Cerpen capa rengat

17
CERPEN CAPA RENGAT KUMPULAN 2

Transcript of Cerpen capa rengat

Page 1: Cerpen capa rengat

CERPEN

CAPA RENGATKUMPULAN 2

Page 2: Cerpen capa rengat

SINOPSISCerpen 'Capa Rengat' mengisahkan seorang remaja yang ingin merasai kehidupan di kampung ibunya. Pada waktu petang, "Aku"akan mengikut bapa saudaranya Pak Cik Kinto, ke bukit-bukit di keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembakburung-burung serta menjengah ikan-ikan di sungai. Hubungan Pak Cik Kinto dan "Aku" seperti belangkas.

Pada sebelah petangnya. "Aku" tidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik Konto pergi untuk berurusan dengan peguam. Ibu"Aku" pula berasa bosan tinggal lebih lama di kampung. "Aku" mengambil keputusan merayu-rayau di sekeliling di kampung.Ketika lalu di sebidang paya, "Aku" melihat lima orang anak muda sedang bermain di bahagian tepi paya.

Seorang budak perempuan, Su mengajak "Aku" bermain bersama-sama mereka. Permainan yang dimainkan begitu janggal dan"Aku" berasa kekok pada permulaannya tetapi kemesraan budak-budak kampung menghilangkan rasa kekok "Aku". Akhir sekali,"Aku" diajak bermain rumah katak. Setiap kali rumah katak "Aku" siap dibina, Su akan memecahkannya.

"Aku" cuba menangkap Su kerana mempersenda-senda kebolehan "Aku". Rupa-rupanya, Su begitu lincah meniti batang danmelompat hingga ke seberang paya. Tanpa diduga, Su menghampiri "Aku" dan menghadiahkan sekuntum bunga Capa Rengat ataubunga melur hutan yang berbau wangi. Kami seolah-olah dibuai perasaan apabila berganding bahu menyiapkan rumah katak dalamkota buatan.

Tiba-tiba, ketika "Aku" dan Su asyik membina jalan menuju pintu masuk kota buatan, seorang budak lelaki berumur lapan tahunmenjerit nama Su. Su terpaksa pulang ke rumah dengan segera. "Aku" mengenal pasti Su mempunyai seorang ibu tiri yangbengis daripada kawan-kawan sepermainan. Budak yang memanggilnya Su itu ialah adik tirinya.

Pada sebelah malamnya, "Aku" tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat diletakkan di dalam botol berisi air. "Aku" inginmerasai kesegaran bau wangi Capa Rengat dalam tidur.

Setelah sehari berada di kampung, ibu memutuskan siri lawatan ke kampung dipendekkan. Pak Cik Kinto dan Mak Cik Kintomeminta ibu memanjangkan tempoh di kampung tetapi ibu mendesak-desak untuk pulang. "Aku" berasa terharu untukmeninggalkan kampung dan kesayuan hatiku makin mendayu-dayu.

Dalam keadaan separuh sedar, "Aku" bertanyakan kepada ibu tentang kesediaannya untuk pulang ke kampung semula. Malangnyaibu melahirkan ketegasan untuk tidak pulang ke kampung lagi kerana urusan tanah dan rumah pusaka selesai. Keputusan ibumembuatkan "Aku" sedih apabila "Aku" terpandang bunga Capa Rengat yang sudah layu dan terkenangkan wajah Su.

Page 3: Cerpen capa rengat

TEMA

Perasaan cinta pada kehidupan dan suasana di kampung. "Aku" telah mengalami pengalaman yang menarik hidup di kampung.

Contohnya, semasa "Aku" mengikut Pak Cik Kinto menembak burung dan menyedut udara pergunungan yang segar.

Page 4: Cerpen capa rengat

PERSOALAN1. Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui

budaya.Contohnya, "Aku" yang berasal dari bandar menyukaiSu yang tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan.

2. Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan.Contonya,Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada "Aku" menyebabkan"Aku" amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakankampung walaupun pada asalnya "Aku" amat tidak selesa berada dikampung.

3. Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan.Contohnya, Dapat dilihat pada watak "Aku" yang menghargai danmenjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su.

4. Persoalan mengenang kembali tempat asal usul.Contohnya, Su seronok mandi sungai dan bermain 'kota Buatan‘tempat asal ibunya.

Page 5: Cerpen capa rengat

PLOT1. Permulaan"Aku" pulang ke kampung bersama-sama dengan ibunya untuk menguruskan tanah pusakadan rumah pusaka. Mereka berdua tinggal di rumah Pak Cik Kinto, bapa saudara "Aku". Padawaktu pagi, Pak Cik Kinto melayani "Aku" dengan membawanya berjalan-jalan di bukitsekeliling kampung.

2. PerkembanganPada sebelah petang, "Aku" merayau-rayau di sekeliling kampung kerana Pak Cik Kinto kekota untuk berurusan dengan peguam. "Aku" betemu dengan sekumpulan budak kampungyang sedang bermain di tepi paya. Salah seorang budak perempuan kampung yang bernamaSu mengajak "Aku" bermain bersama-sama dengan mereka. Ketika bermain, Su telahmemberikan "Aku" sekuntum bunga Capa Rengat ( melur hutan ). Kerana leka bermain, Sudipanggil pulang oleh adik lelaki tirinya pulang ke rumah. "Aku" pulang ke rumah danmeletakkan bunga Capa Rengat dalam botol berisi air.

3. KlimaksKeesokan paginya, "Aku" dikejutkan dengan keputusan ibu untuk pulang ke kota. "Aku"berasa sedih dengan keputusan ibu kerana baru hendak merasai kenikmatan suasanakampung.

4. Peleraian"Aku" pulang ke kota dengan kenangan yang indah hasil pemberian bunga Capa Rengatdaripada Su, seorang gadis kampung.

Page 6: Cerpen capa rengat

TEKNIK PENCERITAANCerita disusun mengikut kronologi urutan masa.

1. Pemerian

Contoh:

Kami menyedut udara pergunungan yang segar. Kami melihat burung-burungberterbangan. Di samping itu, Pak Cik Kinto tidak pernah lupa membawasenapang patah, kalau-kalau bertemu denak.

2. Dialog

Contoh:

"Cantik. ya!" kata budak perempuan itu.

"Cantik," jaeabku pendek sambil merenung matanya yang jernih ghairah itu.

3. Kejutan

Contoh:

Adik tiri Su muncul dan memanggil Su pulang semasa "Aku" sedang bermaindengan Su dan kawan-kawannya.

Page 7: Cerpen capa rengat

WATAK DAN PERWATAKAN

1. "Aku“

• seorang anak remaja

• menghargai alam sekitar

• proaktif dan cergas

• mempunyai pandangan bernas

• berfikiran positif

Page 8: Cerpen capa rengat

WATAK DAN PERWATAKAN

2. Ibu

• pertengahan usia

• tegas dengan pendirian

• sikap terburu-buru membuat keputusan

• prihatin terhadap orang lain

• berperilaku mesra

Page 9: Cerpen capa rengat

WATAK DAN PERWATAKAN

3. Su

• budak perempuan awal remaja

• bersikap periang

• aktif dan cergas

• bijak mengolah keadaan

• taat kepada ibu

Page 10: Cerpen capa rengat

WATAK DAN PERWATAKAN

4. Pak Cik Kinto

• bapa saudara "Aku"

• mahir selok-belok di kampung

• mempunyai kemahiran menembak

• ikhlas melayani tetamu

• melaksanakan urusan dengan cekap

Page 11: Cerpen capa rengat

LATAR Masa

1. Pagi: "Aku" dan ibu bertolak pulang ke bandar setelah seharian berada di kampung.

2. Petang: "Aku" dibawa oleh Pak Cik Kinto ke bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.

3. Malam: "Aku" tidur dengan nyenyak kerana terlalu letih setelah seharian bermain dengan budak-budak kampung.

Page 12: Cerpen capa rengat

LATARTempat

Latar tempat cerita berkisar di sebuah perkampungan Melayu yang berlatar belakang bukit-bukau dan tanah paya :

1. Bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto : tempat Pak Cik Kinto membawa "Aku" bersiar-siar untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.

2. Paya :Tempat kanak-kanak kampung berenang dan bermain di tepinya.

3. Rumah Pak Cik Kinto:tempat "Aku" dan ibi bermalam ketika pulang ke kampung.

Page 13: Cerpen capa rengat

LATARMasyarakat

1. Masyarakat bandar.

Contoh: Diwakili oleh watak "Aku" yang berasal dan dibesarkan di

bandar begitu kekok waktu mula-mula sampai di kampung.

2. Masyarakat kampung.

Contoh: Pak Cik Kinto yang sering ke hutan untuk berburu.

3. Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam.

Contoh: Ibu membetulkan tudungnya yang ditiup angin supaya melindungi

rambutnya kerana untuk menutupi aurat.

4. Masyarakat yang menghargai alam sekitar.

Contoh: Su sangat mengenali alam kampungnya dan menyukainya serta

menghadiahi "Aku" bunga Capa Rengat.

5. Masyarakat yang suka berburu.

Contoh: Pak Cik Kinto sering berburu di hutan.

Page 14: Cerpen capa rengat

GAYA BAHASA1. Kata ganda.

Contoh: Tiba-tiba, seolah-olah, bukit-bukit, kadang-kadang,baik-baik

2. Anafora. Contoh: Mengapa menjadi sayu? Mengapa menjadi kesepian?

3. Inversi ( Keterbalikan ayat ). Contoh: Demi memandang gunung-gunung dan padang belukarnya yang subur itu, segala rasa kesepian itu hilang.Sepatutnya. Segala rasa kesepian itu hilang apabila memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu.

4. Personifakasi. Contoh: Melahirkan sinar cemburu.

5. Simile. Contoh: Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku.

6. Simpulan bahasa. Contoh: Seperti belangkas.

Page 15: Cerpen capa rengat

NILAI1. Nilai keberanian.

Su berani untuk meniti di atas sebatang tiang untuk menyeberang sungai yang dalam.

2. Nilai hemah tinggi. Su dan rakan-rakan menegur aku dan mengajak aku bermain bersama mereka walaupun baru pertama kali berjumpa.

3. Nilai kerajinan. Pak Cik Kinto rajin untuk membawa aku berburu bagi mendapatkan rezeki.

4. Nilai kerjasama. Su dan aku bekerjasama membina rumah katak semasa bermain.

Page 16: Cerpen capa rengat

PENGAJARAN1. Kita hendaklah menghargai alam sekitar.

Contoh: Pak Cik Kinto dan aku menghargai keindahan alam sekitar semasa pergi berburu di hutan.

2. Kita hendaklah menghargai persahabatan. Contohnya "Aku" menghargai persahabatan dengan Sudan sanggup menjaga bunga Capa Rengat yang diberi oleh Su kepadanya.

3. Kita hendaklah menyemaikan kasih sayang antara keluarga. Contoh: "Aku" menyayangi Pak Cik Kinto bapa saudaranya walaupun baru saja mengenalinya.

4. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar. Contoh: Su, "Aku" dan rakan-rakannya bekerjasama membina rumah katak dan jalan ke rumah katak.

Page 17: Cerpen capa rengat

SEKIAN TERIMA KASIH

KUMPULAN 2