Ceramah 24 - Ulangkaji Larangan Gharar Dan Maisir

25
CERAMAH KEWANGAN ISLAM Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor @ Ustaz Lariba Surau Al-Abrar Deai Ala!" Shah Ala! # S$aaba %&'( )' Mei )*%# +o,i )&. Ula/ a0i Lara/a Gharar 1 Maisir

description

Gharar (ketidak-tentuan) dan Maysir (judi) dalam perniagaan

Transcript of Ceramah 24 - Ulangkaji Larangan Gharar Dan Maisir

Ceramah kewangan islam

CERAMAH KEWANGAN islamUstaz Abdul Aziz Mohd Nor @ Ustaz LaribaSurau Al-AbrarDenai Alam, Shah Alam5 Syaaban 143623 Mei 2015

Topik 24: Ulangkaji Larangan Gharar & Maisir1Tiga Komponen Ajaran Islam2Ada tiga (3) komponen utama yang merupakan asas ajaran Islam:AQIDAH Berkenaan semua bentuk keimanan dan kepercayaan seorang Muslim pada Allah s.w.t. dan kekuasaanNya, dari asas iman mengenai kewujudanNya sehingga kepada semua suruhanNya (ahkam) SHARIAH Merangkumi semua aspek kehidupan Berkenaan semua bentuk perbuatan fizikal sebagai bukti beriman, dikenali sebagai undang-undang IslamAKHLAK Merangkumi kelakuan, tingkah-laku, etika dan moral dalam semua kelakuan berdasarkan ajaran Islam Adalah wajib ketiga-tiga komponen di atas dipratikkan oleh setiap Muslim Komponen Ajaran Islam3AS SIASAH (Aktiviti Politik)JINAYAT (Undang2 Jenayah)AL IKTISAD(Aktiviti Ekonomi)JIHAD(Pengorbanan) ALMUNAKAHAT(Undang2 Keluarga) Ekonomi Makro Perdagangan & Industri Sosio EkonomiMUAMALAT AMMAH Hubungan Sesama ManusiaIBADAT Hubungan Manusia Dgn AllahISLAMAQIDAH(Iman/Kepercayaan kepada Allah)SHARIAH(Undang-Undang Islam)AKHLAQ(Moral dan Etika)3Komponen Ajaran Islam4

Aqidah/Iman (akar umbi)Ibadah wajib(batang pokok)Ibadah Sunat (ranting & daun)Akhlaq(buah)Prinsip Asas Muamalat5Keharusan sebagai Peraturan Am: Status semua perkara adalah harus sehingga ada nas atau dalil yang melarangnya.Termetrai Kontrak adalah dengan Kerelaan Bersama: Kerelaan bersama bermakna bahawa kontrak yang dibuat oleh pihak-pihak terbabit adalah bebas dari sebarang unsur-unsur paksaan, penipuan, atau cara haram yang lain.Pematuhan Kontrak dengan Maqasid al Syariah: Urus niaga atau kontrak yang dibuat oleh individu hendaklah mengikut maqasid al syariah yang melindungi agama, nyawa, harta, akal dan keturunanPrinsip Asas Muamalat6Prinsip Pengedaran Kekayaan Yang Luas: Kekayaan dan harta harus diedarkan di kalangan orang ramai dan dipindahkan secara aktif dari satu tangan ke tangan lain dalam bentuk perbelanjaan dan pelaburan.Prinsip Ketelusan dalam Dalam Perdagangan: Semua transaksi kewangan mesti dilakukan dalam cara yang semua pihak jelas mengenai semua fakta penting termasuk terma-terma dan syarat-syarat urusan mereka.Prinsip Keadilan: Keadilan adalah prinsip umum syariah yang perlu diambil perhatian dalam semua urus niaga dan kontrak dalam Islam.Pengedaran kekayaan yang luas monopoli contohnya6Masyarakat Mengikut Pemimpin7Imam Ibnu Kathir ketika menulis tentang Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik mengatakan Adalah minat Al-Walid ini dalam pembinaan, maka rakyatnya ketika itu apabila bertemu satu sama lain akan saling bertanya, berapa banyak sudah kamu miliki binaan? Apa yang sedang kamu bina sekarang?

Manakala saudaranya Sulaiman bin Abdul Malik pula suka kepada perempuan, maka rakyatnya pula apabila bertemu satu sama lain akan saling bertanya tentang berapa ramai sudah kamu beristeri? Berapa banyak sudah memiliki hamba, dan seumpamanya

Kerana itu lahir kata-kata:

Sesungguhnya manusia itu di atas agama (mengikut) pemimpinnya. (Al-Bidayah wa an-Nihayah, 165/9)Masyarakat Mengikut Pemimpin8Pada zaman Umar bin Abdul Aziz pula, khalifah sangat suka ibadat seperti solat, membaca Al-Quran dan lain-lain ibadat. Maka rakyatnya pula apabila bertemu satu sama lain akan saling bertanya tentang ibadat, berapa banyak kamu solat semalam? Berapa banyak kamu membaca Al-Quran setiap hari.

Insurans Oleh Majikan9Soalan: Bolehkah kita menerima manfaat dari insurans kovensional yang dibeli oleh majikan kita?Jawapan: Insurans konvensional adalah haram di sisi syarak sebab mengandungi ketiga-tiga elemen yang diharamkan iaitu riba, gharar (ketidak-tentuan) dan maisir (judi). Oleh itu adalah haram juga pada sesiapa yang melanggannya, yakni menjadi ahlinya dengan membayar premium, ataupun memasarkannya, yakni dengan menjadi agen ataupun syarikat yang menjualnya.Maka yang pasti berdosa ialah majikan yang melanggan insurans tersebut iaitu berdosa sebab hukmi (perbuatan)

Insurans Oleh Majikan10Selalunya apabila majikan membeli insurans, benefisiarinya ialah majikan kita. Maka apabila terjadi masalah kesihatan atau kecelakaan kepada kita maka, pampasan akan dibayar kepada majikan kita dahulu dan, atas budi-bicara majikan, kita akan mendapat sebahagian atau kesemua pampasan ituMaka apabila manfaat itu diberikan kepada kita, hukum haram itu bertukar kepada harus kerana hukum haram sebab hukmi tidak berpindah kepada orang lain Walaubagaimana pun, kita disarankan supaya memilih majikan yang melanggan insurans takaful. Tetapi jika sudah cuba sedaya-upaya masih mendapat majikan yang langgan insurans konvensional, hendaklah kita tidak redha dan terus menasihati majikan kita supaya melanggan insurans takaful yang harus.

Asas-Asas Akad Dalam Islam11Keperluan untuk akad (kontrak) yang sempurna:Ijab & qabul syarat-syarat kontrakPihak terlibat kapasiti memeterai kontrakBarang jualan (subject matter) spesifikasi barangHarga jelas dan tidak berubahKesemua keperluan mesti dilaksanakan dengan jelas yang diharuskan Islam

Kehadiran gharar dan maisir melanggar keperluan-keperluan tersebut menyebabkan risiko kerugian yang berlebihan

Apa Itu Gharar?12Menurut bahasa Arab, makna al-gharar adalah pertaruhan atau juga bermakna ketidak-pastianAl-Quran menggunakan perkataan "al-gharr" bermaksud "memperdayaImam Nawawi mengatakan: Larangan jual beli gharar merupakan pokok penting dari kitab jual-beli

Imam Muslim menempatkan gharar di depan, permasalahan yang masuk dalam jual-beli jenis ini sangat banyak, tidak terhitung Oleh itu yang dimaksud jual-beli gharar adalah, semua jual-beli yang mengandung ketidak-jelasan, ketidak-pastian, pertaruhan atau perjudian (Al-Sunnah, 2006)

Dalil Larangan Gharar13Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian dari harta orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (Al-Baqarah:188).

Rasulullah dari Abu Hurairah yang maksudnya: Rasulullah melarang jual beli gharar (Imam Muslim)Hadis dari Ibnu Umar r.a. :Nabi melarang dari menjual anak dari anak yang berada dalam perut unta (Muttafaqun Alaih)

Jenis-Jenis Gharar Gharar Ringan14Pertama - Gharar ringan (Al-gharar Al-yasir): Ketidakpastian yang tidak dapat dihindari karena ia berkaitan dengan objek/subjek atau telah diterima sebagai kebiasaan (urf) sesuatu tempat Jenis gharar ini tidak menyebabkan kerosakan berat pada salah satu pihakContohnya:

Membeli buah yang tertutup seperti durian

Membeli lauk-pauk nasi campur di restoranMembayar 30 sen untuk menggunakan tandas

Jumlah kacang dari satu bungkus ke satu bungkus

Jenis-Jenis Gharar Gharar Berat15Kedua - Gharar berat (Al-gharar Al-fahish/Al-kabir): Ketidakpastian mengenai maklumat penting dalam kontrak samada ada atau tidakKemungkinan satu pihak dalam kontrak mengalami kerugian yang tidak diduga, jenis gharar inilah yang dilarang IslamContohnya:Menjual buah yang masih di atas pokok yang belum masak

Menjual satu pakaian di antara selonggok pakaian yang sama atau tidak

Menjual anak haiwan yang masih di dalam perut ibunya (habal al-habalah) Memajak kebun buah-buahan yang belum masak atau masih muda atas pokok

Lagi Contoh Gharar Berat16Menjual sesuatu yang belum tentu dapat sebab tiada dalam tangan penjual

Aqad/kontrak yang tiada tarikh efektif, tiada harga, atau tidak diketahui harga/diskaun sebenar, spesifikasi kabur dan bersangkutanKetidakpastian dalam urusniaga samada mendapat harga istimewa atau tidak jelas jumlah yang perlu dijual untuk mendapat bonus atau produk tidak jelas

Penjualan sesuatu bersandarkan di atas terjadinya sesuatu di masa depan

Meletakkan syarat Spesifikasi boleh bertukar tanpa notis (Specifications are subject to change without notice) dalam kontrak atau brochure produk

Apa itu Maisir?17Erti maisir dari segi bahasa ialah:Judi - kerana keputusannya berdasarkan kepada nasibMudah - karena mendapatkan harta dengan mudah Maisir sama ertinya dengan qimar, adalah cara mendapat keuntungan dari sesuatu yang hanya bersandarkan kepada nasib atau pertaruhan

Berjudi ialah satu aktiviti yang melibatkan kerugian salah satu daripada kedua belah pihak yang bertanding atau pertaruhan sama ada secara berpakat atau nasib (zero-sum game)

Dalil Larangan Maisir18Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.. (Al-Maidah: 90).

Disamping itu, maisir juga diharamkan melalui sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala. (Riwayat: Ahmad, Malik, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Contoh Terang Lagi Bersuluh19

Kes 3lawanYang Mana Satu Judi?20

Kes 1lawan

Kes 2lawanJUDIBUKAN JUDIBUKAN JUDIMenangMenangMenang.Judi ialah setiap pihak mempertaruhkan sesuatu harta atau manfaatMana-mana pihak yang menang dapat dan memiliki pertaruhan dari pihak yang kalah (zero-sum game).

Bukan Judi21

Dari hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah telah diajak oleh seorang kafir Quraisy bernama Rukanah untuk bergusti dan Rukanah menyediakan hadiah seekor kambing jika Rasulullah menang Rasulullah menerima tawaran tersebut dan memenangi pertandingan gusti itu

Memasuki satu peraduan kerana layak setelah membelia sesuatu barangKerana kelayakan berdasarkan membeli sesuatu, ia dianggap sebagai hadiah, jika kalah, tidak kehilangan apa-apaMelainkan diperlukan untuk membayar tambahan sebagai yuran penyertaanYang Mana Satu Judi?22Membeli baju untuk RM90, tetapi untuk menyertai pertandingan ini untuk memenangi MyVi perlu membayar RM10.

Bermain tenis dengan syarat bahawa mereka yang kalahakan membayar sewa gelanggang tenis dan makan tengah hari.

Menganjurkan pertandingan memancing di mana sebahagian daripada yuran digunakan untuk pentadbiran pertandingan dan yang lain untuk hadiah.Ini adalah judi (maisir). Ini adalah judi (maisir). Ini adalah judi (maisir).Maisir Dalam Perniagaan23Melabur dalam pasaran saham atau pasaran hadapan boleh terjebak dalam kancah perjudian jika saham atau komoditi yang dibeli adalah semata-mata bersifat spekulatif dan bukan bertujuan untuk pemilikan

Maisir (judi) dalam kontrak insurans konvensional wujud apabila:Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

24

Sampaikan Kepada Yang Tidak Hadir 25Rasulullah s.a.w. bersabda: Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat (Al-Bukhari 3/1275 no 3274)

Terima Kasih

26Ustaz Lariba012 286 [email protected]

26