CERITA BINATANG

3
CERITA BINATANG DEFINISI: Cerita binatang melayu adalah merupakan sastera rakyat(sastera lisan) yang disampaikan atau disebarkan secara lisan dari satu generasi kepada generasi yang akan datang. Cerita binatang ini dipercayai cerita tertua,sama usianya dengan cerita asal usul. Cerita binatang ialah hasil sastera lisan yang diwarisi daripada masyarakat manusia sejak zaman purba semasa manusia masih lagi hidup di gua-gua. Adapun cerita binatang ini sukar untuk menentukan tentang asal usul cerita binatang itu yang sebenarnya. Cerita-cerita binatang melayu mengambil binatang sebagai watak utama yang dipersonafikasi,binatang diceritakan dan berinteraksi dengan manusia. Semua sifat yang dimiliki oleh manusia biasa dimiliki oleh binatang dalam cerita-cerita binatang melayu seperti bercakap,menipu,berbincang,berfikir dan sebagainya. Dalam cerita-cerita tersebut terdapat kisah yang berlaku antara binatang sesama binatang dan terkadang-kadang lakonannya terjadi antara binatang dengan manusia. Watak manusia dalam cerita-cerita binatang melayu hanya sebagai watak sampingan sahaja. Watak- watak yang lazim digunakan ialah pelanduk,buaya,gajah,harimau, Anjing,ular,arnab,kura-kura,musang,haling,ayam,burung bangau,kambing,lembu dan kerbau. Sebahagian daripada cerita binatang itu bercorak mitos yang membicarakan tentang asal usul binatang. Cerita binatang juga mengisahkan tentang konflik antara binatang dengan binatang atau antara binatang dengan manusia. Cerita binatang melayu memberi gambaran bahawa walaupun binatang yang kecil dan lemah dapat mengalahkan binatang yang besar dan kuat dengan menggunakan akal fikiran yang dapat menjadi senjata untuk menentang binatang yang besar dan kuat itu. FUNGSI: Cerita binatang untuk mengisikan waktu dan menghiburkan hati,pada masa kini cerita binatang adalah cerita yang menjadi kegemaran dalam masyarakat sederhana khususunya di kalangan kanak-kanak dan kini cerita binatang ditulis menjadi bahan bacaan yang diminati oleh kanak-kanak. Selain itu cerita binatang juga digunakan sebagai mengajar,mendidik,mnyindir atau mengkritik masyarakat melayu tradisional. Tujuan-tujuan ini

description

koleksi cerita binatang

Transcript of CERITA BINATANG

Page 1: CERITA BINATANG

 CERITA BINATANG

 

DEFINISI:

    Cerita binatang melayu adalah merupakan sastera rakyat(sastera lisan) yang disampaikan atau disebarkan secara lisan dari satu generasi kepada generasi yang akan datang. Cerita binatang ini dipercayai cerita tertua,sama usianya dengan cerita asal usul. Cerita binatang ialah hasil sastera lisan yang diwarisi daripada masyarakat manusia sejak zaman purba semasa manusia masih lagi hidup di gua-gua. Adapun cerita binatang ini sukar untuk menentukan tentang asal usul cerita binatang itu yang sebenarnya. Cerita-cerita binatang melayu mengambil binatang sebagai watak utama yang dipersonafikasi,binatang diceritakan dan berinteraksi dengan manusia.      Semua sifat yang dimiliki oleh manusia biasa dimiliki oleh binatang dalam cerita-cerita binatang melayu seperti bercakap,menipu,berbincang,berfikir dan sebagainya. Dalam cerita-cerita tersebut terdapat kisah yang berlaku antara binatang sesama binatang dan terkadang-kadang lakonannya terjadi antara binatang dengan manusia. Watak manusia dalam cerita-cerita binatang melayu hanya sebagai watak sampingan sahaja. Watak-watak yang lazim digunakan ialah pelanduk,buaya,gajah,harimau,Anjing,ular,arnab,kura-kura,musang,haling,ayam,burung bangau,kambing,lembu dan kerbau.         Sebahagian daripada cerita binatang itu bercorak mitos yang membicarakan tentang asal usul binatang. Cerita binatang juga mengisahkan tentang konflik antara binatang  dengan binatang atau antara binatang dengan manusia. Cerita binatang melayu memberi gambaran bahawa walaupun binatang yang kecil dan lemah dapat mengalahkan binatang yang besar dan kuat dengan menggunakan akal fikiran yang dapat menjadi senjata untuk menentang binatang yang besar dan kuat itu.  FUNGSI:     Cerita binatang untuk mengisikan waktu dan menghiburkan hati,pada masa kini cerita binatang adalah cerita yang menjadi kegemaran dalam masyarakat sederhana khususunya di kalangan kanak-kanak dan kini cerita binatang ditulis menjadi bahan bacaan yang diminati oleh kanak-kanak. Selain itu cerita binatang juga digunakan sebagai mengajar,mendidik,mnyindir atau mengkritik masyarakat

Page 2: CERITA BINATANG

melayu tradisional. Tujuan-tujuan ini disampaikan dalam bentuk kiasan,sindiran dan lambang. Tetapi yang nyata,cerita-cerita binatang melayu berfungsi sebagai kritikan social yang disamapaikan secara kiasan atau lambang kepada binatang. Kadang-kadang disampaikan secara gurauan tetapi tepat pada sasarannya. Ada juga cerita binatang yang menunujukkan kebodohan,dan kemalasan manusia untuk menyuruh menyedari dan memperbaiki diri dikiaskan kepada binatang.   Pada masa dahulu cerita-cerita binatang ini pernah digunakan untuk mengajar anak-anak raja atau anak-anak pembesar istana. Oleh kerana kesukaran untuk menyampaikan pengajaran itu secara terus terang,maka pengajaran itu diberikan secara halus melalui cerita-cerita binarang yang bercorak simbolik. Tujuannya untuk memberikan petujuk dan nasihat kepada kenak-kanak secara halus dan tidak langsung.   CORAK CERITA BINATANG.       Iaitu:- Epos Binatang.Epos binatang ialah sejenis cerita binatang yang bermotif kebijaksanaan untuk memperdaya binatang yang lain. Cerita yang bercorak epos binatang selalunya berbingkai di sekeliling satu watak. Dalam sastera lisan Melayu Epos binatang ialah cerita-cerita mengenai Sang Kancil yang mengandungi unsur kelucuan dan kecerdikan memperdayakan binatang lain yang lebih besar daripadanya.  Cerita Asal Usul.Cerita Asal usul mengenai binatang menerangkan asal usul kejadian sesuatu sifat yang dimiliki oleh binatang tertentu seperti mengapa anjing bermusuhan dengan kucing,kenapa kepala katak mendongak ke atas dan lain-lain lagi.  Cerita Sambut-bersambutCerita jenis ini berupa rangkaian cerita sebab dan akibat. Ia menerangkan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Cerita jenis ini mengandungi watak-watak binatang yang banyak,misalnya cerita mengapa bangau kurus. Penyempaian cerita diberikan dalam bentuk perulangan gaya bahasa yang melahirkan irama yang menarik.      Dalam kumpulan cerita-cerita binatang ini ada yang dikategorikan sebagai cerita fable,iaitu cerita yang bercorak memberikan teladan atau dinamakan juga cerita perumpamaan. Cerita jenis ini mengandungi amanat kritikan terhadap masyarakat dan sindiaran terhadap tingkah laku manusia.  

Page 3: CERITA BINATANG

    Sebagai kesimpulan cerita binatang ini banyak memberi pengajaran kepada manusia yang mempunyai akal fikiran dan cuba mentafsirkan makna tersirat melalui cerita-cerita itu. Melalui cerita binatang inilah perlakuan serta perangai manusia sama ada manusia besar(gajah,harimau,buaya,kerbau) manusia kecil(kura-kura,semut,agas-agas,arnab) manusia cerdik(kancil,pelanduk) dan manusia bodoh(lembu,anjing) dapat dibentuk dan mendatagkan keinsafan kepada keperibadian manusia itu sendiri. KUPASAN CERITA BINATANG.    

Contoh cerita untuk mengkritik orang yang bersikap tamak,ialah:- Anjing dan bayang-bayang.Melalui cerita ini,pada suatu hari watak utamanya,seekor anjing telah terjumpa seketul tulang. Anjing itu menggongong tulang itu dan berjalan melalui sebatang sungai.Ia terlihat ada anjing lain di dalam sungai itu menggongong tulang juga,anjing itu berasa marah lalu membuka mulut hendak merampas tulang itu dari mulut anjing di dalm sungai itu sedangkan  anjing itu refleksi bayang-bayangnya sendiri. Apabila anjing itu membuka mulut,maka tulang yang ada di dalam mulut jatuh ke dalam sungai itu. Akibatnya anjing itu terlepas untuk merasai kenikmatan yang ada pada tulang yang digonggongnya,malahan memperolehi kerugian. Contoh cerita untuk mengkritik orang yang tidak jujur:- Helang dengan Ayam.Melalui cerita ini,Si Ayam dengan Si Helang sebenarnya bersahabat baik tetapi kemudiannya bermusuhan apabila si Ayam tidak mahu memulangkan jarum sakti kepunyaan Si Helang. Akibatnya Si Helang berasa marah dan menyimpan dendam terhadap Si Ayam sampai ke hari ini. Itulah sebebnya Si Helang suka menagkap dan makan ayam. Melalui cerita ini,Si Ayam diumpamakan sebagai manusia yang tidak jujur terhadap temannya. Dan Si Helang pula diumpamakan sebagai manusia pedendam yang tidak mahu memaafkan kesalahan temannya.