Cara Mengatasi Wang

download Cara Mengatasi Wang

of 4

description

Cara Mengatasi Wang

Transcript of Cara Mengatasi Wang

4.0LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU PENYELEWENGAN WANG DISEKOLAHJika dilihat kepada jumlah angka yang mencapai ratusan ribu berkaitan kes penyelewengan ini selama tempoh empat tahun ianya merupakan kes yang serius dan perlu diatasi dengan segera. Kesedaran pihak kementerian tentang masalah yang semakin berleluasa ini untuk mengatasi masalah ini adalah pihak berkenaan telah memperkenalkanbantuan KWAPM akan diberikan kepada murid yang berdaftar melalui sistem eKASIH. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mensasarkan penyaluran bantuan KWAPM adalah dilaksanakan berdasarkan senarai nama yang diperolehi daripada Data Kemiskinan Nasional yang dikenali sebagai eKASIH. Berdasarkan mesyuarat bersama Jemaah Menteri, semua bantuan persekolahan akan diuruskan oleh KPM sahaja dengan menggunakan Sistem eKASIH ini. Dengan cara ini, masalah penyalahgunaan kuasa oleh guru-guru yang tidak bertanggungjawab dapat diatasi. Sistem eKASIH merupakan Sistem Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan tujuan memusatkan data golongan miskin dan miskin tegar. Tujuan penggunaan sistem ini supaya tidak berlakunya pemberian bantuan secara bertindih dengan kementerian-kementerian lain kepada orang yang sama. Dengan wujudnya sistem eKASIH ini, ianya memudahkan dan dapatmengelakkan masalah murid yang tidak layak tetapi menerima bantuan KWAMP. Di samping itu juga, ianya memudahkan kerja pihak pentadbir dan guru untuk membuat urusan permohonan mendapatkan bantuan kewangan ini.Sekiranya isu penyalahgunaan wang di sekolah ini terus menerus menjadi fenomena biasa bagi warga pendidik dan pihak pentadbir, semestinya institusi pendidikan akan terus dicemari dengan unsur-unsur yang negatif. Jadi, sewajarnya perkara ini haruslah dibendung dan ditangani dengan segera. Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani isu penyalahgunaan wang ini,pihak pentadbir haruslah sentiasa membuat pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap.Pihak pentadbir boleh memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang di sekolah.Jika kita merujuk kepada kes penyelewengan wang yang dilaporkan dari tahun 2004 hingga 2008, kesemua kes penyelewengan disebabkan kesalahan etika yang dilakukan oleh Guru Besar. Guru Besar merupakan pemimpin sekolah yang perlu memainkan peranan penting untuk mencapai kecemerlangan dan kelestarian untuk sesebuah organisasi. Guru Besar mesti memiliki kredibiliti dan kompeten dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan. Jadi, Guru Besar akan mendapat kepercayaan, kebergantungan, keyakinan, sokongan, kesepakatan bekerja dan dapat meningkatkan kesetiaan serta komitmen daripada anggota organisasi, pelanggan dan stakeholders ( Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Hal ini berlaku disebabkan sikap Guru Besar yang merasakan dirinya ketua organisasi sesebuah sekolah dan beranggapan tidak akan ada individu lain yang akan memantaunya di samping sahsiah diri yang rendah. Seorang Guru Besar yang baik seharusnya sentiasa mengambil tindakan segera sekiranya wujud masalah dalam pengurusan kewangan organisasi sekolah.Selain itu juga, bagi mengatasi masalah penyalahgunaan wang di sekolah. Pihak KPM bolehmelaksanakan satu sistem iaitu satu murid satu akaun bank. Sistem bayaran itu pula terus disalurkan ke dalam akaun murid. Jika sebelum ini, wang pengagihan KWAMP akan dikreditkan ke dalam akaun sekolah. (Sumber:http://Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud, Keningau, Lobi Forum SK Tuarid/ Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Selepas itu pihak pengurusan sekolah yang akan mengagihkan wang bantuan tersebut, tidak semestinya wang tersebut akan terus diedarkan kepada murid. Bagi pihak pengurusan yang bertanggungjawab, kemungkinan wang tersebut akan digunakan dahulu untuk kegunaan atau kepentingan lain. Hal ini akan menyebabkan penyelewengan dalam pihak pentadbir.Di samping itu juga, pihak pengurusan haruslahbijak membuat pengurusan belanjawan. Mereka harus menyedari akan kesalahan dalam menggunakan wang bantuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pemberian bantuan yang disediakan oleh kerajaan tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu, pihak pentadbir harus bijak mengurus belanjawan sekolah. Kebiasaannya, pihak pentadbir gagal membuat perbelanjaan mengikut peruntukan yang ditetapkan. Oleh sebab itiu, pihak tersebut terpaksa menyalahgunakan wang yang sepatutnya diberikan kepada murid yang memerlukan bantuan untuk menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi tersebut. Sekiranya pihak pentadbir tidak mempunyai perbelanjaan yang mencukupi, mereka boleh membuat permohonan pindah peruntukan kepada pihak atasan.Di samping ituibu bapa harus memainkan peranan yang serius dalam melibatkan diri dengan PIBG di sekolah. Sekiranya PIBG aktif di sekolah, masalah penyelewengan wang di sekolah ini dapat dibendung. Sekiranya berlaku penyelewengan, ibu bapa harus bersuara dan bukan hanya menjadi datang ke sekolah mendengar perbincangan tetapi memahami isi mensyuarat yang dibincangkan. Penglibatan ibu bapa dalam mesyuarat untuk pemilihan murid yang layak menerima bantuan KWAPM juga dapat memberikan kesan positif untuk mengelakkan masalah penyalahgunaan wang KWAPM ini. Walaubagaimanapun,guru dan ibu bapa haruslah sentiasa aktif dan peka dengan proses penyaluran bantuanini kepada murid iaitu bukan hanya pada awal mesyuarat sahaja menjadi jawatankuasa pemilihan tetapi sehingga bantuan tersebut diserahkan kepada setiap penerima.Akhir sekali, penyelewengan wang di sekolah ini boleh di atasi sekiranyasetiap pihak mempunyai tahap kesedaran individu itu sendiri untuk berubah sekiranya telah melakukan kesalahan. Guru haruslah sentiasa membuat muhasabah diri dan sedar hidup mengikut tahap kemampuan. Di samping itu, guru haruslah sentiasa mengikhlas diri untuk bekerja sebagai guru dengan amanah, jujur dan tekad untuk menolak rasuah dengan tegas. Selain itu juga, guru sebagai penjawat awam harus berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu-isu penyalahgunaan masa, wang dan kuasa haruslah dihapuskan dari terus menular dari hari ke hari kerana ianya memberikan kesan yang negatif kepada profesion keguruan, pembangunan modal insan serta masa depan generasi pada masa akan datang. Moto Guru Pembina Negara Bangsa haruslah disemat dalam jiwa setiap insan bergelar guru.