Cerpen

14
Meruntuh Tembok Dendam Melihat berita yang terpampang didada akhbar itu seperti gurisan sembilu yang melukakan jiwa. Hati siapa yang tidak terluka? Jiwa siapa tidak meraung? Kata-kata yang digarap dalam akhbar itu perit untuk direnung. Di mana ibu dan ayah kandungku? Siapakah mereka? Kekecewaan berkecamuk dalam dada. Penyesalan bernanah parah. Kertekilanan bergulung mengocak kerasionalan yang menyeruak hingga ke kepala. Kewarasan dikaburi dendam yang kian mencengkam. Mengapa aku ditinggalkan di tempat ini? Apa dosa aku? Siapakah juga yang akan menjemputku nanti? Sudah banyak kali aku cuba untuk lari dari tempat ini. Aku ingin mencari sendiri siapakah ibu dan ayah kandungku. Keyakinanku begitu tebal dan menggempal dalam dada untuk mencari mereka. Pusat Penjagaan Kanak-kanak Lambir – adalah tempat di mana aku dibesarkan tanpa belaian dan kasih sayang daripada ibu bapa kandung sendiri. Mak Mah sahajalah tempat aku mengadu. Mak Mah adalah ibu dan juga ayah bagiku. Mak Mah kian renta berbanding usia yang dipagut waktu. Berjela cerita yang disampaikan oleh Mak Mah yang menyayat hati dan sanubariku.

description

cerpen bahasa melayu

Transcript of Cerpen

Page 1: Cerpen

Meruntuh Tembok Dendam

Melihat berita yang terpampang didada akhbar itu seperti gurisan sembilu yang melukakan

jiwa. Hati siapa yang tidak terluka? Jiwa siapa tidak meraung? Kata-kata yang digarap dalam

akhbar itu perit untuk direnung. Di mana ibu dan ayah kandungku? Siapakah mereka? Kekecewaan

berkecamuk dalam dada. Penyesalan bernanah parah. Kertekilanan bergulung mengocak

kerasionalan yang menyeruak hingga ke kepala. Kewarasan dikaburi dendam yang kian

mencengkam. Mengapa aku ditinggalkan di tempat ini? Apa dosa aku? Siapakah juga yang akan

menjemputku nanti? Sudah banyak kali aku cuba untuk lari dari tempat ini. Aku ingin mencari

sendiri siapakah ibu dan ayah kandungku. Keyakinanku begitu tebal dan menggempal dalam dada

untuk mencari mereka.

Pusat Penjagaan Kanak-kanak Lambir – adalah tempat di mana aku dibesarkan tanpa

belaian dan kasih sayang daripada ibu bapa kandung sendiri. Mak Mah sahajalah tempat aku

mengadu. Mak Mah adalah ibu dan juga ayah bagiku. Mak Mah kian renta berbanding usia yang

dipagut waktu. Berjela cerita yang disampaikan oleh Mak Mah yang menyayat hati dan sanubariku.

Page 2: Cerpen

“Mak Mah, kenapa saya berada di tempat ni? Mak Mah tau ke siapa ibu dan ayah kandung

saya? Ujarku kepada Mak Mah yang sudah lama bekerja dengan pusat itu.

“Ain, Mak Mah serba salah nak ceritakan benda ni pada awak. Dulu, ada seorang wanita

yang masih dalam lingkungan remaja usianya datang berjumpa dengan Mak Mah. Wanita itu yang

datang ke sini untuk menyerahkan Ain. Seingat Mak Mah Ain masa tu masih kecil lagi. Baru lahir

agaknya.”

“Lepas tu Ain, wanita itu meninggalkan Ain bersama dengan Mak Mah. Tapi, Mak Mah tak

ingat pula nama wanita tu. Apa yang Mak Mah ingat wanita tu cakap dia akan ambil Ain bila Ain

dah cukup umur. Itu yang Mak Mah tak faham dengan kata-kata wanita itu.”

Mak Mah membuka lembaran persoalan yang bersarang di benakku satu demi satu. Wajah

tua Mak Mah itu masih menyimpan pelbagai rona warna rahsia yang perlu aku selongkar-gali agar

setiap persoalan itu terungkai. Siapakah wanita itu? Ibuku? Mana ayahku?

Aku merenung wajah-wajah penghuni di situ. Tidak ada seorang pun yang tersenyum.

Adakah mereka juga senasib denganku? Mengapa mereka dihantar ke pusat ini juga? Mengapa

Page 3: Cerpen

Aisyah dah diambil oleh ibu dan ayahnya minggu lepas? Sampai bila aku harus menunggu di sini?

Argh, aku tak mahu serabut. Aku harus fokus dengan masa depan aku agar nasib aku terbela.

Mulai saat ini aku anggap yang ibu dan ayah kandungku telah meninggal dunia. Sungguh.

“Ain, kenapa awak selalu termenung? Ada masalah ke?” tanya Zetty yang duduk sebilik

denganku.

“Zetty, saya tak ada masalah sebesar mana pun. Saya cuma nak tahu siapa ibu dan ayah

kandung saya je. Kenapa awak berada di tempat ni juga?” balasku.

“Ibu dan ayah saya kemalangan beberapa tahun yang lepas. Saya anak tunggal. Tak ada

orang yang nak jaga saya. Jadi, pak cik saya hantar saya ke sini,” jelas Zetty dengan linangan air

matanya yang membasahi pipi gebunya itu.

Zetty masih beruntung kerana sudah berjumpa dengan ibu dan ayah kandungnya sebelum

peristiwa pahit itu menimpa orang tuanya. Sekurang-kurangnya dia pernah diberi kasih sayang oleh

orang tuanya. Api kebencian semakin marak dalam hatiku mengenangkan perkara yang

diceritakan oleh Mak Mah. Kenapa teganya ibu menghantar aku ke sini?

Page 4: Cerpen

Pagi itu, sedang aku dan Zetty sibuk menyapu rumput kering di hadapan blok pentadbiran

datang seorang wanita yang masih muda dengan seorang bayi yang kurang jelas jantinanya. Aku

yakin bahawa wanita itu datang dengan niat untuk meninggalkan bayi itu di pusat ini. Wajah wanita

itu penuh dengan drama. Mungkin dia cuba untuk meraih simpati. Mungkin.

Aku tidak mahu memerhatikan terus gerak-geri wanita itu. Tidak mahu menjaga tepi kain

orang lain. Cukuplah aku sudah menjadi mangsa kepada ibu kandungku sendiri. Berapa

banyakkah lagi bayi-bayi dan kanak-kanak yang malang akan disumbat ke tempat ini?

“Mak Mah, Ain ada benda nak tanya dengan Mak Mah ni. Mak Mah tak sibuk ke?” ujarku

ringkas.

“Tak Ain. Ada apa Ain?” balas Mak Mah.

Aku mahu Mak Mah berterus terang kepadaku. Aku ingin tahu apa wanita yang

dimaksudkan oleh Mak Mah itu lakukan terhadap aku. Siapa sebenarnya wanita itu? Benarkah dia

ibu kandungku? Kenapa dia langsung tidak menjenguk aku di sini? Adakah dia sudah kembali

kepada pencipta-Nya? Fikiranku makin serabut.

Page 5: Cerpen

“Ain, sabar ya sayang. Mak Mah tak mahu Ain runsing memikirkan hal tu. Kalau Ain nak

tahu sangat Mak Mah terpaksa menceritakan hal ini kepada Ain,” kata Mak Mah penuh rasa serba

salah.

“Saya sudah bersedia untuk mengetahui segalanya Mak Mah. Mak Mah ceritakan saja,”

ujarku berkobar-kobar.

“Ain, 12 tahun yang lalu Ain telah dihantar oleh seorang wanita yang menggelar dirinya Azie

ke pusat ini. Wanita itu meminta Mak Mah merahsiakan hal ini daripada Ain. Wanita itu juga berjanji

akan mengambil Ain apabila tiba masanya nanti. Mak Mah tak tahu bila pula wanita itu akan

mengambil Ain. Sekarang dah hampir 13 tahun Ain tinggal di sini,” terang Mak Mah masih ada

samar-samar lagi.

Aku masih tidak faham kenapa wanita itu menghantar aku ke pusat ini. Mak Mah tak

menjawab secara langsung soalan yang aku ajukan. Apa lagi yang Mak Mah rahsiakan daripada

aku sehingga kelu mulutnya untuk berbicara. Berdosakah dia kalau memberitahu aku tentang

perkara yang sebenar?

Page 6: Cerpen

“Mak Mah, kenapa bayi-bayi banyak dihantar ke pusat ini? Adakah ini menunjukkan

keruntuhan akhlak di negara ini semakin berleluasa? Kenapa tidak ada usaha untuk mengekang

masalah ini?” Bentakku geram.

“Ain perlu bersyukur sebab ibu Ain hantar Ain ke pusat ni. Kalau tidak Ain akan menjadi

mangsa pembuangan bayi macam yang selalu kita lihat dalam media massa. Kalau tidak Ain akan

menjadi mangsa pemerdagangan manusia juga. Banyak masalah yang berlaku sekarang ni Ain.

Ain perlu teruskan hidup di sini,” nasihat Mak Mah yang sangat membina.

Pilu juga hati apabila mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Mak Mah. Ramai bayi

yang menjadi mangsa sekarang ini. Kenapa insan ciptaan Tuhan yang tidak berdosa ini menjadi

boneka kepada manusia yang berhati binatang? Jenayah itu seperti gemerencing rantai yang

membelit-jerut hatiku.

Seringkali mulutku melongo cuba menebak dan menghadap setiap perkara yang dihadapi

di pusat ini. Semua kami mempunyai nasib yang berbeza tapi berada di bumbung yang sama. Ada

Page 7: Cerpen

yang kurang bernasib baik kerana tidak berjaya sampai di pusat ini dan telah menjadi mangsa

penganiayaan manusia yang jumud pemikirannya.

Memang. Aku kagum dengan apa yang aku alami sekarang ini kerana aku membesar tanpa

kasih seorang ibu dan ayah. Aku membesar dengan melihat rakan-rakan yang senasib dan orang

yang paling berperanan dalam hidup aku iaitu Mak Mah. Wanita yang mengasuhku dari kecil lagi.

Mak Mah memang penuh dengan ciri keibuan. Dalam kelembutan ada tegasnya. Dalam ketegasan

ada sindiran. Dalam marahnya diselit bujukan.

“Ya Allah, hanya pada-Mu aku bersujud. Bimbinglah aku ke jalan yang benar.

Sesungguhnya aku rindu untuk bersua dengan orang tuaku. Siapakah mereka ya Allah? Bisikkanlah

ke telinga mereka bahawa aku ingin berjumpa dengan mereka,” doaku yang tidak pernah putus.

Aku tidak tahu apa akan berlaku jika wanita yang diceritakan oleh Mak Mah itu datang

menjemputku. Betapa bencinya aku mendengar namanya. Api dendam aku kian marak dan kian

sukar dipadam. Kenapa wanita itu saja yang datang menghantar aku? Mana suaminya? Mana

ayahku? Adakah aku anak luar nikah? Benci!

Page 8: Cerpen

“Jangan jadikan pandangan mata ini seperti mata lalat yang hanya mencari sesuatu yang

busuk dan buruk yakni yang hanya melihat keburukan dan kesalahan orang lain. Jadikanlah

pandangan mata ini seperti mata lebah yang hanya memandang kewangian dan keindahan yakni

yang memandang kebaikan orang lain sehingga melupakan keburukan orang lain,” ujar Ustaz

Kazim sebagai penutup kelasnya pagi itu.

Ustaz Kazim seolah-olah menyindir aku. Memang betul juga kerana siapa makan cili

mestilah dia yang rasa pedasnya. Apa-apa pun aku tak akan semudah itu untuk menerima wanita

yang bernama Azie itu dalam hidupku.

“Mak Mah, buat apa tu?” tanyaku.

“Mari sini Ain. Mak Mah nak cerita sikit dengan Ain,” balas Mak Mah.

“Ain, kalau Ain dah besar nanti. Ain mesti nak kahwin macam orang lain. Mak Mah nak

ingatkan agar Ain carilah lelaki yang boleh membimbing Ain ke jalan yang diredhai Allah. Ain mesti

patuh dengan suami Ain. Kalau ada anak Ain mesti didik anak dengan baik agar mereka menjadi

Page 9: Cerpen

anak yang soleh dan berguna kepada agama, bangsa dan negara,” nasihat Mak Mah penuh

makna yang tersurat dan tersirat.

Aku hanya mengangguk tanda faham. Mak Mah sangat baik orangnya. Mak Mah seringkali

menasihatkan kami tentang masa depan. Tentang kehidupan berumah tangga. Mak Mah tidak

sanggup melihat bayi-bayi yang dianiaya dan menjadi mangsa kekejaman manusia.

Masa berganti masa, hari berganti hari dan bulan berganti bulan aku masih lagi di sini.

Penantian yang sia-sia. Menunggu janji temu yang tidak pernah dilafazkan seperti menunggu bulan

jatuh ke riba.

“Ain, ikut Mak Mah ke blok pentadbiran. Ada orang nak jumpa Ain,” ujar Mak Mah

membuatkan aku keliru.

“Siapa Mak Mah?” balasku.

Aku melangkahkan kaki dengan tabah. Mak Mah tidak membuka mulut seperti

menyembunyikan sesuatu daripada kotak pengetahuanku. Adakah Mak Mah diupah untuk

Page 10: Cerpen

menyembunyikan semua ini? kenapa berat sangat untuk Mak Mah menceritakan semua ini

kepadaku?

“Ain, wanita ini adalah ibu kandung Ain. Azie, ini anak awak yang saya jaga dari dulu,” ucap

Mak Mah di hadapan seorang wanita yang bernama Azie.

“Ya Allah, dah besar anak mak. Ain, ini mak Ain. Mari sini sayang, mak datang nak jemput

Ain,” ujar wanita itu kepadaku.

“Tungguuu...! Awak siapa sebenarnya? Ibu Ain? Ibu jenis apa awak ni? Sanggup awak

tinggalkan saya di sini berbelas tahun. Mana letak hati awak sebagai seorang ibu? Mana suami

awak? Siapa ayah saya? Awak mungkin perempuan jual dirikan? Perempuan simpanan?” balasku

dengan menyemburkan segala dendamku terhadap wanita itu.

Wanita itu hanya berdiam diri dan tidak mampu berkata apa-apa lagi. Mak Mah cuba

menenangkan aku. Aku memang dah agak perkara itu akan berlaku. Aku berlalu dari situ dan tidak

mahu melihat wajah yang pernah meninggalkan aku merangkak seorang diri di sini.

Page 11: Cerpen

“Sabar Azie, dia perlukan masa untuk terima awak. Saya dah ceritakan apa yang awak

pesankan tu. Dia memang keliru dengan semua tu,” kata Mak Mah.

“Saya faham Mak Mah. Kalau macam tu saya balik dulu,” kata wanita itu lalu beredar dari

situ.

Aku menadah tangan memohon doa kepada Allah S.W.T. Aku buntu. Aku tidak tahu apa

yang harus aku lakukan. Aku tidak dapat menerima wanita itu sebagai ibu kandungku kerana asal

usulnya pun aku tak tahu. Maklumat yang diceritakan oleh Mak Mah langsung tidak dapat

meyakinkan aku.

“Ain, kenapa Ain sanggup cakap macam tu dengan ibu kandung Ain sendiri? Ain tak takut

dosa ke? Syurga Ain masih di telapak kaki wanita itu tau. Ain nak jadi anak derhaka ke?” kata Mak

Mah menggugat hatiku.

“Salah ke apa yang saya cakap tu Mak Mah?” balasku.

Page 12: Cerpen

“Sangat salah! Awak tak patut cakap macam tu,” jawab Mak Mah sambi menggelengkan

kepalanya melihat gelagatku.

Aku terduduk dan tertunduk. Perkara itu seolah-olah memijak-henyak hati dan perasaanku.

Dendam itu masih berbalam dalam hati. Aku rimas untuk berdepan dengan perkara itu. Mak Mah

seperti mahu mengucap kata-kata dengan kemutan mulutnya yang kian terbuka.

“Ain, Mak Mah akan beritahu perkara sebenar. Wanita itu tadi memang ibu kandung Ain.

Ayah kandung Ain telah pergi ke pangkuan Allah S.W.T ketika Ain masih dalam kandungan lagi.

Dalam masa yang sama ibu Ain sedang bertarung dengan penyakit kanser payu dara. Dia

memerlukan kos rawatan yang tinggi untuk membuat pembedahan. Harta peninggalan arwah ayah

Ain tidak mencukupi untuk menampung kos pembedahan itu. Selepas Ain lahir, ibu Ain terus

menghantar Ain ke sini untuk dijaga oleh Mak Mah kerana ibu Ain ingin bekerja untuk mencari

wang untuk pembedahan itu. Allah masih memberi harapan pada ibu Ain kerana Allah masih

memberi peluang kepada dia untuk mencari wang dan memberi peluang dia untuk berjumpa

Page 13: Cerpen

dengan satu-satunya anak yang dia ada,” jelas Mak Mah menceritakan segala rahsia yang

dipendamnya selama ini.

Aku terkedu setelah mendengar cerita itu. Air mataku berderai mengenangkan

pengorbanan yang besar yang dilakukan oleh ibu kandungku. Sedikit demi sedikit perasaan

marahku terhadap wanita itu padam.

“Ain, sekarang masih belum terlambat untuk Ain. Hargailah seseorang itu selagi mereka

ada di depan mata,” kata Mak Mah.

Mak Mah mengiringi aku untuk berjumpa dengan ibu kandungku itu. Aku melangkah

pantas. Allah itu Maha Penyayang. Mak Mah sungguh sabar dan tabah merahsiakan hal itu dari

pengetahuanku.

“Maafkan Ain ibu,” ucapku sambil memeluk sekujur badan yang lemah itu.

“Ibu pun minta maaf dengan Ain,” balas wanita itu.

Page 14: Cerpen

Mak Mah hanya mampu tersenyum. Aku menangis dalam kegembiraan. Setiap penantian

ada pengakhiran. Terima kasih Allah sebab memberi kesabaran kepadaku selama ini. Akhirnya,

tembok dendam itu runtuh berkecai. Kesabaran aku, ibu, dan Mak Mah akhirnya meruntuhkan

tembok dendam itu. Aku mahu bahagia bersama ibu kandungku. Aku tidak mahu berpisah lagi.

Nama Sebenar : Bandang Anak Galayan

Umur : 22 Tahun

Tahap Pendidikan : SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)

Alamat Surat-menyurat : Lot 724, No. 44, Lorong 2A, Taman Susur Jambu, 96100 Sarikei,

Sarawak

e-mel : [email protected]

no. Tel : 014-5838196