Cerebral Palsy

6
CEREBRAL PALSY 3.2.1. SEJARAH: Cerebral Palsy ialah perkataan yang menerangkan berkenaan golongan kurang upaya yang menghalang dan menghadkanpergerakan psikomotor seseorang individu itu. Setakat ini tidak terdapat satu sebab yang spesifik kenapa berlakunya Cerebral Palsy. Walaubagaimanapun ia bolehlah dikaitkan dengan kerosakan otak sebelum, semasa atau selepas kelahiran seseorang kanak-kanak itu. Pihak perubatan bertanggungjawab untuk memastikan ibu mengandung memperolehi penjagaan yang betul semasa mengandung, proses kelahiran dan selepas melahirkan anak. Kekurangan oksigen ke otak atau trauma semasa proses kelahiran akan menyebabkan berlakunya Cerebral Palsy. Bayi yang tidak mendapat cukup oksigen akan menyebabkan kerosakan di otak. Bayi yang mengalami kerosakan otak ketika usia mencapai enam bulan, biasanya mengalami perkembangan yang lambat. 3.2.2 DEFINISI: Cerebral Palsy (lebih dikenali sebagai Spastik) ialah satu keadaan yang berpunca daripada kecacatan otak. Menurut kajian

description

123

Transcript of Cerebral Palsy

CEREBRAL PALSY

3.2.1. SEJARAH:

Cerebral Palsy ialah perkataan yang menerangkan berkenaan golongan kurang upaya yang menghalang dan menghadkanpergerakan psikomotor seseorang individu itu. Setakat ini tidak terdapat satu sebab yang spesifik kenapa berlakunya Cerebral Palsy. Walaubagaimanapun ia bolehlah dikaitkan dengan kerosakan otak sebelum, semasa atau selepas kelahiran seseorang kanak-kanak itu. Pihak perubatan bertanggungjawab untuk memastikan ibu mengandung memperolehi penjagaan yang betul semasa mengandung, proses kelahiran dan selepas melahirkan anak.

Kekurangan oksigen ke otak atau trauma semasa proses kelahiran akan menyebabkan berlakunya Cerebral Palsy. Bayi yang tidak mendapat cukup oksigen akan menyebabkan kerosakan di otak. Bayi yang mengalami kerosakan otak ketika usia mencapai enam bulan, biasanya mengalami perkembangan yang lambat.

3.2.2 DEFINISI:

Cerebral Palsy (lebih dikenali sebagai Spastik) ialah satu keadaan yang berpunca daripada kecacatan otak. Menurut kajian seorang sukarelawan JOVC, Encik Yasuko Kunimori yang berkhidmat di bawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Sandakan Sabah, dalam bukunya yang bertajuk Satu Projek Klasifikasi Kecacatan mengatakan Cerebral bermaksud otak, Palsy pula bermaksud kurang atau tidak berupaya mengawal pergerakan otot-otot.

Chua Tee Tee dan rakannya Koh Koh Boon di dalam buku bertajuk, Pendidikan Khas dan Pemulihan mengatakan Cerebral Palsy bermaksud kelumpuhan akal yang menganggu pergerakan tubuh. Dari sumber yang diperolehi daripada Unit Pemulihan Carakerja Hospital Melaka, Cerebral Palsy adalah gangguan pergerakan, posture, dan sebagainya yang disebabkan kerosakan atau kegagalan perkembangan normal dalam otak.

Deborah Deutsch Smith dan Ruth Luckasson menulis di dalam Introduction To Special Education: Teaching In An Age Of Challenge, the term Cerebral Palsy literally means muscle paralysis whose cause is in the brain. Exceptional Learners- Introduction to Special Education, Daniell P. Hallahan dan James M. Kauffman, 1978 menulis Cerebral Palsy is not a disease. It is rather condition that is nonprogressive and noninfectious

Berasaskan kepada sumber-sumber tersebut, maka Cerebral Palsy didefinisikan sebagai satu pergerakan anggota badan yang tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh kerana terdapat gangguan, kecederaan atau kelumpuhan di dalam otak.

3.2.3 CIRI-CIRI FIZIKAL:

Kanak-kanak ini mempunyai otot-otot yang tegang dan kecut. Gerakan tersentak-sentak dan kurang berkoordinasi serta mungkin tidak dapat mengenggam benda dengan jari. Sekiranya cuba mengawal pergerakan, pergerakan itu akan bertambah tersentak-sentak. Semasa cuba mengambil sesuatu benda, tangan mungkin melambai-lambai, muka kerenyot dan lidah yang terjulur. Mereka mungkin tidak dapat mengawal otot-otot bibir, lidah dan kerongkong menyebabkan air liur meleleh. Gerakan mereka adalah tidak stabil dan mereka seolah-olahcuba menstabilkan badan. Semasa berjalan mereka tersandung-sandung dengan gaya berjalan semacam gunting, berdiri atas jari kaki dengan lutut yang bengkok dan menuju bahagian dalam. Kanak-kanak Cerebral Palsy tidak boleh mengeluarkan suara, iaitu mereka tidak boleh memanggil ibu bapanya atau mengeluarkan babling sound. Mereka juga tidak memahami apa yang dikatakan kepadanya. Selain itu mreka hanya akan bertindak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi. Dari segi masalah penglihatan, kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.

3.2.4 CIRI-CIRI KSIHATAN:

Kanak-kanak ini akan menngalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini sering menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta mengigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan sukar untuk dikeluarkan semula. Mereka juga mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang, dan bising. Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis. Kanak-kanak Cerebral Palsy mungkin akan mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya. Pergerakan psikomotor adalah terbatas, mereka tidak boleh berjalan atau duduk sendiri atau menggunakan tangan sendiri. Ada yang boleh belajar berjalantetapi ramai yang menggunakan kerusi roda, braces atau peralatan lain. Sesetengah mengalami masalah menyuap makanan, menghisap atau menelan. Mereka bergantung kepada orang lain untuk makan atau ke tandas.

3.2.5 JENIS-JENIS CEREBRAL PALSY:

3.2.5.1- SpastikKecacatan ini disebabkan pada bahagian korteks motor yang boleh mengakibatkan kehilangan kawalan terhadap otot-otot yang boleh dikawal (voluntary muscle). Menyebabkan koordinasi pergerkan menjadi susah, di mana stimulasi menyebabkan ketegangan otot-otot. Ini seterusnya akan mengakibatkan getaran dan ketidakseimbangan yang menghalang pergerakan yang sempurna dan lancar. Kumpulan ini merupakan kumpulan yang terbesar di kalangan kanak-kanak yang menghidap Cerebral Palsy atau kelumpuhan otak.

3.2.5.2- AtetosisKerosakan berlaku pada bahagian basal ganglion. Atetosis dicirikan oleh pergerakan writhing yang perlahan dan tidak boleh dikawal. Bahagian bahu, muka, kaki, tangan dan lengan menjadi sasaran utama. Sering kali juga ia melibatkan otot-otot tekak dan diapnram yang menyebabkan pertuturan menjadi payah dan tidak jelas. Mereka juga mengalami masalah mengawal pengluaran air liur.

3.2.5.3- AtaksiaKerosakan pada bahagian serebelum otak. Ini menyebabkan kesulitan mengawal imbangan badan yang boleh dikesan dari perawakan dan pergerakan seseorang spastik. Pergerakan adalah kekok dan teragak-agak, pertuturan kurang jelas dan juga didapati ia sentiasa meliuk-likkan badannya. Pendengarannya juga turut terjejas.

3.2.6 LANGKAH-LANGKAH PEMULIHAN:

3.2.6.1- Rawatan Pemulihan Anggota (fisioterapi) Memberi latihan kepada kanak-kanak spastik menggunakan anggota, terutama kaki dan tangan dengan bantuan alatan seperti kaliper angkup, walking aid, asut khas, kerusi perawakan (posture chairs), standing boxes dan crawlers. Latihan yang diberikan, kanak-kanak spastik dapat mengurangkan perawakan dan pergerakan yang kuang normal dan dapat mencegah sendi-sendi dan otot-otot dari mengejang disebabkan oleh kekurangan penggunaan.

3.2.6.2- Rawatan Pemulihan PertuturanSeseorang kanak-kanak spastik cacat pertuturan disebabkan oleh dua perkara iaitu pertama kerosakan fungsi saraf otot pada bahagian otot pertuturan, pendengaran dan pernafasan. Kedua kekurangan pengalaman akibat dari kekurangan peluang untuk berinteraksi yang disebabkan oleh kecacatan fizikal, walaupun pada asalnya otot-otot pertuturan diberikan untuk mengembangkan keupayaan untuk berkomunikasi sama ada secara lisan, isyarat ataupun bertulis.

3.2.6.3- Rawatan Pemulihan Cara Kerja Memperkembangkan pola pergerakan asas kepada kemahiran motor dan sosial bagi membolehkan kanak-kanak berdikari dari segi fungsi mental, fizikal dan psikologi. Termasuklah kebolehan memegang dan menggunakan sesuatu barang, perkembangan kordinasi mata dan tangan, perkembangan fungsi sensori dan persepsi. Latihan berupa mencapai, memegang dan melepaskan sesuatu barang, latihan menggunakan jejari bagi membolehkan kegunan jejari untuk makan, menulis dan sebagainya dengan bantuan alatan seerti hand splint, sudu khas dan seumpamanya.

Latihan persepsi diberikan dengan mendedahkan kanak-kanak kepada seberapa banyak pengalaman seperti sensori dan dilatih membentuk konsep yang bersesuaian berkenaan diri sendiri dan juga keadaan sekelilingnya. Umpamanya tentang warna, bentuk, saiz dan rasa. Dalam memperolehi kemahiran sosial, kanak-kanak dilatih melakukan aktiviti-aktiviti seharian.

Contohnya aktiviti penjagaan diri sendiri seperti makan, memakai pakaian dan latihan ke tandas. Aktiviti kehidupan seperti memasak, mengemas, aktiviti-aktivit rekreasi dan hobi. Aktiviti vokasional seperti pertukangan kayu, menjahit dan aktiviti pertanian.