Cerpen Ibu Dan Ceper, 6 Kerat, 8 Kerat, Latar Tempat Dan Konflik

16
Cerpen Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad) Sinopsis Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas. Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda. Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu. Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini. Tema Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan. Ibu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman. Persoalan 1.Persoalan kepentingan air dalam kehidupan. Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk

Transcript of Cerpen Ibu Dan Ceper, 6 Kerat, 8 Kerat, Latar Tempat Dan Konflik

Page 1: Cerpen Ibu Dan Ceper, 6 Kerat, 8 Kerat, Latar Tempat Dan Konflik

Cerpen Ibu dan Ceper(Shahnon Ahmad)

SinopsisKisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas.Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda.Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu. Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.

TemaKegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan. Ibu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman.

Persoalan1.Persoalan kepentingan air dalam kehidupan. Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya.2.Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya 3.Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam. Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.

Plot

Binaan Plot (i) PermulaanAku menerangkan perasaan sayang dan cinta akan Sungai Ceper dan ibu yang banyak berjasa kepadanya.Aku terkenang akan sungai ini yang jernih ,tenteram, deras dan menjadi lubuk ikan. Ibu

Page 2: Cerpen Ibu Dan Ceper, 6 Kerat, 8 Kerat, Latar Tempat Dan Konflik

juga seperti Ceper yang aktif bersawah dan bekerja. Namun, ibu berehat pada waktu malam manakala Ceper sama sahaja pada siang atau malam.

(ii) PerkembanganKemarahan ibu kepada Sungai Ceper yang melimpah akibat hujan lebat sehingga memusnahkan tanaman . Ibu juga memarahi sikap suaminya yang sambalewa terhadap tanggungjawab keluarga dan asyik dengan ketitir. Kemarahan ibu semakin memuncak apabila Sungai Ceper semakin cetek akibat kemarau. Hal ini menyebabkan sawah-sawahnya kering , sumber makanan dan minuman terjejas sehingga memaksa ibu menggunakan telaga sebagai sumber air. Setelah 40 tahun berlalu,Sungai Ceper semakin tercemar akibat pengabaian masyarakat. Ibu dan ayah sudah meninggal dunia dan aku telah pun berkeluarga dan mempunyai cucu.

(iii) KlimaksIbu meninggal dunia dan Sungai Ceper semakin sakit. Sungai ini semakin cetek, alirannya lambat dan banyak sampah daripada pelbagai bahan buangan berada di perutnya. Airnya busuk kerana bangkai binatang , kain-kain buru , plastik, dan sisa-sisa makanan dibuang ke dalamnya. Bapa juga telah meninggal dunia.

(iv) PeleraianSungai Ceper masih mengalir tetapi amat lambat. Keadaannya semakin parah. Aku dan isteri telah tua dan anak-anak pula menggantikan kami. Ceper dikatakan sudah mati kerana airnya sudah tidak bergerak dan timbunan sampah tindih-menindih. Ibu benar-benar telah mati tetapi Ceper walaupun masih wujud tetapi sudah tidak berfungsi lagi.

Teknik Plot.1.Pemerian Ceper pun serupa. .Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya.Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama-sama ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.

2.Dialog “Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!”

3.Imbas Kembali Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga.Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Page 3: Cerpen Ibu Dan Ceper, 6 Kerat, 8 Kerat, Latar Tempat Dan Konflik

Ibu1.Cekap bekerja.Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja.2.Rajin .Ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya, tanpa bantuan suaminya yang menjadi kaki burung.3.Bermasyarakat.Walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia.4.Kuat semangat.Walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak berputus asa untuk mengusahakan sawahnya semula.

Watak Sampingan

Aku1.Anak tunggal dalam keluarga.2.Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah.3.Sudah berumah tangga .4.Penyayang.Aku merupakan seorang anak yang penyayang kerana masih mengingati pengorbanan ibunya walaupun telah 40 tahun berlalu.5.Bertanggungjawab. Aku bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang tua.

Sungai Ceper1.Panjang, berliku-liku, jernih, pasir-pasir berbiji halus dan kelikirnya berkilat.2.Sumber air bagi kehidupan di sekelilingnya.3.Tercemar kerana menjadi tempat pembuangan sampah sarap.

Latar

Latar Masa1.Masa kini - Aku telah tua, ada anak yang telah besar dan telah bercucu.2.10 tahun yang lalu setelah ibu jatuh, lumpuh dan meninggal dunia-ibu sudah tidak dapat bergerak lagi dan kerja-kerja di sawah diteruskan oleh aku dan isteri.3.40 tahun yang lalu - Ketika ibu masih muda dan aku masih teruna.4.Siang - sewaktu ibu turun mengerjakan sawah padinya.5.Malam - gambaran tentang Sungai Ceper yang tetap cergas.

Latar Tempat

Page 4: Cerpen Ibu Dan Ceper, 6 Kerat, 8 Kerat, Latar Tempat Dan Konflik

1. Di sebuah desa - tempat tinggal ibu, aku dan ayah.2.Kawasan sawah padi - tempat ibu dan orang kampung bekerja.3.Sebatang sungai - tempat anak-anak kampung merangau ikan.4.Telaga - tempat ibu mengambil air ketika kemarau.5.Rimba belantara - tempat bapa berdenak ketitir.6.Sungai Ceper - tempat penduduk kampung termasuk ibu mendapat sumber air.

Latar Masyarakat1.Masyarakat petaniMereka mengusahakan tanaman padi secara tradisional. Keluarga aku mewakili sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakan tanaman padi secara tradisional seperti menajak dan menyisir selut.

2.Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup.Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau.

3.Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya.

Gaya Bahasa1.Kata ganda - kehijauan-hijauan2.Simpulan bahasa - naik angin3.Simile - Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang4.Personifikasi - ….kudengar ngauman Ceper5.Hiperbola - …Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing

Nilai1.Nilai bertanggungjawab.Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya.

2.Nilai kegigihan.Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga.

3.Nilai kesabaran.Ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga.

Pengajaran

Page 5: Cerpen Ibu Dan Ceper, 6 Kerat, 8 Kerat, Latar Tempat Dan Konflik

1.Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup dalam kesusahan.2.Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dengan isteri.3.Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara.4.Kita janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa keburukan kepada masyarakat.

Sungai Ceper mengalirkan airnya dengan arus yang kuat. Penulis membandingkan kekuatan Sungai Ceper dengan kegigihan ibunya. Sungai Ceper masih belum tercemar dan berfungsi untuk mengairi sawah padi. kepelbagaian fungsi sungai tersebut diumpamakan oleh penulis seperti kegigihan seorang ibu yang mengerjakan sawah bagi menyara keluarganya.Ibu merupakan merupakan seorang wanita yang rajin. selain bersawah, dia juga menetak mengkuang bagi menampung kelangsungan hidup keluarganya. Ibu aktif juga dalam aktiviti kemasyarakatan seperti membantu kenduri kendara, menziarahi jiran sekiranya ada kematian.

Suaminya agak pemalas kerana amat kurang membantu menyara keluarga. Si ibulah yang berhempas pulas menggunakan tulang empat kerat untuk menguasahakan sawah. Si suami banyak menghabiskan masa dengan memenuhi hobinya iaitu memikat burung ketitir. Penulis menjelaskan bahawa Sungai Ceper memusnahkan padi tanaman ibunya. Penduduk di seluruh kampung menjadi papa kedana kerana padi mereka musnah sebagai akibat banjir. Selain banjir, kemarau turut mengancam penduduk kampung juga. Kemarau yang berpanjangan menyebabkan tanaman padi mati. Ibu terpaksa mendapatkan bekalan air di perigi.

Penulis teringat akan kisah lampaunya. Penulis yang kini sudah beranak dan bercucu teringat akan kisah arwah ibu dan bapanya. Ibu tidak dapat bekerja mengusahakan sawah padi setelah terjatuh kerana terlanggar tunggul kayu. Akibatnya, ibu terus lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi. Bapanya pula semakin tua dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu keluarga. Penulis teringat akan kisahnya menjaga ibu dan ayahnya yang sudah tua. Ketika menjaga ibunya yang sudah tua, kadang-kala terdapat kesalahan yang dilakukan yang mengores hati ibunya. Penulis amat menyesali kesilapannya.

Keadaan Sungai Ceper digambarkan semakian kotor kerana pencemaran. Pelbagai bahan buangan terdapat dalam sungai tersebut. Air sungai semakin sedikit dan dasarnya semakin cetek sehingga menyebabkan sungai tersebut gagal berfungsi. Air sungai tersebut tidak mengalir lagi. Kekotoran di sungai tersebut amat menjijikkan.

Kini, penulis dan keluarganya mengambil alih kerja-kerja mengusahakan sawah padi. Walau bagaimanapun, keriangan mengusahakan sawah padi berbeza daripada zaman sebelumnya. Hal yang demikian kerana sungai tersebut tidak mampu lagi mengairi sawah seperti yang digambarkan ketika zaman ayah dan ibunya masih muda. Mengikut pengamatan penulis, kematian ibunya sama keadaan seperti yang dialami oleh Sungai Ceper.

Dipetik daripada LemBaraN PeNDiDik (http://norliza86usm.blogspot.com)

TEMA

Kepentingan tonggak keluarga yang gigih dan bersemangat yang sama

Page 6: Cerpen Ibu Dan Ceper, 6 Kerat, 8 Kerat, Latar Tempat Dan Konflik

pentingnya dengan sungai yang menjadi sumber air kepada manusia dan tumbuh-tumbuhan.

PERSOALAN

1. Kepentingan air kepada kehidupan manusia2. Hubungan simbiosis antara manusia dan alam sekitar3. Kegigihan dan kesabaran4. Sifat tidak bertanggungjawab manusia5. Peranan wanita6. Kasih sayang

NILAI

1. Kasih sayang2. Sayang akan alam sekitar3. Berdikari4. Kecekalan5. Kesyukuran6. Bermasyarakat

PENGAJARAN

1. Kita mestilah menyayangi ibu, menghargai dan menyanjungi jasanya

2. Kita mestilah menyayangi dan menghargai alam sekitar3. Sebagai ketua keluarga, kita mestilah bertanggungjawab menjaga

isteri dan anak-anak dan tidak membiarkan isteri sahaja bekerja menyara keluarga

4. Janganlah sesekali berputus asa jika sekali gagal atau ditimpa bencana

5. Rajinlah berusaha kerana kerajinan akan menjadikan kehidupan kita bertambah baik dan tidak dilanda masalah

Ceper ialah sebatang sungai yang menjadi sumber air bagi penduduk kampung dan pedalaman. Penulis (Shahnon Ahmad cuba membandingkan Sungai Ceper dengan ibu yang gigih bekerja di sawah, sementara suaminya (bapa penulis) asyik dengan burung ketitir.

Kesulitan hidup yang ditempuhi ibunya digambarkan  melalui liku-liku dan keadaan sungai yang semakin tercemar. Kian hari Sungai Ceper semakin lemah dan tohor akibat pelbagai sampah yang dibuang ke dalam sungai.

Pada suatu hari ibu telah terpijak tunggul lama menyebabkan dia tidak selincah seperti dulu. Ibu yang menjadi lumpuh, semakin uzur dan akhirnya meninggal dunia.

Penulis akhirnya membandingkan Sungai Ceper walaupun masih ada namun sudah tidak berfungsi seperti dulu,  iaiti sebagai sumber air kepada penduduk sedangkan ibu sudah meninggal lama sebelum bapa meninggal dunia.

Page 7: Cerpen Ibu Dan Ceper, 6 Kerat, 8 Kerat, Latar Tempat Dan Konflik

TEMA:-

Kepentingan air dalam kehidupan.

PERSOALAN:-

Kesukaran hidup apabila sungai tercemar. Setiap yang hidup akan mati. Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya. Menghargai anugerah Allah.

WATAK & PERWATAKAN:-

a. Ibu

Seorang yang rajin. Pandai membuat tikar. Bergaul dengan masyarakat. Mengamuk apabila Sungai Ceper tercemar dan berlaku banjir yang akhirnya

merosakkan tanamannya.

b. Bapa

Suka mendenak burung ketitir. Meninggal dunia kerana terjatuh.

c. Aku

Menggantikan ibu ke sawah setelah ibu lumpuh. Bertanggungjawab menjaga ibu.

PANTUN ENAM KERAT KOMSAS TINGKATAN 5 (MIRACLE OF LOVE)

Pengenalan Kajian Pantun Komsas

Jika semasa tingkatan 4, murid didedahkan dengan pantun empat kerat, kali ini untuk tingkatan 5 mereka diperkenalkan dengan pantun enam kerat dan pantun lapat kerat. Bahagian pembayang masih mematuhi prinsip unsur alam atau kerenah manusia. Rima akhir antara pasangan pembayang dengan maksud hendaklah sama setiap satunya, tetapi sukar untuk menyamakan rima awal dan tengah.

Prinsip jumlah 10 ke 12 suku kata bagi setiap baris juga nampaknya sukar sedikit.

Perhatikan bahawa baris 4, 5, 7, 8, 10, 1 dan 16 hanya mengandungi sembilan suku kata. Baris-baris pantun yang lain mengandungi 10 suku kata, kecuali baris terakhir yang terdiri daripada 11 suku kata.

Analisis di atas hanyalah bertujuan supaya murid lebih peka tentang bentuk pantun

yang dikarang. Murid yang pernah mengambil bahagian dalam pertandingan pantun

Page 8: Cerpen Ibu Dan Ceper, 6 Kerat, 8 Kerat, Latar Tempat Dan Konflik

tentu telah maklum tentangnya. Sebagai genre pembelajaran komsas, murid lebih menumpukan perhatian kepada mesej pantun, sama ada menerusi elemen komsas, terutama nilai, persoalan dan pengajaran tanpa melupakan tema dan latar.

Murid juga diharapkan dapat membuka perbincangan dari sudut kemahiran berfikir

secara kreatif dan kritis (kbkk). Kreatif bererti menjana idea yang asli, manakala kritis ialah menilai kemunasabahan (masuk akal) sesuatu idea. Biasanya, murid dikehendaki memberikan pendapat tentang punca (faktor, sebab), kebaikan (faedah, kelebihan, manfaat, keistimewaan) , akibat  (implikasi, kesan, natijah) dan cara (kaedah, langkah, tindakan).

Perbincangan Pantun Enam Kerat

Dalam bahagian pengenalan puisi tradisional (Dirgahayu Bahasaku, 3) ada dinyatakan bahawa Pantun Enam Kerat selenggaraan Md. Ali Bachik membawa nilai-nilai kekuatan, ketahanan dan ketabahan hati ketika berdepan dengan kekecewaan dalam bercinta. Nilai-nilai yang dinyatakan itu sangat penting, khususnya kepada murid remaja yang masih belum menempuh pengalaman hidup yang mencukupi andainya menghadapi situasi yang serupa. Hakikatnya, tidak semua yang dihajati dan diingini akan kesampaian.

          Putik kelapa menjadi muda,                    Kelapa muda jadi kemirau,                              Sudah kemirau menjadi kotai;          Hati luka pura tiada,                    Rasa pedih buat tak hirau,                              Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Pembayang rangkap satu ialah unsur alam. Maksud yang hendak disampaikan ialah walaupun hati sudah terluka, tetapi pura-pura atau berlagak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Perasaan sedih dan duka cita (pedih) seakan-akan tidak dipedulikan, walhal remuk redam yang dialami ialah cinta yang tidak kesampaian dan sudah berderai dan musnah semuanya.

          Ambil galah jolok kedondong,                     Galah pendek buluh sumpitan,                              Buluh bersisip tali jerami;          Bukan salah ibu mengandung,                      Sudah takdir sudah suratan,                              Sudah nasib jadi begini.

Rangkap kedua ialah tentang penyataan pasrah kepada ketentuan dan takdir yang disuratkan. Tiada sesiapa yang harus disalahkan. Nasib sedemikian tidak perlu disesali lagi.

          Sarat bermuat ikan cencaru,                    Gelama tidak berumpan lagi,

Page 9: Cerpen Ibu Dan Ceper, 6 Kerat, 8 Kerat, Latar Tempat Dan Konflik

                             Kail tersangkut di tepi batang;          Sudah dapat orang yang baru,                     Yang lama tidak berkenan lagi,                             Ibarat melukut di tepi gantang.

Pujaan hati sudah berubah hati kepada cinta baharunya, iaitu mendapat pengganti. Apabila ditinggalkan, si dia sudah tidak sudi (berkenan) dengan kekasih atau cinta lamanya. Jika masih mengharap, harapannya sangat tipis dan tidak akan dipandang lagi.

PANTUN LAPAN KERAT

MAKSUD

Rangkap 1: Seseorang itu perlu ada sifatsabar dalam dirinya kerana sifat sabar merupakan ciri orang yang beriman. Kesabaran akan menjadikan hati seseorang sukar untuk dipengaruhi oleh iblis sekali gus membolehkannya berjaya dalam hidup.

Rangkap 2: Kelahiran seseorang utusan istimewa yang merupakan keturunan nabi Adam yang turun dari langit dan akhirnya menjadi pembimbing kepada manusia.

Rangkap 3: Warisan bangsa dan tanah air telah musnah sebagai akibat kelalaian masyarakat setempat. Budaya Timur yang menjadi tunjang peradaban masyarakat telah dicemari oleh budaya Barat, manakala bahasa Melayu yang ditutur sejak sekian lama telah diabaikan dan hilang martabatnya yang tinggi.

TEMA Sifat sabar, kelahiran seorang utusan Allah ke Bumi, dan sifat leka yang membawa padah kepada

manusia.

PERSOALAN:

Sifat sabar yang merupakan kunci utama kejayaan seseorang.

Kelahiran seseorang utusan Allah yang amat istimewa.

Pencemaran budaya Timur dan Bahasa Melayu oleh pengaruh budaya Barat.

BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN Terdiri daripada 3 rangkap

Mempunyai 8 baris serangkap

4 baris pertama adalah pembayang,4 baris berikutnya adalah maksud

Terdiri daripada 3 hingga 5 patah kata sebaris

Page 10: Cerpen Ibu Dan Ceper, 6 Kerat, 8 Kerat, Latar Tempat Dan Konflik

Mempunyai 8 hingga 13 suku kata sebaris

Rima akhir bagi puisi ini abcdabcd (sengkeleng)

Bentuk puisi ini terikat/tidak bebas

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

Pemilihan kata (diksi) yang indah:

Contoh: Turun dari langit ketujuh

Inversi:

Contoh: Menjadi riuh orang di darat

(sepatutnya: orang didarat menjadi riuh).

Hiperbola:

Contoh: Bahasa ibunda hina terbiar.

Asonansi:

Contoh: Berburu musim tengkujuh

(pengulangan bunyi vokal u)

Aliterasi:

Contoh: Anak ketam disangka lelabi

(pengulangan bunyi konsonan k)

NILAI

Kesabaran:

Contoh: Bersabar dalam menghadapi sebarang dugaan yang mendatang.

Kesyukuran:

Contoh: Bersyukur kerana seorang yang amat istimewa telah diutuskan oleh Allah

untuk memimpin umat manusia dimuka bBumi ini.

Tanggungjawab:

Contoh: Bertanggungjawab terhadap bahasa ibunda, budaya Timur, dan

keharmonian negara.

Page 11: Cerpen Ibu Dan Ceper, 6 Kerat, 8 Kerat, Latar Tempat Dan Konflik

Menghargai:

Contoh: Menghargai bahasa ibunda, budaya Timur, dan adat resam yang

diamalkan sejak turun temurun.

PENGAJARAN

Kita hendaklah bersabar dalam melakukan sebarang perkara atau tugas.

Kita hendaklah bersyukur kerana memperoleh seorang utusan untuk memimpin kita ke jalan yang mulia.

Janganlah mudah terpengaruh oleh budaya Barat yang dapat mencemarkan ketulenan budaya Timur yang kita warisi sejak zaman-berzaman.

Novel Papa

LATAR TEMPAT

Sekolah Menengah Seri Gading• tempat Intan Maliana mengajar ( Matematik )• tempat Julia belajar

Restoran Starbucks, Mid Valley Megamall• tempat Julia dan Rasylan sering bekunjung• tempat Julia terserempak dengan papa dan Aisyah ( 2 kali)

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras• tempat mama dibedah• tempat kembar siam diumumkan meninggal dunia , tempat mama dirawat semasa dalam koma, lahirkan kembar siamnya

Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor• tempat Julia dan Rasylan menyambung pelajaran selepas berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM

Kedai Kopi (Coffee House) di Hotel Paya Serai• tempat Papa memujuk Julia agar merestui perkahwinannya dengan Aisyah.

Di rumah Jeffri di Kelana Jaya

Tempat Jeffri dan keluarganya serta Makcik Noraini pembantu rumah mereka tinggal dalam suasana harmoni

Novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua! )(a) Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah:

Page 12: Cerpen Ibu Dan Ceper, 6 Kerat, 8 Kerat, Latar Tempat Dan Konflik

➥Janganlah membelakangkan aspek kesihatan dalam memenuhi keinginan mahu mendapatkanzuriat.Contohnya, Intan Maliana yang ingin memenuhi impian suaminya Jeffri, membelakangkan risikoyang bakal dihadapinya memandangkan dia pernah mengalami komplikasi yang teruk semasamelahirkan Intan Julia.➥Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepercayaan yang diberikan untuk melaksanakansesuatu tugas.Contohnya, Jeffri telah melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa dengan menjaga Intan Juliadengan sebaik-baiknya semasa isterinya koma dan dia juga telah menjaga isterinya yang komadengan baik walaupun terpaksa meninggalkan beberapa aktiviti yang sering dilakukannya semasaisterinya sihat.(b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah:➥Kasih sayang suami kepada isteri.Jeffri sangat mengasihi isterinya. Demi kasih sayangnya, Jeffri sanggup menjaga isterinya yang sakitdi rumah.➥Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan.Ketabahan Jeffri diuji ketika isterinya koma. Dia tidak berputus asa berusaha untuk mengubatiisterinya supaya pulih seperti sediakala. Ketabahan Jeffri juga jelas semasa menghadapi kematiananak kembarnya.

(a) Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah:➥Di rumah Jeffri di Kelana Jaya – Tempat Jeffri dan keluarganya serta Mak Cik Noraini pembanturumah mereka tinggal dalam suasana yang harmoni.➥Di Sekolah Menengah Seri Gading – Tempat Julia belajar dan tempat Intan Maliana menjadi guruMatematik.➥Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia – Tempat Intan Maliana melahirkan anak kembarnyadan dirawat semasa dia dalam keadaan koma.➥Di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) – Tempat Julia dan rakan rapatnya Rasylanmeneruskan pengajian selepas tamat sekolah menengah.➥Di Restoran Starbucks Coffee di Mid Valley – Tempat Julia dan Rasylan kunjungi untuk minum dandi sinilah jugalah mereka terserempak dua kali dengan papa Julia minum bersama Aisyah.(b) Peleraian novel ini ialah:➥Kematian Mama amat menyedihkan Julia dan buat pertama kalinya  papa menangis

(a) Klimaks novel ini ialah:Klimaks cerita ini bermula semasa Julia mengajak papanya bersembahyang maghrib secara berjemaah.Selepas bersembahyang bersama, mereka menjenguk mama di biliknya. Setelah ditegur oleh suaminya,mama mula membuka mata dan mula bercakap. Pada masa itu, semua ahli keluarganya ada di sisi.Walau bagaimanapun, air muka mama berubah tatkala melihat Aisyah yang berada di sisi suaminya.Jeffri yang dalam keadaan serba salah itu akhirnya menjelaskan hal yang sebenar. Intan Maliana berasakecewa dan akhirnya meninggal dunia.(b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah:

Page 13: Cerpen Ibu Dan Ceper, 6 Kerat, 8 Kerat, Latar Tempat Dan Konflik

➥Bertanggungjawab - Jefri bertanggungjawab membawa Mak Cik Noraini tinggal bersamanya setelah keluarganya meninggal dunia dalam kemalangan.➥Prihatin - Datuk Mustakim sanggup mengambil Rasylan dari rumah JKM menjadi anak angkatnya.➥Kasih sayang - Jefri sangat mengasihi keluarganya. Dia sanggup membawa isterinya balik dari hospital untuk membolehkannya menjaga isterinya.➥Berhati mulia - Julia tidak membenci Rasylan walaupun dia tahu bahawa Rasylan berasal dari JKM.