cara menulis isi.docx

20
2005( N) Gejala vandalisme 2006( J) Sijil Pelajaran Malaysia 2006( N) Semangat patriotik, PLKN dan tokoh yang berjasa 2007( J) Aktiviti masa lapang 2007( N) Tanggungjawab menjaga kebersihan 2008( J) Kegiatan dalam bidang pertanian 2008( N) Punca-punca pencemaran sungai 2009( J) Bantuan kepada mangsa banjir 2009( N) Aktiviti badan beruniform serta faedah-faedahnya 2010( J) Punca pencemaran udara 2010( N) Grafik penjagaan kesihatan - Cara-cara menjalani kehidupan yang sihat 2011( J) Kepentingan pengangkutan awam

Transcript of cara menulis isi.docx

Page 1: cara menulis isi.docx

2005(N)

Gejala vandalisme

2006(J) Sijil Pelajaran Malaysia2006(N

)Semangat patriotik, PLKN dan tokoh yang

berjasa2007(J) Aktiviti masa lapang2007(N

)Tanggungjawab menjaga kebersihan

2008(J) Kegiatan dalam bidang pertanian2008(N

)Punca-punca pencemaran sungai

2009(J) Bantuan kepada mangsa banjir2009(N

)Aktiviti badan beruniform serta faedah-

faedahnya2010(J) Punca pencemaran udara2010(N

)Grafik penjagaan kesihatan - Cara-cara

menjalani kehidupan yang sihat2011(J) Kepentingan pengangkutan awam2011(N

)Faedah belajar secara berkumpulan

2012(J) Faedah menggunakan perpustakaan2012(N

)Aktiviti sambutan Hari Kebangsaan di sekolah

2013(J) Langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya

2013(N)

Kepentingan memelihara dan memulihara bangunan-bangunan  bersejarah di negara kita

2014(J) Langkah-langkah menjaga keselamatan kanak-kanak

Page 2: cara menulis isi.docx

2014(N)

Faedah menyertai sukan lasak kepada seseorang.

2015(J) Langkah-langkah untuk menjimatkan perbelanjaan.

Page 3: cara menulis isi.docx
Page 4: cara menulis isi.docx

Dimensi RemajaSoalan Isi-isi jawapan

Melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi telah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia menjadi idaman setiap remaja.

Jelaskan ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.

(SBP 2012)

1) Universiti terkemuka / bertaraf dunia2) Terletak di luar negara3) Mempunyai bidang pengajian yang menarik4) Sistem pengajian/pendidikan yang menaruik5) Prasarana terkini6) Pensyarah hebat

Isu kebersihan terutamanya di kawasan sekolah perlu diber perhatian yang serius.

Sebagai pelajar yang prihatin, kemukakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.

(MRSM 2012)

1) Menyertai aktiviti gotong-royong di sekolah2) Menyediakan dan mematuhi jadual bertugas di

kelas.3) Mengajak rakan-rakan menyertai kempen

kebersihan.4) Mencadangkan kepada pihak sekolah

membanyakkan aktiviti kebersihan.5) Menganjurkan pertandingan kebersihan kelas.

Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan.

Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan mereka itu tercapai.

(Perak 2012)

1) Berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

2) Mendapat didikan agama yang sempurna.3) Bergaul dengan orang-orang yang berilmu.4) Tidak terlibat dalam gejala sosial.5) Menghormati orang yang lebih tua terutama

ibu bapa daan guru.6) Sentiasa menerima teguran dan nasihat.

Kerajaan mewajibkan program 1 Murid 1 Sukan di setiap sekolah.

Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah.

1) Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

2) Menyihatkan badan3) Memupuk nilai-nilai murni4) Menjadikan pasukan pelapis kepada atlet

negara.

Page 5: cara menulis isi.docx

(Pulau Pinang 2012) 5) Memupuk semangat juang yang tinggi.Remaja hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Tekanan yang dihadapi telah menyebabkan ada segelintir remaja yang mengambil tindakan yang tidak sesuai.

Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani tekanan.

(Kelantan 2012)

1) Melibatkan diri dalam aktiviti sukan / riadah2) Berjumpa kaunselor sekiranya berdepan

dengan masalah.3) Menghadiri majlis-majlis keagamaan.4) Melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti

kemasyarakatan gotong-royong dan sebagainya.

5) Berkongsi masalah yang dihadapi bersama ahli keluarga dan rakan sebaya.

Anda telah menyertai Program Motovasi yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Pelbagai aktivti diadakan, jelaskan bagaimana program tersebut menimbulkan kesedaran dalam diri anda untuk terus berjaya.

(Teregganu 2012)

1) Membentuk sahsiah diri supaya lebih berdisiplin.

2) Motivasi untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.

3) Pengurusan masa yang sistematik4) Membentuk ketahanan fizikal dan mental5) Mengasah bakat kepemimpinan6) Menambahkan ilmu pengetahuan

Setiap remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan wawasan negara pada tahun 2020.

Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan wawasan negara tersebut.

(Zon Kucing 2012)

1) Belajar dengan bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran.

2) Belajar pelbagai kemahiran dengan melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti, IKM, IKBN dan lain-lain.

3) Bersiap sedia dengan ilmu kepemimpinan.4) Mempelajari sejarah negara untuk

mengukuhkan semangat patriotism.5) Mempelajari ilmu agama sebagai benteng diri

mejauhi kajahatan.

Semasa cuti persekolahan yang lalu, anda berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke suatu tempat menarik.

Jelaskan faedah-faedah yang di peroleh daripada program lawatan sambil belajar tersebut.(Johor 2012)

1) Dapat mengeratkan hubungan dengan rakan.2) Dapat menambahkan ilmu pengalaman3) Dapat mengurangkan stress / tekanan

perasaan.4) Dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang

baharu.5) Dapat mengukuhkan ilmu yang dipelajari di

dalam kelas.

Konsep sekolah penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang-menyanyangi dalam kalangan guru dan murid.

Jelaskan cara-cara anda menghargai kasih sayang guru.

1) Menghormati para guru sepanjang masa2) Belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya

dalam pelajaran3) Tidak melanggar peraturan sekolah / menjadi

seorang pelajar yang berdisiplin.4) Sentiasa menghulurkan bantuan kepada guru

apabila diperlukan.

Page 6: cara menulis isi.docx

(Kedah 2012) 5) Menziarahi para guru terutama pada musim perayaan.

6) Tidak lupa jasa guru walaupun sudah berjawatan tinggi.

Kejayaan seseorang bermula daripada impian dan cita-cita. Sebagai remaja yang berwawasan, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan dalam memastikan impian tersebut menjadi kenyataan.

(Terengganu 2011)

1) Belajar bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian akademik.

2) Memiliki sahsiah / keperibadian yang terpuji.3) Berusaha menguasai pelbagai bahasa4) Menguasai kemahiran teknologi maklumat.5) Menguasai kemahiran berinteraksi dan

berkomunikasi.

Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain.

Sehubungan dengan itu, jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar.

(Pahang 2012)

1) Memudahkan penguasaan ilmu2) Dapat berhubung dengan masyarakat dunia3) Senang mendapat pekerjaan4) Seriring dengan tuntutan globalisasi5) Memudahkan komunikasi / perbualan6) Boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai

keadaan dan tempat.

Remaja memberikan sumbangan penting untuk mengharumkan nama sekolah. Sebagai remaja, jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.

(Perlis 2012)

1) Belajar bersungguh untuk mendapat kecemerlangan akademik.

2) Menjadi seorang pelajar yang berdisiplin.3) Menjulang kejayaan dalam acara sukan yang

dipertandingkan di peringkat MSSD, MSSN dan Kebangsaan.

4) Tidak terlibat dalam gejala negatif seperti vandalisme, merokok dan lain-lain.

5) Mencipta pelbagai rekacipta sains dan teknologi untuk mendapat anugerah di peringkat kebangsaan.

6) Menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah dan asrama

Page 7: cara menulis isi.docx

TEKNIK: BACA, INGAT DAN TULIS SEMULA

KATA TUGAS: LANGKAH/ USAHA/ CARA/ STRATEGI

ISI 1: PERANAN PIHAK BERKUASA

Antara usaha untuk menyelesaikan masalah ini ialah pihak kerajaan mestilah bertindak dengan lebih tegas lagi. Tindakan ini akan menyedarkan orang yang terlibat akan kesalahan mereka. Kesalahan itu tidak akan diulangi lagi setelah dikenakan denda atau penjara. Denda yang dikenakan mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Saya optimis, pihak kerajaan berperanan untuk mengatasi masalah ini.

ISI 2: PERANAN PIHAK MEDIA MASSA

Selain itu, peranan pihak media massa juga penting untuk mengatasi masalah ini. Pihak media massa bertanggungjawab menyiarkan rancangan yang mendidik masyarakat. Rancangan tersebut perlu menerapkan nilai-nilai hidup yang positif. Nilai ini mampu menghalang masyarakat kita mengamalkan budaya hidup barat. Masyarakat kita akan lebih bertanggungjawab. Tegasnya, peranan media massa sangat diperlukan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini.

ISI 3: PERANAN RAKAN SEBAYA

Di samping itu, peranan rakan sebaya sangat penting untuk menyelesaikan isu ini. Rakan sebaya yang baik akan mengajak kita melakukan kebaikan. Mereka juga akan melarang kita melakukan keburukan. Rakan boleh menjadi penasihat kepada kita semua. Nasihat itu sangat berguna dalam kehidupan kita. Hidup kita menjadi lebih teratur dan sempurna lagi. Jelaslah, peranan rakan sebaya mempu mengurangkan masalah ini.

ISI 4: PERANAN IBU BAPA

Page 8: cara menulis isi.docx

Seterusnya, peranan ibu bapa juga ditagih untuk mengatasi masalah ini. Ibu bapa mestilah mendidik anak-anak dengan ilmu agama yang sempurna. Didikan ilmu agama perlu diajar sejak anak-anak masih kecil lagi. Orang tua-tua ada berpesan melentur buluh biarlah dari rebungnya perlu dihayati oleh ibu bapa. Anak-anak akan menjadi seorang insan yang baik. Mereka tidak akan terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat. Oleh itu, peranan ibu bapa perlu diperkasakan untuk mengatasi masalah ini.

ISI 5: PERUBAHAN SIKAP INDIVIDU YANG TERLIBAT

Akhir sekali, segala usaha yang dilakukan tidak akan berjaya tanpa perubahan sikap individu yang terlibat. Setiap individu perlu berubah daripada bersikap negatif kepada positif. Segala perbuatan yang tidak baik mestilah ditinggalkan dengan segera. Perbuatan buruk itu telah merugikan diri, keluarga dan masyarakat kita sendiri. Jadi, kita perlu menjadi seorang yang bertanggungjawab dan rasional. Natijahnya, perubahan sikap individu yang terlibat sangat penting untuk mengatasi masalah ini.

TEKNIK: BACA, INGAT DAN TULIS SEMULA

KATA TUGAS: SEBAB/ FAKTOR / PUNCAISI 1: KELEMAHAN DIRI SENDIRI

Antara sebab berlakunya masalah ini ialah kelemahan diri sendiri. Kelemahan ini boleh dikaitkan dengan kurang ilmu agama di jiwa. Ilmu agama yang cetek telah mendorong seseorang melakukan kejahatan. Seseorang itu tidak akan berasa dirinya bersalah atau berdosa. Dosa tersebut terus menghalang kita menjadi insan yang baik. Tegasnya, kelemahan diri sendiri telah menyebabkan seseorang individu itu melakukan kesalahan.

ISI 2: PENGARUH RAKAN SEBAYA / SALAH MEMILIH RAKAN

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah ini semakin serius. Rakan sebaya akan menjadi ikutan para remaja. Para remaja lebih mengutamakan kehendak rakan daripada ibu bapa mereka sendiri. Keutamaan itu tidak kira walaupun salah akan dituruti mereka. Mereka akan merokok kerana berkawan dengan perokok. Saya optimis, pengaruh rakan sebaya memang menyebabkan masalah ini berlaku.

ISI 3: KEGAGALAN IBU BAPA MENDIDIK ILMU AGAMA ANAK- ANAK

Di samping itu, kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak juga telah menjadi sebab meningkatnya masalah ini. Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya dan kekayaan duniawi. Kekayaan itu telah melalaikan mereka akan tanggungjawab terhadap anak-anak. Tanggungjawab mendidik ilmu agama telah diabaikan. Agama tidak menjadi tunjang kehidupan anak-anak. Anak-anak bebas melakukan maksiat tanpa berasa bersalah. Tegasnya, ibu bapa telah gagal mendidik anak-anak dengan ilmu agama yang menjadi penyebab timbulnya masalah ini.

Page 9: cara menulis isi.docx

ISI 4: PENGARUH MEDIA MASSA

Seterusnya, pengaruh media massa juga turut menyebabkan masalah ini bertambah serius lagi. Pelbagai rancangan yang negatif telah disiarkan di kaca televisyen. Rancangan itu telah menarik perhatian para penonton. Para penonton akan meniru aksi yang dilihat itu. Aksi seorang mat rempit akan ditiru oleh remaja yang bermotor. Jelaslah, pengaruh media massa telah meyebabkan berlakunya masalah ini di negara kita.

ISI 5: KELEMAHAN PIHAK BERKUASA

Akhir sekali, kelemahan pihak berkuasa telah dikenal pasti menyebabkan masalah ini terus berpanjangan. Pihak berkuasa gagal mengawal individu yang terlibat. Kawalan yang lemah ini disebabkan bilangan penguatkuasa yang ada tidak mencukupi. Kelemahan itu telah menyebabkan pesalah-pesalah bebas melakukan aktiviti mereka. Mereka akan terus merosakkan masyarakat kita. Oleh itu, kelemahan pihak berkuasa menjadi penyebab munculnya pelbagai masalah di negara ini.

Frasa Menarik 优美句

子-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang

-mendukung kebenaran yang kita sepakati

-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni

-mengambil langkah sederap

-menghirup udara hasil kemerdekaan

-mengikut acuan sendiri

-mengundang kontroversi

-menjadi cerucuk utama pembangunan

-menjulang negara ke puncak jagat

-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi

Page 10: cara menulis isi.docx

-menyambut gamitan menara impian

-menyebabkan imej negara tercalar

-menyediakan kursus dan latihan yang relevan

-menyembunyikan masalah utama masyarakat

-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran

-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan

-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi

-muafakat merupakan inti kepada perpaduan

-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat

-nilai keinsanan yang syumul

-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat

-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan

-pelbagai cabaran yang bakal menghambat

-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat

-pembentukan masyarakat sakinah

-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini

-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini

-perlu dibaja kembali

-perubahan yang diharap masih belum menjelma

-petanda kehancuran generasi

-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

-kita perlu mengorak langkah

-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini

Page 11: cara menulis isi.docx

-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat

-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu

-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik

-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan

-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu

-manifestasi kesanggupan bangsa

-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa

-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan

-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi

-masalah sosial dan susila yang meruncing

-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit

-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan

-melangkah dengan seribu kekuatan

-melontarkan soalan yang cukup penting

-melupakan cita-cita yang lebih luhur

-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu

-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan

-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah

-membetulkan ketidaktepatan fakta

-membimbing mereka memenuhi impian

-membina impian masa depan yang lebih gemilang

-membongkar kepincangan

-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka

-mempengaruhi minda generasi muda

Page 12: cara menulis isi.docx

-mempertahankan perasaan saling bersefahaman

-mempertingkat dan memperteguh kefahaman

-mempraktikkan elemen tolak ansur

-memudaratkan kesejahteraan rakyat

-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung

-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama

-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak

-menampilkan wajah baru yang disulami tekad

-menangkis tuduhan yang tidak berasas

-mencapai tahap yang mencemaskan

-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini

-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya

-mendapat perhatian dan liputan media massa

-mendepani masa depan yang tidak menentu