Carl-Orff

download Carl-Orff

of 17

Transcript of Carl-Orff

Slide 1

Carl OrffLatar Belakang & Falsafah CARL ORFF(1895 - 1982)Lahir pada 10 Julai 1895 di Munich,Jerman.Berasal dari keluarga Bavarian- aktif dalam tentera.Mendapat pendidikan di Munich Academy of Music hingga 1914.Bertugas dengan tentera pada perang dunia pertama.Seorang komposer German yang memperkenalkan satu pendekatan yang unik dalam pendidikan muzik.

Penglibatan beliau dalam pendidikan muzik hanya bermula pada awal tahun 1920an apabila kawan beliau Dorothee Gunther yang merupakan seorang penari.Minat Orff yang mendalam dalam tarian telah mencetuskan idea untuk menggabungkan tarian dan muzik untuk dijadikan sebagai asas kepada pendidikan muzik. Beliau kemudian menjadi Penyelia Muzik di Gnther-Schule, sebuah sekolah untuk tarian dan muzik. Antara penerbitan Orff Schulkwerk yang terkenal ialah Musik fur Kinder yang diterjemahkan sebagai Muzik untuk Kanak-kanak.

Falsafah dan Prinsip Carl OrffBeliau pernah berkata Experience first, then intellectualize yang bermaksud kanak-kanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi.

Beliau percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka disuruh untuk memahaminya secara teori.

3. Falsafah asas Carl Orff : Kepercayaan bahawa kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif di mana imitasi dan explorasi membawa keupayaan kanak-kanak untuk mengimprovisasi dan akhirnya mampu membaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai literasi muzik.

4. Beliau percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling penting dan perlu diajar terlebih dahulu berbanding dengan elemen-elemen muzik yang lain.

5. Apabila beliau merujuk kepada elemental music, beliau merujuk kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan yang kursus.

6. Beliau percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling asas untuk kanak-kanak.

7. Pendekatan beliau yang mengikut transisi ini digunakan setelah seorang kanak telah memperkembangkan kemahiran untuk bermain alat muzik.

Sesi Pembelajaran MuzikPecakapanPergerakanBermain alat muzikOrff pernah berkata Experience first, then intellectualize yang bermaksud kanak-kanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi. Orff percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka disuruh untuk memahaminya secara teori.APLIKASI PENDEKATAN CARL ORFF DALAM BILIK DARJAH1) Sebutan Berirama.Sebutan berirama dalam pendekatan Orff adalah sebutan silibel yang direka oleh kanak-kanak untuk membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan nilai setiap detik. Orff menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not dalam irama. Menurut Orff, suku kata-suku kata ini adalah sebutan natural dalam percakapan kanak-kanak dan ia adalah mudah bagi kanak-kanak untuk menggunakan sukukata sebegini untuk mempelajari irama dan detik.

2) Alat muzik yang paling utama adalah badan dan suara.Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama. Kanak-kanak mula belajar untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit, menyanyi, menghentam kaki dan sebagainya. Menurut Orff badan harus digunakan sebagai alat muzik asas dalam perkembangan muzikal kanak-kanak pada tahap awal pembelajaran mereka.

3) Alat Perkusi Orff.

Alat-alat perkusi seperti Glockenspiel, Xylophone dan Drum merupakan alat muzik yang kedua paling utama dalam pendekatan Orff. Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar melalui alat muzik perkusi dan pergerakkan atau tarian. Antara alat muzik yang sering digunakan ialah Metallophone, Glockenspiel dan Xylophone. Alat-alat perkusi dalam pendekatan Orff mempunyai warna ton yang berbeza. Setiap alat muzik ini mempunyai bar-bar yang boleh dikeluarkan (removeable). Kebarangkalian untuk kanak-kanak bermain not yang salah adalah minima. Maka untuk setiap lagu, guru boleh mengeluarkan not-not yang tidak terdapat dalam skel lagu tersebut. Kaedah ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada memainkan not yang salah. Dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk bermain perkusi.

4) Memainkan Alat Perkusi Secara Ostinato.

Mengiringi Nyanyian Ostinato adalah suatu motif, frasa melodi atau frasa irama yang dimainkan secara berterusan. Tujuan utama ostinato melodi ialah untuk dimainkan bersama dengan melodi yang lain untuk menghasilkan harmoni. Corak ostinato ini boleh digunakan untuk mengiringi kebanyakkan lagu mudah yang mempunyai meter 4/4.

Memainkan Alat Perkusi Secara Improvisasi .

Kanak-kanak dalam kelas pendekatan Orff harus diajar untuk mengimprovisasi dengan menggunakan alat-alat perkusi. Dalam kelas improvisasi, kanak-kanak harus diberi kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang berlainan. Dalam kelas-kelas yang permulaan, guru tidak seharusnya menetapkan had atau menghalang kanak-kanak daripada mencuba corak-corak improvisasi yang mereka suka. Setelah murid-murid mereka diberi peluang yang secukupnya untuk mencuba corak-corak yang berbeza, guru kemudiannya boleh mengajar cara-cara yang betul untuk bermain improvisasi.

Bahan muzikal yang diadaptasi dan bersesuaian dengan budaya dan konteks tempatanEnsemble peruncong Bidayuh merupakan bahan pengajaran sesuai untuk aplikasi pendekatan Orff yang mana murid-murid mempelajari pola irama dan kemahiran ensemble melalui permainan alat perkusi. Jatung utang, sejenis zailofon kayu daripada kaum Kenyah menyerupai alat metalofon Orff yang mudah dikuasai oleh murid-murid sekolah. Tambahan pula, alat-alat muzik Kenyah jatung utang, sape dan lutong menggunakan skel pentatonik dan dapat digunakan sebagai iringan lagu pentatonik, menggantikan alat iringan kibod ataupun piano.

JATUNG UTANG

SAPE