Cerita Nabi Yunus Ditelan Ikan

5
TAJUK : NABI YUNUS DITELAN IKAN ASSALAMUALAIKUM W.B.T. SAYA HANIS NASUHA BT. SHAHRIL ZAIDI DARI KELAS 2 ABU BAKAR AKAN MENYAMPAIKAN SEBUAH CERITA YANG BERTAJUK ‘ NABI YUNUS DITELAN IKAN. Ceritanya begini…….. Nabi Yunus tinggal di dalam sebuah kota. Nama kota itu ialah Kota Ninawa. Penduduknya hidup dalam keadaan mewah dan sangat sombong dengan kekayaan mereka. Mereka sentiasa menyembah berhala dan tidak beriman kepada Allah SWT. Nabi Yunus sangat marah dengan sikap kaumnya yang degil, suka membunuh dan sentiasa menyembah berhala. Oleh itu, Nabi

Transcript of Cerita Nabi Yunus Ditelan Ikan

Page 1: Cerita Nabi Yunus Ditelan Ikan

TAJUK : NABI YUNUS DITELAN IKAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

SAYA HANIS NASUHA BT. SHAHRIL ZAIDI DARI KELAS 2 ABU BAKAR AKAN MENYAMPAIKAN SEBUAH CERITA YANG BERTAJUK

‘ NABI YUNUS DITELAN IKAN.

Ceritanya begini……..

Nabi Yunus tinggal di dalam sebuah kota. Nama

kota itu ialah Kota Ninawa. Penduduknya hidup

dalam keadaan mewah dan sangat sombong

dengan kekayaan mereka. Mereka sentiasa

menyembah berhala dan tidak beriman kepada

Allah SWT.

Nabi Yunus sangat marah dengan sikap kaumnya

yang degil, suka membunuh dan sentiasa

menyembah berhala. Oleh itu, Nabi Yunus

mengambil keputusan untuk meninggalkan Kota

Ninawa.

Page 2: Cerita Nabi Yunus Ditelan Ikan

Ini kerana Baginda berasa baginda telah selesai

dalam urusan menyampaikan dakwahnya .

Tambahan pula , kaum-kaumnya masih lagi

berdegil tidak mahu menyembah Allah S.W.T.

Tanpa menoleh ke belakang lagi, Nabi Yunus terus

berjalan, berjalan dan berjalan hingga sampai di

tepi laut. Di tepi laut baginda ternampak sebuah

kapal yang sedang bersiap sedia untuk berlayar.

Nabi Yunus pun meminta kebenaran untuk

menyertai pelayaran itu. Tidak lama kemudian,

kapal itu pun berlayar membawa Nabi Yunus dan

penumpang-penumpang yang lain.

Tiba-tiba, berlakulah taufan yang amat

dashyat hingga hampir menenggelamkan

kapal tersebut……

Page 3: Cerita Nabi Yunus Ditelan Ikan

Demi untuk keselamatan mereka , penumpang-

penumpang di atas kapal pun berpakat membuat

undian. Sesiapa yang terkena undian tersebut akan

dicampakkan ke dalam laut.

Setelah membuat undian, nama Nabi Yunus yang

terkena undian. Oleh kerana Nabi Yunus terkenal

sebagai seorang yang soleh, maka undian

dilakukan sekali lagi. Malangnya , setiap kali

undian dilakukan, nama Nabi Yunus juga yang

terkena.

Oleh yang demikian, Nabi Yunus membuat

keputusan untuk terjun ke dalam laut dengan rela

hati. Lalu Nabi Yunus pun terjun ke dalam laut.

Allah swt Maha penyayang dan Maha Pengasih.

Lalu Allah swt mengutuskan seekor ikan Nun yang

besar untuk menelannya. Selesai sahaja Nabi

Page 4: Cerita Nabi Yunus Ditelan Ikan

Yunus ditelan ikan nun, laut pun kembali menjadi

tenang.

Maka , ketahuilah Nabi Yunus kenapa baginda

telah ditelan ikan Nun. Nabi Yunus pun duduklah

di dalam perut ikan Nun dengan tenang sambil

berzikir dan beristighfar memuja dan memuji

kebesaran Allah atas peristiwa itu. Dengan

Perintah Allah S.W.T, ikan Nun pun terdampar di

sebuah pantai. Nabi Yunus pun dari perut ikan Nun

tersebut dan menuju kepada kaum-kaumnya

semula. Allah s.w.t telah memerintahkan Nabi

Yunus supaya berdakwah kepada kaumnya

semula. SEKIAN TERIMA KASIH.

PENGAJARAN YANG SAYA PEROLEHI

DARIPADA CERITA INI IALAH ALLAH SWT

BOLEH MELAKUKAN APA SAHAJA YANG

Page 5: Cerita Nabi Yunus Ditelan Ikan

DIKEHENDAKINYA WALAUPUN PERKARA

TERSEBUT TIDAK DAPAT DITERIMA AKAL.