Cerpen :Antara Cinta Dan Kesetiaan

download Cerpen :Antara Cinta Dan Kesetiaan

of 3

Transcript of Cerpen :Antara Cinta Dan Kesetiaan

  • 8/14/2019 Cerpen :Antara Cinta Dan Kesetiaan

    1/3

    Cerpen : Antara cinta dan kesetiaan

    TIADA paksaan, tiada desakan ketika aku menerima pinangan Nazrin beberapa tahun

    lalu, yang membawa kepada pernikahan kami. Majlis pernikahan kami berlangsung

    dalam suasana sederhana.

    Walaupun kami kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, namun sejak akhir-akhir ini aku semakin tidak mengerti dengan diriku sendiri. Bagai ada suatu perasaan

    aneh yang sentiasa menerjah dalam benakku. Dalam pada waktu-waktu tertentu, entah

    mengapa tiba-tiba datang perasaan benci yang amat sangat terhadap suamiku itu.

    Benci sebenci-bencinya, sehinggakan ketika itu kalau boleh aku tidak ingin langsung

    menatap wajahnya. Malah semahunya aku ingin menjauhkan diri daripadanya.

    Akibat dan perasaan itu, aku seringkali enggan bermesraan dengannya, bahkan

    seringkali pula aku mengabaikan tanggungjawabku sebagai seorang isteri!

    Lebih teruk lagi, aku kerap bertanya-tanya sendiri mengapa aku boleh jatuh cinta,

    menerima lamaran, bernikah dan hidup sebumbung dengan Nazrin. Mengapa pula

    dulu aku menerima pinangannya? Sedangkan ketika itu tiada sesiapa pun yang

    memaksa atau mendesak aku menerimanya sebagai teman hidupku.

    Tetapi bila aku mengenangkan apakah nasib yang akan menimpa pada kedua-dua

    anak kami yang masih kecil sekiranya rasa benci terhadap suamiku itu terus

    berlanjutan, aku terpaksa berbuat sesuatu. Maka, aku membuat keputusan untuk

    membincangkan perkara yang melanda diriku itu dengan Nazrin. Aku tak ingin terus

    menerus merasakan ada jurang dalam kehidupan rumah tangga kami. yang

    berkemungkinan akan menjadi retak!

    Aku benar-benar tidak sanggup membayangkan kenyataan yang memedihkan itu!

    Jika aku meluahkan perasaan yang terbuku ini, adakah Suamiku akan dapat

    menerimanya dengan tenang? Atau haruskah aku biarkan kebencian pada suamiku itu

    terus bersarang? Sudah tentu aku tidak sanggup terus hidup dalam lingkarankebencian terhadap orang yang menyara makan pakaiku serta ayah kepada kedua-dua

    orang anakku. Aku tidak boleh membiarkannya berlarutan.

    Dan... akhirnya aku benar-benar nekad. Aku mesti meluahkan perasaan ini biarpun

    nanti ia mungkin akan menyakitkan hati suamiku.

    Suatu malam, ketika kami hanya berdua-duaan di dalam bilik, aku memulakan bicara.

    Aku luahkan tentang perasaanku yang seringkali secara tiba-tiba berubah

    membencinya dengan suara tersekat-sekat dan linangan air mata.

    Ketika itu aku dapat merasakan bagaimana pedihnya perasaan suamiku sebaik dia

    mendengar pengakuanku itu. Namun aku tahu dia cukup dewasa menerima kenyataan

    itu. Dan dari saat itulah misteri yang membelenggu kehidupan kami terungkap.

    "Sebenarnya memang abang dah sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungankita berdua," getus suamiku mengulas kembali pengakuanku yang pedih dan sekaligus

    amat menyakitkan hatinya itu. Namun dari nadanya, suamiku seperti menyedari akan

    suatu kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini. Dalam ungkapannya ada rasa

    kesal yang teramat sangat.

    Aku mengambil langkah membisu seribu bahasa, membiarkan suamiku untuk

    meluahkan apa yang terbuku di hatinya pula.

    "Abang tak salahkan awak bila dengan secara tiba-tiba dan pada waktu-waktu yang

    tertentu awak membenci abang," dia terhenti lalu menarik nafas dalam-dalam. Ke-

    mudian menyambung, "Awak tentu masih ingat, masa kita belum kahwin... awak

    memang membenci abang, awak memang secara terang-terang menolak cinta abang.

    Tapi ketika itu abang tak dapat menerima kenyataan bahawa awak menolak cinta yangcuba abang hulurkan. Abang terlalu menyintai awak... hingga akhirnya abang buat

  • 8/14/2019 Cerpen :Antara Cinta Dan Kesetiaan

    2/3

    keputusan untuk mencari cara lain untuk memenangi hati awak."

    "Cara lain? Maksud abang?" aku merenungnya. Rasa ingin tahu mendesak-desak di

    dalam dada. Sekali lagi aku mendengar suamiku menghela nafas yang panjang dan

    melepaskannya perlahan-lahan. Wajahnya redup tapi jelas tergambar kekesalan yang

    amat sangat.

    "Waktu itu abang benar-benar rasa kecewa. Abang rasa tak boleh hidup tanpa awak.Lalu abang pergi menemui seorang bomoh untuk meminta bantuan. Abang mintak

    minyak guna-guna. Abang tahu apa yang abang lakukan itu salah. Tapi ketika itu yang

    ada dalam fikiran abang hanya satu, ingin memiliki awak dan ingin menjadikan awak

    isteri," bagaikan halilintar menyambar seluruh tubuhku ketika mendengar

    pengakuannya yang jujur itu.

    Dan dalam perasaan yang semakin berbaur itu, aku mulai mengimbas kembali saat-

    saat awal perkenalanku dengannya...

    WAKTU itu kami sama-sama menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di ibu

    kota. Aku dan Nazrin merupakan rakan sekuliah. Tidak dinafikan ketika itu ramai

    pelajar-pelajar lelaki lain yang tertarik denganku. Tapi semua itu tidak menghairankan

    kerana ramai rakan-rakan mengatakan aku ini memang menarik dan memang menjadiigauan jejaka.

    Di antara ramai-ramai mahasiswa yang cuba merapatiku adalah Nazrin. Memang di

    kampus dia tergolong kategori mahasiswa yang rajin dan bersungguh-sungguh ketika

    menghadiri kuliah. Dan dia jugalah antara mahasiswa yang paling bersungguh-

    sungguh merapatiku, hingga boleh dikatakan hampir setiap minggu dia mengirim

    surat padaku untuk menyatakan isi hatinya.

    Aku rimas dan kurang senang dengan semua itu. Aku membencinya kerana sikapnya

    itu. Dan tidak pernah sekalipun aku membalas surat-suratnya, malah kadangkala aku

    tidak membaca langsung surat yang dikirimkannya. Memang sesekali terbetik juga

    rasa kasihan terhadapnya, namun perasaanku cepat-cepat menolak. Mana mungkin

    aku menerima seseorang itu hanya kerana perasaan kasihan.

    Memang Nazrin jenis lelaki yang tidak pernah putus asa dan pantang menyerah. Suatu

    masa dia dengan berani bersemuka dengan ku dan meluahkan perasaannya. Aku jadi

    marah dan meninggalkan dia termangu sendirian. Kemudian aku menyuruh seorang

    rakan mengatakan kepadanya bahawa aku sudah punya kekasih lain. Sedangkan

    hakikat sebenarnya tidak begitu, tak ada seorang jejakapun yang mengisi ruang

    hatiku.

    Rupa-rupanya Nazrin berasa benar-benar kecewa dan sakit hati dengan cara aku

    menolak cintanya. Dan, diam-diam dia mula mencari cara lain untuk melembutkan

    hatiku.Perkara itu bermula pada suatu malam. Tiba-tiba aku terjaga dari tidur kerana berlaku

    sesuatu yang aneh. Aku termenung mengenangkan apa yang aku alami dalam tidurku

    sebentar tadi. Aku tak pasti sama ada itu mimpi atau sebaliknya. Yang aku ingat aku

    telah didatangi seorang lelaki tua berjanggut panjang. Lelaki tua itu datang dengan

    tiba-tiba lalu meludah kearah mukaku. Kemudian dia mengangkat dan seperti hendak

    mencampakkan katil tempatku berbaring. Ketika itulah aku menjerit ketakutan dan

    kemudiannya terjaga dari tidur. Peluh dingin membasahi sekujur tubuhku, manakala

    ke palaku terasa pening.

    Mimpi yang serupa berulang-ulang aku alami. Lebih menghairankan, sejak

    mengalami mimpi itu aku semakin kasihan melihat Nazrin.Dan aku tiba-tiba

    melayaninya dengan baik setiap kali kami bertemu sama ada di kampus atau dirumah. Kemudian secara perlahan-lahan tapi jelas, aku mulai jatuh cinta kepadanya.

  • 8/14/2019 Cerpen :Antara Cinta Dan Kesetiaan

    3/3

    Yang pasti, aku teramat-amat menyin tainya, hingga jika sehari tidak memandang

    wajahnya aku merasa amat rindu.

    Nazrin sebenarnya memang seorang lelaki yang baik. Dia pandai mengambil hati

    kedua orang tua dan keluargaku [mungkin juga perkara itu berlaku kerana guna-

    guna]. Walaupun kedua orang tuaku menentang habis-habisan dan tidak akan

    mengizinkan aku berkahwin sebelum selesai pelajaranku, namun akhirnya merekamenyerah bila mendengar Nazrin ingin meminangku.

    Akhirnya pernikahan kami pun berlangsung dalam suasana sederhana. Rata-rata,

    kesemua rakan-rakan menyatakan kehairanan mereka bagaimana aku boleh jatuh

    cinta dan bernikah dengan Nazrin. Aku tidak tanu jawapannya. Aku juga bingung

    mencari penyebabnya secara pasti, kerana aku juga tidak pernah curiga atau

    mengesyaki dengan mimpi aneh yang sering hadir dalam tidurku itu.

    Ketidakpastian sentiasa memburu setiap detik selama hidup bersama Nazrin.

    Kebencian itu kerap datang menunjal dalam sanubariku sehinggalah Nazrin membuat

    pengakuan...

    Adakah Nazrin telah merampas kehidupanku dengan guna-gunanya? Haruskah akumenyalahkannya? Tapi, bukankah dia melakukan semua itu hanya untuk menjadikan

    cinta tulusnya terhadapku sebagai suatu kenyataan.

    Aku memang tidak pernah dapat menentukan jawapan yang pasti kepada pertanyaan-

    pertanyaan batinku itu. Yang pasti, saat ini aku tak mungkin lari dari kenyataan

    bahawa aku telah menjadi milik Nazrin. Telah menjadi isteri Nazrin. Dan telah

    menjadi ibu kepada anak-anak Nazrin!

    Sebagai seorang isteri..aku dituntut menjalan kewajipan dan tanggongjawab sebaik

    mungkin kepada suami.

    Sebagai seorang ibu pula, aku juga harus melakukan perkara yang sama terhadap

    anak-anakku.

    Tapi bagaimana dengan perasaan benciku terhadap Nazrin? Terhadap suamiku itu?

    Biarlah masa dan waktu yang akan mengubati semua ini. Tuhan Maha Mengetahui

    apa yang telah dilakukan oleh hambaNya. Aku sering berusaha memahami kenyataan

    yang ada didepanku bahawa Nazrin telah berjaya memilikiku dengan menguna-

    gunakan ku. Mungkin itu hanyalah sebagai satu bahagian dari proses panjang

    kehidupan rumah tangga kami. Mungkin juga Tuhan telah menentukan jodoh kami

    dengan jalan seperti itu, kerana aka benar-benar yakin... tanpa izin dari-Nya, sehebat

    dan seampuh manapun guna-guna yang dilancarkan oleh Nazrin tidak akan berkesan.

    Untuk mengikis kebencian terhadap suamiku sendiri, aku selalu berusaha untuk

    berfikir seperti itu. Aku sedapat mungkin meyakinkan diri sendiri bahawa semua

    hakikat itu adalah dengan kehendak dan kuasa Tuhan semata-mata.Bagi pihak suamiku sendiri, kelihatannya dia semakin menyayangiku. Dia kerap

    menyatakan bahawa dirinya adalah seorang lelaki yang malang, kerana tidak memiliki

    sifat lelaki sejati. Dan hatiku sering tersentuh dia menyeksa dirinya dengan ungkapan

    seperti itu. Hatiku benar-benar tersentuh.

    Tapi mungkin itu salah satu caranya agar aku dengan perlahan-lahan mencintai dan

    menyayanginya dengan ikhlas. Terima kasih, suamiku!

    Begitulah secebis pengalaman hidup yang aku alami. Semoga ia menjadi cermin bagi

    kaum sejenisku untuk menghargai lelaki dalam cinta dan kesetiaannya. Walaupun

    dalam hakikat yang sebenar-benarnya, antara cinta dan kesetiaan itu seperti garis lurus

    yang sulit ditemui kedua-dua penghujungnya.