Catatan Lawatan Negeri Melaka

1
Kamu mengikuti lawatan sehari rombongan Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kamu ke negeri Melaka. Tulis sebuah catatan tentang lawatan tersebut 13 Februari 2012 7.00 pagi Kami berkumpul di dewan sekolah. Seramai 36 orang anggota persatuan dan empat orang guru menyertai lawatan ke negeri Melaka. Setelah mendengar taklimat keselamatan daripada Cikgu Saiman, kami bertolak ke Melaka dengan menaiki bas yang disewa khas. 9.00 pagi Setelah dua jam dalam perjalanan, kami pun tiba di Bandar Hilir. Kami melawat bangunan-bangunan yang bersejarah, antaranya Bangunan St Paul. Bangunan Stadhuys, Muzium Sejarah dan Kota A Famosa. Kota A Famosa merupakan kota pertahanan Portugis semasa menjajah negeri Melaka. 11.00 pagi Selepas melawat tempat-tempat yang bersejarah, kami membeli cendera mata dari gerai yang berhampiran untuk dibawa pulang. Saya membeli cencaluk, belacan dan penggantung kunci. Kami juga mengambil kesempatan menaiki kereta lembu mengelilingi stadium terbuka. Sungguh seronok rasanya dapat menaiki kereta lembu. 12.00 tengahari Kami bertolak menuju ke Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Kami berehat sambil makan tengahari di restoran yang berhampiran. Selain menikmati nasi campur, saya juga mencuba kelazatan cendol durian yang terkenal di Melaka. 2.00 petang Setelah menunaikan solat Zohor, kami bergerak untuk melawat tempat menarik di kawasan berhampiran. Kami melawat Taman Mini Malaysia yang mempamerkan rumah-rumah tradisional di Malaysia. Selain itu, kami juga melawat Taman Buaya dan Zoo Melaka. Pelbagai jenis haiwan dapat kami lihat di sana antaranya unta, zirafah, tenuk dan sebagainya. Sungguh seronok dapat melihat pertunjukkan burung nuri. 4.00 petang Setelah selesai melawat kami menaiki bas semula untuk bertolak pulang ke sekolah. Walaupun letih kami rasa sungguh gembira kerana banyak memperoleh pengetahuan dan pengalaman dari lawatan ini. Saya berharap akan dapat berkunjung lagi ke negeri Melaka bersama keluarga pada masa akan datang.

description

penulisan

Transcript of Catatan Lawatan Negeri Melaka

Page 1: Catatan Lawatan Negeri Melaka

Kamu mengikuti lawatan sehari rombongan Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kamu ke negeri Melaka.Tulis sebuah catatan tentang lawatan tersebut

13 Februari 20127.00 pagiKami berkumpul di dewan sekolah. Seramai 36 orang anggota persatuan dan empat orang guru menyertai lawatan ke negeri Melaka. Setelah mendengar taklimat keselamatan daripada Cikgu Saiman, kami bertolak ke Melaka dengan menaiki bas yang disewa khas.

9.00 pagiSetelah dua jam dalam perjalanan, kami pun tiba di Bandar Hilir. Kami melawat bangunan-bangunan yang bersejarah, antaranya Bangunan St Paul. Bangunan Stadhuys, Muzium Sejarah dan Kota A Famosa. Kota A Famosa merupakan kota pertahanan Portugis semasa menjajah negeri Melaka.

11.00 pagiSelepas melawat tempat-tempat yang bersejarah, kami membeli cendera mata dari gerai yang berhampiran untuk dibawa pulang. Saya membeli cencaluk, belacan dan penggantung kunci. Kami juga mengambil kesempatan menaiki kereta lembu mengelilingi stadium terbuka. Sungguh seronok rasanya dapat menaiki kereta lembu.

12.00 tengahariKami bertolak menuju ke Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Kami berehat sambil makan tengahari di restoran yang berhampiran. Selain menikmati nasi campur, saya juga mencuba kelazatan cendol durian yang terkenal di Melaka.

2.00 petangSetelah menunaikan solat Zohor, kami bergerak untuk melawat tempat menarik di kawasan berhampiran. Kami melawat Taman Mini Malaysia yang mempamerkan rumah-rumah tradisional di Malaysia. Selain itu, kami juga melawat Taman Buaya dan Zoo Melaka. Pelbagai jenis haiwan dapat kami lihat di sana antaranya unta, zirafah, tenuk dan sebagainya. Sungguh seronok dapat melihat pertunjukkan burung nuri.

4.00 petangSetelah selesai melawat kami menaiki bas semula untuk bertolak pulang ke sekolah. Walaupun letih kami rasa sungguh gembira kerana banyak memperoleh pengetahuan dan pengalaman dari lawatan ini. Saya berharap akan dapat berkunjung lagi ke negeri Melaka bersama keluarga pada masa akan datang.