Cara Menanam Cili

14
# 2 - Cara menanam cili (part 1- bahan-bahan) Assalamualaikum, Hari ini kita akan mempelajari cara-cara menanam cili, pada bahagian pertama ini saya akan menerangkan tentang bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan untuk menjayakan penanaman cili ini. Bahan-bahan 1. Benih Cili terdapat banyak jenis2 cili yang terdapat di pasaran, tak kiralah sama ada di pasaraya, kedai benih mahupun di jaringan internet...... diantara jenis cili yang yang terdapat dikedai benih ialah: - F1 568 -hybrid 469 -hybrid 469s -kulai King -hybrid 477 -F1 151 -cili bangi -big Ipoh 833 dalam sesi ini saya akan menggunakan jenis F1 568 sebagai bahan pengajaran kita kerana jenis ini lebih mudah dijaga dan sesuai bagi yang baru berjinak-jinak dengan pertanian cili. 2. Bekas semaian (tray) terdapat 2 tray yang selalu dijual dipasaran, iaitu :- 3. Media semaian

description

free

Transcript of Cara Menanam Cili

Page 1: Cara Menanam Cili

# 2 - Cara menanam cili (part 1- bahan-bahan)

Assalamualaikum,

Hari ini kita akan mempelajari cara-cara menanam cili, pada bahagian pertama ini saya akan menerangkan tentang bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan untuk menjayakan penanaman cili ini.

Bahan-bahan

1. Benih Cili

terdapat banyak jenis2 cili yang terdapat di pasaran, tak kiralah sama ada di pasaraya, kedai benih mahupun di jaringan internet...... diantara jenis cili yang yang terdapat dikedai benih ialah:

- F1 568

-hybrid 469

-hybrid 469s

-kulai King

-hybrid 477

-F1 151

-cili bangi

-big Ipoh 833

dalam sesi ini saya akan menggunakan jenis F1 568 sebagai bahan pengajaran kita kerana jenis ini lebih mudah dijaga dan sesuai bagi yang baru berjinak-jinak dengan pertanian cili.

2. Bekas semaian (tray)

terdapat 2 tray yang selalu dijual dipasaran, iaitu :-

3. Media semaian

4. Polibeg

5. Media tanaman

6. Pam air

pemilihan pam air bergantung kepada berapa banyak pokok yang akan ditanam. sekiranya pam yang digunakan tidak sesuai, ia boleh menyebabkan paip yang

Page 2: Cara Menanam Cili

diapasang akan tercabut atau air yang dipam tidak sampai ke pokok, atau air yang sampai ke pokok tidak mencukupi.

pada sesi ini kita akan gunakan paip aquarium kerana kita akan tanam cuma 20 pokok sebagai permulaan

7. paip 16mm

paip ini boleh dibeli di kedai hardware yang berdekatan. biasanya ia djual dgn harga

60 sen /meter.

8. dripper

9. nipple

10. microtube

11. Tong air

oleh kerana hanya sedikit sahaja pokok yang akan ditanam, maka kita akan menggunakan tong sampah hitam sebagai tong air. tong sampah mestilah yang baru, jangan guna yang terpakai.

12. plastik penutup bumi/silvershine (optional)

yang ni kalau tiada pun tidak mengapa

13. Tapak tanaman

yang ini merupakan bahagian yang paling penting sekali dalam penanam cili mahupun apa-apa tanaman sekali pun.

Page 3: Cara Menanam Cili

# 3 - Cara menanam cili (part 2 - penyemaian biji benih)

Mula-mula sekali kita memerlukan 4 bahan asas untuk kerja-kerja penyemaian, bahan tersebut ialah :-

1. Biji benih (saya memilih Benih F1 568)

2. Tray semaian

3. Media semaian

4. Penyiram (Bottle sprayer)

Cara menyemai,

1. Rendamkan biji benih kedalam bekas air, air yang digunakan mestilah air bertapis, atau lebih baik lagi gunakan air botol mineral. biji benih hendaklah direndam kan selama 8 jam atau semalaman bagi memudahkan proses percambahan biji benih. disini saya menekankan bahawa, kita tidak akan menggunakan sebarang racun untuk rawatan biji benih. ini kerana racun adalah sesuatu yang berbahaya walaupun ia dikatakan selamat untuk digunakan.

2. Sediakan tray semaian. tray yang ditunjukkan adalah tray semaian 82 lubang. untuk pengetahuan semua, anda juga boleh gunakan bekas kosong/kecil sekiranya ingin semai sedikit benih sahaja.

tray semaian 82 lubang

Page 4: Cara Menanam Cili

3. Isikan lubang tray dengan media semaian, isikan sehingga penuh atau 3/4 sahaja, untuk pengetahuan semua, media semaian ada di jual dikedai pertanian dan pasaraya besar di sekitar tempat tinggal anda.

anda juga tidak perlu beli media semaian dalam pek besar, kerana di kedai pertanian telah menyediakan media semaian dalam beg kecil.

Medium semaian dalam pek kecil. harga sekitar RM4.00 hingga RM6.00

4. Tapis/tos kan biji benih yang telah direndam tadi. biarkan benih dalam keadaan kering(jangan terlalu kering), setelah kering, masukkan biji benih kedalam tray semaian, 1 biji bagi setiap lubang atau 2 biji satu lubang. elakkan meletak biji benih terlalu banyak didalam satu lubang. ini boleh menyebabkan pokok terencat/lambat membesar. bagi yang tidak menggunakan  tray semaian, biji benih mestilah dijarakkan sejauh 5cm antara satu sama lain. 

setelah benih diletakkan, tabur sedikit media semaian keatas biji benih tadi. pastikan benih tidak berada dalam keadaan yang terlalu dalam.

5. Setelah selesai perkara tadi, semburkan air mineral/air tapis keatas tray semaian dengan menggunakan penyiram/bottle sprayer. tray semaian perlu disiram 2-3 kali sehari. pastikan tray sentiasa dalam keadaan lembab.

6. letakkan tray dibawah sinaran matahari, jangan letakkan tray dikawasan yang gelap.

Page 5: Cara Menanam Cili

7. benih akan bercambah dalam masa 3-7 hari.

8.Anak pokok sedia dipindahkan kedalam pasu atau polibeg selepas 25 hari.

Keadaan anak pokok yang sedia untuk dipindahkan ke dalam polibeg.

Page 6: Cara Menanam Cili

# 4 - Cara menanam cili (part 3 - Penanaman)

       Bagi sesi kali ini saya akan menyampaikan tentang cara penanaman cili di ladang dan didalam polibeg/pasu.

Pertama sekali kita perlulah mencari tapak Tapak tanaman adalah kriteria yang wajib ada sebelum melakukan sebarang aktiviti penanaman atau pertanian. antara ciri-ciri yang perlu ada bagi setiap tapak adalah:

- agak luas/tidak terlalu sempit

- segi empat sama atau petak memanjang, bengkang-bengkok adalah dilarang kerana akan menyukarkan aktiviti penanaman.

- mestilah tidak terlindung dari cahaya matahari.

- tidak mudah ditenggelami/dinaiki air, pastikan semua saliran berfungsi dengan baik.

- tidak terdedah dengan haiwan perosak tanaman seperti musang, kambing, lembu dan sebagainya.

- berdekatan dengan jalan

- mudah mendapat bekalan air dan elektrik

- persekitaran yang bersih bagi mengelakkan gangguan serangga yang melampau.

Penyediaan Tapak:

Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci).  Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi.  Panjang batas mengikut keadaan kawasan.  Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki).  Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan. (sumber jabatan pertanian)

Dalam Polibeg/Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Gunakan cocopeat, isikan cocopeat kedalam polibeg. gunakan cocopeat 100%.

ATAU

Page 7: Cara Menanam Cili

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau    kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.

Menanam:

1. Di Ladang

Apabila Anak benih mencapai umur 6 minggu sudah boleh diubah terus ke batas.  Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.  Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.  Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris. (sumber jabatan pertanian)

2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Anak pokok boleh diubah selepas 4 minggu disemai di tray. Setiap pasu atau polibeg perlu diisi dengan satu/dua pokok sahaja, tetapi saya cuma mengesyorkan 1 pokok bagi 1 polybag sahaja. Jarak bagi pokok adalah 90cm diantara pokok dan 1.2meter diantara garisan. 

MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN

(sumber: Suara KPW Oktober 1993)

Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi perhatian.  Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting.  Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya.  Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.

PENJAGAAN:

Menyiram

Di Ladang - Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

Di polibeg/pasu - gunakan timer pada pam air supaya penyiraman lebih efisen/teratur. siraman perlu dilakukan 5 kali sehari.

Page 8: Cara Menanam Cili

Membaja

1.  Di Ladang

Tabur baja NPK Blue Special (12:12:   17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.

2.   Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12  17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

3.    Dalam Polibeg

Gunakan baja cecair A+B sepanjang penanam cili, baja A+B boleh dibeli di kedai baja pertanian.

MEMUNGUT HASIL

Sudah pastinya memungut hasil adalah detik yang paling ditunggu-tunggu oleh semua penanam.

(1)     Di Ladang

Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.  Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.  Anggaran hasil dari kawasan 50 m (400 kaki) persegi ialah 100 - 200 kg.

·         Cili HIjau

Harga ialah antara RM4.00 ke RM6.00.

Pendapatan (kasar ialah antara RM400.00 ke RM1,200.00.

·         Cili Merah

Harga ialah antara RM5.00 ke RM8.00.

Pendapatan kasar ialah antara RM50.00 ke RM1,600.00

(2)     Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam.  Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.   Cili boleh dipetik selang sehari.

Page 9: Cara Menanam Cili

Cara mudah tanam cili di rumah

1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.

2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil. 

3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah. 

4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.

5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.

6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci. 

7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur. 

8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru. 

9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah. 

10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu. 

11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut. 

12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang. 

13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati. 

14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang. 

Page 10: Cara Menanam Cili

15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram. 

16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat. 

17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang. 

18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan. 

19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat. 

20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya. 

21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan. 

22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja. 

23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari. 

24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun. 

25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih. 

26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan. 

27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula. 

28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib. 

29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah). 

30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika

Page 11: Cara Menanam Cili

embun sudah kering. 

31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera. 

32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/24

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Caramudahtanamcilidirumah/Article/index_html#sthash.niDD4dUh.dpuf