Catatan

3
[BAHASA MANUSIA] Acap kali, namun hanya sungging menyipu di bibir. Bukan malu, bukan marah, apatah bangga. Sejujurnya, terlebih kerap berterima kasih. Mungkin, salah sangkaan itu bakal mencairkan ais-ais yang menangguh salam perkenalan. Kalau nak dikira, mengah bibir meratib angka. Haha! Paling biasa, bahasa-bahasa terlontar dari orang asing senada dengan bahasa mereka. Ah sudah, apa lagi alasan mahu diberikan. Terlalu tipikal kalau beralasan sama setiap kali, “maaf, mungkin saya belum berbahasa sama.” Itu belum dikira orang asing sebangsa cuba melontar bahasa yang berlainan dari tuturan hariannya. Pernah ketika membayar buku di kaunter, duit yang membarter bersambut penghargaan ‘xie xie’ dari wanita yang sebangsa. Kalau di luar negara lagikan jenaka. Senang benar bahasa Inggeris menjadi medium bual sesama sebangsa. Pernah ditanya bermacam dalam bahasa bukan Melayu terlontar mulut sama hitamnya. Dan dijawab dalam bahasa Inggeris juga. Sengaja. Belum juga dikira mereka yang merasa sebangsa, menegur dan mula mengerut apabila terasa bersalah menafsir papan tanda bangsa pada wajah ini. Juga yang mengucap perayaan bangsa yang selain dari sebetulnya. Terlalu banyak. Berkajang pun ada kalau mahu disenarai semua. Tapi sebetulnya, tak kira apa bangsa sekalipun, kita semua berbangsa manusia bukan? Ada satu istilah bahasa, ‘perikemanusiaan’. Kata ini paling sering terguna saat watak protagonist teraniaya antagonis. Tampak benar, jahat bukan terguna, baik itu bahasa semua manusia. Semua, tanpa ada terkecuali. Terfahami merentas bangsa. Senada iramanya, diterima semua. Kala yang tertinggal itu berharga, lantas manusia yang dibelakangnya menyambut, menghulur kembali pada sang empunya. Atau mata sang teman memerah dengan hidung umpama badut, dia yang berjenama manusia itu menenangkan. Atau, lagi global, rakan-rakan manusia yang teraniaya seluruh dunia, ada kita bertanya khabar mereka? Ada kita memakaikan jaket pada bahunya yang merengket? Atau masih beralasan, “maaf, mungkin saya belum berbahasa sama.”

description

just my diary! haha

Transcript of Catatan

[BAHASA MANUSIA]Acap kali, namun hanya sungging menyipu di bibir. Bukan malu, bukan marah, apatah bangga. Sejujurnya, terlebih kerap berterima kasih. Mungkin, salah sangkaan itu bakal mencairkan ais-ais yang menangguh salam perkenalan.Kalau nak dikira, mengah bibir meratib angka. Haha! Paling biasa, bahasa-bahasa terlontar dari orang asing senada dengan bahasa mereka. Ah sudah, apa lagi alasan mahu diberikan. Terlalu tipikal kalau beralasan sama setiap kali, maaf, mungkin saya belum berbahasa sama.Itu belum dikira orang asing sebangsa cuba melontar bahasa yang berlainan dari tuturan hariannya. Pernah ketika membayar buku di kaunter, duit yang membarter bersambut penghargaan xie xie dari wanita yang sebangsa.Kalau di luar negara lagikan jenaka. Senang benar bahasa Inggeris menjadi medium bual sesama sebangsa. Pernah ditanya bermacam dalam bahasa bukan Melayu terlontar mulut sama hitamnya. Dan dijawab dalam bahasa Inggeris juga. Sengaja. Belum juga dikira mereka yang merasa sebangsa, menegur dan mula mengerut apabila terasa bersalah menafsir papan tanda bangsa pada wajah ini. Juga yang mengucap perayaan bangsa yang selain dari sebetulnya.Terlalu banyak. Berkajang pun ada kalau mahu disenarai semua.Tapi sebetulnya, tak kira apa bangsa sekalipun, kita semua berbangsa manusia bukan? Ada satu istilah bahasa, perikemanusiaan. Kata ini paling sering terguna saat watak protagonist teraniaya antagonis. Tampak benar, jahat bukan terguna, baik itu bahasa semua manusia. Semua, tanpa ada terkecuali. Terfahami merentas bangsa. Senada iramanya, diterima semua.Kala yang tertinggal itu berharga, lantas manusia yang dibelakangnya menyambut, menghulur kembali pada sang empunya. Atau mata sang teman memerah dengan hidung umpama badut, dia yang berjenama manusia itu menenangkan.Atau, lagi global, rakan-rakan manusia yang teraniaya seluruh dunia, ada kita bertanya khabar mereka? Ada kita memakaikan jaket pada bahunya yang merengket?Atau masih beralasan, maaf, mungkin saya belum berbahasa sama.

[]Auckland International Airport.Lengang. Seperti biasa.