Cara Mengharumkan Nama Sekolah

2
PERLIS 1. Remaja memberikan sumbangan penting untuk mengharumkan nama sekolah. Sebagai remaja, jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah. Pendahuluan : Air jernih genang-genangan Alir deras jernih di hulu Tempat jatuh lagi dikenang Inikan pula tempat menimba ilmu Pantun di atas lahir daripada hati nurani saya untuk diapresiasikan kepada para guru dan khususnya kepada alma mater SMK Ambang Saujana yang telah banyak menaburkan budi kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan. Dengan sesungguh hati saya mahu berkata, bahawa sekolah merupakan institusi yang berperanan membentuk anak-anak nusa menjadi insan yang cemerlang dan berguna. Sebagai pelajar yang telah berjaya saya berasa amat terhutang budi terhadap sekolah ini dan sentiasa menyimpan azam untuk terus berusaha mengharumkan nama sekolah agar terus mekar di persada nusa. Isi-isi penting : Isi 1 : Berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik sebagai bakal calon SPM inilah waktu yang tepat untuk melakukan yang terbaik untuk sekolah imej sekolah akan terus melonjak apabila pelajar berjaya dengan cemerlang dalam sesuatu peperiksaan berusaha lebih fokus dan mengetepikan segala agenda yang bercorak hiburan dan melalaikan Isi 2 : Bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum pencapaian cemerlang dalam sebarang aktiviti kokurikulum turut menjadi penanda aras sesebuah sekolah diangkat untuk bersaing sama ada di peringkat negeri, nasional mahupun antarabangsa mengasahkan dan mempertajam bakat yang dianugerahi Allah untuk menjadi pelajar yang kompeten dalam sesuatu bidang (sama ada sukan, kelab atau badan beruniform) Isi 3 : Berusaha menjadi pelajar yang berakhlak mulia dan bersopan santun suatu lagi sisi dalam aspek kerohanian yang boleh membantu sekolah mencipta nama sentiasa disegani sebagai sekolah yang berwatak dan turut menjadi pelengkap kepada kejayaan pelajar Isi 4 : Mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan, NGO atau swasta berpeluang manaikkan imej sekolah apabila berjaya dalam sesuatu pertandingan Isi 5 : Bergiat aktif dalam aktiviti sukarela (Bulan Sabit Merah, KRS, AADK, pengakap dan lain-lain) melatih diri menjadi insan yang prihatin turut menyumbang kepada imej baik sekolah Kesimpulan : Burung terbang melintas sempadan Terbang menuju muara segara Biar jauh berbilang lautan Nurani kembali ke alma mater

description

Cara Mengharumkan Nama Sekolah

Transcript of Cara Mengharumkan Nama Sekolah

Page 1: Cara Mengharumkan Nama Sekolah

PERLIS1.  Remaja memberikan sumbangan penting untuk mengharumkan nama sekolah.Sebagai remaja, jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.

Pendahuluan :Air jernih genang-genanganAlir deras jernih di huluTempat jatuh lagi dikenangInikan pula tempat menimba ilmuPantun di atas lahir daripada hati nurani  saya untuk diapresiasikan kepada para guru dan khususnya kepada alma mater SMK Ambang Saujana yang telah banyak menaburkan budi kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan. Dengan sesungguh hati saya mahu berkata, bahawa sekolah merupakan institusi yang berperanan membentuk anak-anak nusa menjadi insan yang cemerlang dan berguna. Sebagai pelajar yang telah berjaya saya berasa amat terhutang budi terhadap sekolah ini dan sentiasa menyimpan azam untuk terus berusaha mengharumkan nama sekolah agar terus mekar di persada nusa.

Isi-isi penting :Isi 1 :  Berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik – sebagai bakal calon SPM inilah waktu yang tepat untuk melakukan yang terbaik untuk sekolah – imej sekolah akan terus melonjak apabila pelajar berjaya dengan cemerlang dalam sesuatu peperiksaan – berusaha lebih fokus dan mengetepikan segala agenda yang bercorak hiburan dan melalaikan

Isi 2 :  Bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum – pencapaian cemerlang dalam sebarang aktiviti kokurikulum turut menjadi penanda aras sesebuah sekolah diangkat untuk bersaing sama ada di peringkat negeri, nasional mahupun antarabangsa – mengasahkan dan mempertajam bakat yang dianugerahi Allah untuk menjadi pelajar yang kompeten dalam sesuatu bidang (sama ada sukan, kelab atau badan beruniform)

Isi 3 :  Berusaha menjadi pelajar yang berakhlak mulia dan bersopan santun – suatu lagi sisi dalam aspek kerohanian yang boleh membantu sekolah mencipta nama – sentiasa disegani sebagai sekolah yang berwatak dan turut menjadi pelengkap kepada kejayaan pelajar

Isi 4 :  Mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan, NGO atau swasta – berpeluang manaikkan imej sekolah apabila berjaya dalam sesuatu pertandingan

Isi 5 :  Bergiat aktif dalam aktiviti sukarela – (Bulan Sabit Merah, KRS, AADK, pengakap dan lain-lain) – melatih diri menjadi insan yang prihatin – turut menyumbang kepada imej baik sekolah

Kesimpulan :Burung terbang melintas sempadanTerbang menuju muara segaraBiar jauh berbilang lautanNurani kembali ke alma materSelayak dengan pantun di atas, sudah menjadi suatu kewajipan kepada setiap anak didik agar menanamkan azam demi menyalakan sebutir kerdipan cahaya demi suatu nama yang akan terus disebut dengan nama yang baik kepada sekolah yang disayangi. Sesungguhnya, saya berdoa dan akan berusaha keras semoga impian tersebut menjadi kenyataan.