cerpen

17
BALASAN BERBOHONG Hari semakin gelap.Ridhuan,Osman dan rosdi masih leka dengan kerja meraka.Jerat-jerat yang pasang dua hari lepas banyak yang mengena.Mereka terkekeh-kekeh keriangan melihat mangsa jerat terkial- kial meronta. Osman tersentak apabila jam tangannya berbunyi.Tetapi Rosdi langsung tidakmengendahkannya.Tangannya rancak melilit tangsi pada kayu-kayu kecil yang suda dipotong.Dua hari lagi pasti ada mangsa lain pula yang kena. “Kau kunci jam ke?”Tanya Rosdi kemudian. “Ha…saja nak beri ingat,”jawab Osman. “Pukul berapa?” “Enam setengah.” “Dah gelap ni.Marilah kita balik,”ajak Ridhuan. “Isy…nak risau apa.Aku dah biasa kat sini,”kata Rosdi.

description

Cerpen BM

Transcript of cerpen

Page 1: cerpen

BALASAN BERBOHONG

Hari semakin gelap.Ridhuan,Osman dan rosdi masih leka dengan kerja meraka.Jerat-jerat yang pasang dua hari lepas banyak yang mengena.Mereka terkekeh-kekeh keriangan melihat mangsa jerat terkial- kial meronta. Osman tersentak apabila jam tangannya berbunyi.Tetapi Rosdi langsung tidakmengendahkannya.Tangannya rancak melilit tangsi pada kayu-kayu kecil yang suda dipotong.Dua hari lagi pasti ada mangsa lain pula yang kena. “Kau kunci jam ke?”Tanya Rosdi kemudian. “Ha…saja nak beri ingat,”jawab Osman. “Pukul berapa?” “Enam setengah.” “Dah gelap ni.Marilah kita balik,”ajak Ridhuan. “Isy…nak risau apa.Aku dah biasa kat sini,”kata Rosdi. “Biasa apa?Baru dua kali kau datang sini,”balas Osman. “Kalau macam tu,marilah kita balik.Nanti tak jumpa jalan keluar pula.”

Page 2: cerpen

Rosdi terpaksa menurut ajakan Ridhuan walaupun ada beberapa jerat lagi yang belum dilihat.Dia mahu melihat jerat-jerat itu.Mungkin ada yang mengena.Bertambah banyaklah jumlah tangkapan yang dibawa pulang.Kalau dpat tiga ekor lagi,genap sepuluh ekor semuanya. Sudah jauh meninggalkan kawasan berpaya tempat menahan jerat burung wak-wak,Rosdi,Ridhuandan Osman masih tidak bertemu jalan keluar.Sebab utama ialah keadaan hari yang sudah gelap.Mereka tidak dapat mengecam lorong manayang dilalui tadi. “Aku rasa kita ada masalah ni.Kita dah tersalah jalan,”ucap Osman cemas. “Nak terus atau nak patah balik?”tanya Ridhuan pula. “Aku rasa kita ni masih berada dalam kebun getah Pak Latip.Maknanya kita belum pergi jauh dari kampong kita,”Rosdi menyampuk,agak berlainan sedikit bunyimya. “Aku tahulah.Masalahnya sekarang kita bukan berada dalam kampong.Tapi dalam kebun getah,”suara Osman sedikit meninggi.Geram dengan kata-kata Rosdi.Akhirnya Ridhuan membuat keputusan iaitu mereka berhenti saja di situ.Tak payah meneruskan perjalanan atau berpatah balik ke belakang.Cari ranting-ranting kayu dan hidupkan api.Rosdi ada membawa mancisDia

Page 3: cerpen

bercadang hendakmemasang beberapa ekor hasil tangkapan. “Nak tidur kat sini ke?”Tanya Osman kebingungan. “Dah Maghrib ni.Dah tak nampak jalan keluar lagiKalau kita teruskan ,entah kemana pula kita ,” jawab Ridhuan.Namun dia berharap benar ada orang dating mencari. Kebetulan terdapat sebatang anak sungai kecil,banyak manfaatnyakepada mereka bertiga.terutama sekali berwudhuk.Dalam waktu yang meresahkan begitu,ingatan dan pergantungan kepada Allah SWT lebih kuat daripada biasa.

Selepas solat Maghrib,Ridhuan berkira-kira hendak menyembelih tiga ekor burung wak-wak.Dia mendengar bunyi sesuatu.Tapi dia buat-buat tak dengar.Tak mahu memikirkan bukan-bukan.Namun apabila Osman bertanya dan Rosdi pula menambah,Ridhuan tidak boleh buat-buat tenang lagi.Rupa-rupanya dua orang kawannya itu juga mendengar apa yang dia dengar.

“Tak ada apa-apalah,”kata Ridhuan.”Ambil burung dalam bakul tu,bawa ke sini.”

Tak sempat Rosdi bergerak ,tiba-tiba muncul seekor haiwan yang menakutkan.Osman lebih pantas bertindak,melompat ke belakang pokok tempat dia bersandar.Begitu juga Ridhuan.Tinggal

Page 4: cerpen

Rosdi seorang diri.Dia cuba mengawal dirinya walaupun dadanya mula berdebar. “Ya Allah! Selamatkanlah aku,” rintih Rosdi perlahan. Dia tunduk mencapai sepuntung kayu api yang sedang menyala.Dia mesti bertindak lebih dulu sebelum haiwan pemangsa itu menerpa ke arahnya.Rosdi memberanikan dirinya.Dilontar kayu yang menyala itu kea rah musuh yang sedang merenungnya seiring dengan jeritan yang sekuat-kuatnya…”Naahh!Lari kau!!” Usaha Rosdi berhasil.Lintang-pukang binatang itu melarikan diri.Berkali-kali Rosdi mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah menyelamatkannya.Selepas yakin binatang itu tidak dating lagi,Ridhuan dan Osman pun keluar dari tempat persembunyian. “Tak sangka kau ni seorang yang berani rupanya,”Osman memuji Rosdi. “Tak patut kau orang tinggalkan aku.Kawan mesti tolong kawan,bukan biarkan kawannya dalam bahaya,”balas Rosdi melepaskan rasa tidak puas hatinya. “Minta maaflah,Rosdi .Kami tak sengaja.Kami panik tadi,”akui Ridhuan pula. “Aku rasa ini balasan Allah.Allah nak mengajar kita,”kata Osman. “Kenapa pula?”

Page 5: cerpen

“Sebenarnya aku dating tadi tak beritahu emak dan ayah aku,”jelas Osman,sedar kesilapannya. “Samalah macam aku.akau cakap tadi nak pergi sekolah.Ada latihan kokurikulum,”tambah Ridhuan pula. “Oo…kalau macam tu kita ni samalah.Ingatkan aku seorang sajayang dating tak minta kebenaran,”Rosdi pula membuka rahsianya. “Memang sahlah, ini semua hukuman keranakerana kesalahan kita tidak bercakap benar.” Sekali lagi mereka terperanjat.Mereka mendengar suara orang bercakap-cakap.Semakin lama semakin dekat.Kemudian mereka melihat kilauan cahaya lampu picit.Cepat-cepatOsman memadam unggun api yang sedang menyala. Dari tempat persembunyian,Ridhuan,Rosdi dan Osman melihat lima orang lelaki sedang mencari-cari sesuatu.Selain membawa lampu picit,dua orang mereka membawa lampu gasoline kecil. Cahayanya cerah melimpah ke sekitar. “Eh itu kan pak imam kampong?”kata Osman mengenal pasti seorang daripada lima lelaki itu. “Itu…itu ayah aku,”kata Ridhuan pula. “Mereka dating cari kita,”kata Osman lagi.

Page 6: cerpen

Mereka pun bergegas keluar dari tempat persembunyian.Bukan saja ayah Ridhuan,ayah Rosdi dan ayah Osman pun ada sama.Nasib baik ada bekas unggun api yang masih berasap,menjadi petunjuk untuk mengesan kedudukan mereka. Tiga sekawan itu meminta maaf daripada ayah masing-masing atas apa yang telah berlaku.Mereka berjanji tidak akan mengulanginya lagi.Mereka berterima kasih kepada adik perempuan Rosdi.Dialah yang memberitahu ayahnya tentang pemergian abangnya ke kebun getah Pak Latip. Dia mengetahui hal itu apabila mendengar perbualan pendek antara Rosdi dan dua kawannya sebelum mereka masuk ke kebun getah penduduk kampong letaknya hampir dua kilometer dari rumah mereka.

IMAN LAWAN NAFSUJam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari.Zaidi sudah bersiap hendak ke masjid untuk

Page 7: cerpen

menunaikan silat Zuhur.Ada lebih kurang dua puluh minit lagi sebelum masuk waktu.Saja dia bersiap awal,memandangkan tidak ada apa yang hendak dibuat.Hari minggu,banyak masa terluang. Semasa melintasi ruang tamu,Zaidi berasa hendak berehat sekejap.Lalu dia duduk di sofa sambil menikmati kesegaran angina dari kipas yang terpasang.Tiba-tiba timbul didalam hatinya rasa hendak solat dirumah saja.Tak payah pergi ke masjid. “Solat di rumah saya sajalah.Di rumah pun boleh solat juga,”bisik hatinya. Zaidi terdiam.Perlukah dia menurut bisikan itu?Dia bersandar ke kerusi.Dia berfikir tak patut pula dia menukar niat asalnya yang hendak ke masjid.Dia hendak pergi menunaikan solat.Bukan hendak pergi lepak-lepak atau pergi membuang masa. “Tahulah…tapi di rumah pun boleh solat,”suara di dalam hatinya berbisik lagi. Memang boleh,fakir Zaidi.Tapi solat berjemaah lebih besar pahalanya daripada solat seorang diri.Solat sendiri dapat satu pahala.Solat berjemah dapat dua puluh tujuh pahala.Jadi,lebih bagus solat berjemaah.Lagipun boleh jumpa orang ramai “Jangan terburu-buru.Engkau ni masih muda.Banyak lagi masa kau nak buat mal kebajikan,”Zaidi dipujuk lafi.

Page 8: cerpen

“Zaidi tunduk seketika.Kemudian terfikir di benaknya…memang betul aku masih muda.Tapi tidak bermakna aku boleh hidup sampai ke usia tua.Macam mana kalau mati dalam usia yang masih muda. “Tak apa,kan Allah maha pengampun dan maha pengasih.Allah maha pemaaf.Bila buat salah,Allah akan ampunkan,”kata hati Zaidi. “Zaidi tersenyum.Dia tidak bersetuju dengan bisikan halus didalam hatinya itu.Kemaafan Allah hanya untuk orang-orang yang menyerah diri kepadanya.Orang yang meminta maaf atas kekurangan dan keterlanjurannya.Bukan kepada mereka yang menderhaka dan meninggalkan perintah Allah,tetapi mengharapkan keampunan Allah SWT. Begini sajalah,Zaidi.Ikut saja jalan tengah.Nak sembah Allah sembahlah.Nak buat amalan akhirat,buatlah.Tapi dunia fikirkan juga.Untuk dapat dunia,tak usah sakitkan kepala.Apa yang boleh dapt ambil saja.Tak payah fakir sangat soal halal dan haram.susah nanti,”kata suara halus di dalam diri Zaidi. Zaidi mengangguk-angguk perlahan-lahan.Dia mahu menafikan pujukan jahat di dalam hatinya.Dia berfikir…kalau macam mana tu,syurga mahu dan neraka pun mahu juga! “Kenapa pula begitu?”

Page 9: cerpen

Yalah,yang baik dibuat dan yang jahat tidak ditinggalkan.Bahkan mencampuradukkan kebaikan dengan kejahatan.Bekerja,berusaha mencari keperluan untuk hidup memanglah perkara baik dan dituntut oleh Allah SWT.Tetapi janganlah ketepikan hokum-hakam Allah iaitu yang halal dan yang haram hendaklah diberi perhatian. Zaidi berasa semakin bersemangat.Dia tahu,bisikan jahat di dalam hatinya itu adalah bisikan nafsu dan syaitan.Menggoda dan menghasutnya supaya memandang rendah perintah Nabi Muhammad SWT yang sangat menuntut supaya umatnya menunaikan solat secara berjemaah. “Tapi jangan lupa pesan Nabi yang menyuruh umatnya berbuat ibadah seolah-olah akan mati esoknya.Dan bekerja seolah-olah akan hidup selama-lamanya.Nabi suruh kerja kuat untuk hidup lama;seolah-olah hidup selama-lamanya.Ertinya hidup yang lamalah tu,”bisikan jahat berdesislagi di dalam hati Zaidi. “Beribadah cukuplah sampai esok saja.Sebab seolah-olah kau akan mati asok,mana sempat nak lebih-lebih,”kata suara halus itu lagi. Terfikir pula Zaidi…kalau dah tahu esok nak mati,takkan buat ibadah lebih kurang saja.Kenalah bersungguh-sungguh sebab

Page 10: cerpen

peluang untuk hidup hampir tamat.Dan kalau dah rasa akan hidup lma,janganlah asyik buat kerja saja sampai lupa nak sembah Allah.Esok boleh sambung lagi ,kan kita hidup lama?! “Mahu kau hidup miskin,tak ada harta benda?Yalah…orang lain kerja kuat tapi kau asyik tumpu pada beribadat saja.” Zaidi tidak fakir begitu.Bukan bermakna orang yang rajn beribadah malas bekerja.Malah kerja itu juga dikira sebagai ibadah kalau betul niatnya serta perlaksanaannya.Niat kerana Allah sebab Allah yang suruh bekerja.Allah suruh tanggung diri dan keluarga dengan bekerja.Tetapi syaratnya kerja itu mestilah dihalalkan olehnya. Jangan sekali-kali kesibukan atau harta benda melalaikan daripada mengingati Allah SWT.Gunakan harta benda itu untuk mencari keredhaan Allah seperti bersedekah dan sebagainya.Para sahabat Nabi SAW dulu pun ramai yang kaya- raya. “Suka hati kaulah,Zaidi.Tapi rasanya hari ni bagus juga kalau kau solat di rumah saja.Cuaca di luar tu panas.Tak elok untuk kesihatan.” Tiba-tiba terdengar suara bacaan bacaan al-Quran dari corong pembesar suara masjid yang terletak tidak jauh dari rumah Zaidi .Zaidi menolek ke muka jam yang tersangkut di

Page 11: cerpen

dinding.ada lebih kurang sepuluh minit lagi sebrlum azan dilaungkan. Zaidi beristighfar seraya bangkit berdiri.Dia membaca au’zubillah…beberapa kali sambil melangkah ke pintu.Dia mahu sampai ke masjid sebelum azan dilaungkan.Dan dia bersyukur kerana bisikan-bisikan halus di dalam hatinya tidak lagi mengganggunya. Dengan lafaz ‘bismillah,’Zaidi menyarungkan selipar dan mengatur langkah ke masjid.Sempat dia detikkan di dalam hatinya,aku ke masjid kerana Allah Taala.

Page 12: cerpen

Nama ahli kumpulan :

Nurul Atirah bt.Karimudin Siti Nur Farhanah bt.Kifflee Nur Fazlina bt.Dahrum Nur Adila Shuhada bt. Amir

Page 13: cerpen

Nama kumpulan : F.A.S.A

Nama guru pembimbing :

Pn.Kalsom bt.Saad

Kami dari kumpulan F.A.S.A ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa

Page 14: cerpen

kami kerana telah memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada kami sehingga folio ini siap dengan sempurna.