Cerpen : 20 APRIL 2004

13
8/14/2019 Cerpen : 20 APRIL 2004 http://slidepdf.com/reader/full/cerpen-20-april-2004 1/13 Cerpen : 20 April 2004 20 April 2004, 8.30 malam.Tarikh ini aku bergelar isteri. Kalau suatu ketika dulu impian aku untuk mendirikan rumahtangga sebelum usia menjangkau 25 tahun, kini impianku tercapai tatkala usiaku baru 24 tahun 7 bulan. Walaupun bagi orang lain hari perkahwinan merupakan hari paling bertuah dalam hidup tetapi aku punya penafsiran tersendiri. Mungkin kerana apa yang aku alami membuatkan aku takut untuk melalui hari depanku yang kini bergelar seorang isteri. Hakikat tanggungjawab isteri sememangnya telah lama aku ketahui tetapi keenggannan abang menerima kehadiranku membuatkan aku teringat satu lagi impianku dulu. Aku ingin memilih orang yang menyayangiku bukan orang yang aku sayang. Cuma impianku itu tinggal kenangan. Itulah ketentuan dari-Nya. Tak semua impian akan jadi kenyataan kerana sesungguhnya Dia-lah perancang terbaik dan Dia-lah yang mengetahui sesuatu yang terbaik untuk hambaNya. Tetapi terlintas juga di fikiran  bagaimana aku akan menghadapi semuanya. Berapa lama agaknya tempoh yang akan abang ambil untuk menerima kehadiran aku. Itulah satu-satunya persoalan yang muncul sebaik sahaja abang ucapkan kata-kata ini,"Meskipun kita dah disatukan tapi Ina kena tahu satu perkara, saya belum boleh terima kehadiran Ina. Semua nie berlaku terlalu pantas dan saya cuma tak mahu menghampakan harapan kedua ibubapa saya. Mungkin Ina terlalu istimewa di hati mereka tapi tidak pada saya. Ina ada hak untuk marah dengan tindakan saya tapi ia takkan merubah atau melembutkan hati saya. Kalau Ina rasa Ina nak beritahu pada mak dan ayah Ina, saya takkan menghalang. Tapi saya rasa Ina sendiri tahu apa akibatnya nanti, so lebih elok kalau Ina terima semuanya memandangkan Ina yang dah terima lamaran ibu dan ayah saya. Ina boleh buat apa sahaja yang Ina suka selagi tak melanggar hukum syaraq. Saya takkan ambil peduli dan jangan minta apa-apa bantuan dari saya. Anggap saja saya tak pernah wujud dalam hidup Ina. Mulai malam nie kita tidur berasingan. Katil nie hak Ina, biar saya tidur bawah." sayu rasa hati bila ingatkan kata-kata abang. Walaupun dah hampir 6 bulan usia perkahwinan kami, abang masih macam dulu. Kadang kala aku rasa seolah aku tidak pernah bergelar isteri. Sebaik masuk ke rumah ini dulu, abang terus menunjukkan bilikku yang terletak berhampiran biliknya. Aku terpaksa

Transcript of Cerpen : 20 APRIL 2004

Page 1: Cerpen : 20 APRIL 2004

8/14/2019 Cerpen : 20 APRIL 2004

http://slidepdf.com/reader/full/cerpen-20-april-2004 1/13

Cerpen : 20 April 2004

20 April 2004, 8.30 malam.Tarikh ini aku bergelar isteri. Kalau suatu ketika dulu impian

aku untuk mendirikan rumahtangga sebelum usia menjangkau 25 tahun, kini impianku

tercapai tatkala usiaku baru 24 tahun 7 bulan. Walaupun bagi orang lain hari perkahwinan

merupakan hari paling bertuah dalam hidup tetapi aku punya penafsiran tersendiri.

Mungkin kerana apa yang aku alami membuatkan aku takut untuk melalui hari depanku

yang kini bergelar seorang isteri. Hakikat tanggungjawab isteri sememangnya telah lama

aku ketahui tetapi keenggannan abang menerima kehadiranku membuatkan aku teringat

satu lagi impianku dulu. Aku ingin memilih orang yang menyayangiku bukan orang yang

aku sayang. Cuma impianku itu tinggal kenangan. Itulah ketentuan dari-Nya. Tak semua

impian akan jadi kenyataan kerana sesungguhnya Dia-lah perancang terbaik dan Dia-lahyang mengetahui sesuatu yang terbaik untuk hambaNya. Tetapi terlintas juga di fikiran

 bagaimana aku akan menghadapi semuanya.

Berapa lama agaknya tempoh yang akan abang ambil untuk menerima kehadiran

aku. Itulah satu-satunya persoalan yang muncul sebaik sahaja abang ucapkan kata-kata

ini,"Meskipun kita dah disatukan tapi Ina kena tahu satu perkara, saya belum boleh

terima kehadiran Ina. Semua nie berlaku terlalu pantas dan saya cuma tak mahu

menghampakan harapan kedua ibubapa saya. Mungkin Ina terlalu istimewa di hati

mereka tapi tidak pada saya. Ina ada hak untuk marah dengan tindakan saya tapi ia takkan

merubah atau melembutkan hati saya. Kalau Ina rasa Ina nak beritahu pada mak dan ayah

Ina, saya takkan menghalang. Tapi saya rasa Ina sendiri tahu apa akibatnya nanti, so lebih

elok kalau Ina terima semuanya memandangkan Ina yang dah terima lamaran ibu dan

ayah saya. Ina boleh buat apa sahaja yang Ina suka selagi tak melanggar hukum syaraq.

Saya takkan ambil peduli dan jangan minta apa-apa bantuan dari saya. Anggap

saja saya tak pernah wujud dalam hidup Ina. Mulai malam nie kita tidur berasingan. Katil

nie hak Ina, biar saya tidur bawah." sayu rasa hati bila ingatkan kata-kata abang.

Walaupun dah hampir 6 bulan usia perkahwinan kami, abang masih macam dulu. Kadang

kala aku rasa seolah aku tidak pernah bergelar isteri. Sebaik masuk ke rumah ini dulu,

abang terus menunjukkan bilikku yang terletak berhampiran biliknya. Aku terpaksa

Page 2: Cerpen : 20 APRIL 2004

8/14/2019 Cerpen : 20 APRIL 2004

http://slidepdf.com/reader/full/cerpen-20-april-2004 2/13

terima segalanya walaupun ia terlalu pahit dan sesekali menyiksa hati ini. Aku terpaksa

  berlakon setiap kali ibu dan ayah abang datang juga setiap kali mak dan abahku

menjengah dari kampung. Itulah saat yang cukup tertekan bagiku kerana terpaksa

 berbohong dengan orang tuaku. Apapun aku cuba untuk meyakinkan meraka yang aku

 bahagia di samping abang. Dan itulah juga yang aku harapkan meskipun ia tidak muncul

sekarang nie. Aku cukup berat hati untuk bercerita bila kawan-kawan sepejabat bertanya.

Jika jawapannya terlalu payah untuk kuberikan, aku hanya tersenym sekaligus menutupp

kedukaan hati. Melihat orang lain gembira, aku jadi cemburu kerana aku tak pernah

gembira seperti mereka. Kalau orang lain, minggu pertama perkahwinan mereka pastinya

akan dihabiskan dengan berbulan madu tapi aku ditinggal sendirian di rumah sedang

abang keluar meneruskan tugas di pejabatnya. "Kalau sesiapa bertanya pandai-pandailah

Ina jawab. Ina faham maksud saya kan ? " pesanan abang sebelum meninggalkan aku

sendirian masih kuingat sehingga kini. Malah sekarang nie pun aku kerap melindungi

 perbuatannya pada tetamu yang datang.

Dua bulan lepas misalnya, mak dan abah muncul di depan rumah kami secara mengejut.

Mereka tak mahu menyusahkan aku katanya. Mujur aku pulang awal dari pejabat petang

itu. Selalunya aku akan sampai dalam pukul 7.00 malam tetapi hari itu aku sampai lima

minit awal dari mak dan abanh ketika jam menunjukkan ke angka 5.30 petang. "Kau

sorang aje kat rumah? Abang kau mana? " abah bertanya. "Belum balik lagi bah.

Sekarang nie dia sibuk. Selalu balik lewat malam." aku cuba untuk tidak berbohong tanpa

menimbulkan sebarang syak pada mak dan abah.Sehingga jam 11.00 malam abah

menunggu kepulangan abang. Nak berborak kata abah. Abang dan abah memang serasi.

Pantang berjumpa, ada sahaja yang dibualkannya. Itulah yang mengembirakan aku

 berkenaan dengan diri abang. Abang tak pernah menyakitkan hati mak dan abah apa lagi

ibu dan ayahnya sendiri. Kerana menjaga hati orang tualah abang akan berpura-pura

menyayangi aku dan kehadiran mereka membuatkan abang terpaksa membenarkan aku

tidur di biliknya." Ina boleh tidur atas katil, biar saya tidur bawah." Abang tak pernah

 berkasar denganku. Suaranya tak pernah tinggi. "Ini katil abang, hanya abang yang

 berhak tidur kat sini. Ina hanya menumpang, biarlah Ina yang tidur bawah."Abang hanya

menggelengkan kepala serentak mengeluarkan sebiji bantal dan selimut dari dalam

Page 3: Cerpen : 20 APRIL 2004

8/14/2019 Cerpen : 20 APRIL 2004

http://slidepdf.com/reader/full/cerpen-20-april-2004 3/13

almari. "Kalau lelaki sanggup tengok wanita yang lemah tidur atas lantai bukan seorang

yang bertanggungjawab namanya." Abang menghormati aku sebangai seorang wanita

tapi bukan sebagai isteri. Aku akur dengan kehendak abang. Seingatku sejak kami

diijabkabulkan, tak pernah sekali pun kami bertengkar. Walaupun banyak pesanan abang

 padaku yang lebih kepada melindungi perbuatannya tetapi mungkin kerana caranya yang

lembut membuatkan aku lebih menurut.

Seawal minggu pertama perkahwinan kami, aku cuba menambat hati abang dengan

memasakkan makanan kegemarannya. Ibu abang yang memberitahuku tentang daging

masak kicap kegemaran abang. Aku cuba lakukan yang terbaik. "Abang nak makan?"

Aku menegur abang sebaik wajahnya muncul di muka pintu. "Saya dah makan dengan

rakan sepejabat tadi." Aku jadi lemah bila dengar kata-kata abang. Aku tak mampu untuk memberitahu abang tentang masakanku. Cuma setelah selesai solat maghrib, abang sedar 

tentang masakanku setelah dia ke dapur mengambil minumannya." Kenapa tak beritahu

saya yang Ina masak ?"Aku hanya diam."Ina dah makan ?" melihat aku tetap diam, abang

mengambil pinggan dan meletakkannya di atas meja. " Ina duduk." Perintah abang aku

turuti. "Saya makan sebab Ina dah masak. Dan saya tahu Ina takkan makan kalau saya tak 

makan." Makanan yang sedia terhidang terus abang jamah. Aku juga menjamah makanan

yang dah sejuk akibat terbiar sejak petang tadi." Saya rasa Ina tak perlulah masak lagi

lepas nie. Saya takkan sempat makan kat rumah memandangkan saya kerap balik lewat

malam. Lagipun saya tak nak menyusahkan Ina." " Tak de apa yang susahnya bang. Ina

dah biasa masak masa duduk dengan kawan- kawan dulu. Lagipun Ina kan isteri abang."

"ISTERI..." abang merenung mataku. Aku jadi sedikit gentar dengan pandangan abang.

"Mungkin bagi Ina tapi tidak pada saya." Abang menyudahkan makanannya. "Lain kali

kalau saya tak suruh masak jangan masak. Masak untuk Ina sorang cukuplah.". Di saat

itu, aku betul- betul sedih. Cuma aku kuatkan hati untuk tidak menangis. Andai aku

menangis bermakna aku kalah, aku lemah dengan apa yang abang buat. Itu bukan prinsip

yang aku pegang. Meskipun aku tahu perkahwinan kami tidak pernah mendapat restu

abang tetapi aku percaya satu hari nanti abang akan dapat menerima kehadiranku. Kalau

kita dah tersilap dalam memilih pasangan hidup tak bermakna kita tak boleh hidup

 bahagia. Bak kata pepatah yang pernah aku dengar dulu, nasi yang dah jadi bubur still

Page 4: Cerpen : 20 APRIL 2004

8/14/2019 Cerpen : 20 APRIL 2004

http://slidepdf.com/reader/full/cerpen-20-april-2004 4/13

 boleh jadi sedap jika kita pandai mengolahnya. Misalnya jadikan ia bubur lambok. Itulah

yang aku akan lakukan ke atas rumahtangga kami. Cuma sesekali aku akan rasa sedikit

sunyi dan terkilan dengan apa yang aku alami kini.

Dulu aku sentiasa menegaskan bahawa wanita takkan mampu hidup tanpa lelaki. Secara

amnya, wanita memerlukan kehadiran lelaki untuk bergantung tak kiralah lelaki itu

ayah,abang,adik atau lebih utamanya suami. Dan tika ini apa yang aku katakan itu tak 

 pernah jadi kenyataan ke atasku. Seperti janji abang dulu, abang sememangnya tidak 

 pernah bertanya tentang apa jua yang aku buat. Baik daripada soal kerja dan dengan siapa

aku balik. Abang memberi kepercayaan penuh kepadaku. Atau mungkin dia

sememangnya tidak mahu tahu langsung denagan apa yang aku buat. Tentang itu aku tak 

 pasti kerana riak dan prilaku abang tak pernah menunjukkan apa- apa makna. Aku cukupsukar untuk mentafsir apa yang abang buat sehingga ada kalanya aku tak dapat

menangkap maksud di sebalik kata-katanya yang lembut dan berkias."Ina dah minum ? "

 pernah suatu ketika abang bertanya kepadaku yang leka menonton berita. "Dah. Petang

tadi." Aku menjawab ringkas."Malam nie tak minum lagi ke? " Aku hairan dengan

 pertanyaan abang. "Tak pelah, saya tanya saja" Abang berlalu. Sedar tak sedar bila abang

duduk kembali di sebelahku. Segelas susu berada dalam genggamannya. Barulah aku

sedar kenapa abang tanya aku dah minum atau belum. Saat itu tak terkeluar langsung

kata-kata maaf dariku untuk abang. Abang pula tak langsung menunjukkan reaksi marah.

Pelik juga bila aku fikirkan balik dengan apa yang kami lakukan. Seakan tiada hubungan

langsung antara kami. Sebagai suami isteri sememangnya jauh sekali terutama bila abang

mengambil keputusan untuk tidak menyentuhku sejak hari perkahwinan kami. Kalau nak 

dikatakan hubungan kawan tak juga kerana abang tak mahu tahu langsung apa yang aku

lakukan dan apa yang berlaku ke atasku. Sebagai musuh tentu sekali tidak kerana kami

tak pernah bertengkar. Rumit untuk aku menerangkan segalanya. Yang pastinya aku suka

tengok wajah abang. Bila aku tertekan dengan kerja di pejabat, beban itu akan hilang bila

aku lihat wajah abang. Lebih gembira lagi kalau abang sudi berbual dengan aku. Rasa

cukup bertuah jika abang mahu menegur aku. Paling tidak pun dia hanya tersenyum

sedikit sebelum masuk ke dalam bilik bacaannya.

Page 5: Cerpen : 20 APRIL 2004

8/14/2019 Cerpen : 20 APRIL 2004

http://slidepdf.com/reader/full/cerpen-20-april-2004 5/13

Kerana mempertahankan apa yang abang pernah katakan dulu, aku sememangnya tak 

 pernah mendapat bantuan dari abang. "Hello, Abang yea ? Ina nie.." "Kenapa telefon

malam-malam nie ?" "Ina kat Estin Hotel nie. Tadi ada dinner. Sorry sebab tak beritahu

abang dulu. Ina nak minta tolong abang sikit boleh tak ? ""Kalau nak minta saya jemput

Ina, sorrylah coz saya malas nak keluar. Ina naik teksi sajalah. Kalau tak dapat teksi tidur 

aje kat hotel tue." Tuttttttttt...... abang meletakkan ganggang telefon tanpa sempat aku

 berkata sepatah pun. Mudahnya abang membuat kata putus. Tak pernah langsung abang

memikirkan soal keselamatan aku. Aku termanggu sendirian memikirkan tindakan abang.

Mujur malam itu banyak teksi membuatkan penantianku tidak lama. Sesampainya di

rumah, abang masih leka menonton tv. "Saya tak jemput pun, Ina sampai juga kan. Lain

kali janganlah minta tolong dari saya sebab Ina pun masih ingat dengan apa yang saya

katakan dulukan ? " Aku hanya terdiam. Kenapalah abang buat semua nie. Adakalanya

 perlakuan abang benar-benar menghiris hatiku. Mujurlah hatiku senang dipujuk. Aku

 belajar sesuatu tentang abang. Abang tetap pada pegangan dan pendirian dia. Kerana

abang aku belajar untuk berdiri di atas khaki sendiri. Aku tak boleh mengharapkan abang

kerana abang takkan membantuku. Sejak kejadian itu aku lebih banyak membuat

keputusan sendiri. Namun tanggungjawab aku pada abang sebagai isteri tak pernah

kuabaikan. Aku tetap memberitahu abang walau ke mana dan apa jua aktivitiku. Dan

abang pastinya tak pernah menghalang. Sebelah malam sebolehnya aku berada di rumah

lebih dulu dari abang. Sejak kejadian abang meminta air dengan kata- kata kiasan, aku

faham sendiri dengan kehendak abang. Segelas susu pasti menjadi minuman wajib

sebelum abang masuk tidur. Dan abang tak keberatan minum air susu hasil tanganku.

Diariku yang penuh dengan catatan dan luahan hati kututup. Banyak kisah menarik dan

suka duka hidupku yang tercatat di dalamnya. Sejak dulu lagi aku dah menyimpannya.

Mungkin telah hampir lima tahun usianya. Maklumlah sejak aku menjejakkan kaki ke

universiti, memulakan pekerjaan dan kini telah berumah tanggga pula. Laci tempat

kusimpan diari segera kukunci bila aku terdengar hon kereta dibunyikan. "Awal abang

 balik hari ini ?" Aku menghulurkan gelas susu pada abang. "Saya pening kepala sejak 

kebelakangan ini. Banyak betul problem di pejabat." Abang menarik nafas panjang

sebelum meneguk minuman kegemarannya. Aku hanya terdiam bukan kerana tidak 

Page 6: Cerpen : 20 APRIL 2004

8/14/2019 Cerpen : 20 APRIL 2004

http://slidepdf.com/reader/full/cerpen-20-april-2004 6/13

mendengar keluhan abang cuma aku tak tahu apa yang nak aku katakan. "Ceritalah pada

Ina kalau abang rasa ia boleh meringankan beban abang." akhirnya aku bersuara setelah

kami sama-sama diam. "Takpelah...kalau saya cerita pun bukannya Ina faham." Abang

terus berlalu ke bilik tidurnya. Aku hanya mampu menggeleng kepala melihat tindakan

abang. "Kenapa susah sangat abang nak mempercayai Ina ? " keluhan aku hanya berlegar 

di dalam hati. Sejurus selepas itu aku ke bilik bacaan abang. Melihat keadaan berserabut

di sana sini, aku tergerak untuk membersihkannya tambahan pula mata aku tak 

mengantuk . Sedikit demi sedikit buku-buku yang berselerakan itu aku susun kembali ke

tempatnya. Malam berlalu dengan pantas sehingga aku tak sedar waktu tidurku sudah

terlepas. Hanya tinggal beberapa buah buku terakhir, tiba-tiba aku terpandang sekeping

gambar yang terjatuh dari salah satu buku tadi. Terpamer gambar seorang wanita yang

cantik dan ayu. Aku sendiri terpegun melihat kecantikannya. "Mungkinkah..?" aku tak 

mahu menjawab sendiri soalan hatiku. Buku terakhir kuletakkan di tempatnya. Dan

gambar wanita masih berada di tanganku. Aku terus meninggalkan bilik bacaan dan

 bergerak ke bilik tidur selepas itu. Melihat pintu bilik abang tidak rapat aku menjenguk 

ke dalam. Bayang abang tak ada di atas katil. "Mungkin abang ke tandas agaknya."Aku

membuat telahan sendiri. Melihat jam di dinding, aku sedikit terkejut kerana jarum

 pendeknya hampir sampai ke angka 4. Belumpun sampai ke bilikku, terdengar pula bunyi

sesuatu di dapur. Kerana ingin tahu, aku melencong ke dapur pula. Rupanya abang sibuk 

mengacau air. "Abang tak tidur lagi..?" PRRAAANNGG... bunyi gelas pecah

 bergema."Allahuakbar...terkejut saya." Abang mengeluh panjang melihat serpihan kaca

dan air berselerak di lantai. "Maafkan Ina abang. Ina tak bermaksud nak buat abang

terkejut." Abang masih berada di tempatnya. Abang tak boleh bergerak kerana terlalu

 banyak serpihan kaca di kakinya. Dan aku bertindak pantas memungut semua serpihan

tadi. Abang tunduk membantu sama. "Ina pun tak tidur lagi, kenapa?" Abang memandang

aku. "Ina baru siap kemaskan bilik bacaan abang." Abang diam dan aku gembira kerana

abang tak marah. Walaupun sebenarnya aku mengemas bilik dia tanpa meminta

kebenaran terlebih dahulu . Bersih segalanya aku terus bersuara." Abang duduklah dulu.

Biar Ina buatkan air." Abang akur.Entah kenapa malam itu kami sama-sama tak 

mengantuk. Minum bersama abang, aku mengambil kesempatan bertanya tentang gambar 

yang aku jumpa tadi. Abang tak memberi apa-apa reaksi.

Page 7: Cerpen : 20 APRIL 2004

8/14/2019 Cerpen : 20 APRIL 2004

http://slidepdf.com/reader/full/cerpen-20-april-2004 7/13

Walaupun abang tak memberi sebarang pendapat berkenaan wanita itu, aku pasti ada

suatu hubungan antara abang dan dia. "Abang tak nak cerita pasal dia pada Ina?""Untuk 

  buat Ina cemburu ? Untuk tambah beban dalam kepala saya ? ""Bukan macam tue

maksud Ina. Kalau betul abang sukakan dia, apa salahnya." Abang memandangku dengan

 penuh kehairanan. Mungkin abang tak faham maksudku. "Beban abang bertambah kerana

tak dapat memiliki dia kan..? kerana adanya Ina sebagai penghalang. Betul tak..? " Abang

tetap diam. Aku pasti abang mengiakan kata-kataku di dalam hatinya cuma abang tak 

sampai hati nak berterus terang. "Dah 6 bulan kita kahwin. Ina tak punya kesempatan

untuk berbual dengan abang. Tapi malam nie Ina harap dapat luahkan apa yang terbuku di

hati Ina selama nie." aku pandang wajah abang. Mungkin ada reaksi darinya yang tidak 

membenarkan aku terus berbicara. Tapi ternyata tiada." Ina tahu perkahwinan kita tak 

 pernah mendapat persetujuan dari abang. Abang sendiri kata yang abang tak boleh terima

kehadiran Ina. Itu semua Ina terima dengan redha dan harapan Ina satu hari nanti abang

terima juga diri Ina. Tapi setelah 6 bulan berlalu, Ina rasa apa yang kita lakukan sekarang

nie benar-benar tak adil. Tak ada seorang pun di antara kita yang bahagia. Ina rasa

  perkahwinan kita tak memberi apa-apa makna langsung.""So, Ina nak abang

 putuskannya..?" Aku sedikit terkejut. Tak terlintas langsung di fikiranku untuk meminta

cerai. "Bukan itu maksud Ina." Diam sekeitika aku mencari idea terbaik untuk 

mengeluarkan pendapat. "Terus terang Ina katakan yang Ina sayangkan abang. Ina tak 

 pernah marah dengan apa yang abang buat pada Ina selama nie. Ina cuma nak abang

 bahagia. Kalau perkahwinan kita tak boleh bahagiakan hidup abang, kenapa abang tak 

cari calon lain untuk menggantikan tempat Ina..? " Serentak aku tunjukkan gambar yang

tadinya berada di tangan abang. "Dia boleh bahagiakan abang kan..? " Abang hanya

merenung gambar di tanganku. "Abang berkemampuan dari segi zahir dan batin untuk 

memiliki lebih dari seorang isteri. Kenapa abang tak mempergunakannya.?" Abang

memandangku dengan wajah yang cukup sukar untuk kutafsirkan. Mungkin abang

sedang memikirkan kata-kataku. "Ina sedih tengok abang tanggung beban masalah

seorang diri. Tak kiralah masalah kerja atau apa pun. Sepatutnya kita kongsi masalah tue.

Tapi Ina faham keadaan abang yang tak mempercayai Ina. Kalau ada orang lain tentu

abang dapat ringankan masalah tue. Ina cuma nak tengok abang jadi suami yang

 penyayang dan bahagia walaupun bukan untuk Ina." Abang tetap diam. Air yang kutuang

Page 8: Cerpen : 20 APRIL 2004

8/14/2019 Cerpen : 20 APRIL 2004

http://slidepdf.com/reader/full/cerpen-20-april-2004 8/13

ke gelas abang dah habis diteguknya. "Tanggungjawab abang untuk ambil Ina sebagai

isteri sebagaimana janji abang pada ibu dan ayah dah abang laksanakan. Ina tak rasa

mereka akan menghalang. Kalau yea pun Ina akan bantu abang yakinkan mereka." Aku

tunduk seketika. "Ina tetap sayangkan abang dan Ina sentiasa doakan kebahagiaan buat

abang."

Aku dah kehabisan kata-kata tapi abang tetap seperti tadi. Wajah abang tenang seolah-

olah aku tak pernah berbicara apapun padanya."Dah habis cakap..?" Abang diam semula.

"Saya nak tanya Ina satu perkara. Atas alasan apa Ina suruh saya kahwin lagi satu..?"

Abang menanti jawapanku. "Sebab Ina nak abang bahagia. Ina nak abang melalui

kehidapan yang normal seperti pasangan suami isteri lain. Bukan macam kita sekarang

nie.Kalau ada orang bertanya, Ina sendiri tak boleh beri jawapan yang kita suami isteriyang bahagia atau tak." " Ina pasti, saya akan bahagia jika saya kahwin dengan dia..? "

satu persoalan yang agak sukar untuk aku menjawabnya. "Ina tak tahu kan ?" Aku hanya

mampu menundukkan kepala. " Kalau saya kahwin dengan dia dan tak bahagia, apa yang

akan Ina buat..? Ina arahkan saya supaya menceraikannya pula kan..? juga atas alasan,

Ina tak mahu lihat saya menderita." Ada betulnya apa yang abang katakan. "Mana Ina

tahu yang saya tak bahagia dengan kehidupan sekarang ? Saya orang yang paling bertuah

dalam dunia kerana walaupun dah berkahwin tapi tak terikat langsung dengan

tanggungjawab menjaga isteri.Ina boleh jaga diri sendiri malah ada pendapatan sendiri

yang mana saya tak perlu bahagikan pendapatan saya pada Ina." Aku terkilan mendengar 

 penjelasan abang. Aku adalah tanggungjawab abang tapi kenapa aku disisihkan dari

hidup dia. Aku menarik nafas panjang. Agak sukar untuk berbincang dengan abang. Dia

sentiasa mempunyai pendapat yang tak kujangka. Aku mengalah akhirnya. "Buatlah apa

yang abang rasa betul. Cuma Ina nak ingatkan abang bahawa Ina tetap isteri abang yang

sah dan Ina masih berada di bawah tanggungjawab abang. Itupun kalau abang masih

ingat dengan lafaz ijab yang abang buat 6 bulan lalu." Aku berlalu ke bilik tidur. Fikiran

aku benar-benar berserabut.

Keletihan kerana tak tidur semalaman membuatkan aku mengambil keputusan bercuti

separuh hari. Pulang ke rumah, fikiran aku masih bercelaru. "Kenapalah aku berborak 

dengan abang semalam. Kalau tak pastinya rasa sedih nie tak hadir dalam diri." Aku

Page 9: Cerpen : 20 APRIL 2004

8/14/2019 Cerpen : 20 APRIL 2004

http://slidepdf.com/reader/full/cerpen-20-april-2004 9/13

habiskan masa dengan tidur sepanjang petang itu. Sehinggalah pintu bilikku diketuk.

Waktu itu hampir jam 8.00 malam. "Ya Allah,aku terlepas asar." aku bangkit dalam kelam

kabut. Abang hanya memerhatikan gelagat aku yang langsung tak menghiraukannya.

Selesai solat maghrib dan qada’ solat asar, aku mencari kelibat abang. "Abang dah minum

susu ?" Aku teringat tanggungjawab yng tak dapat aku lakukan seperti kebiasaan sebaik 

abang pulang."Ina dah makan ?" Belumpun soalan aku terjawab, abang pula menyoalku.

"Belum lagi. Tadi Ina tertidur. Tak sempat nak masak." "Dah sembahyang ?" Aku hanya

menggangguk "Pergi bersiap. Kita makan kat luar." Aku sedikit terkejut. Jarang sekali

dapat makan bersama dengan abang tapi hari ini dia pula yang mengajak aku makan di

luar. "Tak nak pergi ke ?" Aku tersedar dari lamunan. "Nak, nak. Ina pergi bersiap

sekejap." Abang memilik Restoran Al-Mubarak sebagai destinasinya. Tanpa bertanya

kepadaku, abang memesan nasi beriani,tomyam dan ikan bakar. Agak banyak bagiku tapi

tak pula aku membantah. "Siang tadi cuti ke ?" Aku hanya mengangguk walaupun aku

kurang pasti bagaimana abang mengetahuinya. "Banyak lagi cuti ?" Keluar lagi soalan

dari abang. "Ada 20 hari lagi" "Banyaknya. Setahun dapat cuti berapa hari ?" "Ina carry

dari tahun lepas. Kalau ikutkan Ina punya cuti tahunan cuma 25 hari saja" Abang

mengangguk."Banyak kerja sekarang nie..? " Aku tetap berselera walaupun abang banyak 

 bertanya. "Bukan selalu dapat makan sedap. Dengan abang pulak tue." "Ina banyak kerja

ker ?" Abang mengulangi soalannya. "Emmm.... adalah jugak. Kerja memang tak pernah

tak ada. Sistem nie belum siap dah dapat request untuk buat sistem lain pulak. Tapi sejak 

launch satu sistem pada user, kerja Ina dah tak berat sangat." baru aku sedar yang abang

 bertanya soal kerja dengan aku. Kelainan kedua yang abang buat setelah mengajak aku

makan di luar.

"Kalau saya minta sesuatu boleh tak ?" aku mengerutkan dahi . Sebelum ini tak pernah

abang minta apa-apa dari aku tapi hari nie... pelik betul. Apa agaknya yang abang

  perlukan dari aku. "Temankan saya ke Switzealand minggu depan" Abang

memandangku. Pastinya menanti jawapan dariku. "Berapa lama ?" "Dua minggu. Saya

tak nak ibu dan ayah suspect sesuatu bila tengok Ina tinggal sorang kat rumah." "Abang

tetap nak lindungi penbuatan abang pada Ina daripada pengetahuan mereka." bisik hatiku

sendirian. "Ina nak ikut tak ?" "Kalaulah abang ajak Ina untuk bercuti alangkah bagusnya

Page 10: Cerpen : 20 APRIL 2004

8/14/2019 Cerpen : 20 APRIL 2004

http://slidepdf.com/reader/full/cerpen-20-april-2004 10/13

tapi niat abang saja dah lain. Apa yang Ina akan buat kat sana ? Duduk saja di hotel

selama dua minggu ? Apapun Ina tetap isteri abang. sebolehnya Ina takkan membantah

 permintaan abang biarpun Ina terpaksa makan hati dengan perbuatan abang " "Ada

masalah ke ?" "Emmm...Ina takde passport antarabangsa." "Itu masalah remeh.

Masalahnya Ina nak temankan saya atau tak ?" aku menggangguk perlahan "Saya tak 

dengar pun kata-kata setuju dari Ina." "Abang tak perlu minta persetujuan Ina. Arahkan

saja dan Ina tetap kena ikut abang." "Bunyi macam tak ikhlas saja." Abang menduga

keputusanku. "Ina ikhlas temankan abang. Dan Ina gembira kerana abang masih hargai

kehadiran Ina. Selagi Ina mampu insyaAllah Ina akan tetap turuti apa saja permintaan

abang." Aku tiba-tiba tunduk kalah dengan renungan mata abang. "Saya takkan memaksa

 jika Ina katakan tidak. You just say NO. Saya tak suka bawa Ina, kalau hati Ina tak ada

langsung bersama saya." "Ina bukan tak nak ikut. Abang sentiasa ada di hati Ina. Cuma

niat abang yang mengecewakan Ina. Orang lain seronok ke luar negara bersama suami

coz diorang akan habiskan masa bersama. Diorang holiday untuk release tension tapi Ina

ikut abang kerana takut dengan ibu dan ayah. Akhirnya Ina jadi tunggul kayu kat sana.

Macam apa yang abang buat pada Ina kat rumah, macam tue jugak abang akan buat kat

sana nanti. Terus terang Ina katakan, Ina anak orang kampung yang tak kenal dunia luar.

Apa akan jadi kalau abang tinggalkan Ina seorang diri kat sana ? Itu yang Ina takutkan."

Terdiam abang mendengar penjelasan aku.

Sejak semalam aku rasa aku semakin sensitif dengan apa yang abang lakukan ke atasku.

Dan aku juga semakin lantang mengeluarkan rasa tak puas hati. Mungkin kerana abang

yang semakin lembut berbanding di awal perkahwinan kami. Aku kehilangan selera

untuk menghabiskan makanan di pinggan. Abang pula hanya merenung tingkahku. "Ina

nak balik." Aku terus tinggalkan abang sendirian. Tak tahulah kenapa aku marah sangat.

Malam itu aku tak pulang ke rumah sebaliknya terus ke rumah Uda. "Kenapa datang

sorang ?" itu pertanyaan pertama keluar dari mulut uda. "Abang outstations uda. Boring

duduk rumah, tue yang Ina datang sini. Lagipun dah lama tak jumpa bebudak nie." Aku

memang rapat dengan anak -anak uda terutama along. Along membesar depan mata aku.

Biarlah aku beri kasih sayang aku pada anak buah. Nak mengimpikan anak sendiri

ternyata suatu anganan yang jauh dari kenyataan. Selama seminggu aku di rumah uda.

Page 11: Cerpen : 20 APRIL 2004

8/14/2019 Cerpen : 20 APRIL 2004

http://slidepdf.com/reader/full/cerpen-20-april-2004 11/13

Aku tak hubungi abang langsung dan pastinya abang tak mencariku. Aku tahu apa yang

aku buat salah tapi hati aku masih marah. Uda tak syak langsung tentang pergaduhan aku

dengan abang. Selepas seminggu aku masih berat hati untuk pulang ke rumah tetapi takut

uda mengetahui hal sebenar akhirnya aku pulang juga. Sebaik sampai di depan rumah aku

dapati kereta abang berada di halaman . "Awalnya abang balik hari nie." khaki aku

semakin berat untuk melangkah masuk. Bimbang juga rasa hati memikirkan reaksi abang.

Sebaik pintu kubuka, pandanganku tertumpu pada dua buah beg besar yang diletak 

ditengah ruang tamu. Hati aku mula berdebar." Adakah abang ingin menghalau aku

sebagai hukuman atas apa yang aku dah buat." Abang muncul dari biliknya dan sedikit

terkejut melihat kelibatku. Aku ingin bertanya tentang beg yang kulihat tetapi tiada suara

yang keluar. Abang pula hanya diam setelah melabuhkan diri ke sofa.

"Kenapa balik ? " Aku terkedu mendengar soalan abang. "Saya dah siap kemaskan dua

 beg tue. Ingatkan nak tolong hantar kat rumah baru Ina sekali. " Abang bersuara dengan

wajah bersahaja. "Sejak bila pulak Ina ada rumah lain selain rumah nie ?" "Dah seminggu

tak balik rumah, mana lagi Ina duduk kalau bukan kat rumah lelaki lain. " " Aik..

nampaknya macam abang ambil tahu pasal hal Ina nie. Suka hati Ina lah nak balik rumah

atau tak. Abang kan tak kisah dengan apa yang Ina buat.. Ini baru tak balik rumah, kalau

Ina bawa lelaki lain masuk rumah nie pun rasanya abang tak kisah kan." "Ina! Ina dah

melampau sekarang nie. Jangan ingat saya diam, Ina boleh buat sesuka hati Ina." "Selama

nie, itulah yang Ina belajar dari abang. Ina buat semua benda, abang tak kisah pun pasal

Ina. Kenapa pulak sekarang abang nak marah. Bukan ke lebih baik kalau abang diam

macam dulu juga." Mungkin kerana hati aku masih marah aku membalas balik setiap apa

yang abang katakan. Aku tak mahu kalah dengan abang kali ini. "Saya takkan diamkan

diri kalau Ina cuba jatuhkan maruah saya." Abang mula menunjukkan kemarahan.

"Maruah apa pulak nie. Abang dan Ina kan tak de apa-apa hubungan. So apa juga yang

Ina buat tak de kaitan dengan abang. Apa yang abang nak takutkan? Abang dengan cara

abang, Ina dengan cara Ina." Kata-kataku begitu sinis. Aku sendiri tak tahu bagaimana ia

 boleh keluar dari mulutku. "Apa maksud Ina sebenarnya? " Abang mengerutkan dahinya.

Aku mula menyedari yang diri ini terlalu mengikut perasaan sehingga sanggup

mengatakan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Abang memandang tetap ke arahku .

Page 12: Cerpen : 20 APRIL 2004

8/14/2019 Cerpen : 20 APRIL 2004

http://slidepdf.com/reader/full/cerpen-20-april-2004 12/13

Bergerak merapati aku, abang semakin tajam merenung. Aku sedikit gerun dan perasaan

tidak mahu kalah dengan abang hilang entah ke mana. "Lebih baik Ina terus terang

dengan saya, dengan lelaki mana Ina dah buat hah? Cakap!" abang mula menengking.

Lidah aku kelu untuk berkata. Tak sangka abang yang selama nie lembut suara dan kata-

katanya menjadi bengis tiba-tiba. Aku berundur selangkah dua untuk menjauhi abang.

Tetapi abang yang dah dikuasai perasaan marah seperti tidak mahu melepaskan aku.

"Selama nie saya tak pernah sentuh Ina. Jangan biarkan saya sentuh Ina dengan cara yang

 paling kasar kali nie." Abang begitu hampir denganku dan aku tak berani lagi bertentang

mata dengannya. Apa pun aku masih tiada kekuatan untuk memberitahu hal sebenar. "Ina

nak cakap atau tak nak ? " Abang mengetap bibir menahan kemarahan yang meluap-luap

terutama setelah melihat aku masih berdiam diri. "Ina..Ina..." aku sedikit gagap. "Ina

apa????" aku tersentak . Kerana terlalu marah abang mencapai bingkai gambar di

sebelahnya serentak memukul kepalaku. Pandanganku berpinar seketika.

Aku terduduk di lantai lantas tangan memegang kepala yang berdenyut. Terasa cecair 

 panas mengalir di celah jariku. "Ya Allah! Apa yang aku dah buat." abang turut terkejut

melihat darah pekat membasahi tanganku. Aku masih terasa melayang. Seakan mahu

gelap pandanganku tapi aku kuatkan diri untuk tidak pengsan. Abang cepat-cepat

keluarkan sapu tangannya. "Ahhh...." Aku mengaduh menahan sakit. Dengan tangan

mengeletar, abang mengikat kepalaku dengan sapu tangannya bagi memberhentikan

 pendarahan. Sejurus selepas itu abang membantuku duduk di sofa. Abang memandangku

sayu. Mungkin abang kesal dengan tindakannya. "Abang percaya ke Ina ada lelaki lain

selain abang? " aku bersuara sebaik melihat abang ingin beredar dari sisiku. Abang

 berpaling semula ke arahku. Lama kami bertentang mata. Entah kenapa aku rasa sedih

dengan apa yang telah berlaku antara kami. "Ina bersalah sebab keluar rumah tanpa minta

izin daripada abang. Ina terlalu ikutkan perasaan masa tue." Aku pegang tangan abang .

"Abang.." Tangan abang yang hangat kukucup. Aku cuba menahan sebak . "Tolong

maafkan kesilapan yang dah Ina buat." Tanpa kusedari jatuh juga airmata yang cuba

kubendung. Mata abang juga berkaca . Abang menggelengkan kepalanya. "Bukan Ina

yang bersalah. Abang yang banyak sis-siakan hidup Ina." Airmataku yang mengalir abang

seka dengan lembut. Serentak dahiku abang kucup. "Jangan tinggalkan abang lagi."

Page 13: Cerpen : 20 APRIL 2004

8/14/2019 Cerpen : 20 APRIL 2004

http://slidepdf.com/reader/full/cerpen-20-april-2004 13/13

abang bersuara sebaik aku berada dalam dakapannya. Aku hanya mampu mengangguk 

sementara airmata terus mengalir. Mungkin airmata gembira.

TAMAT