CERPEN 1

5
Cerpen : Tetamu Di Tengah Malam 2 September 2015 Oleh: Nana Leyna Asyira menggosok-gosok mata yang sudah merah tetapi masih degil untuk terpejam. Dia mencapai remote control lalu mencari siaran yang menarik untuk ditonton. Bosan betul tiada sesiapa di rumah malam ini untuk menemaninya. Petang tadi semua ahli keluarga Asyira berangkat ke rumah Ayah Chik di Marang, Terengganu kerana kenduri kahwin Kak Zira akan berlangsung dua hari lagi. Dia tidak dapat ikut serta memandangkan perlawanan bola jaring akan diadakan pada keesokan hari. Rasa bersalah juga sebab dia sangat rapat dengan Kak Zira dan sudah berjanji untuk jadi pengapit di hari bahagia Kak Zira. Tuk! Tuk! Tuk!! Ketukan di pintu bertalu-talu kedengaran. Asyira menoleh ke pintu. Hisy! Siapa lagi yang berkunjung ke rumah orang lewat-lewat malam macam ni? Hatinya membebel. Dengan malas, Asyira bangun menuju ke pintu. Tombol pintu dipulas. Pintu dikuak sedikit. Sepi. Asyira menjenguk ke luar rumah. Tiada sesiapa pun. Dadanya sedikit berdebar. Terasa sesuatu yang mempermainkannya. Kucing kot Asyira menyedapkan hati. Dia mengundur beberapa tapak ke belakang untuk menutup pintu. Tiba-tiba angin kuat menerobos masuk, menerpa wajah dan rambutnya. Jantungnya berdegup laju. Dengan pantas tangannya menghempas pintu lalu mengunci. Asyira bersandar di pintu dengan nafas turun naik. Dia memegang dada yang berombak ganas. Entah dari mana datangnya angin itu. Mula-mula ketukan di pintu, kemudian muncul pula angin yang muncul tiba-tiba. Ada apa sebenarnya? Hatinya berteka-teki. Baru sahaja dia membuka langkah menuju ke sofa, ketukan di pintu kembali kedengaran. Bulu romanya tegak. Seram sejuk dirasainya. Nak buka ke tak? Dia serba salah. Dia menuju semula ke pintu. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kalau orang, mesti bagi salam atau bersuara. Takkan orang bisu yang datang malam- malam ni? Dia berfikir sejenak ketika hendak membuka kunci pintu. Asy Kedengaran suara seseorang memanggil namanya di luar rumah. …” Macam suara Kak Zira! Asyira terkejut. Dia pantas membuka pintu.

description

TETAMU DI TENGAH MALAM

Transcript of CERPEN 1

Page 1: CERPEN 1

Cerpen : Tetamu Di Tengah Malam

2 September 2015

Oleh: Nana Leyna

Asyira menggosok-gosok mata yang sudah merah tetapi masih degil untuk terpejam. Dia

mencapai remote control lalu mencari siaran yang menarik untuk ditonton. Bosan betul tiada

sesiapa di rumah malam ini untuk menemaninya.

Petang tadi semua ahli keluarga Asyira berangkat ke rumah Ayah Chik di Marang, Terengganu

kerana kenduri kahwin Kak Zira akan berlangsung dua hari lagi. Dia tidak dapat ikut serta

memandangkan perlawanan bola jaring akan diadakan pada keesokan hari. Rasa bersalah juga

sebab dia sangat rapat dengan Kak Zira dan sudah berjanji untuk jadi pengapit di hari bahagia

Kak Zira.

Tuk! Tuk! Tuk!!

Ketukan di pintu bertalu-talu kedengaran. Asyira menoleh ke pintu. Hisy! Siapa lagi yang

berkunjung ke rumah orang lewat-lewat malam macam ni? Hatinya membebel. Dengan malas,

Asyira bangun menuju ke pintu.

Tombol pintu dipulas. Pintu dikuak sedikit. Sepi. Asyira menjenguk ke luar rumah. Tiada

sesiapa pun. Dadanya sedikit berdebar. Terasa sesuatu yang mempermainkannya.

Kucing kot… Asyira menyedapkan hati. Dia mengundur beberapa tapak ke belakang untuk

menutup pintu. Tiba-tiba angin kuat menerobos masuk, menerpa wajah dan rambutnya.

Jantungnya berdegup laju. Dengan pantas tangannya menghempas pintu lalu mengunci.

Asyira bersandar di pintu dengan nafas turun naik. Dia memegang dada yang berombak ganas.

Entah dari mana datangnya angin itu. Mula-mula ketukan di pintu, kemudian muncul pula angin

yang muncul tiba-tiba. Ada apa sebenarnya? Hatinya berteka-teki.

Baru sahaja dia membuka langkah menuju ke sofa, ketukan di pintu kembali kedengaran. Bulu

romanya tegak. Seram sejuk dirasainya. Nak buka ke tak? Dia serba salah. Dia menuju semula

ke pintu. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kalau orang, mesti bagi salam atau bersuara.

Takkan orang bisu yang datang malam-malam ni? Dia berfikir sejenak ketika hendak membuka

kunci pintu.

“Asy…” Kedengaran suara seseorang memanggil namanya di luar rumah.

Page 2: CERPEN 1

“Macam suara Kak Zira!” Asyira terkejut. Dia pantas membuka pintu.

Betul! Memang Kak Zira. Asyira terperanjat melihat Kak Zira berdiri di depan pintu rumahnya

sambil berpeluk tubuh seolah-olah kesejukan. Badan Kak Zira sedikit menggigil. Wajahnya

sedikit menunduk dan dilindungi rambut yang panjang mengurai. Tetapi dia kenal itu Kak Zira.

“Apa dah jadi ni, Kak Zira? Kenapa Kak Zira datang sini? Semua orang kan berkumpul kat

rumah Ayah Chik sekarang?” Asyira pantas menyoal sambil memegang bahu Kak Zira. Eh!

Baju Kak Zira basah! Asyira melihat pakaian Kak Zira. Basah lencun tetapi tiada setitik pun air

menitis ke lantai.

“Asy… tolong Kak Zira…” Kak Zira bersuara lirih seperti sedang menangis.

“Dahlah, jom kita masuk dalam dulu. Kak Zira tukar baju kat bilik Asy. Nanti Asy bagi baju salin

kat Kak Zira.” Ujar Asyira. Dia memimpin tangan Kak Zira masuk ke dalam rumah. Tangannya

sejuk dan menggigil.

Sementara menunggu Kak Zira menukar pakaian, Asyira menuju ke dapur. Dia membancuh

secawan milo panas untuk Kak Zira. Sambil itu otaknya ligat berfikir bagaimana Kak Zira boleh

sampai ke rumahnya yang berlainan negeri ini? Tak nampak pun kereta atau teksi yang dinaiki

Kak Zira.

Tutt… Tutt…

Telefon bimbit Asyira yang berada di atas meja kopi di ruang tamu bergetar. Asyira

meninggalkan dapur dan berjalan pantas untuk menjawab panggilan. Tiba-tiba Kak Zira muncul

dan terlebih dahulu mencapai telefon bimbitnya. Dia terperanjat seketika.

“Maaf, ya. Kak Zira yang silap call Asy. Nak call kawan tadi.” Ujar Kak Zira dengan senyuman

yang nampak berbeza dari sebelum ini. Asyira sedikit hairan.

“Err… tak apalah kalau macam tu. Ni kenapa Kak Zira tak tukar baju lagi?” Asyira bertanya

apabila melihat Kak Zira masih mengenakan baju yang sama.

“Baju ni dah nak kering.” Balas Kak Zira dan tersenyum lagi.

“Jomlah minum dulu. Sambil tu, Kak Zira cerita kat Asy macam mana Kak Zira boleh sampai ke

sini dengan baju basah semua ni.” Asyira menarik tangan Kak Zira menuju ke meja makan.

Anehnya tangan Kak Zira masih kesejukan dan menggigil.

Page 3: CERPEN 1

Asyira mencuri pandang ke wajah Kak Zira yang sedang menghirup milo panas. Tiba-tiba wajah

itu dipenuhi darah pekat yang mengalir. Biji matanya hampir terobek keluar.

“Aaarrgghhh…!!!” Asyira menjerit lalu bingkas bangun mengundur ke belakang.

“Eh, kenapa ni Asy?” Kak Zira meletakkan cawannya di atas meja lalu memandang wajah

Asyira.

Asyira kembali tersedar. Nafasnya turun naik. Dia memandang wajah Kak Zira. Macam biasa.

Tetap cantik. Wajahnya bersih. Tiada langsung kesan darah. Begitu juga matanya yang terletak

elok. Mungkin dia sudah terlalu mengantuk sampai tersilap pandang. Dia duduk semula.

“Okey, sekarang Kak Zira beritahu Asy macam mana Kak Zira sampai ke sini? Siapa yang

hantar Kak Zira?” Soal Asyira sambil memandang Kak Zira.Kak Zira menghela nafas.

“Asy…, Abang Kimi ada perempuan lain. Dia curang dengan Kak Zira…” Kak Zira mula

menangis.

“Ada perempuan lain? Takkan la kot.” Asyira terkejut. Mustahil Abang Kimi ada orang lain

sedangkan dua hari lagi mereka akan bernikah.

“Tadi Kak Zira pergi jumpa dia. Kak Zira tanya siapa Diana yang call Kak Zira, marah-marah

Kak Zira. Dia cakap tak kenal. Bila Kak Zira paksa, dia mengaku perempuan tu kekasih dia.

Mereka dah kenal lima bulan. Kak Zira tak boleh terima bila dia minta maaf. Kak Zira minta dia

hantar Kak Zira balik. Kak Zira nak beritahu kat semua orang. Lepas tu, dia berhenti kereta kat

tasik. Dia tolak Kak Zira. Dia tikam muka Kak Zira. Dia tolak Kak Zira masuk dalam tasik… Kak

Zira sakit… Tolong Kak Zira, Asy…” Dengan tangisan yang panjang, Kak Zira memegang

tangan Asyira, mengharapkan bantuan.

Asyira kaget. Mukanya pucat lesi. Seram rasanya dengar penjelasan Kak Zira. Bulu romanya

kembali tegak. Tangannya makin lama digenggam erat.

“A..apa yang Kak Zira cakap ni?” Asyira bertanya sambil menarik semula tangannya.

Tiba-tiba ketukan di pintu kedengaran diiringi suara orang lelaki memberi salam. Sesekali

namanya dipanggil.

“Kejap ye, Kak Zira.” Asyira bingkas bangun menuju ke pintu. Sempat dia menjeling jam di

dinding. Pukul dua pagi. Ya Allah… ada lagi yang datang. Desis hatinya.

Page 4: CERPEN 1

Tombol pintu dipulas. Asyira menguak daun pintu. Kelihatan Abang Mat berdiri terpacak di

depan pintu rumahnya.

“Eh, Abang Mat. Ada apa?” Asyira menyoal abang sepupunya yang tinggal tidak jauh dari

rumahnya.

“Kak Zira…” Abang Mat tidak dapat menghabiskan kata-kata. Mukanya tampak sedih.

“Kenapa dengan Kak Zira? Dia ada kat dalam.” Asyira membalas.

“Apa Asy cakap ni? Kak Zira mati dibunuh! Orang jumpa mayatnya kat dalam tasik. Baru tadi

ayah Asy call suruh bawa Asy ke rumah Ayah Chik. Dia call tapi Asy tak angkat. Dah, jomlah.

Nanti takut tak sempat. Jauh tu.” Kata-kata Abang Mat membuatkan Asyira menggeletar.

Asyira menoleh ke belakang. Tak ada! Ruang dapur kosong! Asyira berlari menuju ke meja

makan. Dilihatnya air milo panas masih berasap di dalam cawan. Masih penuh secawan! Ya

Allah… jangan-jangan itu… Dia pantas beristighfar.

Telefon bimbit dicapai. Satu panggilan tak dijawab daripada ayah. Asyira teringatkan sesuatu.

“Maaf, ya. Kak Zira yang silap call Asy. Nak call kawan tadi.” . Nampaknya Kak Zira sengaja

tidak mahu dia menjawab panggilan itu kerana mahu memberitahunya kisah sebenar.

“Abang Mat! Jom kita pergi sekarang. Asy tahu siapa bunuh Kak Zira!” Asyira mencapai tudung

lalu berlari keluar.

“Hah?” Abang Mat kehairanan.

“Dahlah, jom, jom!” Asyira pantas masuk ke dalam kereta.

Sebelum kereta bergerak pergi, Asyira menangkap satu susuk tubuh berdiri di tepi pokok

kekabu berhampiran rumahnya. Kak Zira tersenyum sambil melambai ke arahnya. Lambaian itu

seolah-olah lambaian selamat berjaya. Asyira menggigil lantas memejam mata. Dia membaca

beberapa surah yang sering diamalkan.

*****

Jenazah Kak Zira dikebumikan keesokan harinya. Mujurlah mayatnya ditemui sekumpulan anak

muda yang datang untuk memancing di tasik. Keadaan mayatnya cukup menyayat hati. Sama

seperti apa yang dilihatnya ketika Kak Zira ‘datang’ ke rumahnya semalam. Patutlah dia

kebasahan.

Page 5: CERPEN 1

Asyira menceritakan semua yang berlaku kepada kaum keluarga dan sanak saudaranya

tentang perkara yang sebenarnya berlaku. Berdasarkan apa yang diceritakannya, pihak polis

berjaya menemui sebilah pisau di dalam kereta Abang Kimi yang dipercayai digunakan untuk

menikam Kak Zira pada malam kejadian. Abang Kimi diheret ke penjara.

“Kak Zira…, Asy rindukan Kak Zira. Asy sayangkan Kak Zira. Asy harap Kak Zira akan tenang

di sana. Pembunuh Kak Zira dah ditangkap. Dia akan dapat balasan yang setimpal.” Tutur

Asyira perlahan ketika melawat pusara Kak Zira sebelum pulang.

Ketika melalui pusara lain, mata Asyira tertancap pada sesusuk tubuh yang dikenalinya. Gadis

berkurung putih itu tersenyum ke arahnya. Asyira membalas senyumannya sebelum melangkah

pergi. Tenanglah kau di sana, Kak Zira!