Cara memotong kuku dalam islam

4

Click here to load reader

Transcript of Cara memotong kuku dalam islam

Page 1: Cara memotong kuku dalam islam

“Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke sepuluh kecuali berkumur”

Hadith riwayat Muslim

CARA MEMOTONG KUKU DALAM ISLAM_______________________________________________________

Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat.

Sebagaimana disebutkan dalam hadith dari ‘Aisyah Radhiallahu’anha yang maksudnya:

Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan

atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah

menghilangkan segalah kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku

yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.

Cara Memotong

Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri,

memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan

keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti

ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.

Provided by Ggni2010

Page 2: Cara memotong kuku dalam islam

“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut buluketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam”

Hadith riwayat Muslim

“Nabi Muammad S.A.W memotong kuku dan menggunting misai pada hari Juma`at sebelum baginda keluar untuk bersembahyang”

Hadith riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani

Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking

sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah

kelingking.

Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau

atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari

sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku. Setelah selesai

memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah

dipotong) dengan air.

Masa Memotong Kuku

Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian

dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang

kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila

seseorang itu berkhendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah

membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari.

Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya:

Adapun waktu menurut Imam asy-Syafi`eyah, sunat memotong kuku itu

sebelum mengerjakan sembahyang Juma`at, sebagaimana disunatkan mandi,

bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk

mengerjakan sembahyang Juma`at. Berkata Abu Hurairah R.A. yang

maksudnya:

Provided by Ggni2010

Page 3: Cara memotong kuku dalam islam

“Nabi Muammad S.A.W memotong kuku dan menggunting misai pada hari Juma`at sebelum baginda keluar untuk bersembahyang”

Hadith riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani

Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh

mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin,

Khamis dan Juma`at adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat

sunat, oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Menanam Potongan Kuku

Kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya, kerat kuku ada adabnya

selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor.

Justeru itu, Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk

memuliakan anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku SUNAT

ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu

daripada anggota manusia yang asal dari tanah. Sebagaimana disebutkan

dalam kita Fatha al-Bari, bahawa Ibnu `Umar Radhiallahu `anhu menanam

potongan kuku.

Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub

Menurut kitab Al-Ihya`, jika seseoranag itu dalam keadaan junub atau

berhadats besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah

atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi

junub, kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya

dengan keadaan junub.

Provided by Ggni2010

Page 4: Cara memotong kuku dalam islam

Provided by Ggni2010