Cara Menulis Karangan STPM

3
KARANGAN STPM CARA MENULIS PENGENALAN KARANGAN 1. Ayat 1 (Masukkan isu semasa) Contoh ayat: Apabila kita membaca akhbar / melayari internet / menonton televisyen, kita sering didedahkan dengan berita / iklan / maklumat berkenaan... (masukkan isu yang ditanya dalam soalan peperiksaan). ***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan 2. Ayat 2 (Berikan definisi isu) Contoh ayat: Secara umumnya, ...(isu yang ditanya) dapat dijelaskan sebagai... ***akan menjadi lebih kurang 15 patah perkataan 3. Ayat 3 dan 4 (Berikan latar belakang atau sejarah isu yang ditanya) Contoh ayat: Sebelum ini, isu berkenaan... tidak banyak didedahkan oleh media untuk tatapan umum. Jika ada, ia hanya sekadar perbincangan tidak rasmi di kedai kopi atau warung kecil di pinggir jalan. ***akan menjadi lebih kurang 25 patah perkataan 4. Ayat 5 (Statistik / perangkaan) Contoh ayat: Walau bagaimanapun, statistik telah menunjukkan berlakunya peningkatan jumlah kes / laporan berkenaan... (isu yang ditanya) seperti yang telah dikeluarkan oleh... Jabatan / Kementerian... ***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan 5. Ayat 6 (Pendapat tokoh) Contoh ayat: Perkara ini turut ditegaskan / mendapat perhatian... (sebutkan Menteri / tokoh yang relevan dengan isu yang ditanya) dalam majlis yang dihadiri oleh beliau baru-baru ini. ***akan menjadi lebih kurang 15 patah perkataan 6. Ayat terakhir dalam pengenalan ialah ayat fokus soalan Contoh ayat: Oleh itu, terdapat beberapa faktor / langkah... (isu yang ditanya) yang menyebabkan... (isu yang ditanya) ***akan menjadi lebih kurang 15 patah perkataan PENTING Pastikan pengenalan ditulis dalam lingkungan 90 hingga 105 patah perkataan KARANGAN STPM CARA MENULIS ISI KARANGAN

description

Karangan STPM terdiri daripada 3 bahagian, iaitu pengenalan, isi dan kesimpulan.

Transcript of Cara Menulis Karangan STPM

Page 1: Cara Menulis Karangan STPM

KARANGAN STPMCARA MENULIS PENGENALAN KARANGAN

1. Ayat 1 (Masukkan isu semasa)Contoh ayat: Apabila kita membaca akhbar / melayari internet / menonton televisyen, kita sering didedahkan dengan berita / iklan / maklumat berkenaan... (masukkan isu yang ditanya dalam soalan peperiksaan).

***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan

2. Ayat 2 (Berikan definisi isu)Contoh ayat: Secara umumnya, ...(isu yang ditanya) dapat dijelaskan sebagai...

***akan menjadi lebih kurang 15 patah perkataan

3. Ayat 3 dan 4 (Berikan latar belakang atau sejarah isu yang ditanya)Contoh ayat: Sebelum ini, isu berkenaan... tidak banyak didedahkan oleh media untuk tatapan umum. Jika ada, ia hanya sekadar perbincangan tidak rasmi di kedai kopi atau warung kecil di pinggir jalan.

***akan menjadi lebih kurang 25 patah perkataan

4. Ayat 5 (Statistik / perangkaan)Contoh ayat: Walau bagaimanapun, statistik telah menunjukkan berlakunya peningkatan jumlah kes / laporan berkenaan... (isu yang ditanya) seperti yang telah dikeluarkan oleh... Jabatan / Kementerian...

***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan

5. Ayat 6 (Pendapat tokoh)Contoh ayat: Perkara ini turut ditegaskan / mendapat perhatian... (sebutkan Menteri / tokoh yang relevan dengan isu yang ditanya) dalam majlis yang dihadiri oleh beliau baru-baru ini.

***akan menjadi lebih kurang 15 patah perkataan

6. Ayat terakhir dalam pengenalan ialah ayat fokus soalanContoh ayat: Oleh itu, terdapat beberapa faktor / langkah... (isu yang ditanya) yang menyebabkan... (isu yang ditanya)

***akan menjadi lebih kurang 15 patah perkataanPENTINGPastikan pengenalan ditulis dalam lingkungan 90 hingga 105 patah perkataan

Page 2: Cara Menulis Karangan STPM

KARANGAN STPMCARA MENULIS ISI KARANGAN

1. Ayat 1 (Ayat isi berserta penanda wacana)Isi 1: Salah satu / antara faktor / kesan / kepentingan / langkah ialah...

Contoh ayat: Salah satu faktor berlakunya kemalangan jalan raya ialah kecuaian manusia.

Isi 2: Selain itu, ...Isi 3: Di samping itu, ...Isi 4: Dalam pada itu, ...Isi 5: Sehubungan dengan itu, ...

***akan menjadi lebih kurang 10 patah perkataan

2. Jelaskan maksud / konsep isi yang dikemukakan (1@2 ayat)Contoh ayat: Kecuaian manusia dapat dijelaskan sebagai sikap cuai pemandu ketika berada di jalan raya seperti memandu melebihi had laju, memandu dalam keadaan mabuk dan sebagainya.

***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan

3. Huraikan bagaimana isu menyebabkan sesuatu isu boleh berlaku (3@4 ayat)Contoh ayat: Apabila seseorang pemandu memandu melebihi had laju yang ditetapkan, mereka mungkin tidak dapat mengawal kenderaan apabila berlaku situasi cemas. Oleh itu, kemalangan boleh berlaku. Sementara itu, jika pemandu memandu dalam keadaan mabuk...

***akan menjadi lebih kurang 40 patah perkataan

4. Berikan contoh atau buktiContoh ayat: Kemalangan yang berpunca daripada kecuaian manusia telah berlaku di... seperti yang dilaporkan oleh akhbar...

***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan

5. Kesimpulan kecilContoh ayat: Hal ini jelas menunjukkan bahawa... (ulang ayat isi).

***akan menjadi lebih kurang 10 patah perkataanPENTINGPastikan setiap satu isi ditulis dalam lingkungan 90 hingga 105 patah perkataan

Page 3: Cara Menulis Karangan STPM

KARANGAN STPMCARA MENULIS PENUTUP / KESIMPULAN KARANGAN

1. Ayat 1 (Kesimpulan berserta ayat fokus)Contoh ayat: Kesimpulannya, kemalangan jalan raya (isu yang ditanya) telah meninggalkan pelbagai kesan (fokus soalan).

***akan menjadi lebih kurang 10 patah perkataan

2. Ayat 2 (Penyataan semula isi yang dikemukakan)Contoh ayat: Antara kesan kemalangan jalan raya ialah wujudnya pandangan negatif masyarakat luar terhadap sikap pemandu di Malaysia, mengorbankan nyawa yang tidak berdosa dan meningkatkan perbelanjaan untuk membaiki kerosakan jalan raya dan kenderaan.

***akan menjadi lebih kurang 35 patah perkataan

3. Ayat 3 dan 4 (Masukkan pendapat sendiri yang berkaitan dengan fokus soalan)Contoh ayat: Oleh sebab kemalangan jalan raya boleh meninggalkan pelbagai kesan, langkah-langkah yang drastik perlu diambil untuk menangani fenomena ini. Antaranya adalah dengan memperbanyak kempen keselamatan jalan raya.

***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan

4. Ayat 5 (Masukkan pendapat tokoh)Contoh ayat: Perkara ini pernah ditegaskan oleh... dalam ucapan beliau sempena...

***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan

5. Ayat 6 (Kaitkan fokus soalan dengan mana-mana wawasan negara)Contoh ayat: Oleh itu, semua pihak termasuklah individu, masyarakat, pihak swasta dan kerajaan sendiri hendaklah bekerjasama antara satu sama lain untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya (fokus soalan). Kerjasama ini amat penting dan bersesuaian pula dengan pelaksanaan konsep 1 Malaysia.

***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataanPENTING Pastikan kesimpulan ditulis dalam lingkungan 90 hingga 105 patah perkataan