Cerpen Budi Yg Tidak Terbeli

20
Budi Yang Tidak Terbeli - Karya Khadijah Hashim -

description

Cerpen Budi Tak Terbeli dalam Antologi Anak Laut dihasilkan dalam bentuk powerpoint oleh para pelajar 4 Mujahid SMKA Maahad Muar 2009.

Transcript of Cerpen Budi Yg Tidak Terbeli

Budi Yang Tidak

Terbeli- Karya Khadijah

Hashim -

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan Murni yang akhirnya berjayamengajak emaknya, Jemah pergi ke rumahnya di bandarsetelah memujuknya berkali-kali. Di bandar, apabila Murnidan suaminya, Jamal pergi berkerja, tingallah Jemahseorang diri di rumah. Pembantu rumah Murni pula akansegera balik setelah kerjanya siap. Jemah berasa bosan dansunyi kerana tiada jiran-jiran untuk berbual-bual. Olehsebab berasa bosan dan tidak biasa duduk berehat,Jemah telah menajak rumput yang tumbuh di sekeliling rumah

murni.

Apabila Murni dan Jamal pulang, jamal berasa marah kerana rumput yang tumbuh di sekeliling rumahnya telah ditajak. Dia membeli rumput itu dan mengupah orang menanamnya. Pada petang itu pula, Jemah menebang pokok ketapang di tepi jalan dan diganti dengan pokok mempelam. Menurutnya pokok ketapang tidak memberikan apa-apa hasil jika jika dibandingkan dengan pokok mempelam. Apabila Jamal balik, sekali lagi dia marah dan menyindir-nyindir ibu mertuanya. Murni tidak gemar melihat gelagat suaminya. Akhirnya, Jemah balik ke kampung semula.

Tidak beberapa lama selepas itu, Murni menerima sepucuk surat daripada ibunya yang meminta dia dan suaminya balik. Murni dan Jamal pun balik ke kampung. Jamal menaruh prasangka bahawa ibu mertuanya mahu meminta bantuan wang. Rupa-rupanya Jemah telah membeli tanah Long Kasah dan meletakkan nama Murni sebagai pemilik tanah itu. Tanah itu dibelinya dengan menggunakan duit yang dikirimkan oleh Murni setiap bulan. Murni berasa sangat terharu dengan tindakan emaknya itu. Sementara itu, Jamal berasa tersindir kerana dia gagal menyimpan wang untuk masa depan walaupun dia berkerja sebagai pegawai perancang ekonomi.

TemaKasih sayang ibu kepada anaknya

yang sentiasa berpanjangan walaupun hatinya pernah terluka oleh gelagat anak menantunya.

Persoalan

• Perbezaan nilai : antara masyarakat bandar dengan masyarakat desa.

• Menabung : amalan yang sangat berfaedah demi kebaikan di masa depan.

• Rindu : Jemah rindu akan kampung halamannya.

• Kasih sayang : antara ibu dan anak (Jemah dan Murni)

Plot

• Ekposisi – Memperkenalkan latar iaitu di rumah (Jemah) dengan Jemah,Murni, dan Timah sebagai watak.

• Konflik – Jemah bosan dan sunyi di rumah Murni. Jemah menajak rumput di halaman rumah Murni. Timbul konflik antara Jemah dan Jamal.

• Puncak – Jemah pulang ke kampung dan menghantar sebuah telegram menyuruh Murni dan Jamal pulang ke kampung. Jamal menaruh prasangka yang emak mertuanya mahu meminta wang. Sebenarnya jemah mahu meletakkan nama Murni sebagai pemilik tanah yang baru dibeli Jemah dari Long kasah.

• Pengakhiran- Murni amat terharu dengan tindakan ibunya dan

suaminya berasa malu kerana emak mertuanya lebih bijak merancang masa depan sedangkan dia bekerja sebagai perancang ekonomi gagal berbuat demikian.

Teknik Plot

• Penggunaan Dialog contohnya:“aku nak menyalin nama tanah untuk kau,” tambah

ibu“tanah mana?”“tanah aku baru beli”“tanah siapa yang mak beli?” Ia semakin berselera bertanya.

• Penggunaan monolog dalaman Contoh:Orang gaji Murni sudah pulang. Tingallah jemah termangu-mangu di rumah serba sepi itu. Apa yang harus aku buat? Dia merayau-rayau di celah-celah pokok orkid di depan rumah.

Watak dan Perwatakan•Jemah

•Tua dan ibu kepada Murni.•Watak utama.•Tinggal di kampung.•Ibu yang penyayang•Sabar•Rajin•Bertanggungjawab•Sanggup berkorban

• Murni

• Isteri kepada jamal.• Anak kepada Jemah.• Anak yang baik• Menghormati ibu• Bersopan santun• Taat kepada suami• Penyayang• Penyabar

• Jamal

• Suami kepada Murni, • bekerja sebagai pegawai perancang ekonomi.• Menantu kepada Jemah.• Tamak dan kuat berkira.• Panas baran .• Mudah prasangka • bersangka buruk.

• Latar tempat• Latar tempat dalam cerpen ini ialah di kota dan di

desa.• Di kota terletaknya rumah Murni dan Jamal,

sementara di desa terletaknya rumah Jemah.

• Latar masyarakat • Masyarakat yang dipaparkan dalam cerpen ini ialah masyarakat desa dan masyarakat bandar.• Masyarakat desa bekerja sebagai petani atau pesawah dan penternak.• Masyarakat bandar bekerja makan gaji seperti Jamal menjadi pegawai perancang ekonomi.• Masyarakat yang berjimat-cermat seperti Jemah sentiasa berjimat-cermat dalam perbelanjaan harian.

• Latar masa.• Masa dalam cerpen ini ialah masa sekarang.• Sebahagian besar peristiwa dalam cerpen ini

berlaku pada waktu siang.

• Simile – “…bunyi keretanya mengaum-ngaum…”

• Personafikasi – “Dan saat itulah ingatannya segera terbang ke balik ke kampung”.

Gaya Bahasa

Penggunaan peribahasa – “ Suaminya yang panas baran….”Sinkope – “dah,tu,nak,dan nak”Pengulangan- “Mak ! Mak dah tua. Dah patut berehat-rehat sekarang.

Nilai murni & pengajaran • Sabar/ kesabaran – Jemah sentiasa bersabar

apabila menerima sindiran daripada menantunya, Jamal yang marah kerana Jemah telah menajak rumput yang ditanamnya.

• Kasih sayang – Murni sangat sayang akan ibunya sehingga sanggup membawa ibunya tinggal bersama-sama dengannya di kota supaya ibunya berehat saja sepanjang masa.

• Keinsafan – Jamal mengakui kelemahannya dalam merancang masa depan.

• Jujur/berterus terang– Jemah telah mengaku menajak rumput di sekeliling rumah Murni. Dia tidak tahu rumput itu ditanam untuk hiasan.

• Rajin – Jemah merupakan wanita yang rajin melakuakan apa-apa jua pekerjaan.