CEE 521

2
CEE 521 Principles of Fitness and Health Assignment 20 LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM MINGGU KESIHATAN DAN KECERGASAN TAHUN 2015 PROGRAM : PROGRAM MINGGU KESIHATAN DAN KECERGASAN TARIKH : 10 OGOS HINGGA 14 OGOS 2015 MASA : WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEMPAT : DALAM KELAS ANJURAN : PANITIA MATA PELAJARAN PJPK Selaras dengan hasrat Falsafah Pendikan Negara, seluruh sekolah di Malaysia telah diwajibkan mengadakan Program Bulan Kecergasan. Berikutan daripada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, maka para pelajar di SMK Wira Penrissen telah mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kecergasan fizikal dan kesihatan. Oleh yang demikian setiap tingkatan telah merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran PJPK, seperti aktiviti melukis poster, pembentangan hasil kerja dengan Power points, dan menghasilkan karikator kesihatan melalui lukisan kartun. Aktiviti ini telah dilaksanakan mengikut waktu pengajaran dan pembelajaran PJPK setiap tingkatan. Semasa aktiviti ini dilaksanakan iaitu mengikut jadual waktu pengajaran dan pembelajaran PJPK, para pelajar telah berjaya menunjukkan daya kreativiti mereka dengan menghasilkan pelbagai lukisan poster, dan lukisan karekator kartun yang menarik. Semua bahan hasil kerja pelajar ini telah ditampal di papan kenyataan sekolah dan juga di papan kenyataan di dalam kelas. Selain itu, sebahagian para pelajar telah berjaya menghasilkan power points yang amat kreatif sehingga dapat dijadikan sebagai bahan perkongsian untuk pembentangan semasa perhimpunan sekolah. Secara tidak langsung, aktiviti ini telah berjaya mewujudkan satu situasi pembelajaran yang amat berguna kepada para pelajar untuk mewujudkan satu kesedaran kepada semua warga sekolah bahawa kesihatan dan kecergasan fizikal yang baik adalah amat penting kepada semua warga sekolah untuk menjalani kehidupan yang baik.

description

CEE521

Transcript of CEE 521

Page 1: CEE 521

CEE 521 Principles of Fitness and Health Assignment 20

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM

MINGGU KESIHATAN DAN KECERGASAN TAHUN 2015

PROGRAM    :           PROGRAM MINGGU KESIHATAN DAN KECERGASAN 

TARIKH        :           10 OGOS HINGGA 14 OGOS 2015

MASA            :           WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TEMPAT         :           DALAM KELAS

ANJURAN      :           PANITIA MATA PELAJARAN PJPK

Selaras dengan hasrat Falsafah Pendikan Negara, seluruh sekolah di Malaysia telah diwajibkan mengadakan Program Bulan Kecergasan. Berikutan daripada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, maka para pelajar di SMK Wira Penrissen telah mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kecergasan fizikal dan kesihatan. Oleh yang demikian setiap tingkatan telah merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran PJPK, seperti aktiviti melukis poster, pembentangan hasil kerja dengan Power points, dan menghasilkan karikator kesihatan melalui lukisan kartun.

            Aktiviti ini telah dilaksanakan mengikut waktu pengajaran dan pembelajaran PJPK setiap tingkatan. Semasa aktiviti ini dilaksanakan iaitu mengikut jadual waktu pengajaran dan pembelajaran PJPK, para pelajar telah berjaya menunjukkan daya kreativiti mereka dengan menghasilkan pelbagai lukisan poster, dan lukisan karekator kartun yang menarik. Semua bahan hasil kerja pelajar ini telah ditampal di papan kenyataan sekolah dan juga di papan kenyataan di dalam kelas. Selain itu, sebahagian para pelajar telah berjaya menghasilkan power points yang amat kreatif sehingga dapat dijadikan sebagai bahan perkongsian untuk pembentangan semasa perhimpunan sekolah. Secara tidak langsung, aktiviti ini telah berjaya mewujudkan satu situasi pembelajaran yang amat berguna kepada para pelajar untuk mewujudkan satu kesedaran kepada semua warga sekolah bahawa kesihatan dan kecergasan fizikal yang baik adalah amat penting kepada semua warga sekolah untuk menjalani kehidupan yang baik.

Di samping itu, melalui aktiviti Minggu Kesihatan dan Kecergasan ini, para pelajar juga telah mengadakan aktiviti sampingan iaitu berjalan “10 000 Langkah” seperti yang disaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Semasa aktiviti Pendidikan Jasmani, semua pelajar telah menjayakan aktiviti ini dengan berjalan mengeliling padang sebanyak 10 pusingan.  

            Setelah melaksanakan aktiviti seperti ini, saya dapat melihat keberkesanan aktiviti ini melalui peningkatan usaha pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran PJPK kerana disamping dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman para pelajar tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian mereka, aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan keseronokan para pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PJPK. Oleh demikian,

Page 2: CEE 521

CEE 521 Principles of Fitness and Health Assignment 20

diharapkan aktiviti seperti ini akan dapat melahirkan generasi yang prihatin terhadap kesihatan dan kecergasan fizikal.