CED 520 Sports First Aid

7
PENILAIAN KEMUDAHAN PERTOLONGAN CEMAS SEKOLAH Satu penilaian kemudahan telah dibuat ke atas Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, Parit, Perak. Keselamatan kawasan sekolah dan kemudahan pertolongan cemas telah diambil kira dalam penilaian ini. Pelan sekolah adalah seperti gambar rajah berikut. Kawasan dewan serbaguna dan gelanggang bola keranjang(tempat yang ditanda dengan warna hijau) adalah tempat yang lapang dan selamat digunakan untuk aktiviti. Padang sekolah(tempat yang ditanda dengan warna kuning) berdekatan dengan sebatang sungai. Tempat yang ditanda dengan warna merah pernah berlaku tanah runtuh ke dalam sungai pada 3 tahun yang lalu. Walaupun tempat itu telah dibaikpulih, tetapi masih merupakan kawasan yang berbahaya. Petunjuk: TLK Tempat Letak KenderaanTL Tandas Lelaki 1A, 2A, 3A, 4A, 5A, 6A Kelas BP Bilik Pemulihan TP Tandas Perempuan Sung ai Keci l Sungai Perak

description

ussa malaysia

Transcript of CED 520 Sports First Aid

PENILAIAN KEMUDAHAN PERTOLONGAN CEMAS SEKOLAHSatu penilaian kemudahan telah dibuat ke atas Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, Parit, Perak. Keselamatan kawasan sekolah dan kemudahan pertolongan cemas telah diambil kira dalam penilaian ini. Pelan sekolah adalah seperti gambar rajah berikut.Petunjuk:TLK Tempat Letak KenderaanTL Tandas Lelaki 1A, 2A, 3A, 4A, 5A, 6A KelasBP Bilik Pemulihan TP Tandas Perempuan SungaiKecilSungai Perak

Kawasan dewan serbaguna dan gelanggang bola keranjang(tempat yang ditanda dengan warna hijau) adalah tempat yang lapang dan selamat digunakan untuk aktiviti. Padang sekolah(tempat yang ditanda dengan warna kuning) berdekatan dengan sebatang sungai. Tempat yang ditanda dengan warna merah pernah berlaku tanah runtuh ke dalam sungai pada 3 tahun yang lalu. Walaupun tempat itu telah dibaikpulih, tetapi masih merupakan kawasan yang berbahaya.

Di belakang sekolah adalah Sungai Perak, di kawasan belakang bangunan bilik komputer dan bilik setor telah menunjukkan ketidakstabilan dan kemungkinan akan mengalami keruntuhan.

Segala aktiviti kokurikulum dan sukan hanya akan menggunakan kawasan padang, gelanggan bola keranjang dan dewan serbaguna. Sekolah ini mempunyai kawasan yang terhad , oleh itu dengan tiada pilihan lain, padang sekolah terpaksa digunakan untuk aktiviti seperti lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Kawasan padang yang berbahaya akan ditanda dengan tali dan diasingkan supaya pelajar tidak mendekati kawasan itu semasa aktiviti dijalankan.Di sekolah ini, tidak mempunyai bilik pertolongan cemas. Kemudahan pertolongan kecemasan yang sedia ada hanya peti pertolongan cemas(1st Aid Kit) yang disimpan di pejabat dan bilik guru. Peti pertolongan cemas akan dibawa ke tempat aktiviti semasa aktiviti dijalankan. Bagi sesiapa yang mengalami kecederaan serius akan memerlukan bantuan dari klinik yang berhampiran. Jarak antara klinik dengan sekolah adalah dalam 1km.

DASAR DAN PROSEDURPERTOLONGAN CEMAS PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKANSetelah penilaian kemudahan telah dibuat terhadap kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Parit, saya telah menyediakan suatu Dasar dan Prosedur untuk pertolongan cemas Pendidikan Jasmani dan sukan yang sesuai digunakan berdasarkan kemudahan sekolah.

Dasar KeselamatanGuru yang bertanggungjawab mengajar Pendidikan Jasmani atau menjalankan aktiviti kokurikulum perlu berada di kedudukan yang strategik untuk mengawal pelajar-pelajar dan mengurangkan kemalangan. Ia adalah sangat penting untuk Guru berkenaan menjalankan aktiviti dengan mengikut prosedur keselamatan yang betul. Guru wajib mematuhi dasar dan prosedur keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Keselamatan Semasa Aktiviti Pendidikan Jasmani dan SukanGuru yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti fizikal perlu sentiasa berwaspada terhadap risiko yang boleh mengakibatkan kemalangan berlaku ke atas seseorang pelajar. Kelas Pendidikan Jasmani dan aktiviti sukan perlu dijalankan mengikut prinsip Pendidikan Jasmani, iaitu:1. Memanaskan badan sehingga keadaan fizikal sesuai untuk aktiviti latihan.2. Ulasan (Prosedur keselamatan yang berkenaan dengan aktiviti yang akan dijalankan).3. Mempelajari kemahiran baru.4. Penyejukan badan.

Penggunaan Kemudahan Dan Peralatan1. Apabila pelajar di kawasan aktiviti, seorang guru perlu hadir. Jika guru yang tidak hadir, pelajar perlu menunggu di koridor.2. Bilik stor PJ perlu sentiasa dikunci selepas peralatan dikeluarkan dari bilik atau dimasukkan ke dalam bilik demi keselamatan pelajar dan juga untuk mengurangkan kecurian atau vandalisme.3. Semasa aktiviti dijalankan, peralatan yang tidak digunakan mesti diletak di tempat yang tidak membahayakan pelajar dan juga tidak menghalang pergerakan mereka.4. Pelajar tidak dibenarkan untuk menggunakan sebarang peralatan sehingga mereka telah diajar cara penggunaan yang betul dan juga difahamkan risiko penggunaan alat berkenaan. 5. Pelajar tidak boleh menggunakan peralatan sehingga mereka telah memanaskan dan telah mendapatkan kebenaran dari guru.6. Pelajar perlu diajar cara pemasangan peralatan yang betul.

Kotak Pertolongan Kecemasan dan Pengecualian1. Kotak pertolongan cemas perlu ada sentiasa dibawah ke tempat aktiviti. Ubat dalam kotak perlu sentiasa disemak dan dilengkapkan dari semasa ke semasa.2. Guru perlu memastikan pelajar berada dalam keadaan fizikal dan mental yang sihat sebelum membenarkan pelajar menjalankan aktiviti.3. Pelajar yang mengalami kecederaan atau pembedahan perlu mengemukakan surat daripada doktor yang membuktikan bahawa pelajar tersebut bersedia untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sukan atau kokurikulum.4. Pelajar yang tidak bersedia dari segi fizikal atau mental perlu dikecualikan dari sebarang aktiviti sukan dan kokurikulum sehingga mendapat kebenaran dari doktor.

Pakaian Dan Keselamatan1. Hanya pakaian sukan yang lengkap dibenarkan semasa aktiviti sukan dijalankan. Pelajar yang tidak memakai pakaian sukan yang lengkap tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.2. Pelajar tidak dibenarkan memakai barang kemas sepanjang aktiviti dijalankan.3. Mengunyah gula-gula getah tidak dibenarkan sepanjang aktiviti dijalankan.4. Rambut mesti diikat dibelakang (jika panjang) dan kuku mestilah dipotong ke panjang yang munasabah.5. Alat perlindungan mesti dipakai bagi aktiviti yang berkenaan.

Maklumat Kepada Pelajar1. Pelajar perlu diberitahu tentang dasar dan prosedur ini dan perlu kerap diingati kepentingan peraturan-peraturan ini.2. Pelajar perlu diajar supaya menjaga kemudahan yang terdapat di sekolah.3. Pelajar hendaklah sentiasa mempunyai kesedaran terhadap keselamatan diri dan juga keselamatan rakan-rakan mereka.4. Pelajar mesti mendapat kebenaran dari guru sebelum menggunakan peralatan atau kemudahan sukan.

KemalanganSekiranya berlaku kemalangan, langkah-langkah berikut perlu diambil oleh guru:1. Memastikan tahap kemalangan yang berlaku.a. Kecederaan luaran dan ringan pelajar diberi pertolongan cemas dan dihantar ke klinik.b. Kecederaan luaran dan serius pelajar diberi pertolongan cemas dan dialih ke tempat yang selamat sementara menunggu ambulans datang.c. Kecederaan dalaman ringan atau serius pelajar diberi pertolongan cemas sehingga ambulans datang. Pelajar tidak patut dialih kecuali kawasan tersebut tidak selamat. Sekiranya pelajar terpaksa dialih ke tempat yang selamat, memastikan leher dan tulang bahagian yang cedera dilindungi dengan betul sebelum dialih.2. Mengambil langkah-langkah pertolongan cemas yang sesuai untuk memastikan keselamatan pelajar. 3. Memaklumkan pentadbiran dengan segera.4. Menghubungi waris pelajar berkenaan dan memaklumkan keadaan terkini kepada waris pelajar.5. Menyediakan satu laporan kemalangan yang lengkap dan hantar kepada pentadbir.

Kawasan Larangan1. Pelajar tidak dibenarkan menjalankan aktiviti di kawasan larangan sekolah.2. Semua kawasan larangan sekolah akan ditanda dengan menggunakan papan tulis yang berwarna merah.3. Pelajar yang masuk kawasan larangan sekolah tanpa kebenaran guru akan diberi amaran dan waris akan dipanggil untuk berjumpa dengan pihak pentadbir sekolah.4. Pelajar yang melakukan kesalahan yang berulang akan dikenakan tindakan dan waris akan dipanggil sekali lagi untuk berjumpa dengan pihak pentadbir sekolah.