ataupun contoh dalam bahagian isi. Abaikan bahagian ini semasa mengesan isi.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Ingat! Setiap perenggan tidak semestinya mengandungi isi yang sama banyak dengan perenggan lain

Page 2: Cara Membuat Ringkasan Pmr

Ringkasan

am

soalan ringkasan dikemukakan dalam bahagian A ( I ), kertas 2 ( 02/2 )

soalan ini wajib dijawab oleh calon

tiada pilihan soalan untuk bahagian ini

petikan umum daripada majalah , surat khabar , artikel dan bahan lainakan

diberikan.

panjang setiap petikan ialah sekitar 250 hingga 300 patah perkataan.

biasanya dibentuk dalam 4 hingga 5 perenggan maksima

panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan sahaja

masa menjawab bahagian ini adalah dicadangkan selama 40 minit sahaja.

Persediaan awal

membaca petikan secara sekali imbas untuk mendapatkan isi / isu

lihat soalan – dapatkan kata kunci soalan

biasanya soalan berkaitan dengan – langkah mengatasi/faedah / kebaikan /

keburukan / sebab / punca

cari isi dalam petikan dengan cara menggariskan perkataan yang membawa

maksud dan menepati kehendak soalan tadi

sebagai langkah keselamatan – semua nama khas ( kementerian , nama

menteri , jawatan ) dianggap tidak perlu ditulis kerana biasanya diangggap

huraian bukan isi tetapi ayat selepas itu dianggap sangat penting untuk

disemak . biasanya ia akan berada pada bahagian ini

tidak dianggap isi – perangkaan , tarikh , cogan kata , peribahasa , ada

perkataan seperti / contohnya /

kirakan jumlah isi

kirakan jumlah perkataan yang digariskan

pastikan ia menepati kehendak soalan

bilangan 5 isi biasanya memadai untuk mendapatkan markah.

sebagai langkah keselamatan cuba dapatkan 6 isi jka pelajar berasa bimbang

isi yang diutarakan tidak menepati kehendak soalan. Namun pelajar dinasihat

Page 3: Cara Membuat Ringkasan Pmr

agar menjaga jumlah patah perkataan

semasa menulis jawapan masukkan beberapa perkataan sebagai penanda

wacana untuk menyambungkan idea .

contohnya ialah langkah seterusnya ialah , ..... juga mampu ...... , seterusnya ,

dalam pada itu , oleh hal yang demikian , walaubagaimanapun , di samping

itu

setelah selesai menulis kirakan semula jumlah perkataan sebenar yang anda

tulis. Biasanya kata nama khas , kata sendi , kata ganda , kata kunci dianggap

satu perkataan sahaja.

Kelemahan biasa pelajar

menulis pengenalan pada awal ringkasan

menulis kesimpulan pada ringkasan

meletakkan perkataan ; akhirnya/ kesimpulannya ( menandakan ada

kesimpulan ) pada ringkasan

menganggap ringkasan hanya perlu mengurangkan jumlah perkataan pada

petikan dengan membuang perkataan yang dianggap tidak perlu / tidak

penting

tidak merujuk kepada kehendak soalan

menggunakan idea sendiri semasa menulis ringkasan

jumlah patah perkataan melebihi 80 patah perkataan kerana hanya menyalin

sahaja beberapa ayat tanpa melakukan proses meringkas

isi tidak menepati kehendak soalan – tidak melihat kata kunci

Dicatat oleh CIKGU RAZAK di Rabu, November 04, 2009

Label: BM PMR

TIPS JAWAPAN CEMERLANG

Page 4: Cara Membuat Ringkasan Pmr

Soalan A(i) - Ringkasan.

1.   Panjang ringkasan mestilah tidak melebihi 80 patah perkatan. Selepas 80

patah perkatan, ringkasan anda tidak akan dikira.

2.   Sebolehnya jawapan hendaklah dibuat dalam bentuk perenggan. Jawapan

yang dibuat dalam bentuk point tidak akan mendapat markah penuh.

3.   Penggunaan bahasa yang baik dan lancar

4.   Berupaya menggunakan ayat sendiri.

5.   Pemilihan kata yang tepat

6.   Ayat yang gramatis

7.   Penanda wacana yang sesuai

8.   Ejaan dan tanda baca yang betul

Soalan A(ii) - Pemahaman

Soalan 1.

1.   Maksud mestilah tepat mengikut konteks dan ayat hendaklah gramatis.

Soalan 2.

1.   Isi dinyatakan dengan cukup dan lengkap dan ayat perlulah gramatis.

Soalan 3.

1.   Isi perlulah releven mengikut tugasan dan ayat hendaklah gramatis.

Soalan B - Karangan berdasarkan bahan rangsangan

1.   Panjang huraian mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.

2.   Isi sekurang-kurangnya 3 dan isi perlu diambil dari rajah yang diberi.

3.   Ayat perlulah gramatis.

4.   Penggunaan kata dan kosa kata yang luas dan tepat.

5.   Ejaan dan tanda baca yang betul.

Page 5: Cara Membuat Ringkasan Pmr

6.   Idea hendaklah releven dengan tugasan yang diberi.

7.   Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan

sesuai dan berkembang.

8.   Pengolahan mestilah menarik dan berkesan

Soalan C - Karangan Respon Terbuka

1.   Penggunaan pelbagai kata yang luas dan tepat.

2.   Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis

3.   Penggunaan penanda wacana yang betul

4.   Ejaan dan tanda baca yang betul

5.   Penggunaan kosa kata luas dan tepat

6.   Idea yang releven dengan huraian yang jelas beserta dengan contoh-contoh

yang sesuai

7.   Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai dan

format menepati kehendak tugasan.

8.   Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata

dan frasa yang menarik.

Soalan D - Pemahaman Novel

1.   Pastikan penggunaan bahasa yang baik dan lancar

2.   Penggunaan ayat yang gramatis.

3.   Ejaan dan tanda baca yang betul.

Teknik Menjawab Ringkasan Karangan PMR

Page 6: Cara Membuat Ringkasan Pmr

BAHAGIAN A (i)RINGKASAN

Nota:

- Calon dikehendaki meringkaskan petikan berdasarkan kehendak soalan

supaya menjadi tidak melebihi 80 patah perkataan.

- Contoh:

- Tulis sebuah ringkasan tentang masalah penjualan buku-buku dalam bahasa Melayu.

- Tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor yang menyebabkan banjir kilat di ibu kota.

- Tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara memupuk minat membaca

dalam kalangan kanak-kanak.- Biasanya petikan yang dikemukakan adalah rencana tentang isu-isu semasa.

- Sebanyak 40 minit diperuntukan untuk menjawab Bahagian A(i) dan A(ii).- Markah yang diperuntukan pula ialah 20 markah.

Teknik Meringkaskan Petikan:

- Calon perlu membaca dan memahami arahan soalan di samping

memastikan jumlah perkataan yang dikehendaki.

- Baca petikan lebih daripada sekali dengan teliti sehingga betul-betul faham akan isi petikan tersebut.

- Semasa membaca petikan, garisi perkataan yang menggambarkan isi

yang dikehendaki oleh soalan.

- Cuba gabungkan perkataan-perkataan tersebut untuk membentuk isi yang mantap.

- Huraian isi dan contoh-contoh perlu ditinggalkan.

- Calon digalakkan menggantikan huraian isi yang panjang dengan perkataan

Page 7: Cara Membuat Ringkasan Pmr

tertentu atau istilah lain yang lebih sesuai.

- Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika

terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa.

- Markah maksimum untuk isi ialah 10 markah (5 isi x 2 = 10 markah);

manakala markah maksimum untuk bahasa ialah 10 markah (bergantung

pada persembahan bahasa pelajar).

- Tulis ayat-ayat baru dalam satu perenggan sahaja.

- Salin hasil ringkasan dalam kertas jawapan dengan tulisan yang kemas.

Kemudian, tulis jumlah perkataan di bahagian kanak jawapan.

- INGAT!!! Jangan salin ayat bulat-bulat daripada isi tersebut; dan jangan

ubah kesemua perkataan yang terdapat dalam isi tersebut kerana bimbang

maksudnya akan terpesong.

Jadual menulis ringkasan karangan PMR

......(Kata Tugasan).....ialah/adalah.........(Isi yang pertama)... . Selain itu,............(Isi yang Kedua).... . Seterusnya,.......(isi yang Ketiga).... . Selanjutnya,......(Isi yang Keempat)..... . Pada masa yang sama,.......(Isi yang kelima).... .

(80 patah kata)

Contoh Soalan:Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi

Page 8: Cara Membuat Ringkasan Pmr

meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.

Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

Contoh Jawapan:

Kumpulan perbincangan diadakan bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Melalui aktiviti ini, pemahaman tentang sesuatu perkara dapat dipertingkatkan. Nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapi. Ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan terperinci. Selain itu, nota pelajaran juga dapat disusun mengikut urutan yang tepat. Semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukan. Akhir sekali kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan.BAHAGIAN A (ii)

PEMAHAMANNota:

- Tiga soalan akan dikemukakan.

Page 9: Cara Membuat Ringkasan Pmr

- Soalan (i) dan Soalan (ii) lazimnya berkaitan dengan isis petikan. Sila rujukpetikan untuk mendapatkan jawapan.- Soalan (iii) merupakan soalan terbuka yang memerlukan kemahiran berfikirmurid. Jawapan perlu munasabah.- Markah yang diperuntukan ialah 10 markah.

Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

- Calon perlu memahami kehendak soalan yang dikemukakan dan jumlahmarkah yang ditetapkan bagi setiap soalan.- Soalan (i) Soalan tentang maksud frasa atau rangkai kata dan jugaperibahasa yang terdapat dalam petikan dan 2 markah akan diberi.- Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan dalam rangkai kata tadidengan perkataan anda sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksudpenggunaannya dalam petikan.- Soalan (ii) adalah soalan pemahaman berdasarkan petikan dan markah yangdiberi ialah 4.

- Oleh sebab soalan ini berdasarkan petikan, pelajar mestilah mencari isijawapannya dalam petikan tersebut.- Setelah ditemui, jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawabringkasan, pelajar sekurang-kurangnya mengubah satu atau duaperkataan.- Markah yang diberi ialah 4, maka pelajar perlu mengemukakan lebihdaripada satu isi (2, 3 atau 4 isi jika ada dalam petikan).- Soalan (iii) merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikansebagai tersirat.- Hal ini bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikanpendapat sendiri.

Contoh Soalan dan Jawapan (Berdasarkan petikan di atas)

i. Apakah maksud tradisi meningkatkan ilmu dalam petikan di atas?

Tradisi meningkatkan ilmu bermaksud suatu cara yang sering dilakukan

untuk menambahkan pengetahuan seseorang.

ii. Berikan dua cara belajar secara berkumpulan dapat dilakukan?

Berbincang dalam satu kumpulan yang disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar dalam aspek yang sedang dibincangkan. Selain itu, mengemukakan pendapat yang bernas dan yang terbaik sebagai tanparan

Page 10: Cara Membuat Ringkasan Pmr

kepada cabaran pengetahuan ahli kumpulan yang lain.

iii. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memberitahu murid tentangkebaikan belajar secara berkumpulan?

Guru mata pelajaran hendaklah menjelaskan kepada murid bahawa belajarsecara berkumpulan akan menyebabkan pelajaran kekal lama dalamingatan. Pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah tentng cara belajarsecara berkumpulan yang efisien. Selain itu, murid yang telah berjayamenggunakan akedah ini dijadikan murid contoh. Di samping itu, pihakkaunselor hendaklah memberi ceramah motivasi diri dan pengurusan diri

Skema Jawapan Ringkasan Karangan 1/2009 Bahagian A (i) Ringkasan Karangan [20 markah]

[Minimum 5 isi. Boleh menyertakan lebih isi, asal sahaja tidak melebihi 80 patah perkataan]

1. Memberi gambaran yang amat jelas tentang kesungguhan negara untuk menyertai penerokaan angkasa lepas.

2. Melonjakkan nama Malaysia di arena antarabangsa.

3. Membuka mata dunia betapa negara kecil dipeta dunia ini amat serius membangunkan industri angkasa lepas.

4. Penyebaran ilmu dalam kalangan pelajar.

5. Minat generasi muda baik di peringkat tadika terhadap penerokaan angkasa lepas akan berkembang.

6. Program-program untuk mendidik rakyat Malaysia tentang angkasa lepas akan menarik perhatian masyarakat.

7. Pelan tindakan pembangunan angkasa negara sebagai susulan kepada penghantaran angkasawan pertama Malaysia ke ISS akan menerima

Page 11: Cara Membuat Ringkasan Pmr

respon yang baik.

8. Ceramah tentang pengalaman akan menarik minat masyarakat tentang angkasa lepas.

9. Hasil penyelidikan membuka lembaran baharu bidang perubatan rawatan penyakit kronik.

10. Bakal angkasawan yang dilahirkan di negara kita mampu bersaing dengan calon-calon dari negara luar.

Bahagian A (ii) Pemahaman [10 markah] 1. Rangkai kata kelangsungan program membawa maksud meneruskan rancangan.

2. Tanggapan negatif sebelum misi ini dijalankan ialah tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat. Selain itu ramai yang tidak yakin misi ini akan membuahkan kejayaan. Malah Negara maju menganggap usaha Malaysia menyertai misi tersebut untuk menandingi Negara lain. [Pelajar perlu memberi 2 isi dan isi yang lebih untuk membantu sekiranya isi yang diberi itu salah]

3. Malaysia lewat menghantar angkasawan kerana program ini menggunakan biaya yang besar sedangkan banyak perkara lain yang kerajaan utamakan untuk pembangunan negara. Selain itu, pemimpin sebelum Tun Dr. Mahathir Mohammad tidak menganggap misi ini perlu diberi keutamaan segera. Seterusnya, masyarakat belum yakin akan kemampuan rakyat tempatan untuk bersaing dengan negara-negara maju dalam misi ini. [Pelajar perlu memberi 2 isi dan isi yang lebih untuk membantu sekiranya isi yang diberi itu salah]

Bahagian A(i) - Ringkasan

[20 markah]

Page 12: Cara Membuat Ringkasan Pmr

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang tujuan pemberian kerja rumah. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kerja rumah ialah tugasan yang perlu disiapkan di luar jadual waktu tetapi tidak semestinya dibuat di rumah. Kerja rumah mempunyai unsur pembelajaran kendiri. Oleh itu, kerja rumah diberikan supaya unsur ini dapat dipupuk dalam kalangan diri murid. Kerja rumah juga menjadi aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam kelas. Justeru, kerja rumah perlu disiapkan oleh murid secara individu atau kumpulan. Namun, perkara ini telah menimbulkan rungutan kerana kerja rumah dikatakan telah 'merompak' masa anak-anak untuk berkembang dari segi jasmani.

Selain itu, kerja rumah dikatakan menyusahkan ibu bapa kerana mereka terpaksa menghabiskan banyak masa untuk membimbing anak-anak membuat kerja rumah. Namun, perlu diingat bahawa kerja rumah sememangnya diberikan bagi membuka peluang kepada ibu bapa mahupun ahli keluarga yang lain bersama dengan anak-anak semasa mereka belajar. Kerja rumah juga dapat memberikan gambaran kepada ibu bapa tentang perkara-perkara yang dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah.

Menurut kajian, antara rahsia kejayaan seseorang murid adalah apabila sentiasa ada tugasan yang dilakukannya tentang sesuatu yang dipelajari di sekolah. Dengan itu, kerja rumah merupakan satu daripada usaha yang boleh menyebabkan murid berjaya kerana mereka sentiasa belajar dan membuat latihan. Di samping itu, guru memberikan latihan tambahan sebagai kerja rumah supaya tumpuan dapat diberikan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan multimedia seperti televisyen, komputer, Internet dan sumber-sumber maklumat lain seperti buku, majalah dan akhbar pula menjadi sumber sokongan yang penting bagi murid membuat kerja rumah. Oleh itu, kerja rumah yang diberikan, diharapkan dapat membantu murid meneroka perkara-perkara baharu daripada sumber-sumber maklumat yang tidak diperoleh di bilik darjah.      

Pemberian kerja rumah dibuat dengan mengambil kira faktor masa senggang murid. Kerja rumah diberikan agar mereka dapat mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti yang berfaedah yang

Page 13: Cara Membuat Ringkasan Pmr

menjurus ke arah kecemerlangan mereka dalam bidang pelajaram       

Oleh hal yang demikian, walaupun terdapat pelbagai pandangan tentang kerja rumah, namun hakikatnya kerja rumah banyak memberi kesan positif kepada murid-murid.

 (Dipetik dan diubah suai daripada'Pengurusan kerja Rumah yang Elektif’

oleh Dr. Hj. Mohammed Sani bin Hj. Ibrahim, Pendidik, Bil 14,2005)

Contoh Jawapan 1.

Pemberian kerja rumah bermotif untuk memupuk unsur pembelajaran kendiri dalam sanubari murid. Kerja rumah turut berperanan sebagai aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam kelas. Tambahan pula, kerja rumah memberi peluang keemasan kepada ahli-ahli keluarga untuk bersama dengan anak-anak semasa mereka belajar. Malahan, kerja rumah merupakan platform kejayaan murid-murid dalam pelajaran kerana banyak latihan yang dilakukan. Lebih-lebih lagi, kerja rumah diberikan bertujuan untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah yang mampu mendorong mereka berjaya dalam pelajaran.

( 75 patah perkataan )

 

Contoh Jawapan 2.

Tujuan pemberian kerja rumah adalah untuk mengukuhkan

Page 14: Cara Membuat Ringkasan Pmr

pembelajaran murid di dalam kelas. Kerja rumah turut member gambaran kepada ibu bapa tentang perkara yang dipelajari oleh anak mereka di sekolah. Seterusnya, kerja rumah merupakan satu inisiatif yang boleh menyebabkan murid berjaya. Guru memberikan kerja rumah supaya tumpuan dapat diberikan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerja rumah juga dapat membantu murid meneroka perkara-perkara baharu daripada sumber-sumber maklumat yang tidak diperoleh di bilik darjah.

( 71 patah perkataan )

Contoh karangan laporan..Pada 27 Febuari 2009 hingga 28 Febuari 2009 yang lalu, Pengakap ke 21 SMKA Tun Ahmad Zaidi telahmengadakan Perkhemahan Orientasi merangkumi perkhemahan pertama pada tahun 2009 ini. Selama 2hari dan 1 malam tersebut, Perkhemahan Orientasi telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Walaupunia hanya diadakan dalam tempoh yang amat singkat, tetapi telah menarik minat lagi kepada ahli-ahlibaru Pengakap pada tahun 2009 dan juga ahli-ahli yang lain.Pada pukul 3 petang, semua perserta-perserta di minta untuk mendaftarkan diri di Dewan Sekolah.Selepas itu, mesyuarat ringkas telah di sampaikan oleh Ketua Troop Pengakap ke 21 iaitu Azry Hafifytentang perkhemahan, peraturan dan lain-lain yang berkaitan dan juga telah membahagikan semuaperserta kepada 6 buah patrol. Tepat Pada pukul 4.45 petang iaitu selepas habis menunaikan Solat Asarberjemaah, semua perserta lelaki di minta untuk memasang khemah sebanyak 7 khemah dan 2 khemahpersendirian.Pada malam nya pula, aktiviti di mulakan dengan ucapan dari AJK-AJK yang terlibat dalam perkhemahantersebut. Aktiviti dimulakan dengan aktiviti suai kenal. Semua perserta diminta

Page 15: Cara Membuat Ringkasan Pmr

untuk mengenalkan dirimereka. Selepas itu, malam kebudayaan berlangsung. Pelbagai persembahan seperti drama, pantun dantepukan telah dipersembahkan oleh 6 buah patrol. Selepas itu, pelajaran dan pembelajaran serba sedikittentang Pengakap iaitu logo di baju, persetiaan pengakap dan undang-undang pengakap. Pada pukul2.30 pagi, perserta di minta mengemas kem masing-masing dan bersedia untuk tidur pada masa "SilentHour" iaitu pada pukul 2.45 pagi. Selama perserta-perserta tidur Muhd Asyraf selaku "Camp Warden"telah menjaga dan memberi segala kebenaran untuk ke tandas.Pada keesokan hari, perserta-perserta telah dikejutkan seawal 4 pagi dan perserta-perserta dimintabergegas ke Dewan Sekolah. Aktiviti "Burung Hantu" dimulakan sejurus selepas semua perserta telahmenutup mata dan bersedia. Aktiviti tersebut telah berjalan dengan lancar dengan mengikut aturan-aturan yang di atur oleh pihak AJK. Aktiviti tersebut telah berjalan selama 1 jam 30 minit. Selepassembahyang subuh, perserta-perserta telah mula diberikan mesyuarat ringkas tentang aktiviti yang akandi jalankan selepas itu, iaitu aktiviti ala jambori "base to base". Para perserta telah diberikan masa 10minit untuk satu base. Selepas itu, ikatan tali telah di ajar oleh Facillator masing-masing. Dalam masa 1jam kemudian, perserta telah di minta untuk berkumpul untuk mendengar kata-kata dari Ketua Troopdan terus memulakan aktiviti yang boleh digelar "Six Sense" kerana deria-deria perserta akan diuji.Selepas habis semua aktiviti, perserta-perserta diminta untuk ke masjid untuk menunaikan Solat Zuhurdan menukar baju dengan baju Uniform Lengkap untuk Majlis Penutupan dan penyampaian Sijil sertaHadiah. Patrol Rajawali atau Patrol 1 telah dinobatkan sebagai Patrol terbaik dan Ketua Patrolnya telahmenjadi Perserta Terbaik keseluruhan sepanjang perkhemahan berlangsung. Pada pukul 3.30 paraperserta bersurai.

Contoh Karangan : Gejala Merokok Dalam Kalangan RemajaJulai 18, 2007 — mindabahasaGejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untukmengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebakdalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malahmembawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru.Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalamkalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.K e m p e n a n t i m e r o k o k y a n g s e d a n g d i j a l a n k a n o l e h k e r a j a a n b a r u - b a r u i n i sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untukmembanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa parasnegatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini.Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-parutersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.Kempen antimerokok ini disebarkan secara

Page 16: Cara Membuat Ringkasan Pmr

meluas dalam pelbagai media.Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok.P a r a r e m a j a y a n g m a j o r i t i n y a m e n o n t o n t e l e v i s y e n s e r t a m e n d e n g a r r a d i o d i b e r i kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melaluipengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dankadar perokok dapat dikurangkan.Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang laludi seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesanburuk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok.P i h a k k e r a j a a n b e r h a r a p k e m p e n - k e m p e n i n i d a p a t m e n y e d a r k a n p e r o k o k u n t u k berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Assalamualaikum.Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan PegawaiDaerah Kubang Pasu, pegawai polis trafik, dan hadirin yang dihormati sekalian.Sayamengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramahdalam majlis ini.Tuan-tuan dan puan-puan,Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejakkebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musimperayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri t idak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat banyakpunca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita.Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyailesen memandu.Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu.Olehitu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidakcekap dan tidak biasa

Page 17: Cara Membuat Ringkasan Pmr

memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiappemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperolehlesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malahapabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandukenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkanagar tidak memandu kenderaan di jalan raya.Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaianpemandu kenderaan itu sendiri.Ramai pemandu yang memandu dalam keadaanmengantuk.Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelahmalam.Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelapseketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabasataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat berharap agarpara pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaanmereka.Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentarsebelum meneruskan perjalanan.Para hadirin sekalian,Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk.Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkuranganapabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal.Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehinggamenyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkankemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk.Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahanpengguna jalan raya yang lain.Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya.Sebelum memandukenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu.Contohnya,keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik.Terdapatpemandu yang tidak menghiraukan masalah ini.Mereka mengabaikan kesempurnaan keretamereka.Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus,sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan