Ceramah 22 - Larangan Rasuah Dan Monopoli Final

Click here to load reader

  • date post

    20-Oct-2015
  • Category

    Documents

  • view

    35
  • download

    2

Embed Size (px)

description

140224 Larangan Rasuah Dan Monopoli Final

Transcript of Ceramah 22 - Larangan Rasuah Dan Monopoli Final

  • CERAMAH KEWANGAN

    ISLAM

    Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor

    Topik 22 : Larangan Rasuah & Monopoli

    Surau Mercu UEM KL Sentral, Kuala Lumpur

    24 Rabiul Akhir 1435

    24 Februari 2014

  • Topik Perbincangan Hari Ini 2

    Apa itu rezeki?

    Larangan rasuah

    Larangan monopoli

    Kesan rasuah & monopoli

  • Apa Itu Rezeki? 3

    Rezeki ialah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal atau haram, samada baik atau buruk

    Rezeki yang kita gunakan akan habis, sedangkan rezeki yang disedekahkan akan kekal sebagai pahala di akhirat dan akan diganti berkali-kali ganda oleh Allah ketika di dunia

    Rezeki terbahagi kepada dua bentuk:

    Material Rumah, kereta, duit, saham, udara, air, tanah, makanan,

    minuman, pakaian, kenderaan

    Bukan Material Kesihatan, ilmu,

    keimanan, taqwa, penglihatan,

    pendengaran, anak yang soleh

  • Apa Itu Rezeki? 4

    Milik kita belum tentu rezeki kita jika tidak memberi manfaat

    Allah memberi rezeki kepada semua makhluk seperti tumbuhan, haiwan, jin dan manusia samada beriman ataupun kafir

    Sebab rasulullah s.a.w. bersabda: Seandainya dunia ini di sisi Allah punya nilai setara dengan sebelah sayap nyamuk niscaya Allah tidak akan memberi minum seorang kafir seteguk air pun (Riwayat At-Tirmidzi)

    Manusia sekadar berusaha, sedangkan Allah telah yang mengatur rezeki setiap hambanya

    Oleh kerana rezeki terdiri daripada perkara yang halal dan haram, syaitan cuba menyesatkan manusia untuk mengambil yang haram seperti melelapkan duit syarikat, mencuri, menipu dan rasuah sebagainya

  • Pasaran Bebas & Adil 5

    Islam itu adalah cara menjalani kehidupan di atas bumi ini

    Islam itu adil dalam semua bidang/urusan dan menghendaki pasaran yang bebas lagi adil

    Bebas dalam ertikata persaingan yang bebas dan tiada sekatan (kecuali bila perlu)

    Adil dalam ertikata harga, untung, peluang yang adil dan menghormati hak dan harta

    Monopoli dan rasuah adalah gangguan pasaran, menjadikan pasaran tidak bebas dan tidak adil dan mendatangkan mudarat atau mafsadah kepada masyarakat maka dilarang Islam

  • Definasi Rasuah

    Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab iaitu al-risywah, rashwah atau rushwah, yang bermaksud penyambung yang dapat menghantarkan tujuan dengan harta sogokan

    Definisi ini diambil dari asal kata rasuah iaitu ar-rasya yang bererti tali timba yang dipergunakan untuk mengambil air dari perigi

    Dalam kitab Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwitiyyah ditakrifkan:

    6

    Apa yang diberikan dengan tujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan

    Rasuah dalam bentuk harta (seperti wang atau harta fizikal) atau manfaat

  • Dalil Larangan Rasuah 7

    Thawban berkata Rasulullah s.a.w. mengutuk orang yang menawarkan rasuah, orang yang menerimanya, dan orang yang menyusunnya. (Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

    Nabi s.a.w. bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata : Ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda: Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah) (Al-Bukhari & Muslim )

  • Jenis-Jenis Rasuah 8

    Hadiah wang atau manfaat lain kepada pegawai boleh dikira sebagai pengkhianatan (tidak halal) dalam keadaan berikut :

    Diberikan kepada hakim khas memastikannya menang dalam kes mahkamahnya yang ia sepatutnya kalah. Samada dibuat untuk menyelamatkan diri atau menyalahkan seseorang yang tidak bersalah

    Diberikan kepada pegawai berkuasa bagi melepaskan diri dalam hal ketika di dapati bersalah

    Diberikan kepada pegawai berkuasa (samada diletakkan atas nama komisyen atau hadiah) bagi mendapatkan tender kontrak untuknya. Haram ke atas si pemberi dan si penerima

    Diberikan kepada pegawai berkuasa untuk mempercepatkan urusannya dan menangguhkan urusan orang lain yang sepatutnya mendapat giliran lebih awal

    Menggunakan kuasanya (yang diberikan oleh syarikat) untuk memberikan sesuatu kontrak/tender kepada orang tertentu dengan syarat upah khas atau dinamakan komisyen diberikan kepadanya oleh pembida

  • Pengecualian Memberi Rasuah 9

    Dr. Syeikh Yusof Al-Qaradawi berkata terdapat pengecualian seperti Barangsiapa yang kehilangan haknya, namun tidak mungkin mendapatkannya kembali kecuali dengan jalan menyogok, atau akan berlaku kezaliman ke atasnya kecuali terpaksa memberi suapan wang, walaupun demikian, adalah lebih utama untuknya bersabar, jika tiada pilihan kecuali dengan menyogok wang, ketika itu yang berdosa adalah penerima sogokkan sahaja (Naylul Awtar, 8/622 ; Al-Halal Wal Haram Fil Islam, hlm 301) Keadaan di atas berdasarkan hadith Riwayat Abu Yala dan Ahmad. Contohnya:

    Melepaskan diri dari penculikan

    Melepaskan diri dari perkosaan

    Melepaskan diri sebab dipenjara pemerintah

    zalim

  • RASUAH HADIAH Rasuah bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain

    Hadiah adalah pemberian ikhlas atas sebab suka atau sayang dan memuliakan penerima

    Pemberi rasuah mengharapkan sesuatu balasan yang dia tidak dapat memperolehinya tanpa sogokan tersebut

    Pemberi hadiah tidak mengharap sebarang tuntutan atau ganjaran balas yang disyaratkan, melainkan balasan Allah

    Rasuah merupakan pemberian bersyarat, menyebabkan ada pihak lain yang dizalimi haknya

    Hadiah bukan pemberian bersyarat dan tidak menyebabkan kezaliman kepada pihak lain

    Perbezaan Antara Rasuah & Hadiah 10

  • Kesan Rasuah Pada Pasaran & Rakyat 11

    Harga Baru = Harga Asal +

    Kos Tambahan

    Kos Tambahan

    Boros Kos Meningkat & Servis, Kualiti Menurun

    Rasuah

    Servis buruk

    Rezeki haram

    RAKYAT

    Orang lain berasuah, semuanya rakyat yang kena!

  • Pengertian Monopoli 12

    Monopoli atau ihtikar datang dari perkataan hakr, yang bermaksud mengumpul dan mengawal barang-barang

    Ihtikar digunakan oleh ulama perundangan Islam untuk menegaskan keistimewaan sesuatu penjual untuk mengumpul dan mengawal barang dalam usaha menaikkan harga

    Dalam erti kata lain, proses memonopoli produk atau ihtikar menyebabkan kenaikan harga

    Oligopoli adalah satu bentuk pasaran atau industri yang dikuasai oleh sebilangan kecil penjual (oligopolis)

    Oligopoli bertindak serupa monopoli

    Pendek kata, apabila harga dinaikkan atau diturunkan oleh sesuatu atau kumpulan syarikat, akan terus dirasai oleh masyarakat secara langsung, maka itulah tanda adanya monopoli atau oligopli

  • Dalil Melarang Monopoli 13

    Dari Mamar Bin Abdullah r.a., dari Rasulullah s.a.w., beliau bersabda: Tidaklah orang yang menimbun barang (monopoli) kecuali orang yang bersalah(HR Muslim)

    Dari Abdullah bin Thawus dari ayahnya Ibnu Abbas r.a. ia berkata telah bersabda Rasulullah SAW: Janganlah kamu mencegat kafilah-kafilah dan janganlah orang-orang kota menjual buat orang desa. saya bertanya kepada Ibnu abbas, Apa arti sabdanya.? Janganlah kamu mencegat kafilah-kafilah dan jangan orang-orang menjadi perantara baginya.(H.R Bukhari kitab al-buyu no 2013)

  • Monopoli Yang DiLarang 14

    Dari kitab Muwatta Malik, Jami Al-Fiqh Al-Islami , bab Al-Ihtikaar, ada dua kriteria untuk "monopoli diharamkan" yang dipersetujui oleh ijmak ulama:

    Produk yang terlibat mestilah menjadi satu keperluan (bekalan makanan atau servis, pandangan majoriti), atau satu kemudahan yang utama (dalam pandangan minoriti)

    Tindakan monopoli mesti meletakkan orang ramai dalam keadaan yang sempit/mudarat, yang mana ulama maksudkan peningkatan yang ketara dalam harga. Atau dalam istilah moden, peningkatan dalam kos sara hidup untuk rakyat biasa, yang dalam bajet bahagian makanan dan kemudahan utama adalah tinggi. Situasi sempit juga boleh termasuk kekurangan produk yang berkenaan

    Abu Yousef, ulama besar Imam Hanafi, berpendapat bahawa semua jenis monopoli adalah dilarang, selagi mereka membahayakan rakyat

  • Larangan Monopoli Untuk Barangan Asas 15

    Apa barangan dan servis asas? Barangan asas ialah makanan atau barangan harian penduduk setempat dan servis asas adalah servis yang digunakan setiap hari dan kenaikan harga menyebabkan penambahan bebanan

    Barangan asas adalah makanan ruji sesuatu tempat seperti beras, gandum, keju, roti, susu, gula, garam, cili, bawang minyak masak, petrol dan sebagainya

    Servis asas ialah seperti bekalan elektrik, telefon, pendidikan, pembiayaan, pengangkutan dan jalanraya awam

  • Sikap Pemonopoli 16

    Untung berlipat-ganda

    Tidak efisien

    Tamak haloba

    Tidak sensitif Tak boleh

    dipercayai Boros

    Terjebak Rasuah

    Naik harga sesuka hati

  • Apabila Pasaran Bebas 17

    Efisien

    Pemurah

    Sensitif Rajin

    Innovatif

    Juara Masyarakat

    Harga berpatutan

    Untung berpatutan

    LWN

    LWN

    Contoh:

    LWN

  • 18

  • Sampaikan Kepada Yang Tidak Hadir 19

    Rasulullah s.a.w. bersabda: Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat (Al-Bukhari 3/1275 no 3274)

  • Terima Kasih

    20