Carta Garis Masa Malaysia

download Carta Garis Masa Malaysia

of 1

Transcript of Carta Garis Masa Malaysia

  • 7/31/2019 Carta Garis Masa Malaysia

    1/1

    CARTA GARIS MASA

    SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

    SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA

    Orang Melayu mulai timbul rasa semangat mempertahankan tanah air sendiri

    daripada penjajah dengan melakukan penentangan terbuka serta menubuhkan

    pertubuhan-pertubuhan untuk menentang penjajah.

    Tempoh Penjajahan

    Jepun menyerah kalah dan British datang semula ke Tanah Melayu. Malayan

    Union (MU) ditubuhkan pada 10 Oktober 1945 namun ditentang kerana wujud

    ketidakadilan.

    Oktober 1945

    British menubuhkan Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada :

    4 wakil raja-raja Melayu,

    2 wakil UMNO, dan

    6 pegawai British

    Jawatankuasa Kerja ini bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan

    baharu yang diterima oleh orang Melayu.

    Julai 1946

    Jawatakuasa Perundingan yang terdiri daripada

    5 orang Eropah,

    2 orang Cina, dan

    2 orang India

    untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai draf

    perlembagaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja.

    Disember 1946

    British mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu.

    1 Februari 1948

    British melantik beberapa orang wakil warganegara Persekutuan Tanah

    Melayu menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan yang diberi

    taraf menteri ini bertujuan memberi peluang dan latihan kepada pemimpin

    tempatan bagi mendapatkan pengalaman pemerintahan secara demokrasi.

    1951

    Pilihan raya dalam Majlis Perbandaran Kuala Lumpur telah diadakan. 12 kerusi

    dipertandingkan. Perikatan memenangi 9 kerusi , IMP dan calon bebas

    memenangi 3 kerusi.

    Februari 1952

    Perikatan mendesak British buat pilihan raya untuk seluruh Tanah Melayu bagi

    mengisi kerusi Majlis Perundangan Persekutuan.1953

    Pilihan raya umum pertama yang mempertandingkan 52 kerusi. Perikatan

    memenangi 51 kerusi dan PAS 1 kerusi di Kerian, Perak.27 Julai 1955

    Satu rombongan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan 8

    orang wakil yang telah dipersetujui berangkat ke London untuk sama-sama

    berunding dengan kerajaan British demi menuntut kemerdekaan. Perundingan

    ini berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956.Januari 1956

    Perjanjian London telah ditandatangani. Perjanjian ini menjanjikan

    kemerdekaan diberikan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid.8 Februari 1956

    Draf Perlembagaan Malaysia telah diterima dan diisytiharkan sebagai

    Perlembagaan Tanah Melayu.31 Ogos 1957

    Perlembagaan Malaysia sekali lagi diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan

    Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu lalu membentuk Malaysia.16 September 1963