Cerita 1 -Nyawa Di Hujung Kaki

8
Assalammualaikum dan salam 1Malaysia. Di hari yang ceria ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Nyawa di hujung Kaki” Pada zaman dahulu ada seorang raja bernama Shah Amin. Baginda seorang raja yang baik dan bijak memerintah negeri. Bagaimanapun, Shah Amin mempunyai perangai yang berbeza daripada raja-raja yang lain pada zaman itu. Kesukaan baginda yang utama ialah memburu binatang di dalam hutan. Baginda amat megah jika dapat menyantap daging rusa atau kijang yang baginda tangkap sendiri. Pada suatu hari, baginda berhajat akan pergi memburu di hutan yang belum pernah didatangi manusia. Baginda memerintahkan Dato' Bendahara membuat persiapan.. Setelah tiba masanya, rombongan baginda bertolak dari istana., Baginda diiringi oleh Dato' Bendahara dan lima belas orang pengawal dan hulubalang negeri. "Kita singgah dulu di rumah tukang besi. Beta ingin mengambil pedang baru," titah Shah Amin ketika rombongan baginda dalam perjalanan. "Ampun, tuanku! Titah dijunjung," Dato' Bendahara mendatang sembah. Rombongan baginda semuanya menunggang kuda. Apabila sampai di rumah tukang besi, baginda memerintah tukang besi mengambil pedang yang baru diperbuat itu. "Tajamkah pedang ini?" tanya baginda . 1

description

cerita

Transcript of Cerita 1 -Nyawa Di Hujung Kaki

NYAWA DI HUJUNG KAKI

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia. Di hari yang ceria ini saya akan

menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Nyawa di hujung Kaki

Pada zaman dahulu ada seorang raja bernama Shah Amin. Baginda seorang raja yang baik dan bijak memerintah negeri.

Bagaimanapun, Shah Amin mempunyai perangai yang berbeza daripada raja-raja yang lain pada zaman itu.

Kesukaan baginda yang utama ialah memburu binatang di dalam hutan. Baginda amat megah jika dapat menyantap daging rusa atau kijang yang baginda tangkap sendiri.

Pada suatu hari, baginda berhajat akan pergi memburu di hutan yang belum pernah didatangi manusia. Baginda memerintahkan Dato' Bendahara membuat persiapan..

Setelah tiba masanya, rombongan baginda bertolak dari istana., Baginda diiringi oleh Dato' Bendahara dan lima belas orang pengawal dan hulubalang negeri.

"Kita singgah dulu di rumah tukang besi. Beta ingin mengambil pedang baru," titah Shah Amin ketika rombongan baginda dalam perjalanan.

"Ampun, tuanku! Titah dijunjung," Dato' Bendahara mendatang sembah.

Rombongan baginda semuanya menunggang kuda.

Apabila sampai di rumah tukang besi, baginda memerintah tukang besi mengambil pedang yang baru diperbuat itu.

"Tajamkah pedang ini?" tanya baginda .

"Ampun, tuanku! Teramatlah tajamnya. Tuanku harus berhati-hati apabila menggunakannya," sembah tukang besi.

Baginda Shah Amin memegang hulu pedang itu dengan kemas. Baginda menarik pedang itu dari sarungnya dengan berhati-hati.

"Oh, cantiknya mata pedang ini!" kata baginda.

Tiba-tiba pedang itu terlucut dari genggaman, lalu jatuh menimpa ibu kaki baginda. Ibu kaki baginda luka.

Hei, kaki beta luka! Macam mana pedang ini boleh jatuh?" kata baginda agak terperanjat.

Dato' Bendahara menerkam ke arah ibu kaki baginda.

"Sakit, tuanku? Dato' Temenggong, ambilkan ubat," Dato' Bendahara mengarahkan rakannya mencari ubat.

"Tidak sakit. Lukanya sikit saja," jawab baginda.

Dato' Temenggung membalut ibu kaki baginda dengan getah daun keladi burung. Getah keladi burung amat mujarab untuk merawat luka.

"Dato' Bendahara, apa alamatnya kejadian ini berlaku?" tanya baginda.

"Alamat baik, tuanku!" jawab Dato' Bendahara.

"Cis! Tidak guna!" kata baginda dengan murka.

"Dato Temenggong, bawa balik Dato' Bendahara ke istana. Kurung dia. Apabila kita pulang daripada memburu, bunuh dia." titah baginda dengan marah.

Baginda amat murka dengan jawapan Dato' Bendahara.

Dato' Bendahara dikurung dalam penjara. Sementara itu rombongan baginda terus pergi ke hutan memburu.

Nasib rombongan sememang tidak baik. Apabila tiba di hutan, rombongan baginda telah diserang oleh kumpulan orang hutan. Semua hulubalang dan pengiring baginda terkorban.

Baginda tidak dibunuh tetapi telah dibawa oleh kumpulan orang hutan itu masuk ke dalam gua. Tempat itu ialah tempat tinggal raja mereka.

Di dalam gua itu juga tinggal ketua kumpulan orang hutan dan pengikutnya.Baginda ditelentangkan di atas batu dengan tangan dan kaki terikat kemas.

Baginda dibiarkan di atas batu itu tanpa makan dan minum.

Pada malamnya, baginda dikelilingi oleh beratus-ratus orang penghuni gua itu. Mereka membawa obor dan menyalakannya di sekeliling batu tempat baginda terbaring.

"Tolong beta! Jangan apa-apakan beta. Beta raja! Raja!" jerit Raja Shah Amin apabila ketua kumpulan orang gua dan pengiringnya mendekati baginda.

Tetapi jeritan baginda tidak diendahkan oleh ketua orang gua.

Baginda sempat memerhati seorang demi seorang penghuni gua itu. Mereka memakai cawat kulit kayu. Badan mereka disapu dengan tanah liat. Begitu juga muka, kelihatan amat menggerunkan. Mereka berbadan besar dan tinggi.

Dia duduk bersila. Di sebelahnya terdapat seorang tua. Rambut dan jambang orang tua itu putih bersinar.

"Wuh! Hah! Wuh! Hah!" itulah bunyi suara mereka.

Suara riuh-rendah itu, akhirnya senyap-sunyi apabila matahari menjelang pagi.

Rupa-rupanya orang-orang gua sedang menjalankan upacara memuja matahari. Setiap kali memuja, orang-orang gua ini akan menyembelih seorang manusia sebagai hadiah.

Kali ini, Raja Shah Amin akan dijadikan hadiah. Baginda akan disembelih di atas batu itu. Darahnya akan diletakkan di situ untuk makanan matahari. Itulah adat resam dan kepercayaan orang-orang gua itu zaman dahulu.

Raja Shah Amin sedar bahawa dia akan mangkat tidak lama lagi. Baginda tidak ada harapan untuk melepaskan diri.

Tetapi baginda masih teringat-ingat akan kata-kata Dato' Bendahara bahawa kakinya luka menandakan alamat baik.

Masa yang dinanti-nanti telah pun tiba. Baginda akan disembelih tidak berapa saat lagi.

Seorang tukang sembelih mendekati kepala baginda. Dia membawa pisau yang amat tajam. Baginda hanya menunggu pisau menghiris lehernya. Amat takut, gerun, dan cemas. Baginda hanya berdoa dan berserah kepada Allah.

Seorang pawang menyapu badan baginda dengan tanah berwarna merah. Tanah itu disapunya dari kepala hingga ke hujung kaki.

Ketika sampai di hujung kaki, kelihatan wajah pawang berubah dan terkejut. Dia bangun lalu pergi ke tempat ketua orang-orang gua. Dia membisikkan sesuatu di telinga ketua orang gua. Ketua orang gua bangun, mendekati Raja Shah Amin. Dia memegang ibu kaki Raja Shah Amin. Ketua orang gua menggeleng-gelengkan kepala, lalu mengarahkan tukang sembelih membuat sesuatu.

Ketua orang gua dan pawang meninggalkan majlis. Anak-anak buahnya juga tiba-tiba ikut pergi.

Raja Shah Amin yang tadinya separuh pengsan ditinggalkan di atas batu itu. Ikatan tangan dan kakinya dipotong. Raja Shah Amin amat hairan dengan kejadian itu. Baginda bangun lalu lari keluar dari gua itu tanpa diganggu oleh sesiapa.

Baginda meninggalkan gua lalu mencari jalan pulang. Setelah beberapa hari berjalan dalam hutan, baginda menemui jalan pulang. Baginda tiba di istana dengan perasaan amat bersyukur kepada Allah.

Kepulangan baginda disambut dengan gembira oleh permaisuri dan orang-orang besar serta rakyat jelata.

"Dato' Bendahara, beta minta maaf! Dato' Bendaharalah orang besar beta yang "terus mata." Betul seperti kata Dato' tempoh hari," titah baginda sambil menghampiri dan memeluk Dato' Bendahara.

"Beta yang bodoh, menghukum tanpa mengguna fikiran yang waras,"

Dato' Bendahara terkejut dan amat hairan apabila keadaan sudah terbalik. Dia tidak berkata apa-apa kerana perasaan amat terharu.

"Kalau tidak kerana ibu kaki beta luka dan cacat, nyawa beta berakhir di sana. Tetapi kerana kecacatan itu, beta tidak dijadikan korban," cerita baginda raja.

"Jadi betullah ramalan Dato' mengatakan nasib baik apabila ibu kaki beta luka. Kalau beta tidak cacat, beta akan jadi korban," kata baginda lagi.

"Beta yang bodoh, raja bodoh," kata baginda lagi sambil menumbuk dadanya. Baginda amat kesal kerana menghukum Dato' Bendahara.

"Tuanku, usahlah tuanku meratap dan menyesali hukuman itu."

"Sebenarnya tuankulah raja yang bijak. Bijak memikirkan masa depan," kata Dato' Bendahara sambil berlutut di depan raja.

"Mengapa Dato' kata begitu? Adakah wajar beta dipuji?" titah raja.

"Kalau tuanku tidak menjatuhkan hukuman bunuh tempoh hari, patik akan mati," ujar Dato' Bendahara.

"Mengapa? Apa sebabnya?" tanya Raja.

"Patik tentu akan ikut sama. Kalau patik ikut, patik pun akan mati bersama Dato' Temenggong dan pengiring tuanku," jawab Dato' Bendahara.Baginda Raja termenung. Baginda mengangguk-nganggukan kepala. Baginda tersenyum."Boleh jadi benar kata Dato'. Tetapi yang sebenarnya takdir telah menentukan nasib kita," titah baginda.Dato' Bendahara tersenyum. Air matanya mengalir. Gembira campur terharu.Baginda Raja Shah Amin memerintahkan Dato' Bendahara mengadakan majlis tahlil dan doa kesyukuran untuk mengingati Allahyarham Dato' Temenggong dan pengiring raja yang terkorban oleh serangan orang-orang hutan itu.

Pengajaran yang kita dapat daripada cerita itu tadi ialah:

Pertama; kita janganlah terlalu sombong dengan kedudukan yang kita miliki.

Keduanya; kita perlu berserah kepada Allah sekiranya dalam kesusahan

Sekian . terima kasih. PAGE 6