Case study rm400++

16
Laporan Case Study RM400++ dengan Memanipulasikan Psikologi Pelanggan Oleh : Sabree Hussin

Transcript of Case study rm400++

Page 1: Case study rm400++

Laporan Case Study

RM400++ dengan Memanipulasikan Psikologi Pelanggan

Oleh : Sabree Hussin

Page 2: Case study rm400++

PENDAHULUAN Assalamualaikum WBT & salam sejahtera,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda telah

mendapatkan produk saya. Laporan case study ini sesuai dibaca setelah anda selesai membaca ebook utama 100

Rahsia Psikologi Pelanggan. Matlamat saya adalah untuk menghasilkan sebuah panduan yang bersifat straight to the point dan

santai. Topik mengenai psikologi pelanggan ini amat berkait rapat dengan aspek psikologi manusia. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang psikologi manusia, anda

dipersilakan untuk buat kajian dan pembacaan yang lebih terperinci. Memandangkan saya ingin menyediakan sebuah panduan yang anda boleh aplikasikan dengan

segera tanpa perlu anda menelaah selama berjam-jam ataupun berminggu-minggu, maka

panduan yang telah saya sediakan ini adalah memadai. Anda boleh anggap ia sebagai short cut untuk kejayaan anda dalam bidang jualan. Bagaimana memanipulasi psikologi pelanggan? Oh sebelum tu, saya harap anda tak salah anggap dengan istilah manipulasi yang saya

gunakan dalam konteks perbincangan kita ni.

Lagipun kita bukan nak buat benda salah. Apa yang kita manipulasikan ni pun adalah demi keuntungan pelanggan kita. Itu motif kita. Dan peranan kita adalah untuk mempersembahkan produk dan tawaran perkhidmatan kita

dengan cara yang menepati kriteria yang digunakan oleh pelanggan dalam proses

membuat keputusan sama ada mereka nak beli atau tidak.

See? Mana ada kita buat benda tak baik.

Mula-mula sekali anda wajib kenal siapa target market dan prospek anda. Anda lihat betul-betul, produk yang ada di tangan anda (atau yang anda ada authoriti untuk

promosikan) ini sebenarnya direka khas untuk siapa? Produk tersebut untuk pasaran yang bagaimana?

Page 3: Case study rm400++

Adakah produk tersebut untuk individu atau perniagaan. Adakah produk tersebut

sesuai dipromosikan untuk golongan tertentu sahaja atau kepada umum?

Semua ini main peranan dan anda perlu ambil perhatian.

RM400++ Dalam Masa Kurang Daripada 48 Jam Sebenarnya pencapaian ini masih lagi dikira sebagai pencapaian yang biasa-biasa. Bagi tujuan penerangan dan pembentangan case study ini, maka, saya dapati contoh ini

sesuai untuk digunakan. Segala material, screenshot mahupun apa sahaja item yang digunakan dalam penulisan ini adalah

100% bagi tujuan pembelajaran dan perkongsian ilmu semata-mata. Saya mohon kerjasama dari anda untuk berfikiran terbuka (untuk menerima ilmu) dan

jauhkan sifat-sifat negatif (yang akan menghalang anda untuk mendapatkan ilmu). Jika anda tiba-tiba terdengar bisikan nakal, yang menjurus kearah perkara-perkara negatif yang

langsung tak membantu dalam perkembangan anda, maka saya sarankan anda cepat-cepatlah

reset/ restart mahupun buatlah apa sahaja yang perlu untuk buang pemikiran negatif tersebut. Hati yang benar-benar ikhlas ingin menuntut ilmu sahaja yang akan mudah menerima

manfaat disebalik perkongsian ini. Dan mudah-mudahan anda adalah antara mereka yang terpilih. Wallahua’lam

Page 4: Case study rm400++

BUKTI TRANSAKSI BERTARIKH 07 JAN 2014 – 08 JAN 2014

Page 5: Case study rm400++
Page 6: Case study rm400++

Apa produknya? Inilah saya nak bagitahu.

Produk tersebut ialah produk ebook.

Saya ambil masa sekurang-kurangnya 5 hari untuk tulis ebook ini dan sunting.

Setelah produk ini siap, lalu saya tawarkan produk ini di group FB sahaja.

Page 7: Case study rm400++

FASA PERTAMA : FASA PERSEDIAAN Daripada 100 Rahsia Psikologi Pelanggan, mana satu yang saya gunakan bagi menghasilkan jualan

untuk ebook ini?

Ada beberapa yang saya guna iaitu RAHSIA 007: ADA FREE GIFT RAHSIA 008: DEMONSTRASI PENGGUNAAN PRODUK RAHSIA 016: PAKSAAN RAHSIA 025: NAK JUAL SEMULA RAHSIA 027: PRODUK UNIK DAN SUSAH DIJUMPAI RAHSIA 040: HARGA DINAIKKAN SETELAH CUKUP KUOTA RAHSIA 053: AFTER SALES SUPPORT RAHSIA 063: MEMUDAHKAN URUSAN RAHSIA 064: MENJIMATKAN MASA RAHSIA 073: PRODUK SEDANG POPULAR RAHSIA 077: MALAS Sekurang-kurangnya terdapat 11 angle ataupun sudut yang saya telah gunakan untuk

mempromosikan produk saya ini. Andai kata setiap satu point mewakili 1%, bermakna dengan menggunakan 11 point ini sahaja,

saya telah meningkatkan kebarangkalian untuk saya hasilkan jualan sehingga 11%! Sebelum kita teruskan perbincangan ini, apa kata anda lihat semula kempen pemasaran yang

pernah anda buat sebelum ini. Daripada 100% kebarangkalian kejayaan anda hasilkan jualan, agak-agaknya anda berada

dalam berapa peratus ya? Saya akan sentuh satu persatu setiap elemen yang saya gunakan dalam kempen pemasaran yang

telah saya lakukan.

Page 8: Case study rm400++

RAHSIA 007: ADA FREE GIFT Ebook tersebut tidak dijual secara stand alone. Saya juga menawarkan bonus tambahan kepada

pembeli. RAHSIA 008: DEMONSTRASI PENGGUNAAN PRODUK Memandangkan ebook ini mungkin agak asing bagi sesetengah pengguna, maka saya

telah menyediakan demonstrasi penggunaan ebook ini. Dalam hal ini demonstrasi dilakukan menerusi pengguna cerita. Saya bawa pembaca untuk membayangkan bagaimana ebook ini bakal beri manfaat kepada bisnes

mereka dan bagaimana mudahnya perjalanan bisnes mereka selepas adanya bantuan ebook ini. RAHSIA 016: PAKSAAN Paksaan ini adalah paksaan dari segi harga. Saya ambil konsep Syarikat Penerbangan Air Asia (ehem saya ada cerita kan yang saya pernah

kerja untuk Air Asia dulu) Air Asia menggunakan konsep tier pricing. Maksudnya, untuk 10 seat pertama harga murah. 10

seat seterusnya harga dalam kategori medium. Dan seterusnya harga akan jadi bertambah mahal. Jadi, untuk pastikan prospek segera kata YA! SAYA MAHU maka saya gunakan konsep tier pricing

ini. Pelanggan ada opsyen untuk beli sekarang sementara harga masih murah, atau boleh

tunggu kemudian hari, apabila harga jual telah meningkat. Tekanan adalah dari segi harga. Tak kisahlah sama ada pelanggan nak beli sekarang atau nak beli kemudian, mana-mana satu

pun tetap beri keuntungan kepada saya. Manakala bagi perspektif pelanggan, beli sekarang pastilah lebih untung berbanding beli kemudian.

RAHSIA 025: NAK JUAL SEMULA Ya! Ebook ini dijual beserta dengan lesen PLR (Private Label Right). Ini bermakna, pembeli ebook ini boleh edit, dan boleh jual semula.

Page 9: Case study rm400++

RAHSIA 027: PRODUK UNIK DAN SUSAH DIJUMPAI Dah tentu produk ini tak wujud sebelum ini. Produk ini hanya wujud setelah saya hasilkan dan tulis produk ini. So yes, produk ini unik dan susah di jumpai.

RAHSIA 040: HARGA DINAIKKAN SETELAH CUKUP KUOTA Kuota yang saya berikan adalah sedikit sahaja. Sebabnya saya ingin beri ruang dan laluan kepada pelanggan-pelanggan saya untuk jual ebook

ini tanpa tekanan dan persaingan dari saya. RAHSIA 053: AFTER SALES SUPPORT Ebook ini hanya dijual menerusi FB Group sahaja. Bermakna, selepas membeli, jika pelanggan ada sebarang masalah dan perlukan bantuan,

mereka boleh hubungi saya semula pada bila-bila masa. RAHSIA 063: MEMUDAHKAN URUSAN Dengan adanya ebook ini, pelanggan saya tak perlu lagi bersusah payah nak terangkan

tentang bisnes Tune Talk Tone Excel kepada pelanggan mahupun kepada prospek. Bagi ebook ini, suruh mereka baca. Semua maklumat yang diperlukan dah pun dimasukkan kedalam ebook ini.

RAHSIA 064: MENJIMATKAN MASA … dan ya tak perlu buang masa nak buat bacaan di google. Buka satu blog ke satu blog, dan akhirnya pening… sebab info yang terkandung tidak ada

kesinambungan RAHSIA 073: PRODUK SEDANG POPULAR Pada waktu saya lancarkan produk tersebut, program TTTE memang sedang popular. Jadi memang mudah nak cari mereka yang sesuai untuk saya promosikan produk tersebut.

Page 10: Case study rm400++

RAHSIA 077: MALAS Ok yang ni subjektif. Bukanlah nak kata pelanggan saya malas. Jika mahu, mereka juga boleh hasilkan ebook seperti yang saya hasilkan. Walaubagaimanapun,

setengah orang dia memang tak ada masa nak buat kerja-kerja mengarang dan menaip.

Jadi, kenapa tidak saya offer perkhidmatan saya kepada mereka? Saya mudahkan kerja-kerja mereka, dan pada masa yang sama, saya mendapat bayaran

untuk kerja-kerja tersebut. Seperti yang anda dapat lihat. Saya hanya memanipulasikan aspek-aspek positif sahaja dalam usaha untuk memasarkan

produk saya. Bagaimana kalau saya manipulasikan dengan cara yang negatif? Boleh. Tetapi risikonya sangat besar untuk saya. Jadi, buat apa nak ambil risiko yang besar sedangkan ada banyak lagi peluang untuk

gunakan pendekatan yang lebih positif dan disukai oleh pelanggan.

Business is about exchanging value. Saya memberi satu nilai tambah kepada pelanggan, dan sebagai balasan, pelanggan membalasnya

semula dengan satu nilai dalam bentuk wang ringgit bagi memberi ganjaran kepada saya kerana

memberi tambah nilai sama ada dalam hidup mereka mahupun bagi bisnes mereka.

Page 11: Case study rm400++

FASA KEDUA: SUSUN STRATEGI Setiap kali sebelum nak promote sesuatu produk, perkara paling utama sekali ialah

untuk kenalpasti sama ada produk tersebut ada permintaan atau tidak.

Macam mana cara nak tau sama ada permintaan tu wujud atau

tidak? Bertanya.

Buat survey. Jadi, saya juga mulakan dengan buat survey. Selepas saya dah confirm produk ini ada permintaan dan boleh jual, maka bermulalah proses

soft selling. Cara nak buat soft selling ini pun sangat mudah. Anda masih ingat lagi 11 point yang saya berikan dalam fasa pertama tadi?

Saya ambil contoh Rahsia 063: Memudahkan urusan

Jadi saya hanya perlu update status di FB Group seperti berikut:

Awas! Bisnes TTTE anda dalam bahaya. Setiap hari anda kehilangan

sekurang-kurangnya seorang prospek yang sangat berharga!

Biar saya jelaskan kenapa anda tak sepatutnya lakukan kesilapan

ini.

Prospek yang kali pertama dengar tentang bisnes TTTE akan google

untuk dapatkan maklumat lanjut.

Mereka akan buka satu blog, ke satu blog, dan satu blog.

Hinggalah akhirnya mereka baru akan buat keputusan untuk sertai.

Walaubagaimanapun, disebabkan prospek ini telah masuk terlalu

banyak web semasa buat bacaan, mereka mungkin terklik link

affiliate orang lain, dan kesannya?

Anda sendiri pun tahu! Anda baru sahaja kehilangan pelanggan.

Jadi, atasi masalah ini dengan beri prospek anda ebook bisnes

TTTE ini.

Ebook ini memudahkan anda untuk beri penerangan dan maklumat

yang secukupnya tentang TTTE dan prospek anda juga hanya akan

klik pada link affiliate anda seorang sahaja.

Page 12: Case study rm400++

Senang kan?

Nampak tak yang saya tak campur adukkan satu point dengan point yang lain. Lagipun saya ada 11 point dan saya boleh hasilkan 11 status update yang menarik dan

yang berpotensi untuk memikat prospek berbeza untuk beli produk yang sama. Prospek A mungkin membeli sebab mereka ingin jimatkan masa. Prospek B mungkin membeli sebab mereka ingin jual semula. Prospek C mungkin membeli sebab mereka inginkan free gift yang saya tawarkan. … dan Prospek D mungkin membeli sebab mereka nak tahu apa yang saya tulis atau just

mereka dah terbiasa beli produk-produk saya. Apa yang saya cuba sampaikan ialah, setiap orang mempunyai motivasi yang berbeza. Sekiranya kita campur adukkan, banyak sangat point dalam satu ayat iklan/status update ini

berupaya mengucar-kacirkan mesej jualan yang akan diproses oleh mereka. Elok-elok pelanggan tu memang nak beli, tak pasal-pasal dia jadi konfius, terus tak jadi beli. Siapa yang rugi? Berapa kali anda jumpa iklan di FB yang mana si pengiklan tulis terlalu panjang tentang produk dan

servis yang dia promot? Kadang-kadang pening dibuatnya. Kejap cerita pasal nak sihat, kejap cerita pasal nak tambah pendapatan, boleh pulak lepas tu selit

pasal nak bawak parents pergi haji, then beli kereta baru… dush!

Come on! Saya teringin nak tegur orang macam ni. Please, one point at a time! Tak perlu nak longgokkan semua sekali dalam satu entri.

Page 13: Case study rm400++

FASA KETIGA: PROSES FEEDBACK Lihat bagaimana feedback ataupun penerimaan daripada sasaran pelanggan anda.

Memandangkan promosi awal saya lakukan hanya di FB Group, maka parameter yang saya

lihat ialah

Berapa ramai yang melihat post saya

Berapa banyak like

Berapa ramai yang komen SAYA MAHU

Dan berapa ramai yang terus PM saya dan siap sedia untuk tempah

Jika anda dalam bidang jualan, trust me, people have a lot of money!

Kalau hari ini anda promosi sesuatu, dan ditakdirkan sebelum anda tidur pada malam nanti tetap tak

ada yang nak beli, bukan 100% salah anda, mahupun ada kelemahan pada produk anda.

Boleh jadi ada sedikit (atau banyak) penambahbaikkan yang anda perlu lakukan terhadap

cara anda mempersembahkan produk anda kepada golongan sasaran.

Kita sambung ya…

Mereka yang komen saya mahu, akan saya tag namanya dari masa ke masa, mengikut kesesuaian. Apabila jualan dibuka secara rasminya maka nama-nama pelanggan yang berminat untuk

membuat tempahan, akan saya tag pada post tersebut. Contoh Dalam post pertama saya akan beri hint tentang produk. Kemudian saya akan lihat respons positif

(atau negatif jika ada) daripada post tersebut. Kita andaikan Abu beri respon dengan mengatakan yang dia minat. Untuk post yang kedua, saya akan terus tag nama Abu.

Terima kasih kerana berminat dengan post saya yang [link post

asal]

Seperti yang saya war-warkan, produk ini kini live.

Ada 10 kuota telah disediakan. Maaf, sekarang dah tinggal

9, sebab tadi Abu (tag nama Abu) dah booking awal-awal.

Ps: saya yakin kuota untuk 9 orang ini pun tak akan kekal lama.

Page 14: Case study rm400++

Senang ke senang cara yang saya tunjukkan ni?

Oh please. Jangan jawab benda lain selain senang.

(sebab ia memang senang once anda dah faham resipinya) FASA KEEMPAT: POST MORTERM Pada waktu ini kita akan lihat sejauh mana perancangan kita memberi hasil.

Andai kata tak berhasil dimana silapnya? Jika berjaya, dimana puncanya. Kesimpulannya, mana-mana step yang sebenarnya tak beri kebaikkan dan mengganggu

kelancaran proses jualan kita, maka kita buang. Kalau ia berguna, maka kita ulang. As simple as that. Sekiranya anda masih lagi asyik ulang-ulang benda yang anda buat sekarang, dan anda lihat masih

tak ada sebarang pulangan, jadi, apa kata anda ubah dan perbaiki.

FASA KELIMA: ULANGI DENGAN PRODUK LAIN PULA Anda berjaya dapat hasil yang positif dan menepati sasaran anda?

Jadi tunggu apa lagi… Ulang proses yang sama untuk produk yang berbeza. Ringkasnya, dalam mana-mana produk yang anda ingin promosikan mahupun ingin jual, anda akan

melalui fasa persediaan, susun strategi & lancarkan misi, proses feedback, buat post morterm, dan

ulang Of course ulang step yang berjaya. Step yang gagal, nak buat apa anda ulang? Semoga anda berjaya mempelajari sesuatu yang baru menerusi laporan case study ini.

Page 15: Case study rm400++

Strategi menjual, teknik copywriting,

teknik penulisan iklan berkesan, teknik

hipnosis pelanggan, teknik pukau

pelanggan

Memperkenalkan…

Miliki 100 Rahsia Psikologi Pelanggan Sekarang!

KLIK DI SINI

Page 16: Case study rm400++

BACAAN TAMBAHAN

Panduan Promosi di FB Group

Untuk maklumat lanjut…

KLIK DI SINI