Cemerlang Upsr 2014

61
OLEH : HAJI MOHD MUKHTAR NOOR PJK ( GURU CEMERLANG ) .

description

aaaaaa

Transcript of Cemerlang Upsr 2014

  • OLEH :HAJI MOHD MUKHTAR NOOR PJK( GURU CEMERLANG ).

  • SENARAIKAN PERKATAAN YANG MENGELIRUKAN1. mewujudkan : mengwujudkan 2. mengagumkan : mengkagumkan3. menghadkan : mengehadkan4. mempercepatkan : mempercepat5. raksaksa : raksasa6. beterbangan : berterbangan7. mengetepikan : mengenepikan8. atau pun : ataupun9. agama : ugama10. memperoleh : memperolehi11. pengebumian : pengembumian12. berkuatkuasa : berkuat kuasa13. ke - 18 : ke 1814. perlantikan : pelantikan15. pernyataan : penyataan16. otot kejang: kejang otot17. mengembirakan : menggembirakan18. panel : penal 19. atur cara : aturcara20. ko-kurikulum : kokurikulum21. justeru : justeru itu22. pencinta : pecinta23. lagi sekali : sekali lagi24. kereta api : keretapi25. masaalah : masalah 26. anti-dadah : antidadah27. bandaraya : bandar raya28. oleh kerana itu : oleh sebab itu29. perletakan : peletakan30. guru-guru besar : guru besar-guru besar31. kata-kata aluan : kata alu-aluan32. mencangkul : menyangkul33. analisa : analisis34. bergu : beregu35. waswas : was-was36. agung : agong37. pekarangan : perkarangan38. guni : gundi39. gulung : gelung40. kekatu : kelekatu41. manfaat : manafaat42. stesen : stesyen43. Kau ibu ku : kauibuku44. menghadap: mengadap 45. janji temu : temu janji46. pelanggaran : perlanggaran47. war-war : uar-uar48. helo : hello49. merbahaya : berbahaya50. pendalaman : pedalaman

  • UNTUK SEKOLAH KEBANGSAAN

  • KERTAS BAHASA MELAYUBILANGAN KERTAS :2 KERTAS KERTAS 1/011 (UJIAN PEMAHAMAN) KERTAS 2/012 (UJIAN PENULISAN)

  • MENGANDUNGI 40 SOALAN Bahasa : 30 soalan (Bilangan 1 30) Petikan : 10 soalan (Bilangan 31 40)CIRI-CIRI SOALAN BAHASA MELAYU : KERTAS 1 MASA DIPERUNTUKAN : 50 minit GRAFIK : 50% 3 PILIHAN JAWAPAN (A,B, dan C) 4 PILIHAN JAWAPAN (A,B,C dan D) 1 MARKAH UNTUK 1 SOALAN HITAMKAN KERTAS OMR DENGAN PENSEL 2B KANDUNGAN KERTAS OMR IALAH A,B,C DAN D TANDA BACAAN TIDAK DIJELMAKAN MENGUJI PENGGUNAAN (BUKAN FUNGSI/JENIS)

  • Penggunaan di dan ke di / keKATA KERJAARAHTEMPAT

    di utaradi sanadi ataske luarke bawahke tengah

    di Jepundi Kedahdi sekolahke kedaike kantinke hutan

    ditulisdibuatdigunadipetikdisiramdisepak

  • Padawaktumasatahunbulanminggualaf

    malamsiangpagipetang

    MASA/WAKTUsaatminitjamhari

  • KATA SENDI NAMAketempatwaktumanusiamasahaiwanarahbolehtidak

  • kepada institusi haiwan manusia pecahan- Mohamad- kakak- cikgu

    - Lembu- Kucing- Ayam

    - per lima- tiga per empat- separuh bulatan

    - MADA- UPM- JPN

  • dengan menggunakan (memakai) bersama-sama(berserta) perbandingan

  • 3. a) Saya belajar demi untuk masa depan. b) Saya belajar demi masa depan. c) Saya belajar untuk masa depan.1. a) Ani melukis dengan menggunakan cat merah. b) Ani melukis dengan cat merah. C) Ani melukis menggunakan cat merah.

    2. a) Ayah ke pasar bersama-sama dengan ibu. b) Ayah ke pasar bersama-sama ibu. c) Ayah ke pasar dengan ibu.salahsalahsalahbetulbetulbetulbetulbetulbetulAYAT CONTOH :

  • AYAT LEWAHbetul a) Rumah itu amat cantik sekali. Rumah itu amat cantik. Rumah itu cantik sekali. Rumah itu cantik amat. b) Sungai itu sangat dalam sekali. Sungai itu sangat dalam. Sungai itu dalam sekali.betulbetulbetulAYAT CONTOH : Sungai itu tersangat dalam.betul Rumah itu teramat cantik. Rumah itu teramat cantik sekali. Sungai itu tersangat dalam sekali.salahbetulbetulbetulbetulsalah* Hanya kata penguat : amat, sungguh, sangat hadir sekali gus dengan sekali

  • PENGGUNAAN IMBUHAN1. Ayah menghadiah basikal kepada adik.kan AYAT CONTOH : Ayah menghadiah adik sebuah basikal.i 2. Abang mengirim kakak sepucuk surat.i Abang mengirim sepucuk surat kepada kakak.kan 3. Mahkamah menjatuh Abu dua tahun penjara.i Mahkamah menjatuh hukuman dua tahun penjara kepada Abu.kan

  • KESALAHAN-KESALAHAN LAIN.Setengah murid tidur lewat.(salah)Setengah-setengah murid tidur lewat.(betul)Sesetengah murid tidur lewat.(betul)Di dalam kejohanan itu Ali mendapat ...(salah)Dalam kejohanan itu Ali mendapat ...(betul)Di antara barangan yang dijual ialah...(salah)Antara barangan yang dijual ialah...(betul) Semoga di atas kehadiran tuan majlis ini...(salah) Buku itu terletak di atas meja guru.(betul)

  • JENIS SOALAN PERANGKAPA. papanB. longgok

    C. ikatD. tandan

    Cikat2. Emak memasukkan se________ garam ke dalam kawah gulai. A. bukuB. genggam

    C. cubitD. mangkuk

    Bgenggam1. Pak Mat menjual se___ petai di pasar malam.

  • BTEKNIK PERANGKAP SOALAN ANEKA PILIHAN3. IAgenda terakhir ialah lain-lain hal.IIKakak mendapat biasiswa daripada Bank Islam.IIIAdik menerima surat dari abang.IVKami berjuang demi negara tercinta. AI dan III sahaja.BII dan IV sahaja.C I, II dan III sahaja.DI, II, III dan IV.

  • B 4. IPokok itu luntur kerana tidak mendapat air. IIAir sungai itu luntur selepas hujan turun. IIIIngatan kepada keluarganya tidak luntur walaupun berjauhan. IVWarna kain itu luntur setelah dibasuh. AI dan II sahaja.BIII dan IV sahaja.C I, II dan III sahaja.DII, III dan IV sahaja.

  • 6. Kapak itu tajam kerana baru sahaja diasah oleh ayah.AYAT SAMA MAKSUD A. Ayah baru sahaja mengasah kapak yang tajam itu.B. Kapak yang baru diasah oleh ayah itu menjadi tajam.C. Kapak baru yang tajam itu telah diasah oleh ayah.D. Ayah mengasah kapak baru itu sehingga tajam.B

  • MENGANDUNGI 3 BAHAGIAN BAHAGIAN A :

    Grafik

    Gambar (bersiri/tunggal) Peta Data Pelan Graf

    Markah : 10 markah

    Masa : 15 minit

    Persoalan : Tulis 5 ayat lengkapCIRI-CIRI SOALAN BAHASA MELAYU : KERTAS 2

  • Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah

  • Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah

  • Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah

  • Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah

  • PESANAN 1. Perhatikan bahan grafik yang disediakan dengan teliti. Situasi Pendukung Watak Aktiviti - Peristiwa / perlakuan2. Pilih perkataan yang sesuai dengan grafik berpandukan maklumat di atas.3. Bina ayat dengan perkataan yang dipilih. Gunakan kata hubung, penjodoh bilangan dan imbuhan yang sesuai. 4. Pastikan ejaan dan tanda baca digunakan dengan betul.5. Pastikan ayat yang ditulis berkaitan dengan tema. 6. Sebaik-baiknya, ragamkan antara ayat dengan ayat yang lain. 7. Ayat yang dibina hendaklah berbentuk ayat tersurat.

  • PENJUAL SATETEMA :ASAPPISAUKETUPATTONG SAMPAHKIPAS

  • JAWAPAN CONTOHApabila Pak Mat mengipas-ngipas satenya, kelihatan asap berkepul-kepul naik ke udara.

    Peralatan yang digunakan oleh Pak Mat ialah pisau, kipas, dapur pembakar sate dan lain-lain lagi.Pak Mat juga menjual ketupat nasi sebagai pelengkap jualan satenya.

    Tong sampah disediakan untuk mengisi sisa-sisa sate dan lidi pencucuk sate.

    5. Kipas digunakan untuk menyalakan bara api supaya sate Pak Mat cepat masak.

  • JAWAPAN CONTOHAsap yang berkepul-kepul di udara boleh mencemarkan alam sekitar.

    Pak Mat menggunakan tuala untuk mengelap peluhnya.Hasil pendapatan daripada penjualan sate dapat menyara hidup Pak Mat sekeluarga.

    Setiap hari minggu, Pak Mat menjual sate di kaki lima kedai.

    5. Sate yang dijual Pak Mat amat sedap.

  • Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawahMenunggu basdudukMendukung anakTong sampahconteng

  • JAWAPAN CONTOH1. Ramai orang sedang menunggu bas di perhentian bas. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan sedang duduk di atas bangku yang disediakan.3. Seorang wanita sedang mendukung anak kecilnya manakala seorang lagi anaknya berada di sisi wanita itu. Kelihatan sampah-sarap bertaburan di perhentian bas tersebut walaupun tong sampah disediakan.5. Terdapat contengan yang mencacatkan pandangan di beberapa bahagian perhentian bas tersebut.

  • Kesilapan yang dilakukan Kita tidak sepatutnya menconteng di tempat awam seperti perhentian bas. Kita tidak sepatutnya membuang sampah di merata-rata tempat nanti udaranya akan tercemar.3. Kita sepatutnya memberikan tempat duduk kepada orang yang lebih memerlukannya. Kita juga sebagai seorang perempuan patut menutup aurat kita seperti rambut, pakaian dan lain-lain lagi. Kita juga tidak boleh bersikap mata keranjang terhadap wanita.

  • Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawahpergi ke lautguna jaringsampanIkan dijualpembeli

  • Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawahmandisabunBersarapanHidangan di atas mejaMenunggu bas

  • Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah

  • BAHAGIAN B :

    Soalan Karangan

    karangan berformat karangan tidak berformat

    Markah : 30 markah

    Masa : 40 minit

    Jumlah perkataan : tidak kurang 80 perkataan.CIRI-CIRI SOALAN BAHASA MELAYU : KERTAS 2

  • Contoh soalan : Bahagian B [ Masa: 40 minit ] [ 30 markah ]

    Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

    1. Tulis sebuah karangan tentang cara-cara menjaga kebersihan sekolah kamu. ATAU2. Sekolah kamu baru sahaja mengadakan sambutan Hari Guru. Sebagai ketua pengarang majalah tersebut, kamu telah ditugaskan untuk menulis laporan tentang aktiviti-aktiviti pada hari tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya. ATAU3. Kata-kata dorongan daripada ibu bapa membangkitkan semangatku untuk menghadapi peperiksaan itu. Aku (Lengkapkan cerita kamu bermula dengan Aku )

    BAHASA MELAYU : KERTAS 2

  • 1. Aku menyesal ! Aku tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi ! Kata Harun dalam hatinya. Tiba-tiba fikirannya melayang teringatkan akan peristiwa yang menyebabkan dia terlantar di hospital dengan kedua-dua belah kakinya berbalut dengan simen.

    Hari itu cuaca mendung sahaja. Harun bersama-sama dengan rakan-rakannya 2.Aku mengayuh basikal sambil memerhati tingkah laku beberapa orang budak sedang bermain bola di padang. Tiba-tiba pandanganku tertarik kepada seorang budak kecil sedang berlari mengejar bola. Kakinya tempang. Ini membuat aku teringat peristiwa dua tahun lalu.

    Ketika itu aku baru pulang dari sekolah. Tiba-tiba

  • 3.Suasana malam semakin sunyi. Bunyi cengkerik bersahutan dan keadaan sekeliling semakin gelap. Di langit, bulan sesekali dilindungi awan. Tiba-tiba sebuah kereta putih berhenti di hadapan sebuah banglo.

    4.Jam di dinding menunjukkan hampir 4.30 petang. Sementara menunggu ketibaan solat Asar, aku mencapai secebis akhbar Berita Harian. Aku tertarik pada sebuah berita kemalangan jalan raya

    5.Sudah tiga hari hujan turun tidak berhenti-henti. Semua penghuni Kampung Permai tinggal di dalam rumah sahaja. Di luar hujan masih mencurah-curah turun.

    6.Hingga pada saat ini ibu masih belum sedar lagi. Ibu jatuh sakit disebabkan oleh keracunan. Aku yakin ini adalah berpunca ...

  • AUTOBIOGRAFIAku Sebiji Bola

    Aku dilahirkan di sebuah negara Matahari Terbit, iaitu Jepun. Badanku diperbuat daripada komponen getah, benang, kulit, dan kertas. Warna badanku hitam bertompok-tompok putih. Makanan kegemaranku ialah udara. Aku diberi nama Adidas.

    Setelah siap diproses, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak lalu dibawa ke sebuah pelabuhan untuk dieksport. Dari situ, aku bersama-sama beberapa orang kawan, dibawa ke sebuah kapal. Tidak lama kemudian kami pun belayar. Dalam masa pelayaran, nasib kami kurang baik kerana kapal yang kami tumpangi dilambung ombak besar. Aku berasa pening-pening lalu muntah-muntah. Aku tidak sedar diri entah berapa hari. Apabila aku sedar, aku sudah berada di sebuah kedai peralatan sukan di Malaysia.

    Suatu hari, aku lihat sebuah motosikal Jaguh yang ditunggangi oleh seorang remaja berhenti di hadapan kedai tuanku. Remaja tadi turun dari motosikalnya lalu menuju ke arahku. Aku dipicit-picit. Aku begitu geli sekali. Hari itu merupakan hari terakhir aku bersama-sama kawanku. Rupa-rupanya aku telah dilamar lalu dibawa pulang oleh remaja tadi. Walau bagaimanapun , aku berasa gembira kerana dapat berkhidmat kepada manusia.

    Seperti biasa, aku dibawa ke padang untuk latihan. Banyak remaja menendang-nendang aku. Lama kelamaan badanku mulai sakit.

    Suatu hari, seorang remaja yang berbadan gempal telah menendang aku. Tendangannya kuat amat. Aku melayang tinggi di udara dan jatuh di atas pagar berduri. Perutku bocor. Kini, tinggallah aku seorang diri tanpa dipedulikan oleh sesiapa.

  • KEMALANGAN JALAN RAYAPUNCA-PUNCACARA MENGATASIKESAN-KESANPENGALAMAN

    1. Alat keselamatan tidak lengkap.2. Memandu dengan tidak selesa.3. Tidak mematuhi undang-undang.

    1. Pastikan alat keselamatan selamat.2. Memandu dalam suasana selesa.3. Mematuhi undang- undang jalanraya.

    1. Kerosakan harta benda - membazir.2. Kematian / kecederaan.3. Kesesakan.

    1. Ceritakan pengalaman anda tentang kemalangan yang pernah anda alami/saksi/lihat.

  • 1. Kemalangan jalan raya sering berlaku di mana-mana sahaja.Tuliskan apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan tersebut ?2. Kemalangan jalan raya sering berlaku di mana-mana sahaja. Tuliskanbagaimana cara-cara mengatasi kemalangan tersebut ?3. Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar ke beberapa tempat di Malaysia. Nyatakan faedah-faedah yang diperolehdaripada lawatan tersebut ?4. Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar ke beberapa tempat di Malaysia. Ceritakan pengalaman-pengalaman yang kamu peroleh semasa lawatan tersebut ?

    5. Kamu baru pulang dari rumah bapa saudara kamu kerana menghadiri majlis perkahwinan. Sesampai sahaja di rumah, kamu terlihat dua lembaga manusia sedang mengopak pintu rumah jiran kamu. Apakah tindakan-tindakan kamu?

  • CONTOH ISI YANG LENGKAP( Isi , huraian , dan contoh )

    Melawat Alor Star

    Kami melawat ke Pekan Rabu. Pekan Rabu terletak di tengah-tengah bandar Alor Star. Pekan Rabu merupakan pusat tempat orang-orang Melayu berniaga. Barang-barang yang diniagakan di situ ialah pakaian, makanan, barang-barang kraftangan dan sebagainya.

    Kami juga berkesempatan melawat muzium negeri. Muzium merupakan tempat menyimpan khazanah-khazanah lama. Antara khazanah-khazanah yang dipamerkan ialah alat senjata tradisional, peralatan pertanian tradisional, replika-replika, dan lain-lain.

  • SKEMA PENULISANSkop item Persekitaran murid : Sukan tahunan Hari ucapan Berlaku di persekitaran sekolah : Faedah menabung Sekolah baru Persekitaran masyarakat : Hari perayaan Kemalangan jalan raya

  • Objektif item Karangan berfomat : Laporan Dialog Karangan mengikut tajuk : Penggunaan masa lapang Menghormati orang-orang tua Surat kiriman ( Rasmi / Tidak Rasmi ) : Kepada sahabat / ibubapa Aduan / Memohon cuti

  • Bentuk item penulisan Situasi biasa : Situasi baru : Situasi cereka : Hari guru ( Soalan UPSR 1999 ) Laporan kuiz matematik ( Soalan UPSR 2000 ) Cara menjaga kebersihan ( Soalan UPSR 1998 ) Faedah membaca ( Soalan UPSR 1998 ) Lewat ke sekolah ( Soalan UPSR 1997 ) Terdengar jeritan-Nyatakan tindakan (soalan UPSR 2000 )

  • Strategi Menghadapi UPSR(Penulisan)SEBELUM MENULISSEMASAMENULISSELEPAS MENULISFahami TajukPilih Tajuk Yang Sesuai.Sediakan Kerangka IsiSatu isi satu perengganPendahuluan berkaitan tajukPastikan ada Penutup Gunakan penanda wacanaBaiki tulisan yang tidak jelasSemak(struktur ayat)Pastikan isitidak tertinggalIsi-isi(huraian/contoh)Cari isi-isi pentingSemakImbuhan/ejaan dllSerahkanKepada pengawas

  • BAHAGIAN C :

    Membuat ulasan

    pengajaran nilai murni amalan baik faedah-faedah

    Markah : 20 markah

    Masa : 20 minit

    Jumlah perkataan : tidak kurang 50 perkataan.

    Petikan : sastera/bukan sasteraCIRI-CIRI SOALAN BAHASA MELAYU : KERTAS 2

  • Contoh 1 : Bahagian C [ Masa : 20 minit ] [ 20 markah ]

    Tulis perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh murid daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

    Murid harus sedar bahawa tugas untuk menuntut ilmu amat memerlukankesungguhan. Kita perlu memberi perhatian semasa guru mengajar. Dengan itu, kita akan mudah memahami dan mengingati pelajaran yang diajar. Semua latihan yang diberi oleh guru perlulah disiapkan kerana ini merupakan ulang kaji pembelajaran. Kita juga perlu membuat latihan tambahan untuk mengukuhkan kefahaman kita. Sekiranya menghadapi masalah, bertanyalah kepada guru ataurakan-rakan yang lebih mahir daripada kita. Di samping itu, kita perlumendisiplinkan diri dengan belajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

  • Cadangan jawapan :Bahagian C :

    Sebagai murid, kita perlu belajar bersungguh-sungguh dengan memberikan tumpuan ketika guru mengajar. Kita perlu membuat latihan tambahan dan menyiapkan kerja di rumah. Selain itu, kita perlu mendisiplinkan diri belajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Jika kurang faham akan sesuatu pelajaran, bertanyalah kepada guru. Demikianlah perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh murid.

  • Setelah puas mencari, akhirnya Azman menemui Jalur Gemilangnya. Dia mencuci bendera bendera itu. Setelah kering, diseterikanya pula. Dia melakukan sebaik mungkin kerana tidak mahu benderanya terbakar atau jarinya melecur. Sebelum pergi ke kelas tambahan, dia sempat mencium bau sabun pada bendera itu lalu meletakkannya di atas almari. Apabila pulang, dia ternampak adiknya memakai Jalur Gemilang ala Superman. Marahnya terpadam apabila melihat telatah lucu adik bongsunya itu. Azman meminta kebenaran ibunya untuk menggunakan wang tabungnya bagi membeli Jalur Gemilang yang baharu. Ibu melarangnya sambil tersenyum lalu menghulurkan RM10.00 kepada Azman.Kenal pasti beberapa nilai murni/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah.Berdasarkan petikan di atas, bulatkan nilai murni/amalan baik yang terdapat dalam petikan. rajinberterima kasih bersyukur bersabar bekerjasama berhati-hatimenghormatimenghargai masa berjimat-cermat berdikari semangat patriotik

  • Terdapat banyak nilai murni dalam petikan tadi. Antaranya ialah .. Kita haruslah .. ..Selain itu,. .Ini kerana .. ... Dalam melaksanakan sesuatu tindakan, ....Sikap seperti ini selalunya ......Sebagai seorang pelajar ....amat penting jika sekiranya kita hendak berjaya di masa hadapan.Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan adalah ______________________.(Huraian / Contoh) ____________________________________________________.Seterusnya, terdapat nilai murni _____________________. (Huraian / Contoh) ____.____________________________________________________________________.Di samping itu, terdapat nilai murni __________________. (Huraian / Contoh) ____.____________________________________________________________________.Selain itu, terdapat nilai murni ______________________. (Huraian / Contoh) ____.____________________________________________________________________.Akhirnya, kita (hendaklah / mestilah / perlulah) __________________________________________________________________________________________________.Kita janganlah ________________________________________________________.Semangat patriotik, berjimat cermat, bersabar dan lain-lain lagi mempunyai semangat patriotik bagi menunjukkan ketaatan kita kepada negara yang tercinta kita perlu mengamal sikap berjimat-cermat dapat membantu kita dalam masa kesempitan hiduptidak akan menyesal di kemudian hari seharusnya kita bersabar dan berhati-hati.sikap rajin dan tahu menghargai masa

  • 9 - 106 - 84 - 50 - 3

  • 26 - 30 21 - 2511 - 200 - 10

  • 16 - 20 11 - 156 - 100 - 5

  • *****