Cerpen : Daniel Dan Dania
Transcript of Cerpen : Daniel Dan Dania
-
8/14/2019 Cerpen : Daniel Dan Dania
1/10
Cerpen : Daniel Dan Dania
Aduh....sakitnyer...isk..... aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh
Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak
keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak
elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu"
rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin
tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung
ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan
anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas
memanggil Doktor Johari. Doktor Johari
(Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran.
Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan
disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa
meneran ...
"Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkanNisa bertenaga dansekali teran sahaja kepala baby sudah keluar...
"Good mummy" kata DoktorJohari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang
lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia"
kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan
tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan
diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.
Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya.
Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega...
tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.
Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan
-
8/14/2019 Cerpen : Daniel Dan Dania
2/10
sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa
hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu
sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah
Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.
Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa
mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena.
Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya
dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua
itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu
Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia
membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung. Zakri ragu anak dalam
kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin
dah mengandung...Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas
berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila
mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat
memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak
pernah terlintas di otak jemala Nisa.
"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak
asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .
"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa
"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.
"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri
Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa
pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua
kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya
tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar
sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja.
Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit
-
8/14/2019 Cerpen : Daniel Dan Dania
3/10
-
8/14/2019 Cerpen : Daniel Dan Dania
4/10
Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit
pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap
perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah,
menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila
Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa
sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan
Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi
emosinya.
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan
kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-
gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di
Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula
petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya ,
"Kita nak jalan jauh
ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak
membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras
kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak
ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi.
Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan,
tak boleh tunggu ker,suka hati akulah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung
ker"marah Zakri.
"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisacuma nak
ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya
rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA
ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula
membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH
kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA
ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan
-
8/14/2019 Cerpen : Daniel Dan Dania
5/10
menangis.
Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebasmasih lagi
dan membengkak...berdenyut2..."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang
marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je...."Rungut
Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf. "Hoi, Encik
Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan
pejabat Zakri.
"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,
ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.
"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hatiAzlan.
"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah
dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak
melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,cuba fikir sikit" Azlan
mengingatkan Zakri.
"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa
aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.
"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak
sudah nanti" kata Azlan lagi.
Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri.
"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke
hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........."panggilan
kecemasan dari Doktor Johari
"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt. Zakri
menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.
"Alah jom ler cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius,
-
8/14/2019 Cerpen : Daniel Dan Dania
6/10
sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya
kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari
dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik
rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya...dan selepas kejadian
itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan
kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit
kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa
mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.....Zakri hanya
diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...
"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa
memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor
Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm
otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu
lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation
sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan
tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm reallysorry
Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu
memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang
masih baru. Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap
lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari ,
Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Nisa
semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan
buruk Zakri terhadap Nisa..."YA
ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran
diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda
dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...
Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG
TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa
sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah
-
8/14/2019 Cerpen : Daniel Dan Dania
7/10
lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi
Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.
Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru
kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam
tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak
kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?
Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa
pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan
Nisa hadiahkan Abang.......Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana
tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan
pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui
NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali
sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri
Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa
Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak
ada hubungan dengan sesiapa
melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.
Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang
kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan
Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa
tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang
kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat
mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan
sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama
disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja
dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.
-
8/14/2019 Cerpen : Daniel Dan Dania
8/10
Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging
abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita
bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak
Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat
juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak
kita bang...Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti
Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya...sejuk perut Nisa mengandungkan
mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi
dan mengingati walaupun
Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial
dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg
Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan
antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA
BUAT NISADAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS
DIIJABKABULKAN.
SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI
NISA DAN KELUARGA NISA
HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri
seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa
seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas
terpampang... kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa
-
8/14/2019 Cerpen : Daniel Dan Dania
9/10
maafkan Abang Nisa.
Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk
melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu
tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk
melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa
buat kali terakhir seakan-akan
lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri
perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa
dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan
tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir
dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-
lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.
Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar
bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian
Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu
berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas
perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang
ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara
Nisa yang
merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan...YA ALLAH
, kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada
Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa
bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk
Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar
dimuka Nisa. Putih
bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya.
Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan
hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long ,
-
8/14/2019 Cerpen : Daniel Dan Dania
10/10
abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar.
Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke
arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik
kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu
nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri
tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara
Nisa...
Moral value cerita ni:
Kalau korang lelaki, and buat camni kat bini, korang ni memang x berhati perut langsung
lah...