Cerpen Dewan Sastera Oktober 2011

12
CERPEN DEWAN SASTERA OKTOBER 2011. SUMPAH KUALA KEDAH CERPEN ini mengenai sejarah malang negeri Kedah. Antara yg menyalakan hasratku utk menulis ialah cerita Dr.Mahathir dlm bukunya A Doctor in The House bgmana dia melihat seorang tua Kedah ditendang oleh askar Siam kerana tidak berhenti ketika lagu kebangsaan Siam dimainkan. Juga tulisan pegawai British Sherard Osborn (The Blockade of Kedah 1838) yang dihantar membantu Siam memerangi orang Kedah. SUMPAH KUALA KEDAH Oleh Zurinah Hassan Alor Setar 1943 Dengan hati-hati Ayub mengangkat dulang berisi udang sungai yang dijemur sejak pagi tadi. Udang itu ditangguknya dari sungai di belakang rumah. Udang yang sentiasa banyak di sungai itu dibawa balik dan direndam di dalam basin untuk menanggalkan selut-selut yang melekat. Beberapa minit kemudian airnya ditukar. Basin itu dikocak-kocak untuk memastikan tiada lagi kotoran. Udang yang sudah bersih ditapis dan dijemur di dalam dulang. Kalau matahari panas sampai ke petang, dua atau tiga hari menjemur sudah elok keringnya. Udang yang sudah kering dimasukkan ke dalam kain putih yang

description

cerpern

Transcript of Cerpen Dewan Sastera Oktober 2011

Page 1: Cerpen Dewan Sastera Oktober 2011

CERPEN DEWAN SASTERA OKTOBER 2011. SUMPAH

KUALA KEDAH

CERPEN ini mengenai sejarah malang negeri Kedah. Antara yg menyalakan hasratku utk

menulis ialah cerita Dr.Mahathir dlm bukunya A Doctor in The House bgmana dia melihat

seorang tua Kedah ditendang oleh askar Siam kerana tidak berhenti ketika lagu

kebangsaan Siam dimainkan. Juga tulisan pegawai British Sherard Osborn (The Blockade

of Kedah 1838) yang dihantar membantu Siam memerangi orang Kedah. 

SUMPAH KUALA KEDAH

Oleh Zurinah Hassan

Alor Setar 1943

Dengan hati-hati Ayub mengangkat dulang berisi udang sungai yang dijemur sejak pagi

tadi. Udang itu ditangguknya dari sungai di belakang rumah. Udang yang sentiasa

banyak di sungai itu dibawa balik dan direndam di dalam basin untuk menanggalkan

selut-selut yang melekat. Beberapa minit kemudian airnya ditukar. Basin itu dikocak-

kocak untuk memastikan tiada lagi kotoran. Udang yang sudah bersih ditapis dan

dijemur di dalam dulang. Kalau matahari panas sampai ke petang, dua atau tiga hari

menjemur sudah elok keringnya. Udang yang sudah kering dimasukkan ke dalam kain

putih yang nipis, dibalut dan diikat kejap-kejap lalu dihentak-hentakkan ke perdu kelapa

di sisi pelantar untuk menanggalkan kulit. Akhirnya udang itu ditampi sebelum

dibungkus kemas. 

Setiap pagi sepupunya Hassan akan datang mengambil udang kering untuk dijual di

Pekan Rabu. Setiap malam Hassan pulang dari pekan menghulurkan beberapa keping

duit syiling. Biasanya mereka akan dapat beberapa keping duit syiling lima sen dan satu

Page 2: Cerpen Dewan Sastera Oktober 2011

sen berwarna tembaga, berbentuk empat segi gambar King George VI 

.

Duit itu cukup untuk belanja mereka anak beranak. Emak sangat hati-hati bila

berbelanja. Setiap hari emak tidak lupa memasukkan satu sen ke dalam tin bulat dan

menyimpannya baik-baik di atas almari. Bila Ayub diterima masuk ke Kolej Sultan Abdul

Hamid, emak membuka tin untuk mengeluarkan wang secukupnya bagi membeli seluar,

baju, buku dan keperluan yang lain. Tetapi sejak tahun lepas mereka tidak lagi mendapat

wang syiling berwarna tembaga itu. Duit syiling itu sudah tidak laku. Ayub sedih bila

emak menangis kerana syiling yang disimpannya hingga penuh tin tidak boleh

digunakan lagi. Sekarang mereka terpaksa memakai duit Jepun iaitu duit kertas dengan

gambar pokok kelapa. 

Kalau dia berjalan jauh sedikit menyusur sungai dia akan mendapat tangkapan yang

lebih banyak Tetapi emak dan ayah akan marah “ Jangan kau berani berani sangat nak

buat semua kerja. Takut kalau ditangkap Jepun.”. Memang itulah yang didengarnya dari

ayah setiap kali dia hilang dari rumah. Biasanya Ayub diam sahaja kerana tidak berani

menjawab cakap ibu bapa. Dia tahu adalah berdosa besar kalau bercakap kasar dengan

ibu. Cuma kadang-kadang dia cuba menerangkan kepada ibu “Jepun dah tak ramai lagi

di Kedah ni mak. Sekarang ni Jepun dah menyerahkan Kedah kepada Siam. Siamlah yang

memerintah kita sekarang”. 

Ayub juga takut untuk bergerak ke sana ke mari. Tapi dia harus mencari sedikit wang

untuk meneruskan kehidupan. Inilah kerja yang dapat dibuatnya sejak dia tidak dapat ke

sekolah lagi. Memang dia sedih dan geram dengan keadaan yang berlaku. Dia baru saja

mula belajar di Maktab Sultan Abdul Hamid. Keseronokannya ke sekolah hancur bila

Jepun menyerang Alor Setar. Jepun telah memporak-perandakan negeri dan melakukan

kekejaman di sana sini. Semua orang hidup di dalam ketakutan. 

Pada pertengahan tahun 1943 itu kelihatan pula pengawal atau polis berbangsa Thai

meronda di pekan Alor Setar. Rakyat mendengar khabar bahawa Jepun telah

menyerahkan Kedah kepada Siam, kononnya sebagai hadiah tanda terima kasih atas

budi baik Siam membenarkan asykar-asykar Jepun melalui negerinya untuk menakluk

Malaya. Ayub selalu berkata di dalam hatinya. “Cantik muka dia. Negeri aku pula dibuat

barangan hadiah. Habis kami ni hamba pecacai ke yang mesti ikut tak boleh bersuara

apa-apa.” Namun kata-kata itu hanya terpendam dan membara di dalam dadanya. Tidak

ada siapa berani bersuara pada masa itu. Bagi Ayub samaada Jepun atau Siam,

keduanya sama saja. Mereka adalah bangsa asing yang menakluk negerinya. Mereka

tiada hak untuk membuat sesuka hati. 

Selepas menyimpan udang yang sudah kering itu ke dalam bekasnya, Ayub duduk

memerhatikan adiknya Kamariah dan Lijah yang sedang bermain di depan tangga. Emak

yang sedang sarat mengandung membasuh ubi di perigi. 

Sekarang keadaan sudah agak aman. Walaupun polis tentera Jepun yang dipanggil

Kempeitai itu masih ada di Negeri Kedah tetapi mereka tidaklah berperangai ganas

Page 3: Cerpen Dewan Sastera Oktober 2011

seperti dahulu dan tidak lagi bertindak sewenang-wenangnya terhadap orang awam.

Kata orang, Jepun hormat pada tentera Siam yang dihantar untuk menjaga keamanan. 

Dengan keadaan ini, dapatlah orang-orang kampung meneruskan kehidupan walaupun

dengan serba kedaifan. Lijah dan Kamariah boleh bermain masak-masak di tepi tangga.

Mereka mengutip tempurung untuk dijadikan periuk. Mereka mengutip daun-daun untuk

dijadikan ikan. Mereka mengorek pasir yang dibayangkan sebagai beras. Mereka meniru

cara emak bekerja, bekerja sambil merungut tentang beras yang sudah semakin sukar

dicari, tentang anak-anak yang demam panas, tentang anak-anak jiran yang seluruh

badan bertepek-tepek dengan kudis buta. 

Tiba-tiba terdengar orang berteriak. Sekumpulan lelaki sedang mengusung sesuatu

berjalan ke arah rumah mereka. Ayub bingkas bangun dan berdebar debar bila melihat

yang diusung itu ialah datuknya. Dia menjerit memanggil ibu yang sedang membasuh

ubi di perigi. Minah berlari ke arah ayahnya. ‘Ayah, ayah, kenapa ayah? Minah berteriak.

Kamariah dan Lijah segera mencampak tempurung dan daun daun yang dipegang.

“Kenapa dengan tok wan. Apakah tok wan sudah mati?

Darus yang diusung diletakkan di atas pelantar di depan tangga. Cucu-cucu merasa

sedikit lega bila Darus mengawang-gawangkan tangan dan melepaskan batuk. Darus

mengawang-gawangkan tangannya minta dibaringkan mengiring. Dia mengaduh kerana

belakangnya terasa amat sakit dan pedih. Orang yang berkumpul di situ melihat di

belakang Darus. Mereka menggeleng kepala bila ternampak warna hitam lebam di situ.

Beberapa orang yang melihat kejadian itu menerpa ke rumah mereka. Kenapa? Apa

terjadi kepada Pak Darus?

“Ah polis Siam laknat tu ....” jawab Ahmad salah seorang yang mengusung Darus pulang.

Dari tadi memangku kepala Darus. Dadanya berombak menahan rasa marah. 

“Kenapa? Apa salahnya?” Beberapa orang bertanya?

“Polis Siam tu terajang dia dari belakang jatuh tersembam ke tanah. Hah kami ingatkan

dia sudah tak ada lagi...” Sahut pula si Dolah yang sama-sama berada di tempat

kejadian. 

Uda Leman menceduk air di guri tempat membasuh kaki. Air guri kosong, Leman berlari

ke perigi menceduk air dengan timba upih. Air dituangkan ke atas tapak tangannya lalu

diusapkan ke muka Tok Darus. Minah bergegas ke dapur mengambil geluk air. Geluk

disuapkan ke mulut Darus. Darus yang kelelahan cuba meneguk seteguk dua. Batuknya

reda sedikit. Saidin mencapai botol minyak angin yang sememangnya ada di depan pintu

rumah dan mula mengurut dada Darus. 

Ada yang memicit-micit bahu . Ada yang memicit-micit kaki dan lengannya. 

Darus yang terbaring lembek tidak bermaya membiarkan sahaja apa yang dilakukan ke

atasnya. Orang kampung menggelengkan kepala. Ada yang tunduk dengan wajah

teramat sedih. Semua orang terbayangkan wajah bengis polis berbangsa Siam yang

mundar mandir di pekan Alor Setar. 

“Begini, Pak Darus naik basikal ke Alor Setar tadi. Dia melintas depan Balai Polis. Masa tu

Page 4: Cerpen Dewan Sastera Oktober 2011

mereka sedang menurunkan bendera Siam. Kau tau la bila bendera diturunkan dan lagu

kebangsaannya dimainkan semua orang kena berdiri tegak. Pak Darus tak berhenti. Apa

lagi teruklah dia dikerjakan si polis bedebah tu.

“Allah” Darus tercungap-cungap tak dapat berkata apa-apa.

“Kenapa ayah tak berhenti? Bukan ayah tak tahu setiap kali bendera dinaikkan kena

berhenti beri hormat. Memang kita tak suka tapi apa boleh buat kalau tidak kita mati

dibunuh.” Tanya Minah 

“Macam mana nak berhenti aku tak dengar lagu Siam tu dimainkan. Kau bukan tak tahu

telinga aku dah tak elok,” Darus cuba bersuara tetapi percakapannya diganggu oleh

batuk yang panjang dan tak terkawal. Batuk yang bagai mengoyak dadanya itu

membimbangkan semua orang. 

Bila batuk Darus mulai reda, Minah mencelah sambil tangannya tak berhenti-henti

mengurut dada bapanya, “Kesian ayah. Dia memang tak berapa dengar sekarang ni.

Kalau kita bercakap dekat-dekat macam ni bolehlah dia dengar tapi kalau jauh sedikit

tak boleh dengar apa-apa.”

“Kami pun tak benarkan ayah naik basikal ke pekan Alor Setar. Bunyi kereta pun dia

kurang dengar, bahaya sangat,” sahut Yahya. 

Minah tahu ayahnya dalam perjalanan menghantar udang sungai ke rumah Tengku

Sulaiman. Tengku itu selalu membeli udang mereka. Kalau ikutkan, memang mereka

tidak benarkan Darus ke mana-mana. Dia sudah tua dan sering sakit-sakit. Tetapi Darus

adalah jenis orang tua yang degil. Katanya kalau keluar berjalan-jalan keluar juga peluh.

Kalau berdiam sahaja di rumah badannya semakin lemah.

“Sampai hati polis tu buat ayah begini. Ayah sudah tua dan tak larat pun” Minah

bersuara hampir menangis. 

Darus diusung ke atas rumah. Tubuh yang sudah tua dan telah lama sakit-sakit menjadi

semakin tidak bermaya. Darus hanya berbaring dan mengerang-ngerang kesakitan.

Makanan yang disuap hampir tidak tertelan. Tiga hari kemudian Darus menghembuskan

nafasnya yang terakhir. Selepas perkebumian Darus, Minah pun sakit dan melahirkan

anak walaupun belum cukup bulan. Secara kebetulan hari itu adalah hari lahir Ayub. Ini

bermakna dia dan adiknya yang baru ini mempunyai tarikh lahir yang sama. Adik baru

itu diberi nama Hamid. 

Sejak peristiwa datuknya dikasari polis itu, Ayub tidak banyak bercakap. Dia sering diam

dan termenung. Dia memandang padang menerung yang meluas hingga ke deretan

bukit yang dibaluti belukar. Perasaannya semakin sayu ketika deretan bukit itu semakin

ditelan redup petang. Perasaan marah sedang meluap-luap di dadanya. Kepalanya

terasa panas bagaikan berasap. Dia merasa terlalu marah kerana orang asing boleh

datang ke negerinya dan buat sesuka hati kepada anak negeri lebih-lebih lagi kepada

orang tua yang tidak berdaya seperti datuknya Darus. 

Page 5: Cerpen Dewan Sastera Oktober 2011

Kuala Kedah 2003

Pada petang yang nyaman itu Datuk Ayub tiba di Kuala Kedah bersama adiknya Hamid

dan dua orang anak saudaranya Kamal dan Hisham. Beberapa orang yang mengenalinya

bangun menghulurkan tangan. Datuk Ayub menyambut salam dan membalas senyuman

walaupun dia tidak mengenali mereka. Hamid yang berjalan di sebelah seperti biasa

merasa bangga dengan kedudukan abangnya. Hisham dan Kamal juga bangga berjalan

dengan Pak Long, orang besar yang dikenali di seluruh negara itu. 

Mereka duduk di sebuah meja beralas dan berbunga yang sudah disediakan “Hari ini hari

lahir Pak Long dan ayah,” kata Hisham dan Kamal. “Oh nak buat surprise lah ni” Kata

Ayub dan Hamid hampir serentak.

Usia Datuk Ayub genap tujuh puluh empat tahun hari ini. Dia amat bersyukur kerana

masih mampu berdiri di bumi Allah ini, walaupun diwajibkan hadir di hospital sebulan

sekali untuk pemantauan. Hamid yang empat belas tahun lebih muda pula kelihatan

kurus dan cengkung. Hamid sememangnya lebih rendah dan tubuhnya lebih kecil

daripada abangnya. Selalu juga orang menegur hal ini tetapi Hamid tidak pernah marah.

Dia malah berjenaka, “Ya lah, aku lahir di zaman Jepun. Mak aku pun makan ubi, mana

nak cukup susu.” 

Datuk Ayub sememangnya ingat yang hari ini adalah hari lahirnya dan hari lahir adiknya

Hamid. Setiap kali datangnya tarikh ini fikirannya sedikit terganggu. Dia masih dapat

membayangkan wajah dan tubuh datuk yang mengerang sakit setelah diterajang oleh

pengawal Siam di hadapan Balai Polis Alor Setar pada tahun 1943. Peristiwa yang amat

menyakitkan hatinya itu sudah diceritakan dengan panjang lebar kepada anaknya dan

anak-anak saudaranya. Peristiwa itu kerap diulang-ulang setiap kali dia dijemput

memberi ceramah atau bercakap di dalam forum sejarah. 

Selepas bersara dari perkhidmatan awam, Ayub semakin aktif di dalam Persatuan

Sejarah Kedah. Itu juga cara dia mengisi kesunyian hidup di hari tua setelah anak

tunggalnya memilih untuk mencari rezeki di luar Negara, manakala isterinya memenuhi

waktu dengan menjadi pemimpin Persatuan Wanita. Dia kerap berulang-alik ke Kedah

menjalankan aktiviti persatuan. Bila di Kedah dia jarang tinggal di hotel. Dia lebih suka

tinggal di rumah Hamid yang terbina di atas tanah rumah asal keluarganya dahulu. Di

situ dia terasa amat dekat dengan masa lalu. Tambahan pula sekarang hanya dia dan

Hamid sahaja yang ada. Lijah dan Kamariah meninggal sebelum dewasa diserang

penyakit beri-beri pada zaman kekurangan zat makanan itu. 

Ayub tidak belajar Sejarah di Universiti tetapi minatnya dalam sejarah Kedah sangat

mendalam. Dia banyak membaca buku dan melanggani jurnal. Pada pandangannya,

Kedah menduduki tempat yang unik sebagai empayar tertua. Sejak abad ke-13 Kedah

adalah sebuah negeri yang berdaulat dan mempunyai pelabuhan yang terkenal di Sungai

Bujang Sejarah negerinya pernah tertulis dengan tinta gemilang. Tetapi warna warna

kegemilangan mulai pudar bila Siam muncul sebagai kuasa besar. Kedah mula terancam.

Page 6: Cerpen Dewan Sastera Oktober 2011

Siam yang pada masa sekarang bernama Thailand mengamalkan dasar imperialistik

meluaskan jajahan takluknya dan berjaya memaksa negeri-negeri di utara Semenanjung

menghantar ufti berbentuk bunga emas kepadanya. Pada tahun 1791 Siam telah

menakluk Kesultanan Melayu Patani yang merangkumi wilayah Pattani, Yala dan

Narathiwat dan menukar namanya menjadi Changwat Pattani. 

Pada pertengahan abad ke-18, tanah pusaka moyang mula didatangi oleh bangsa-

bangsa dari Barat. Armada Inggeris dan Perancis mencakar luka perairan tanah ibunda

untuk meluaskan pengaruh di Asia Tenggara. Pada tahun 1786 Sultan Kedah terpaksa

menyerahkan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur yang diwakili oleh Kapten

Francis Light. Ayub dapat membayangkan betapa pedihnya hati seorang Sultan kerana

terpaksa menyerahkan sebahagian dari negerinya kepada kuasa asing. Ini dilakukan

kerana mengharapkan Britain akan melindungi Kedah kalau Siam menyerang. Tidak

cukup dengan sebuah pulau, Syarikat Hindia Timur berunding pula untuk mendapatkan

sejaluran wilayah yang bertentangan dengan Pulau Pinang 14 tahun kemudian. Tanah itu

kemudian dinamai Province Wellesley. Walaupun pengambilan itu melibatkan bayaran

sewa namun ia tetap menjejaskan kedaulatan dan maruah sebuah negeri. 

Ayub juga sering memulakan ceramahnya dengan serangkap pantun yang diubahsuai

dari pantun lama:

Pulau Pinang bandar baharu

Kapten Light menjadi raja

Bila terkenang nasib Melayu

Jatuh berlinang air mata

Pulau Pinang berpindah tangan, namun begitu bila Siam benar-benar menyerang Kedah

pada tahun 1821, Inggeris tidak membantu. Inggeris telah mungkir janji terhadap negeri

kecil yang tidak berdaya melawan. Maka Kedah pun berada di bawah cengkaman Siam.

Bukan tidak ada percubaan untuk merungkai kuku penjajahan yang tajam dan berbisa

itu. Negerinya juga mempunyai sederetan nama pahlawan yang berani. Di antaranya

ialah Tunku Kudin yang mengepalai perjuangan untuk mengembalikan maruah negeri

pada tahun 1831 dan Tunku Mohammad Saad yang menggadai nyawa dalam percubaan

menghalau penjajah. Tunku Mohammad Saad pernah berjaya mengusir Siam keluar dari

Kedah melepasi Singora atau Songkhla. Malangnya kejayaan tidak kekal lama. Siam

menyerang balas dan bertindak ganas. Lebih menyakitkan ialah tindakan Inggeris yang

tiba-tiba menyebelahi Siam kerana menyedari bahawa persahabatan dengan Siam akan

lebih menguntungkan mereka. 

Dengan sokongan Inggeris, Siam tidak takutkan apa-apa lagi. Rakyat yang cuba bangkit

itu dipijak dan dilanyak, ditindas dan dipulas sehabis-habisnya. Mereka membalas

kebangkitan rakyat Kedah dengan pelbagai rupa kekejaman yang tidak dapat

dibayangkan sanggup dilakukan oleh makhluk yang bernama manusia. Paling

menyakitkan ialah gambaran yang diberikan oleh seorang pegawai tentera laut British

Page 7: Cerpen Dewan Sastera Oktober 2011

yang dihantar untuk memerangi rakyat Kedah. Setelah tiba di sini, pegawai yang

bernama Sherard Osborn menjadi insaf bila melihat sendiri penyeksaan yang dilakukan

terhadap rakyat Kedah. Osborn menyanjung orang-orang Kedah kerana telah bangun

mempertahankan hak sendiri. Sherard Osborn telah mengabadikan segala peristiwa

berdarah di muara Kuala Kedah dalam bukunya The Blockade of Kedah 1838 : Osborn

menggambarkan pelbagai rupa penyeksaan. Pihak musuh lebih suka menyeksa daripada

membunuh kerana jeritan dan lolongan kesakitan menjadi hiburan kepada si syaitan.

Rakyat yang ditangkap ada yang dimasak hidup-hidup. Mereka ditelanjangkan dan

dimasukkan ke dalam lubang kayu. Si syaitan akan menyalakan api yang cukup panas

tapi perlahan-lahan, dengan tujuan, melambat dan memanjangkan kesakitan. Mangsa

akan melolong kepanasan dan kepedihan yang tidak dapat digambarkan. 

Segala yang dikisahkan di dalam buku itu membuat kepala Ayub terasa panas bagaikan

berasap. Ini ditambah pula dengan kenangan kepada datuk tempat dia bermanja yang

mengerang-ngerang kesakitan akibat diterajang oleh polis Siam. Rasa sedih dan marah

itu diheretnya sampai ke tua. Tetapi tidak ada apa-apa lagi yang dapat dilakukan selain

bersyukur yang segalanya sudah berakhir. Dia bersyukur yang keturunannya terlepas

daripada azab sengsara. 

Selepas tamat perang, dia meneruskan pelajaran dan berjaya memasuki universiti di

Singapura. Pada tahun negara mencapai kemerdekaan, dia baru bertugas sebagai

pegawai kerajaan. Hamid pula hidup sederhana sebagai kontraktor dan peniaga. Jejak

Hamid dituruti oleh anaknya Hisham sementara Kamal selesa bekerja di bank. Restoren

makanan laut di mana mereka menikmati makanan petang itu sudah dua tahun

diusahakan oleh Hisham. 

Dia pernah berkata kepada Kamal dan Hisham, “Kau orang sekarang ni beruntung. Kau

lahir semasa negara kita sudah bebas, boleh belajar dan berniaga dengan aman. Pak

Long dan ayah kau dulu merasa azab seksa di zaman penjajah. Bila Jepun datang sekolah

ditutup. Bila tamat perang barulah boleh belajar semula. Alhamdulillah Pak Long dapat

belajar hingga ke universiti. Dulu cuma ada sebuah universiti sahaja, itupun di

Singapura. Bukan senang nak ke sana. Dari Alor Setar naik keretapi ke Bukit Mertajam

atau Perai. Dari stesen itu tukar pula kereta api ke Singapura. Dua hari baru sampai.” 

“Pak Long dulu belajar sama dengan Dr. Mahathir ke?”

“Dr. Mahathir awal lagi. Dia dah tahun akhir baru Pak Long masuk.” Jawab Ayub. 

Ayub juga tidak henti-henti menasihati anak-anak saudaranya supaya mengambil

peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk memajukan rakyat terutama kaum

bumiputera. Nasihat seperti itulah juga yang disampaikan kepada belia-belia yang

mengikuti ceramahnya.

“Tapi sekarang pun susah juga. Susah sekarang macam lain Pak Long. Orang makan gaji

macam Pak Long dan Kamal tiap-tiap bulan dapat gaji, tak merasa pahit maung jadi

businessman macam kami.” Kata Hisham 

“Kontraktor macam saya banyak masalah Pak Long. Yang paling rumit ialah masalah

Page 8: Cerpen Dewan Sastera Oktober 2011

pekerja. Kami amat bergantung kepada tenaga buruh. Bukan senang Pak Long. Kadang-

kadang kita ada pekerja yang baik, tidak dapat kontrak. Kadang-kadang bila dapat

kontrak, pekerja pula buat hal.”

Hamid yang dari tadi hanya mendengar perbualan turut menambah, “Semuanya

mengharap kepada buruh asing padahal ramai anak-anak muda kita sendiri yang

menganggur. Tahun lepas sepupu kita, Salmah merayu-rayu minta tolong berikan kerja

kepada anaknya, Mokhtar. Saya fikir elok juga, daripada kita menghabiskan wang

mengupah orang lain lebih baik kita bagi duit kepada saudara mara sendiri. Tapi bila

saya bagi kerja, dua tiga bulan dah nak berhenti. Bila dah tak mahu bekerja tu macam-

macamlah dia mereka-reka cerita tentang keburukan saya. Akhirnya saya dengan

Salmah pula yang bermasam muka.”

“Saya bukan tak tahu hal si Mokhtar tu. Dulu saya pernah jumpa dia ponteng sekolah.

Dia duduk merayau di pasar raya. Mak dia bersusah payah berikan dia duit sekolah, dia

habiskan di mesin permainan”. Kamal pula membuka cerita.

Dari meja makan itu mereka dapat melihat jalan raya, jeti dan kuala yang menganjur ke

laut terbuka. Sayangnya pemandangan indah laut petang terganggu pula oleh

penunggang motosikal yang menunggang terlalu laju. Hisham yang faham apa yang

berlegar di dalam fikiran Pak Longnya bersuara “Begitulah Pak Long, budak-budak

sekarang memang tak takut mati. Kerajaan dah besarkan jalan raya. Tapi jalan raya

disalah guna, dijadikan tempat berlumba. Polis pun tak larat nak kawal lagi. Semalam

Pak Cik Halim, bekas tukang masak saya menangis-nangis sebab anak dia kemalangan.

Anak dia tu memang kaki lumba haram. Dah berbuih-buih mulut maknya berleter, tapi

tak dihiraukan. Sekarang apa jadi? Khabarnya kaki budak tu kena potong. Dah jadi

macam ni, mak bapa juga yang susah. ”

Ayub melepaskan keluhan. Berita-berita begini sudah banyak kali didengarnya. Tubuh

tuanya bagaikan tidak larat lagi menerima perkhabaran tentang anak-anak bangsanya

yang mati sia-sia. . Begitu ramai yang terbunuh dan hilang upaya dalam kemalangan

jalan raya akibat kecuaian atau sengaja mencari maut dalam lumba haram. Begitu ramai

yang menjadi bangkai bernyawa kerana dadah. Begitu banyak bayi Melayu yang

ditinggalkan mati di tong-tong sampah. Begitu ramai remaja Melayu yang hidup segan

mati tak mahu merayau-rayau di pasar raya atau menghabiskan masa dan wang di kedai

permainan. Dengan keadaan ini, berapa keratkah lagi yang boleh diharapkan untuk

membela tanah air? Melayu hanya menunggu saat kekalahan sedangkan musuh di

sekeliling sentiasa menguatkan kedudukan dan mempertajamkan taring 

Pandangan Ayub berlabuh ke kota Kuala Kedah di seberang sungai. Kota itu masih

berdiri bagai monumen yang sepi, menghadap ke kuala yang pernah merah disimbah

darah. Di situ ada parut luka bangsa yang tidak mungkin akan terpadam. Namun berapa

ramaikah orang-orang yang lalu di situ membaca sejarah silam?. Ayub mengingat

kembali kata-kata George Santayana “Bangsa yang tidak belajar dari sejarah akan

disumpah oleh sejarah untuk mengulangi kesilapannya”. Kata-kata itu juga sering dipetik

Page 9: Cerpen Dewan Sastera Oktober 2011

oleh Dr.Mahahtir di dalam ucapan ucapannya.

Laut Selat Melaka beralun rendah menyalami pantai Kuala Kedah. Angin petang yang

nyaman mengusap muara yang indah. Di daratan tiada lagi musuh musuh asing yang

mengganas dan menyeksa rakyat tempatan sepertimana yang diceritakan oleh Sherard

Osborn. Malangnya anak-anak negeri pula yang menganiayai diri sendiri. 

Sebelum pulang Datuk Ayub mengambil gambar kota Kuala Kedah dengan kamera

telefon bimbitnya. Malam itu Datuk Ayub mengetik papan kekunci menghantar

kemasukan baru ke dalam blognya. Dia mengabadikan gambar kota Kuala Kedah dan

menulis sebuah puisi di bawahnya,

Kota Kuala Kedah masih berdiri

tapi aku tidak akan berlama di sini

sebelum aku pergi kutinggalkan pesan ini:

setelah tiada lagi musuh asing

yang menyeksa anak negeri

janganlah segala anak Melayu

menzalimi diri sendiri.

Cucuku

Bacalah catatan di kota Kuala Kedah

Sebelum kau dimakan sumpah

Hamid yang dari tadi hanya mendengar perbualan turut menambah, “Semuanya

mengharap kepada buruh asing padahal ramai anak-anak muda kita sendiri yang

menganggur. Abang ingat cucu arwah abang Hassan, si Mokhtar tu?Tahun lepas emak

dia merayu-rayu minta tolong berikan kerja. Saya fikir elok juga, daripada kita

menghabiskan wang mengupah orang lain lebih baik kita bagi duit kepada saudara mara

sendiri. Tapi bila saya bagi kerja, dua tiga bulan dah nak berhenti. Bila dah tak mahu

bekerja tu macam-macamlah dia mereka-reka cerita tentang keburukan saya. Akhirnya

saya dengan Salmah pula yang bermasam muka.”

Musim Jepun dulu abang Hassan berniaga di Pekan Rabu. Dia tolong jualkan udang

kering kita.”

Eh pada masa tu dah ada Pekan Rabu ke?” Tanya Hisham.

Ada, tapi tidaklah ada bangunan macam sekarang ini. Cuma bangsal panjang, bertiang

kayu beratap nipah, berlantai simen terbuka tak berdinding.