CD2-PRS.doc

7
KERTAS KERJA KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2004 Anjuran Unit Hal Ehwal Pelajar Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Kelolaan: Pejabat Pendidikan Daerah Seremban ‘Bantu Diri dan Orang Lain’ Pengenalan Pembimbing Rakan Sebaya merupakan kumpulan pelajar yang dilantih khas untuk membantu pihak sekolah dan unit bimbingan dan kaunseling. Oleh itu, seharusnya mereka didedahkan kepada aspek-aspek asas bimbingan dan menolong. Kursus ini adalah satu aktiviti yang perlu diadakan untuk memberi pelbagai kemahiran dan pengalaman kepada pelajar bagi menjalankan peranan sebagai seorang PRS yang berkesan. Merujuk Prinsip Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum, ruang dan peluang serta kemudahan peningkatan ilmu, kecekapan kemahiran serta perluasan pengalaman perlu diberikan seluas-luasnya. Penekanan kepada keyakinan diri dan penampilan diri perlu diberi perhatian. Rasional: * Membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan satu saluran lagi bagi pelajar berkongsi pelbagai persoalan kehidupan dan aktiviti harian. * Pelajar mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pelajar lain, mereka perlu dilatih bagaimana mempengaruhi rakan dengan cara positif. * Cabaran remaja semakin bertambah dan mereka memerlukan bimbingan. PRS boleh membantu pelajar lain membina perlakuan yang baik melalui contoh dan penampilan diri. * Bidang tugas kaunselor pelajar sangat luas dan mencabar, oleh itu ia memerlukan PRS sebagai kaunselor rakan sebaya

description

PRS

Transcript of CD2-PRS.doc

Page 1: CD2-PRS.doc

KERTAS KERJAKURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2004

AnjuranUnit Hal Ehwal Pelajar

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Kelolaan:Pejabat Pendidikan Daerah Seremban

‘Bantu Diri dan Orang Lain’

Pengenalan

Pembimbing Rakan Sebaya merupakan kumpulan pelajar yang dilantih khas untuk membantu pihak sekolah dan unit bimbingan dan kaunseling. Oleh itu, seharusnya mereka didedahkan kepada aspek-aspek asas bimbingan dan menolong. Kursus ini adalah satu aktiviti yang perlu diadakan untuk memberi pelbagai kemahiran dan pengalaman kepada pelajar bagi menjalankan peranan sebagai seorang PRS yang berkesan.Merujuk Prinsip Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum, ruang dan peluang serta kemudahan peningkatan ilmu, kecekapan kemahiran serta perluasan pengalaman perlu diberikan seluas-luasnya. Penekanan kepada keyakinan diri dan penampilan diri perlu diberi perhatian.

Rasional:

* Membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan satu saluran lagi bagi pelajar berkongsi pelbagai persoalan kehidupan dan aktiviti harian.

* Pelajar mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pelajar lain, mereka perlu dilatih bagaimana mempengaruhi rakan dengan cara positif.

* Cabaran remaja semakin bertambah dan mereka memerlukan bimbingan. PRS boleh membantu pelajar lain membina perlakuan yang baik melalui contoh dan penampilan diri.

* Bidang tugas kaunselor pelajar sangat luas dan mencabar, oleh itu ia memerlukan PRS sebagai kaunselor rakan sebaya dalam usaha mencapai matlamat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Objektif:

* Membina PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, sosial, emosi, perlakuan dan peribadi.

* Mewujudkan khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

* Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi dengan berkesan dengan rakan dan individu lain.

* Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih yang boleh menggerakkan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Page 2: CD2-PRS.doc

Matlamat

Melahirkan pelajar yang bersikap positif, berwawasan dan mampu membina masa depan gemilang.

Sasaran

135 orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya dari semua sekolah menengah Negeri Sembilan

Tempat

Sma Training & ConsultantsKg. Gadong Jaya Labu

Tarikh 21 – 23 April 2004

Pengisian

Ceramah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Latihan fizikal Syarahan umum

10. Penutup

Program ini diharap dapat mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan. Kerjasama semua pihak menentu kejayaan program ini. Pihak sekolah juga diharap dapat membuat susulan terhadap pelajar yang mengikuti kursus ini. Ini bertujuan agar program ini membuah hasil yang memuaskan. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kerjasama semua pihak khususnya, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban Port Dickson.

Disediakan oleh,Sub Unit Bimbingan & Kaunseling,Unit Hal Ehwal MuridJabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Page 3: CD2-PRS.doc

JAWATANKUASA INDUKKURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2003

PENAUNGTN. HJ. ROHANI B. SHARIFFPENGARAH PENDIDIKAN

PENASIHATTN. HJ. SHAHIDAN B. MOKHTAR

KETUA SEKTORPENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

PENGERUSITN. HJ. IBRAHIM B. HJ. ABDULLAH

KETUA UNIT HAL EHWAL PELAJAR JPNS

NAIB PENGERUSITN. HJ. MAAROF B. MAASAR

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAHSEREMBAN PORT DICKSON

SETIAUSAHA TN. HJ. ALIAS B. DAYA

PEN. PPD. SEREMBAN / PORT DICKSON

PENOLONG SETIAUSAHAEN. AZALI B. HASHIM

PENYELIA BIMBINGAN DAN KAUNSELING JPNS

AHLI JAWATANKUASA

EN. ZAINAL ABIDIN B. AHMADPENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

KUALA PILAH JEMPOL JELEBU

TN. HJ. YAAKOB B. ABD. HAMIDPEN. PPD TAMPIN REMBAU

EN. MOHD TAMYES B. SAIMUNPENYELIA DISIPLIN JPNS

EN. ZULKIFLI B. TAMAMPPD. CAWANGAN PORT DICKSON

TN. HJ. MOHD ARIF B. MOHD NORPPD. CAWANGAN REMBAU

EN. HAZAMUDDIN B. JAAFARPPD. CAWANGAN JEMPOL

EN. RAZALI B. YUNUSPPD. CAWANGAN JELEBU

Page 4: CD2-PRS.doc

UNIT HAL EHWAL PELAJARJABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

KERTAS CADANGANMEWUJUDKAN PAKAIAN SERAGAM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

SEKOLAH MENENGAH NEGERI SEMBILAN

PENGENALAN

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diwujudkan sejak tahun 1987 lagi. Ia merupakan satu kumpulan pelajar yang dilatih untuk membantu pihak sekolah khususnya guru bimbingan dan kaunseling, bagi menjalankan perkhidmatannya. Ia menerima latihan berdasarkan modul yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu kumpulan ini dianggap amat berkesan untuk membantu pihak sekolah.

Oleh itu PRS sangat perlu mempunyai penampilan diri yang menarik. Di antaranya dengan mewujudkan pakaian segaram yang sesuai.

FALSAFAH PRS

Falsafah PRS ialah ‘Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain’.

PRINSIP PRS

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

PERANAN PRS

1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.

2. Sebagai khidmat sokongan, membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

3. Sebagai satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.

4. Sebagai contoh kepada pelajar lain.

OBJEKTIF MEWUJUDKAN PAKAIAN SERAGAM

1. Mewujudkan satu keseragaman dalam pengurusan dan pelaksanaan PRS.

Page 5: CD2-PRS.doc

2. Sebagai identiti PRS Negeri Sembilan.

3. Menarik minat pelajar untuk menyertainya dan membantu pihak sekolah.

CADANGAN PAKAIAN SERAGAM

Jenis VEST (Jaket tanpa lengan)

Warna Merah hati.

Logo JPNS dan PRS Kebangsaan.

Bercetak PRS Negeri Sembilan

Anggaran harga RM 30.00

Sumber kewangan Ahli PRS sendiri.

PENUTUP

PRS perlu dimantapkan dari masa ke semasa. Ia bukan sahaja dapat membantu pihak sekolah, malahan membantu diri pelajar itu sendiri, dengan latihan dan kemahiran yang diberikan. Dengan wujudnya pakaian seragam ini, diharapkan PRS semua sekolah menengah di Negeri Sembilan lebih berfungsi ke arah kemajuan dan kesejahteraan sekolah.

Di sediakan oleh,Azali Bin HashimPenyelia Bim. & KaunselingJabatan Pend. Negeri Sembilan.