Cek

27
1 CEK Definisi S.73(1) “bil pertukaran yang dikeluarkan oleh jurubank kena dibayar atas permintaan” Undang2 berkaitan bil pertukaran yang kena dibayar atas permintaan terpakai untuk cek sahaja.

Transcript of Cek

Page 1: Cek

1

CEK

DefinisiS.73(1) “bil pertukaran yang dikeluarkan oleh jurubank kena dibayar atas permintaan”Undang2 berkaitan bil pertukaran yang kena dibayar atas permintaan terpakai untuk cek sahaja.

Page 2: Cek

2

CEK ADALAH:-

Suatu perintah bertulisPerintah bertulis yang tidak bersyaratDitandatanganiPerintah ditujukan kepada jurubankArahan membayar amaun/nilai yang dinyatakan dalam cekWang itu dibayar kepada-Orang yang dinyatakan dalam perintah- Pembawa

Page 3: Cek

3

CIRI-CIRI CEKPengenalan nama dan cawangan bank yang mengeluarkannyaNombor siri, nombor bank dan cawangannya serta nombor akaun pelangganTandatangan pelanggan/penyuruh bayar (drawer)Tarikh atau tarikh hadapanNama penerima (kecuali cek tunai) atau pembawaNilai Pemalangan.

Page 4: Cek

4

JENIS-JENIS CEK

1. Cek tak bertarikh (undated)- tidak perlu dilayan oleh jurubank.- w/b pun pemegang cek masih boleh mebgisi tarikh yang betul pada cek tersebut – s.20

2. Cek terlewat (overdue)- Cek yang telah diedarkan untuk suatu masa panjang yang tidak munasabah – s.36(3)-Cth: selepas 6 bulan diedarkan.

Page 5: Cek

5

3. Cek lewat tarikh (post dated)- Cek yang diletakkan tarikh yang akan datang- Sebenarnya ia bukanlan suatu cek yang sah kerana ia tidak boleh dibayar apabila dituntut-W/b pun, s.130 membenarkan cek ini. “Suatu bil bukan tak sah atas sebab semata-mata bahawa ia awal tarikh atau tarikh tertunda, atau ia membawa tarikh pada hari Ahad.- Jurubank hanya boleh membuat bayaran apabila sampai tarikh yang dinyatakan dalam cek tersebut.

Page 6: Cek

6

NAMA BANK

Definisi bank – s. 2 akta Bank Islam dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989: seseorang yang menjalankan perniagaan perbankanDefinisi perniagaan perbankan:- perniagaan yang menerima deposit bagi akaun semasa, akaun simpanan atau akaun serupanya;- membayar atau mengutip cek yang dikeluarkan atau dibayar oleh pelanggan.

Page 7: Cek

7

NOMBOR CEK

Angka yang terdapat di bahagian bawah cekNombor individu cek terletak di bahagian bawah sebelah kiri cekDiikuti dengan nombor cawangan bank dan nombor akaun pelangganNombor individu cek berbeza antara satu sama lain untuk elakkan penipuan/pemalsuan.

Page 8: Cek

8

TANDATANGAN

Penyuruh bayar/Pengeluar cek (drawer)Terdiri dari individu, syarikat perkongsian, institusi, koperasi dll.S.3 Akta Penafsiran 1967: tandatangan termasuk membuat sesuatu tanda atau menurunkan suatu cap jari.S.23 ABP: seseorang tidak boleh dikenakan liabiliti atas sesuatu cek yang dikeluarkannya kecuali setelah ditandatangani oleh orang atau badan itu.

Page 9: Cek

9

Samb…

S.96(1) ABP: jika apa-apa suratcara atau secara bertulis adalah dikehendaki untuk ditandatangani oleh mana-mana orang, ia tidak perlu bahawa ia hendaklah menandatanganinya dengan tangannya sendiri, tetapi ia memadai jika tandatangannya bertulis oleh mana-mana orang lain dengan atau dibawah kuasanya.S. 96(2) : Dalam hal perbadanan, ia memadai jika suratcara itu dimeterai dengan meterai perbadanan.

Page 10: Cek

10

Tandatangan Dalam Kapasiti Perwakilan

S.26(1)ABP : Jika orang yang menandatangani bil dan menambah perkataan tandatangannya menunjukkan bahawa dia menandatangani untuk atau bagi pihak prinsipal atau dalam sifat perwakilan, tiada liabiliti atas dirinya; tetapi semata-mata tambahan perkataan dalam tandatangannya memperihalkannya sebagai ejen, atau sebagai memenuhi sifat perwakilan, tidak mengecualikannya daripada liabiliti diri.

Page 11: Cek

11

Tandatangan Palsu

S.24 ABP : Tandatangan palsu atau dibuat tanpa autoriti adalah kesemuanya tidak berkuatkuasa dan tidak ada hak untuk mengekalkan bil atau untuk menguatkuasakan pembayaran baginya terhadap mana-mana pihak…

Page 12: Cek

12

Kes: Tai Hing Cotton Mill lwn. Liu Chong Hin Bank Ltd.

Seorang pekerja plaintif telah memalsukan tandatangan pengarah syarikat plaintif pada beberapa keping cek syarikat. Cek-cek itu dikemukakan kepada bank dan bank membayar mengikut nilai cel itu. Plaintiff mendakwa bank atas alasan kecuaian dan membayar tanpa autoriti.Bank berhujah plaintif ada kewajipan berjaga-jaga bagi menghalang pemalsuan ceknyaMajlis Privy memutuskan bahawa kontrak antara pelanggan (plaintif) dan jurubank tidak mewujudkan kewajipan berhati-hati yang sedemikian di pihak pelanggan.

Page 13: Cek

13

Lord Scarman menyebut…bank menawarkan perkhidmatan iaitu menunaikan cek pelanggan mereka apabila dikeluarkan atas sesuatu akaun yang kredit…Jika membayar cek yang bukan kepunyaan, mereka bertindak di luar mandat dan tidak boleh membela diri bahawa ia dilakukan dengan kuasa yang mewajarkan debit mereka daripada akaun…

Page 14: Cek

14

PEMALANGAN

Amalan memalang sesuatu cek bertujuan memastikan keselamatan cek-cek itu.Tujuan pemalangan di buat adalah untuk memberi arahan bahawa pembayaran hanya boleh dibuat melalui bank tertentu atau dengan cara tertentu sahaja.Penyuruh bayar akan memalang cek tersebut untuk memastikan sekiranya cek tersebut jatuh ke tangan orang lain, adalah sukar untuk orang berkenaan menunaikan cek tersebut.

Page 15: Cek

15

Terdapat dua jenis pemalangan iaitu:-a) pemalangan am/umumb) pemalangan khusus/khas

1) PEMALANGAN AM/UMUMS.76(1) – Cek itu dipalang secara am jika mengandungi palang yang pada dasarnya terdapat:-i) perkataan “dan syarikat” atau apa-apa singkatan antara dua garis selari melintang sama ada dengan atau tanpa perkataan “tidak boleh niaga” atauii) dua garis selari melintang ringkas, sama ada dengan atau tanpa perkataan “tidak boleh niaga”

Page 16: Cek

16

2) PEMALANGAN KHUSUS/KHASS. 76(2) – Cek itu dipalang khas jika cek mengandungi palang yang pada dasarnya suatu tambahan nama jurubank, sama ada dengan atau tanpa perkataan “tidak boleh niaga”S.78 – suatu pemalangan adalah bahagian material cek: tidak sah bagi mana-mana orang untuk memadamnya atau kecuali sebagaimana yang diberi kuasa oleh akta ini, untuk menambah atau mengubah pemalangan itu.

Page 17: Cek

17

Pemalangan Am/Umum

Rumusan:Jika terdapat dua garis selari yang melintang di sebelah kiri cekTerdapat perkataan “dan syarikat atau & sya. di antara dua garis selari, dengan atau tanpa perkataan “tidak boleh niaga” atauTerdapat perkataan “tidak boleh niaga” di antara dua garis selari.

Page 18: Cek

18

Pemalangan Khusus/Khas

Rumusan:Nama jurubank merentangi muka cek iaitu di bahagian atas kiri cekCek dipalang dengan dua garisan selari dengan nama jurubankDengan atau tanpa perkataan “tidak boleh niaga”

Page 19: Cek

19

Pemalangan Akaun Penerima

Tidak diperuntukkan dalam ABP 1949 tetapi ia adalah amalan perbankan dan diterima melalui keputusan mahkamah.Kes Universal Guarantee Pte. Ltd lwn National Bank of Australasia …perkataan “akaun penerima” tidak ditujukan oleh penyuruh bayar kepada bank pembayar tetapi terhadap bank pemungut kepada cek berkenaan untuk menerimanya bagi pihak penerima yang dinamakan.

Page 20: Cek

20

Bank Pemungut- apabila pemegang cek mempersembahkan cek tersebut kepada banknya untuk mengkreditkan jumlah tersebut ke dalam akaunnya, tugas bank tersebut adalah memungut jumlah berkenaan dari bank pembayar. Bank pemegang cek ini dipanggil bank pemungut.Bank Pembayar- apabila pelanggan menulis sekeping cek dari banknya, bank tersebut dikenali sebagai bank pembayar. Tugas bank pembayar adalah membuat pembayaran kepada pihak yang betul berdasarkan mandat yang diberi oleh pelanggan.

Page 21: Cek

Tugas & Perlindungan Bank Pembayar

1. S59(1) Akta Bill Pertukaran(ABP)membayar menurut jumlah mandat penyuruhpembayaran di buat pada atau selepas matanggagal membayar menurut mandate pelanggan boleh dikenakan tindakan kecuaian

21

Page 22: Cek

Samb…2. Bank juga hendaklah mengetahui

tandatangan pelanggangnya dan tidak akan diberi perlindungan jika membayar untuk tandatangan yang palsu.Bank pembayar tidak perlu mengetahui tandatangan2 bukan pelanggannya.S60 APB memberi perlindungan kepada Bank Pembayar sekiranya jurubank membayar cek dengan suci hati dan perjalanan biasa perniagaan.

 

22

Page 23: Cek

Samb….3. Bagi cek berpalang

S 80Perlindungan akan diberikan kepada Bank Pembayar sekiranya cek itu dibuat:Cek yang dipalang secara am atau khas kepada juru bankDengan suci hatiTanpa kecuaian

 

23

Page 24: Cek

Samb…4. Bagi cek yang tidak diendorskan

-S 82 ABP – dengan syarat jurubank

(a) dengan suci hati(b) dalam perjalanan biasa

perniagaan.

24

Page 25: Cek

Tugas & Perlindungan Bank Pemungut

1. bertanggungjawab memungut daripada bank penyuruh untuk dikreditkan kepada akaun pelanggannya. Jika tidak bank pemunggut akan bertanggungan.

- S85 perlindungan akan diberikan dengan syarat:(i) bagi pihak pelanggannya(ii) dengan suci hati(iii) tanpa kecuaian 

25

Page 26: Cek

Kes-kes -

1. Rubber Industry (Replanting Board) lwn Hong Kong and Shanghai Banking Corporation

2. The National City Bank of NY lwn Ho Hong Bank Ltd 

26

Page 27: Cek

27

http://wanbk.page.tlhttp://wanbk.page.tl