Cerita MENCEMASKAN

6
Cerita: Lembaga itu, Hantu? Pada petang itu, aku terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumahku kerana basikalku hilang. Tiba-tiba, aku ternampak sebuah bas yang dipandu perlahan. Aku menahan bas itu lalu menaikinya. Di pertengahan jalan, salah satu tayar bas itu pancit. Aku terpaksa turun dari bas itu lalu berjalan kaki. Aku berjalan seorang diri ketika hujan renyai-renyai mulai turun. Hatiku ingin mengikut jalan pintas untuk lebih cepat sampai ke rumah tetapi aku berasa takut. Bagaimanapun aku terus memberanikan diri melalui jalan pintas tersebut walaupun aku tahu laluan itu amat sunyi dan gelap. Di kiri dan kanan jalan pintas itu terdapat pokok-pokok getah. Kedengaran pelbagai bunyi serangga dan unggas yang menakutkan aku semasa melalui jalan itu. Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang memanggil-manggil namaku. Aku fikir suara itu khayalan sahaja. Namun, aku menoleh juga ke belakang. Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat satu lembaga melambai- lambai ke arahku. Apa lagi, aku pun terus berlari langkah seribu untuk menyelamatkan diri. Apabila sudah berasa selamat, aku bersandar di sebatang pokok dengan nafas yang tercungap-cungap. Tiba-tiba lembaga itu muncul di hadapanku sambil memanggil namaku. Aku amat takut lantas berlari untuk menyelamatkan diri. Malang sekali kerana lembaga itu sempat memelukku dengan kuat hingga aku tidak berdaya lagi melepaskan diri. Kemudian, kedengaran suara lelaki menyuruh aku bertenang. Dalam cahaya yang samar, aku memberanikan diri, melihat lembaga itu. Alangkah terkejutnya aku kerana rupa-rupanya dia ialah abangku sendiri. Katanya dia datang untuk mencari aku yang telah terlalu lewat pulang ke rumah. Aku menceritakan segala peristiwa yang aku alami pada petang itu kepadanya. Setibanya di rumah, aku segera memberitahu ayahku

Transcript of Cerita MENCEMASKAN

Page 1: Cerita MENCEMASKAN

Cerita: Lembaga itu, Hantu?

Pada petang itu, aku terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumahku kerana basikalku hilang. Tiba-tiba, aku ternampak sebuah bas yang dipandu perlahan. Aku menahan bas itu lalu menaikinya.

Di pertengahan jalan, salah satu tayar bas itu pancit. Aku terpaksa turun dari bas itu lalu berjalan kaki. Aku berjalan seorang diri ketika hujan renyai-renyai mulai turun. Hatiku ingin mengikut jalan pintas untuk lebih cepat sampai ke rumah tetapi aku berasa takut. Bagaimanapun aku terus memberanikan diri melalui jalan pintas tersebut walaupun aku tahu laluan itu amat sunyi dan gelap. Di kiri dan kanan jalan pintas itu terdapat pokok-pokok getah. Kedengaran pelbagai bunyi serangga dan unggas yang menakutkan aku semasa melalui jalan itu.

Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang memanggil-manggil namaku. Aku fikir suara itu khayalan sahaja. Namun, aku menoleh juga ke belakang. Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat satu lembaga melambai-lambai ke arahku. Apa lagi, aku pun terus berlari langkah seribu untuk menyelamatkan diri. Apabila sudah berasa selamat, aku bersandar di sebatang pokok dengan nafas yang tercungap-cungap.

Tiba-tiba lembaga itu muncul di hadapanku sambil memanggil namaku. Aku amat takut lantas berlari untuk menyelamatkan diri. Malang sekali kerana lembaga itu sempat memelukku dengan kuat hingga aku tidak berdaya lagi melepaskan diri. Kemudian, kedengaran suara lelaki menyuruh aku bertenang. Dalam cahaya yang samar, aku memberanikan diri, melihat lembaga itu. Alangkah terkejutnya aku kerana rupa-rupanya dia ialah abangku sendiri.

Katanya dia datang untuk mencari aku yang telah terlalu lewat pulang ke rumah. Aku menceritakan segala peristiwa yang aku alami pada petang itu kepadanya. Setibanya di rumah, aku segera memberitahu ayahku tentang peristiwa itu. Ayah ketawa sambil mengingatkan aku supaya jangan selalu menonton cerita hantu kerana akibatnya kita akan menjadi penakut seperti yang telah aku alami ini

Page 2: Cerita MENCEMASKAN

Hatiku menjadi gelisah. Perkara yang tidak kuingini asyik bermain-main di dalam mindaku. Kawasan sekelilingku yang merupakan flora dan fauna sahaja telah menjadikan aku berasa asing dan kurang selesa. Aku menyesal kerana aku tidak mengikut nasihat guruku supaya tidak merayau-rayau di dalam hutan seorang diri.

Aku tidak tahu apakah yang harus aku lakukan dalam keadaan yang bingung ini. Aku tidak membawa peta dan kompas kerana tertinggal di rumah. Makanan yang aku bawa hanya dua keping roti, beberapa keping biskut dan sebotol air yang hanya cukup dimakan untuk dua hari sahaja. Keadaan hutan di kawasan gunung ini terlalu tebal. Udaranya pula terlalu sejuk. Nyamuk dan serangga halus bermaharajalela di sini. Badanku menggigil dan berasa gatal-gatal.

Tiba-tiba, suatu idea menerjah dalam benakku. Aku tahu bahawa aku mesti mencuba sedaya upaya untuk menghampiri mana-mana sungai yang berdekatan. Sungai dapat membekalkan sumber air dan aku tidak perlu risau tentang kehausan. Aku menguatkan semangat aku lalu menjelajah hutan untuk mencari sungai.

Kegelapan menutupi hutan itu. Aku berasa bimbang jika aku terserempak dengan sesuatu yang tidak kuingini. Aku bernasib baik kerana selepas beberapa jam, aku berjaya mencari sebatang sungai yang kelihatan jernih dan bersih. Walau bagaimanapun seluruh tubuhku basah kerana aku banyak berpeluh.. Tanpa membuang masa, aku terus mengumpulkan ranting, dahan kayu dan dedaun kering untuk dijadikan unggun api. Tujuannya adalah untuk menghindarkan nyamuk dan binatang buas, di samping memanaskan badan aku pada waktu malam nanti.

Tiba-tiba, aku terdengar namaku dipanggil berterus-terusan. Aku memekap telinga untuk memastikan siapakah yang memanggil namaku. Rupa-rupanya, mereka ialah kawan-kawanku bersama-sama dengan beberapa anggota polis yang sedang berjalan ke arahku aku. Kini aku telah berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari hutan. Guru-guruku dan semua peserta perkhemahan termasuk ahli keluargaku menarik nafas lega. Mereka mengatakan namaku telah terpapar di media massa. Mereka telah membuat liputan tentang kehilanganku. Aku berjanji bahawa aku tidak akan leka dan cuai lagi pada masa hadapan. Namun, pengalaman ini tidak akan melemahkan semangatku untuk mengikuti aktiviti seperti ini pada masa hadapan.

Page 3: Cerita MENCEMASKAN

Suatu peristiwa yang mencemaskan

“ Selamat hari lahir nenek yang ke- 67 tahun.” Kata Azim kepada neneknya yang sedang meniup lilin. Ayah dan ibu serta adik-adikku bertepuk tangan dengan rasa gembira.Ayah telah membaca doa untuk kesejahteraan nenek dan keluarga.

Ketika nenek hendak duduk, tiba-tiba nenek sesak nafas lalu pengsan. Aku menjerit meminta tolong daripada ayah untuk mengangkat nenek yang sudah tidak bergerak lagi. Semua yang hadir dalam majlis itu berasa cemas dan takut. Ayah mengurut-urut dada nenek yang seakan-akan sudah tidak bernyawa. Keadaan menjadi semakin kelam –kabut.

Ayah bergegas ke meja telefon untuk menelefon ambulans. Panggilan ayah telah dijawab oleh pekerja Hospital Kuala Klawang. Lima minit kemudian, kereta ambulans telah sampai di muka pintu rumahku. Pekerja hospital telah membawa nenek untuk menaiki kereta ambulans. Aku melihat kereta ambulans itu bergerak laju meninggalkan rumahku.

Aku dan keluarga telah ke hospital untuk melawat nenek di wad perempuan yang terletak 1 km dari rumahku. Aku melihat nenek sudah sedarkan diri dan mula bercakap dengan ayah dan ibuku. Doktor yang merawat nenek telah memberikan nasihat kepada nenek supaya banyak berehat. Aku berasa lega apabila melihat nenek yang masih hidup lagi.

Aku bersyukur kepada Tuhan kerana Tuhan masih sayang akan nenek. Aku berjanji akan menjaga nenek dengan segala upaya dan tenaga kerana aku tidak mahu kehilangan nenek yang tersayang. Peristiwa yang mencemaskan ini diharapkan tidak akan berlaku lagi.

]

Page 4: Cerita MENCEMASKAN

Hatiku menjadi gelisah. Perkara yang tidak kuingini asyik bermain-main di dalam mindaku. Kawasan sekelilingku yang merupakan flora dan fauna sahaja telah menjadikan aku berasa asing dan kurang selesa. Aku menyesal kerana aku tidak mengikut nasihat guruku supaya tidak merayau-rayau di dalam hutan seorang diri.

Aku tidak tahu apakah yang harus aku lakukan dalam keadaan yang bingung ini. Aku tidak membawa peta dan kompas kerana tertinggal di rumah. Makanan yang aku bawa hanya dua keping roti, beberapa keping biskut dan sebotol air yang hanya cukup dimakan untuk dua hari sahaja. Keadaan hutan di kawasan gunung ini terlalu tebal. Udaranya pula terlalu sejuk. Nyamuk dan serangga halus bermaharajalela di sini. Badanku menggigil dan berasa gatal-gatal.

Keadaan yang kurang selesa ini menyebabkan aku sentiasa mencuba untuk mencari jalan keluar. Untuk berpatah balik, jaraknya agak jauh. Sekiranya aku menunggu kawan-kawanku di sini, beberapa jam lagi, hari akan bertukar malam. Kemungkinan untuk aku berjumpa dengan mereka semakin tipis. Langit pula kelihatan gelap menandakan hujan lebat akan turun pada bila-bila masa. Bimbang juga rasanya kerana aku terlupa membawa baju yang berlebihan dan tentu aku akan basah kuyup.

Tiba-tiba, suatu idea menerjah dalam benakku. Aku tahu bahawa aku mesti mencuba sedaya upaya untuk menghampiri mana-mana sungai yang berdekatan. Sungai dapat membekalkan sumber air dan aku tidak perlu risau tentang kehausan. Aku menguatkan semangat aku lalu menjelajah hutan untuk mencari sungai.

Kegelapan menutupi hutan itu. Perasaanku semakin kecut. Aku berasa bimbang akan dibaham oleh binatang-binatang buas ataupun terserempak dengan sesuatu yang tidak kuingini. Aku berdoa dalam hati kecilku agar dapat keluar dari hutan ini dengan selamat. Aku bernasib baik kerana selepas beberapa jam, aku berjaya mencari sebatang sungai yang kelihatan jernih dan bersih. Walau bagaimanapun seluruh tubuhku basah kerana aku banyak berpeluh. Perutku terasa sangat lapar dan tekakku kering dan dahaga. Dengan segera, aku mengeluarkan bekalan yang aku bawa daripada beg galas lalu terus menyumbatnya ke dalam mulut. Hilang rasa kelaparan dan kehausanku dengan serta merta.

Tanpa membuang masa, aku terus mengumpulkan ranting, dahan kayu dan dedaun kering untuk dijadikan unggun api. Tujuannya adalah untuk menghindarkan nyamuk

Page 5: Cerita MENCEMASKAN

dan binatang buas, di samping memanaskan badan aku pada waktu malam nanti. Tanpa kusedari, hari sudah bertukar menjadi malam dan seluruh badanku berasa letih. Aku bingkas membentangkan tikar berdekatan dengan unggun api lalu membaringkan tubuhku di atas tikar tersebut. Sebelum aku tidur, aku berdoa agar bantuan segera tiba dan siang cepat menjelma.Aku tidak pasti entah bila aku terlelap. Sedar-sedar, mentari menyingsingkan cahayanya. Badanku lebam akibat gigitan nyamuk pada seluruh badanku. Walau bagaimanapun, aku berasa gembira kerana keadaan hutan yang gelap menjadi terang semula.

Tiba-tiba, aku terdengar namaku dipanggil berterus-terusan. Aku memekap telinga untuk memastikan siapakah yang memanggil namaku. Rupa-rupanya, mereka ialah kawan-kawanku bersama-sama dengan beberapa anggota polis yang sedang berjalan ke arahku aku. Aku berasa gembira dan berlari untuk mendapatkan mereka. Kami berpeluk-pelukan. Aku tidak tahu apakah yang harus aku katakan. Terlalu gembira perasaanku.

Kini aku telah berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari hutan. Guru-guruku dan semua peserta perkhemahan termasuk ahli keluargaku menarik nafas lega. Mereka mengatakan namaku telah terpapar di media massa. Mereka telah membuat liputan tentang kehilanganku. Aku berjanji bahawa aku tidak akan leka dan cuai lagi pada masa hadapan. Namun, pengalaman ini tidak akan melemahkan semangatku untuk mengikuti aktiviti seperti ini pada masa hadapan.