Catatan Bercuti Di Melaka

2
Catatan Bercuti di Melaka Soalan: Kamu telah bercuti di suatu tempat yang menarik bersama keluarga. Tulis catatan tersebut selengkapnya. Sabtu, 12 Mac 2015 5.00 pagi Saya bangun awal hari ini kerana semalam ayah telah memberitahu bahawa kami sekeluarga akan ke Melaka.. Kami bertolak menaiki kereta Perdana yang dipandu ayah. Saya begitu leka melihat pemandangan di sepanjang perjalanan sehingga tidak menyedari kami telah pun sampai di sempadan Melaka Bandaraya Bersejarah. Ayah telah menempah bilik hotel untuk kami bermalam. Setelah meletakkan beg, kami merehatkan badan di atas katil. 12.00 tengah hari Ayah telah membawa kami ke Zoo Melaka. Kami melihat banyak binatang yang belum pernah dilihat sebelum ini. Harimau, gajah, singa, zirafah, ular, badak dan banyak lagi. Ada juga pertunjukan ular dan orang utan. Saya sempat juga mengambil gambar dengan orang utan dan menaiki gajah. 2.00 petang Kami singgah di masjid untuk solat Zuhur. Setelah solat, kami pun menuju ke A Famosa Resort. Di situ terdapat tempat mandi dan tempat membeli-belah yang disebut Cowboy. Saya dan keluarga pergi membeli-belah. Selepas itu, saya dan keluarga pergi mandi. 4.00 petang Kakak telah mengajak ayah pergi ke bandar Melaka. Di situ kami sekeluarga telah menaiki Menara Taming Sari. Dari puncak menara, kami dapat melihat seluruh Bandar Melaka. Selepas itu, kami juga pergi ke Kapal Portugis. Kapalnya amat besar. Di dalamnya terdapat banyak barang bersejarah. Kami ingin menaiki feri melungsuri Sungai Melaka tetapi sayang tiket sudah kehabisan. 5.45 petang Setelah solat Asar, kami pun pergi melawat ke Kota A Famosa. Ibu sempat menceritakan mengenai sejarah Kota A Famosa dan serangan orang Portugis. Oleh sebab Bukit St Paul tidak jauh dari situ, saya juga telah mendakinya. Oleh sebab hari telah petang, ayah mengajak kami balik ke hotel untuk berehat dan menantikan waktu Maghrib. 9.00 malam Setelah solat Maghrib dan Isyak, kami makan malam bersama-sama. Selepas itu, kami keluar untuk membeli-belah di Bandar Hilir. Saya membeli cenderamata untuk cikgu dan kawan-kawan. Setelah lama berjalan, kami pun balik kerana esok kami akan memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah.

description

anak punyo jugopp

Transcript of Catatan Bercuti Di Melaka

Catatan Bercuti di Melaka

Soalan: Kamu telah bercuti di suatu tempat yang menarik bersama keluarga. Tulis catatan tersebut selengkapnya.

Sabtu, 12 Mac 20155.00 pagiSaya bangun awal hari ini kerana semalam ayah telah memberitahu bahawa kami sekeluarga akan ke Melaka.. Kami bertolak menaiki kereta Perdana yang dipandu ayah.

Saya begitu leka melihat pemandangan di sepanjang perjalanan sehingga tidak menyedari kami telah pun sampai di sempadan Melaka Bandaraya Bersejarah. Ayah telah menempah bilik hotel untuk kami bermalam. Setelah meletakkan beg, kami merehatkan badan di atas katil.

12.00 tengah hariAyah telah membawa kami ke Zoo Melaka. Kami melihat banyak binatang yang belum pernah dilihat sebelum ini. Harimau, gajah, singa, zirafah, ular, badak dan banyak lagi. Ada juga pertunjukan ular dan orang utan. Saya sempat juga mengambil gambar dengan orang utan dan menaiki gajah.

2.00 petangKami singgah di masjid untuk solat Zuhur. Setelah solat, kami pun menuju ke A Famosa Resort. Di situ terdapat tempat mandi dan tempat membeli-belah yang disebut Cowboy. Saya dan keluarga pergi membeli-belah. Selepas itu, saya dan keluarga pergi mandi.

4.00 petangKakak telah mengajak ayah pergi ke bandar Melaka. Di situ kami sekeluarga telah menaiki Menara Taming Sari. Dari puncak menara, kami dapat melihat seluruh Bandar Melaka. Selepas itu, kami juga pergi ke Kapal Portugis. Kapalnya amat besar. Di dalamnya terdapat banyak barang bersejarah. Kami ingin menaiki feri melungsuri Sungai Melaka tetapi sayang tiket sudah kehabisan.

5.45 petangSetelah solat Asar, kami pun pergi melawat ke Kota A Famosa. Ibu sempat menceritakan mengenai sejarah Kota A Famosa dan serangan orang Portugis. Oleh sebab Bukit St Paul tidak jauh dari situ, saya juga telah mendakinya. Oleh sebab hari telah petang, ayah mengajak kami balik ke hotel untuk berehat dan menantikan waktu Maghrib.

9.00 malamSetelah solat Maghrib dan Isyak, kami makan malam bersama-sama. Selepas itu, kami keluar untuk membeli-belah di Bandar Hilir. Saya membeli cenderamata untuk cikgu dan kawan-kawan. Setelah lama berjalan, kami pun balik kerana esok kami akan memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah.

Ahad, 13 Mac 20159.00 pagiKami bersiap-siap untuk memulakan perjalanan balik ke Kedah.. Di Melaka saya membeli beberapa cenderamata untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan.. Ayah berjanji akan membawa kami ke tempat lain pada cuti yang akan datang.