Carl Rogers

2

Click here to load reader

Transcript of Carl Rogers

Page 1: Carl Rogers

Carl Rogers (1902-1987)

Carl Rogers dikenali sebagai pakar psikriatis dan pelopor mazhab

humanisme. Carl Rogers telah dilahirkan pada tahun 1902 di Oak

Park, Illinois, Chicago.Memandangkan beliau sudah mahir

membaca pada usia pra sekolah, beliau bermula pendidikan

formal di Gred Dua. Asuhan dan didikan di rumah yang amat

menekankan pada unsur agama telah

menjadikan Rogers seorang yang berdikari dan

berdisiplin. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang pertanian di

Universiti Wisconsin-Madison, diikuti dengan sejarah, dan seterusnya

agama. Dua tahun kemudian, Rogers pun melanjutkan pelajaran di

Kolej Guru, Universiti Columbia. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana

Sastera pada tahun 1928 dan Doktor Falsafah pada tahun 1931.

Sambil menyempurnakan tesis kedoktoran, beliau telah melibatkan

diri dengan kajian-kajian berkaitan dengan kanak-kanak iaitu Persatuan Mencegah

Keganasan Terhadap Kanak-Kanak, Rochester, New York. Pada tahun 1930, Rogers

dilantik sebagai Pengarah Persatuan tersebut. Dari tahun 1940 hingga 1945, beliau

memegang jawatan Profesor Psikologi di Universiti Ohio dan menubuhkan Pusat Bimbingan

Kaunseling. Pada tahun 1972, beliau dikurniakan “Hadiah Sumbangan Istimewa dalam

Psikologi” oleh Persatuan Psikologi Amerika Syarikat. Beliau meninggal dunia pada tahun

1987.

i. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi.

ii. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai

kesempurnaan kendiri.

iii. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan

kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain.

iv. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep

kendiri dan kepercayaannya.

v. Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannya

hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri.

BIODATA

TEORI PEMBELAJARAN CARL