Cerpen Ayam Patah Kepak

8
ARKIB : 07/06/2009 Ayam patah kepak Komunisme itu wujud sebagai menolak kapitalisme". Riyan terjeda pada catatan itu. Jari jemarinya serasa lenguh. Matanya pedih. Berjam-jam menyudahkan kertas kerja, dia tidak peduli pada masa. Riyan menguap, menggeliat dan mata jatuh kembali pada garis pertama mukadimah. Di luar sana, ada banyak suara menolak komunisme. Dia tahu. Ada pelbagai hujah, pelbagai cerita dan media kerap mengulang tayang filem Bukit Kepong, menulis berulang dan ulang tentang askar melayu zaman pra dan pasca merdeka. Tidakkah mahu mereka lihat dengan mata yang lebih besar? Komunisme bukan hanya perang bukan terlalu kejam. Komunisme untuk golongan yang tertindas, bukankah Marxisme menulis tentang ketidakadilan itu? Tentang ketidakadilan yang berakar dari sistem sosial manusia itu sendiri bukan komunisme yang melahirkan ketidakadilan! Riyan terasa dirinya melayang. Selama beberapa tahun ini pun dia sudah membeli sepasang sayap untuk terbang tinggi. Di sini, di tanah kelahiran ini, semakin ramai orang takut pada realiti. Realiti komunisme itu satu fahaman untuk perjuangan. Bukankah perjuangan itu sangat luas? Dan jalan perjuangan itu bukan satu? Dan, ia adalah perjuangan kaum proletariat seperti kata Frederick Engels. Proletariat yang muncul semasa revolusi perindustrian yang terhasil dari janaan hasilan enjin stim. Jadi apa perlu takut pada komunisme? Riyan gosok mata. Mata miliknya pedih, berair. Lama menghadap komputer, mata tidak berkelip. Riyan hitung dalam kepala. Ada empat hari lagi sebelum dia perlu membentangkan kertas kerjanya mengenai sorotan komunisme mengikut mata generasi muda. Ya, untuknya untuk lelaki berusia 22 tahun ini, komunisme adalah ideologi agama, politik dan kemasyarakatan yang bertindak balas dengan kapitalis. Bukankah pendokong demokrasi juga menolak kapitalis. Jadi, apa ditakut dengan komunisme?

description

cerpen

Transcript of Cerpen Ayam Patah Kepak

ARKIB : 07/06/2009Ayam patah kepakKomunisme itu wujud sebagai menolak kapitalisme". Riyan terjeda pada catatan itu. Jari jemarinya serasa lenguh. Matanya pedih. Berjam-jam menyudahkan kertas kerja, dia tidak peduli pada masa. Riyan menguap, menggeliat dan mata jatuh kembali pada garis pertama mukadimah.Di luar sana, ada banyak suara menolak komunisme. Dia tahu. Ada pelbagai hujah, pelbagai cerita dan media kerap mengulang tayang filem Bukit Kepong, menulis berulang dan ulang tentang askar melayu zaman pra dan pasca merdeka.Tidakkah mahu mereka lihat dengan mata yang lebih besar? Komunisme bukan hanya perang bukan terlalu kejam. Komunisme untuk golongan yang tertindas, bukankah Marxisme menulis tentang ketidakadilan itu? Tentang ketidakadilan yang berakar dari sistem sosial manusia itu sendiri bukan komunisme yang melahirkan ketidakadilan!Riyan terasa dirinya melayang. Selama beberapa tahun ini pun dia sudah membeli sepasang sayap untuk terbang tinggi. Di sini, di tanah kelahiran ini, semakin ramai orang takut pada realiti. Realiti komunisme itu satu fahaman untuk perjuangan.Bukankah perjuangan itu sangat luas? Dan jalan perjuangan itu bukan satu? Dan, ia adalah perjuangan kaum proletariat seperti kata Frederick Engels. Proletariat yang muncul semasa revolusi perindustrian yang terhasil dari janaan hasilan enjin stim.Jadi apa perlu takut pada komunisme? Riyan gosok mata. Mata miliknya pedih, berair. Lama menghadap komputer, mata tidak berkelip. Riyan hitung dalam kepala. Ada empat hari lagi sebelum dia perlu membentangkan kertas kerjanya mengenai sorotan komunisme mengikut mata generasi muda.Ya, untuknya untuk lelaki berusia 22 tahun ini, komunisme adalah ideologi agama, politik dan kemasyarakatan yang bertindak balas dengan kapitalis. Bukankah pendokong demokrasi juga menolak kapitalis. Jadi, apa ditakut dengan komunisme? Dan media kerap menulis isu yang lebih menambah ketakutan itu. Ia tindakan tidak adil! Untuk Riyan, orang Malaysia mudah membuat kesimpulan yang buruk-buruk tentang komunisme tanpa melihat dan memahami ideologi komunimsme itu sendiri.Mewarisi ketakutan dan kekejaman dan kehitaman kisah komunisme dari generasi lama. Ah... marilah lupakan Bukit Kepong, lupakan darurat, lupakan kisah sejarah penuh dendam dan air mata. Generasi muda seperti kita harus lebih terbuka.Berlaku jujur pada diri sendiri, apa kaitan kita generasi muda dengan sejarah itu? Semua kesedihan dan kepedihan itu milik generasi lama bukan kita. Komunisme asanya hanya struktur sosio ekonomi dan ideologi politik berasaskan pemilikan bersama. Dalam Marxian, komunisme itu tiada kelas, stateless dan oppression-free society. Semua orang boleh buat keputusan politik dan ekonomi. Riyan senyum. Kertas kerja sudah bernoktah. Hanya menghitung hari menunggu empat hari lagi. Hari membentang resolusi. Hari yang Riyan pasti seluruh negara akan kagum dengannya. Anak muda, lulusan luar negara, luas pandangan dan jauh perjalanan. Anak muda yang sudah masak dengan kehidupan.IIEmpat malam dia dikejar mimpi aneh. Mimpi dia melihat lelaki kacak santun bersolek tengkolok helang menyongsong angin. Sepersalinan songket putih dengan pucuk rebungnya tinggi. Solekan kemas songket berkanji itu bersinar di simbah cahaya. Di pinggangnya ada keris tersisip.Dia hanya melihat lelaki kacak itu di sebelah beberapa anak muda bermain sepak raga. Dan waktu bola raga itu melambung tinggi, ia mengenai helang menyongsong angin. Jatuh destar itu ke tanah. Wajah lelaki kacak itu keruh. Dia memegang-memegang keris di sisi. Namun, waktu kumpulan lelaki itu memohon maaf, lelaki kacak itu senyum, memberi isyarat kemaafan mungkin. Tapi aneh, mata lelaki kacak itu merenung dia dengan penuh amarah.Malam kedua, dia mimpikan lelaki kacak yang sama. Dengan destar ayam patah kepak, lalu di kumpulan anak muda bermain sepak raga. Seperti malam sebelumnya, waktu bola melantun menjatuhkan ayam patah kepak, lelaki kacak itu memegang-memegang kerisnya. Kali ini kumpulan anak muda itu tidak mohon maaf. Mereka berbisik sesama sendiri dan ketawa. Kuat dan makin kuat. Dari mata, dia tahu lelaki kacak itu menahan marah. Dan waktu mata lelaki kacak itu bertemu dengan mata dia, mata lelaki kacak itu membakar dia hangus.Dan dia melihat Tun Besar menangis. Dan aneh dia juga melihat Tun Perak juga menangis!Dan begitulah selama empat malam dia bermimpi lelaki kacak dengan tengkoloknya. Lelaki kacak dan kumpulan anak muda bermain sepak raga. Lelaki kacak dan kerisnya. Lelaki kacak dengan renungan mata membakar seluruh jiwa.IIIMelilau dengan bagasi dan talam berisi makanan di tangan kiri, Riyan tiada pilihan. Meja di kafe tingkat dua KLIA ini sesak dengan manusia. Kaki Riyan lekat di lantai. Kepalanya melilau meninjau-ninjau ruang kosong. Di sudut paling hujung berdekatan gerai paling hujung ada meja berkerusi empat yang kosong. Riyan menarik nafas, mengikut hati, mengikut kaki,. Itu tempat melabuhkan letih, menikmati makan tengahari sementara menanti dua jam setengah lagi masa untuk terbang ke Kuching.Waktu Riyan hampir dekat dengan meja itu, ada lelaki pantas duduk. Meletakkan talam makanan dan menyandarkan bagasinya pada dinding."Oh, maaf.. boleh saja berkongsi jika tidak kisah," lelaki berkaca mata segera sedar ada lelaki muda yang punya hajat yang sama. Melabuh letih, menikmati hidangan di meja besi bulat berkerusi empat.Riyan senyum. Tiada pilihan, Riyan angguk. Perut berkeroncong perlu diisi. Riyan duduk berhadapan dengan lelaki itu. Membetulkan rambut panjang paras bahu. Talam berisi makanan diletakkan.Seminit dua minit, satu meja dua manusia tanpa suara. Riyan banyak memerhati Lelaki itu sibuk menghadam makanan sambil tangannya menyelak-nyelak akhbar arus perdana. Riyan amati wajahnya. Kulitnya sawo matang. Rambutnya kehitaman. Tidak kacak terlalu, berwajah tipikal bumiputera Sarawak, Riyan kira dia seusia dengannya."Makan Mc E?," dia tuding pada burger di dalam talamnya."Oh, saya anti Yahudi," "Oo maaf,""Saya Riyan, awak?"Lelaki itu berhenti mengunyah. Dia memandang Riyan dengan senyum. Malu-malu dia menghabiskan sila makanan dalam mulut." Kent," dia hulur salam. Riyan sambut."Mahu ke mana?,""Kuching,""Oh, saya pun mahu ke Sarawak juga tapi ke Miri,""Kerja?,"Kent geleng. Riyan tidak lagi bertanya waktu Kent kembali meratah berita di akhbar arus perdana."Apa kisah yang menarik dalam akhbar hari ini,""Oh.. ini.. emm.. usaha menulis kembali sejarah Malaysia?""Ehmm..?" Riyan panjangkan tengkuk. Ada laporan khas di dada media berbahasa Inggeris.Kent pandang Riyan, akhbar ditutup. Kent meneka, Riyan mahu berbual barangkali. Kent jadi malu sendiri."Kerja di Kuching?""Bukan... mahu ikuti festival filem,""Oh... pengarah?""Kecil-kecilan. Tapi kali ini dengan pembentangan kertas kerja juga," Riyan ketawa kali ini. Kent mengacau soya cincau dalam gelas. Sesekali dia curi pandang pada Riyan yang berkumis tipis dan bermata bulat. Kulitnya putih dan ada iras oriental yang jelas."Filem apa?"Kali ini Riyan ketawa. Oh, bisakah dia faham kalau aku bercerita? Riyan menebak-nebak dalam hati. Tentang ideologi? Tentang sejarah yang makin dilupai. Bukankah karya ini ditolak oleh pawagam komersial. Dan penganjur festival filem di Kuching itu pun berkali-kali mengingatkan Riyan mereka tidak mahu kontroversi.Namun, Riyan tetap juga percaya, hanya kontroversi boleh menyingkap sejarah. Kalau ia benar ia tetap benar walau sekian lama cuba dilupus dan dihapus dalam sejarah perjuangan bangsa Malaysia."Filem apa?" Kent mengulang tanya."Komunisme," seperti dijangka, Kent terangkat keningnya. Kent skeptikal. Riyan tahu. Kent tentu saja sama dengan generasi bapanya atau datuknya atau pak cik pak ciknya. Komunisme adalah musuh terulung lebih hebat daripada HIV/Aids yang makin meningkat jumlahnya. Lebih buruk daripada denggi atau chikungunya yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia."Saya sudah jangka wajah awak akan meriakkan rasa kurang senang dan jelek. Ehmm.. beginilah.. orang Malaysia mudah membuat kesimpulan yang buruk-buruk tentang komunisme tanpa melihat karya dan mendalami maksud pengkaryaan orang macam saya," Kent tersenyum. Senyuman yang Riyan tidak jangka. Kent senyum panjang dan dia menarik nafas. Kent seperti mengumpul semua kekuatan untuk memecah kubu keegoaan."Cerita apa tentang komunisme,""Cerita ideologi. Cerita bagaimana pejuang kemerdekaan negara yang terpaksa memilih komunisme untuk menentang British. Mereka juga pejuang tetapi dalam konteks yang lain. Namun, sejarah perjuangan itu dilupai,"Kent senyum lagi. Kent perlahan-lahan menyedut soya cincau dalam gelas."Berapa umur awak Kent?,""26," Kent jawab tulus. "Apa kaitan usia dengan komunisme?,"Riyan geleng."Ceritalah lagi tentang filem awak,""Filem pendek. Saya tahu kebanyakan orang Malaysia curiga dan berdendam dengan komunis. Tetapi mereka lupa asas komunis itu. Ia lebih tulus dari demokrasi,"Kent senyum lagi. Senyum kali ini sangat tenang dan menusuk ke dalam sukma Riyan. Ia bagai isyarat untuk Riyan menaruh percaya jejaka ini mula mesra dengannya."Kent, generasi seperti kita harus lebih terbuka. Berlaku jujur pada saya, apa kaitan kita dengan sejarah itu? Semua kesedihan dan kepedihan itu milik generasi lama bukan kita. Ia hanya dalam catatan sejarah dan ia sudah hampir pupus,""Lulusan universiti mana?,"Kent mengalih topik.Riyan membeliakkan matannya. Seakan tidak percaya Kent mudah mengalih persoalan. Kent generasi muda tanpa jiwa, rumus Riyan."US Academy Film,"Kent angguk-angguk. Soya cincau masih disedut."Bisiswa kerajaan?,""Hah.. jangan harap dana kerajaan luar negara,""Wah..tahniah awak Islam?,"Riyan angguk perlahan. Islam? Riyan ketawa sinis dalam hati. "Saya pun Islam,""Dengan nama Kent?,""Awak Arab dengan nama Riyan?,""Melayu. Tulen,""Mengapa tidak bukan? Islam bukan pada nama. Saya Kent Ibrahim Borieng. Ban-Yu. Bapa Iban, ibu Melayu," Riyan terdiam. Dia tidak sehala dalam perbualan dengan Kent yang kerap menukar-nukar topik perbualan. Lelaki itu bagai mahu menggali semua latar belakangnya dalam beberapa jam yang berbaki."Riyan, saya pun tidak terbabit dengan Bukit Kepong untuk makluman awak. Saya baca Rundingan Baling melalui buku. Saya tahu tentang Chin Peng melalui buku. Saya tiada di dunia ini waktu datuk saya berjuang menentang Rajah Putih. Saya hanya ada kenangan, itu pun diwarisi dari sejarah. Jadi, lebih molek saya katakan saya hanya ada sejarah untuk mengenal bangsa, negara saya dan siapa sebenarnya raja saya. Dan, hanya sejarah itu juga akan saya wariskan kepada anak-anak saya." "Kent, komunisme hanya fahaman menentang kapitalisme. Ia tidak terbabit dengan perang. Itu mereka yang salah faham pada ideologi. Ia dilahirkan untuk memperjuangkan golongan tertindas."Kent ketawa. Ketawa yang membuat hati Riyan diamuk rusuh terlalu."Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Perjuangan itu luas dan dalam padangnya, namun mencari yang halal adalah lebih utama. Dan, paling utama, saya sangat takut pada dunia akhir zaman. Kerana, kiamat sudah semakin hampir tetapi komunisme tidak percaya pada kewujudan tuhan dan ia menentang semua fahaman beragama. Ia adalah fahaman berkaitan kebendaan dan hasil penentangan terhadap kapitalisme,""Ya, saya tahu.. tapi..,"Kent angkat tangan kanannya tepat ke muka Riyan, tanda dia belum habis lagi bercakap."Dalam keghairahan meletakkan komunisme pada landas perjuangan sebuah negara, saya ingin awak sedar Karl Marx adalah Yahudi. Das Kapital adalah tulisan orang Yahudi. Oh, awak menolak McE kan? Makanan segera itu? Jadi kenapa tidak secara keseluruhan menentang Yahudi?,"Kent tersengih. Dia bangkit. Riyan mengetap bibir. IVDewan Budiman lokasi berlangsungnya ucaptama dan pembentangan kertas kerja Festival Filem Pendek itu sesak dengan manusia. Riyan memegang dahi. Sejak lima hari lalu, dia demam. Walaupun tidak terlalu panas, tetapi tekaknya terasa sakit.Waktu pengerusi majlis mengucap salam dan menggegar dewan dengan mukadimah penuh semangat, mata Riyan melilau melihat audiens.Ada pelbagai jenis manusia di situ. Ada perempuan, ada lelaki. Bercampur-campur duduknya, dengan baju dan tudung pelbagai warna. Ada pelbagai bangsa. Ada Melayu, ada Cina, ada India, ada Iban ada Kent?Mata Riyan tepat memandang lelaki itu dalam celah-celah hadirin. Di sebelah Kent, dia melihat lelaki kacak dalam mimpinya yang berdestar ayam patah kepak lengkap sepersalinan songket putih.Di situ juga dia melihat Tun Besar dan Tun Perak memandangnya dengan penuh kesayuan.Riyan mengerdip mata berkali-kali."Riyan Riyan," panel di sebelah mencuit-cuit lengannya. Sudah sampai giliran pembentangan. Riyan diam. Kaki kaku di lantai. Tangan kaku di tubuh. Mata kaku pada puluhan hadirin dalam dewan.Riyan tarik nafas panjang. Dia tahu apakah jenis mimpi yang mengekornya sejak empat malam lalu. Riyan juga tahu, apakah jenis manusia yang ditemunya di lapangan terbang sehari dulu. Riyan juga tahu apa jenis keliru yang menghuni dalam tubuhnya sejak 22 tahun lalu.Dia belum kaya dengan pengalaman hidup. Dan dia perlu sejarah untuk terus hidup.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0607&sec=Sastera&pg=sa_01.htm#ixzz3U5uVP76n Utusan Melayu (M) Bhd