CARA MENGHORMATI ORANG TUA.docx

1
CARA-CARA MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA. Lazimnya, antara amalan dalam masyarakat kita ialah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghormati orang yang lebih tua. Kita boleh membantu mereka ketika mereka membeli barang yang banyak. Kita boleh menawarkan khidmat untuk menolong mereka. Kita boleh menolong mengangkat sebahagian daripada barang tersebut. Secara tidak langsung, kita telah meringankan beban mereka. Sekiranya tempat duduk penuh dalam bas, kita boleh mempelawa orang yang lebih tua untuk duduk. Mereka sememangnya tidak larat untuk berdiri terlalu lama. Malahan cara ini menunjukkan sikap hormat kita kepada mereka. Kita juga boleh menyampaikan ucapan salam ataupun ucapan hormat sebagai tanda hormat kita kepada mereka. Kita juga dididik dengan cara berjalan dan bersopan di hadapan orang tua. Kesopanan kita sebenarnya boleh mengembirakan hati mereka. Malahan mereka merasakan kita tidak pernah membelakangkan mereka. Apabila berbual dengan orang yang lebih tua, kita seharusnya merendahkan suara. Kita jangan meninggikan suara di hadapan mereka. Dengan ini, mereka akan berasa dihormati. Begitulah antara cara-cara yang boleh kita lakukan untuk menghormati orang tua. Menghormati orang tua merupakan amalan mulia yang dituntut oleh agama.

description

CARA MENGHORMATI ORANG TUA

Transcript of CARA MENGHORMATI ORANG TUA.docx

Page 1: CARA MENGHORMATI ORANG TUA.docx

CARA-CARA MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA.

Lazimnya, antara amalan dalam masyarakat kita ialah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghormati orang yang lebih tua.

Kita boleh membantu mereka ketika mereka membeli barang yang banyak. Kita boleh menawarkan khidmat untuk menolong mereka. Kita boleh menolong mengangkat sebahagian daripada barang tersebut. Secara tidak langsung, kita telah meringankan beban mereka.

Sekiranya tempat duduk penuh dalam bas, kita boleh mempelawa orang yang lebih tua untuk duduk. Mereka sememangnya tidak larat untuk berdiri terlalu lama. Malahan cara ini menunjukkan sikap hormat kita kepada mereka.

Kita juga boleh menyampaikan ucapan salam ataupun ucapan hormat sebagai tanda hormat kita kepada mereka. Kita juga dididik dengan cara berjalan dan bersopan di hadapan orang tua. Kesopanan kita sebenarnya boleh mengembirakan hati mereka. Malahan mereka merasakan kita tidak pernah membelakangkan mereka.

Apabila berbual dengan orang yang lebih tua, kita seharusnya merendahkan suara. Kita jangan meninggikan suara di hadapan mereka. Dengan ini, mereka akan berasa dihormati.

Begitulah antara cara-cara yang boleh kita lakukan untuk menghormati orang tua. Menghormati orang tua merupakan amalan mulia yang dituntut oleh agama.