Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Oleh Maskiah Haji Masrom

9
Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul oleh Maskiah Haji Masrom Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul oleh Maskiah Haji Masrom SINOPSIS Penulis iaitu seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Mas telah melancong ke Istanbul, Turki. Dengan hanya berbekalkan wang sebanyak USD 400, dia mengikuti rombonganPassage Tours and Travel. Penulis telah mencongak senarai cenderamata yang perlu dibeli. Namun, penulis hanya tertarik dengan buku-buku berbanding barang-barangan yang lain. Penulis juga telah diingatkan tentang panduan serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. penulis telah dinasihati oleh seorang pemandu pelancong yang bernama Yuksel tentang perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian bagi mengelakkan penipuan oleh para peniaga. Penulis serta rakan-rakannya berasa sukar untuk menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana tiada tanda harga dipamerkan dan harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya. Ketika berkunjung ke Grand Bazaar iaitu sebuah pusat beli-belah yang mempunyai lebih 6,000 buah kedai, penulis telah disapa oleh seorang lelaki dari sebuah kedai yang menjual jaket kulit. Lelaki itu telah meminta penulis mencuba sehelai jaket kulit yang berkualiti tinggi yang diperbuat daripada kulit kijang. Lelaki itu cuba sedaya upaya memujuk penulis untuk membeli jaket tersebut dengan menawarkan potongan harga yang rendah. Oleh sebab bukan dalam perancangan, penulis telah menolak secara sopan untuk membeli jaket yang telah dicubanya sebelum ini. Rupa-rupanya tindakan itu telah menimbulkan rasa kurang senang lelaki itu. Layanan yang agak kasar itu telah membuatkan penulis berasa kurang selesa. Penulis akhirnya teringat akan pesanan pemandu pelancong sebelum ini agar berhati- hati ketika berurusan dengan peniaga di Istanbul. Dalam perjalanan ke Egyptian Market, penulis didatangi seorang remaja kurus yang menjual barangan di pasaran gelap (black market) tetapi pihak polis telah menangkap remaja tersebut tetapi dilayan tanpa ada rasa kemanusiaan. Ketika beratur untuk menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus pula , seorang lelaki tua dengan

description

cerpen

Transcript of Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Oleh Maskiah Haji Masrom

Page 1: Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Oleh Maskiah Haji Masrom

Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul oleh Maskiah Haji Masrom

Cerpen   Jaket Kulit Kijang dari Istanbul   oleh Maskiah Haji Masrom

SINOPSIS

            Penulis iaitu seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Mas telah

melancong ke Istanbul, Turki. Dengan hanya berbekalkan wang sebanyak USD 400, dia

mengikuti rombonganPassage Tours and Travel. Penulis telah mencongak senarai

cenderamata yang perlu dibeli. Namun,  penulis  hanya tertarik dengan buku-buku

berbanding barang-barangan  yang lain. Penulis juga telah diingatkan tentang panduan

serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. penulis telah dinasihati oleh seorang

pemandu pelancong yang bernama Yuksel tentang perkara-perkara yang perlu diberikan

perhatian bagi mengelakkan penipuan oleh para peniaga. Penulis serta rakan-rakannya

berasa sukar untuk  menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana tiada tanda harga

dipamerkan dan  harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya.

            Ketika berkunjung ke Grand Bazaar iaitu sebuah pusat beli-belah yang mempunyai

lebih 6,000 buah kedai, penulis telah disapa oleh seorang lelaki dari sebuah kedai yang

menjual jaket kulit. Lelaki itu telah meminta penulis mencuba sehelai jaket kulit yang

berkualiti tinggi yang diperbuat daripada kulit kijang. Lelaki itu cuba sedaya upaya memujuk

penulis untuk membeli jaket tersebut dengan menawarkan potongan harga yang

rendah. Oleh sebab bukan dalam perancangan, penulis telah menolak secara sopan untuk

membeli jaket yang telah dicubanya sebelum ini. Rupa-rupanya tindakan itu telah

menimbulkan rasa kurang senang lelaki itu. Layanan yang agak kasar itu telah membuatkan

penulis berasa kurang selesa. Penulis akhirnya teringat akan pesanan pemandu pelancong

sebelum ini agar berhati-hati ketika berurusan dengan peniaga di Istanbul.

            Dalam perjalanan ke Egyptian Market, penulis didatangi seorang remaja kurus yang

menjual barangan di pasaran gelap (black market) tetapi pihak polis telah menangkap

remaja tersebut tetapi dilayan tanpa ada rasa kemanusiaan. Ketika beratur untuk menaiki

feri menyeberangi Selat Bhosporus pula , seorang lelaki tua dengan berani meletakkan

sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan penulis. Rakan Aku, Shahmeem menunjukkan

minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak sesuai dengannya apabila dipakai.

Shahmeem menjual pula kepada penulis dengan harga AS$100. Namun

begitu, penulis menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia kerana

tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Jaket tersebut juga perlu dijaga dengan rapi,

tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak, dan  jika koyak pula tidak dapat

dijahit dengan benang. Penulis berpendapat bahawa jaket kulit kijang itu sebenarnya

lambang kemewahan dan kemegahan. Lebih seekor kijang perlu dibunuh untuk

Page 2: Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Oleh Maskiah Haji Masrom

mendapatkan sehelai jaket. Dalam pada itu ingatan pemulis tertumpu pada hasil penulisan

tinggalan Nasreddin Hodja, iaitu tokoh pendidik yang berjiwa homuris dan mengamalkan

cara hidup sederhana. Beliau tidak suka akan pembaziran dan kemewahan.        

            Pembelian jaket kulit itu telah mendatangkan kegembiraan kepada penjualnya,

Shahmeem, dan kepada penulis sendiri. Penulis pula berhasrat untuk menjual jaket tersebut

apabila pulang ke Malaysia nanti. Tujuannya agar pembelinya berasa gembira kerana

membelinya dengan harga yang murah. Selain itu, tindakan itu dapat menghilangkan sifat

ego pembeli kerana dia sebenarnya membeli barangan terpakai. Penulis bercadang untuk

mendermakan wang jualan jaket itu kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang

kijang. Hal ini sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya

hidup manusia yang penuh kemodenan.

   

Page 3: Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Oleh Maskiah Haji Masrom

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama - Penulis (Mas) - peserta pakej pelancongan ke Istanbul, Turki. / bersopan santun - tetap menunjukkan sikap sopannya walaupun menerima layanan buruk daripada pekedai di Turki. / baik hati / murah hati  - membeli cenderamata untuk keluarga dan sahabat handainya. Dia juga  begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira. /berhemat ketika berbelanja - membuat perancangan lebih awal sebelum berbelanja. / suka membaca terutama hasil karya penulis tersohor. Dia juga akan leka membeli dan membaca buku jika terjumpa kedai yang menjual buku /  sensitif dan perasa -  tidak gemira apabila melihat nilai-nilai kasih sayang dan perikemanusiaan tidak diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. / mencintai hidupan liar -  sanggup mendermakan hasil jualan jaket kepada zoo yang ada kandang kijang. Dia begitu menyayangi haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan. / penyabar - tetap bersabar walaupun dimarahi dan dilayan dengan buruk oleh pekedai di Turki. Tidak boros berbelanja -  tidak terpengaruh dengan layanan mesra pekedai Turki agar membeli jaket kulit kijang ..

Watak Sampingan

1.     Lelaki Turki - berniaga di Grand Bazaar, Istanbul. / Seorang yang berpura-pura untukmemenangi hati pelanggan. /   tidak beretika ketika berniaga -  dia menuduh Mas bukan wanita muslim yang baik kerana telah membuang masanya. Pemuda berkulit putih / Mempunyai kumis (misai) / Fasih berbahasa Inggeris. apabila berkomunikasi dengan pelanggan yang datang ke kedainya./ Peramah dan mesra  ketika melayan pelanggan di kedainya. / Tidak berputus asamemujuk pelanggannya agar membeli barang jualannya. / Pandai mengambil hati pelanggannya dengan memberikan kata-kata manis. / Cepat marah – memarahi pelanggannya yang tidak mahu membeli barangannya                           

2.     Shahmeem - Rakan Mas yang turut serta dalam pelancongan ke Istanbul. / membeli jaket kulittetapi dia menjualnya semula kerana jaket itu tidak sepadan dengannya. / baik hati apabila menjual harga jaket kepada Mas lebih murah daripada harga asal yang dibelinya.

3.     Mevlana Celaleddin Ar-Rumi -  berasal dari Rom dan dikebumikan di Konya. /  menulis lebih daripada 25000 buah puisi sufi sepanjang hayatnya. / Hasil tulisannya banyak membicarakan perihal kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengira bangsa, agama dan negara. /  menyebarkan tauhid kepada penduduk Konya

4.     Nasreddin Hodja - Penulis tersohor pada zaman pemerintahan Sultan Timur Leng. / dilahirkandi Horto dan dibesarkan di Aksehir, Turki. /  mengamalkan cara hidup sederhana dan merupakan tokoh pendidik yang berjiwa humoris. /  tidak suka akan pembaziran dankemewahan. / Hasil tulisannya disenangi oleh segenap lapisan masyarakat dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

5.     Polis Turki – Lelaki dewasa / Bertubuh tegap / Berbaju T dan berseluar panjang / Berwajah serius – kelihatan serius ketika dia menjalankan tugasnya apabila dia menangkap seorang remaja yang menjual barangan pasaran gelap

Page 4: Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Oleh Maskiah Haji Masrom

LATAR

Latar Tempat

1.     Istanbul, Turki - Rombongan pelancongan dari Malaysia mengadakan lawatan ke Istabul, Turki.

2.     Grand Bazaar - Terdapat lebih 6 000 gerai di Grand Bazaar dan penulis membeli-belah di situ.

3.     Sebuah kedai di Grand Bazaar - Penulis telah dipaksa membeli jaket oleh seorang peniaga di situ.

4.     Bas. Mas membaca puisi daripada buku Mevlana Celaleddin Rumi and The Whirling Dervishes di dalam sebuah bas.

5.     Hotel Senator – tempat penginapan aku dan rakan-rakannya ketika melancong di Turki.6.     Kedai menjual jaket kulit – aku terpaku ketika melihat sepasang sarung tangan kulit

berwarna hitam di rak cermin. / Haji Helmi dan isterinya, cikgu Juliah membeli empat helai jaket berwarna kuning keemasan. / penulis mencuba jaket kulit kijang namun tidak jadi membelinya kerana dia tidak mempunyai wang yang mencukupi.

7.     Pigeon Valley – Penulis bersedekah kepada pengait benang yang kesejukan.8.     Gunung Bolu – Penulis bersedekah kepada seorang kanak-kanak bersama-sama datuknya

yang buta.9.     Masjid Ulu – Penulis bersedekah kepada seorang lelaki yang cacat anggota.10.  Masjid Biru – tempat Penulis menunaikan solat jamak.11.  Egyptian Market – tempat membeli belah yang mempunyai dataran burung merpati jinak.12.  Terminal Feri Selat Bhosporus – Shahmeem membeli jaket kulit hitam daripada lelaki tua

di pasaran gelap dengan harga AS$120.

Latar Masa

1.     Hari kelima lawatan ke Turki. Penulis membeli-belah di Grand Bazaar dan dipaksa membeli jaket kulit kijang.

2.     Hari keenam lawatan ke Turki. Penulis melawat Egyptian Market.3.     Malam terakhir di Istanbul. Penulis menyusun barang-barang untuk dibawa pulang.

Page 5: Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Oleh Maskiah Haji Masrom

Unsur-unsur KOMSAS   Cerpen   Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Peristiwa Persoalan Latar masyarakat

kijang terpaksa dibunuh agar kulitnya dapat dijadikan jaket

Persoalan tentang kemewahandan gaya hidup moden yangmengancam kehidupan haiwan liar

Peniaga lelaki di Grand Bazaar, Istanbul memaksa seseorang membeli barangannya

Persoalan tentang sikap peniaga yang tidak mematuhi etika perniagaan

Penulis dan rakan-rakannya melancong ke Turki

Masyarakat yang suka

melancong

Hasil penulisan Mevlana Celaleddin Ar-Rumi dan Nasreddin Hodja banyak dijadikan bahan bacaan dan rujukan masyarakat selepasnya

Masyarakat penulis yang banyak meninggalkan hasil penulisan yang berkualiti

Penulis masih dapat bersabar terhadap tindakan peniaga yang menghamburkan kata-kata kesat dan memaksanya membeli jaket

Page 6: Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Oleh Maskiah Haji Masrom

Latihan Pemahaman -  Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab

soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

            Kisah aku akhirnya “terbeli” jaket kulit kijang dari Istanbul ini bermula pada hari

kelima lawatanku ke Turki. Aku sengaja menggunakan perkataan “terbeli” kerana aku benar-

benar tidak ada niat untuk membelinya. Ahli rombongan kami yang seramai 20 orang

dibenarkan pergi membeli-belah di Grand Bazaar yang terletak lebih kurang satu kilometer

dari tempat penginapan kami di Hotel Senator.

          Aku sudah mempunyai ilham jenis cenderamata yang akan kubeli untuk ahli keluarga

dan sahabat handai di Malaysia. Sebelum tiba di Istanbul, kami sudah melawat beberapa

kawasan bersejarah di Bursa, Pamukkale, Konya, Cappadocia dan Bolu. Pada setiap

persinggahan itu, aku mendapati bahawa cenderamata yang popular dan unik di Turki

berupa anak patung kain berpakaian tradisi, manisan tradisi lokum yang terkenal sejak

zaman pemerintahan Uthmaniah, teh uncang berperisa epal, rantai kunci daripada kaca biru

berupa mata merpati, botol orga saiz mini, pinggan seramik bertulis ayat suci dan gelang

manik penari gelek. Aku memang bercadang untuk membeli cederamata tersebut di Istanbul

kerana pada pendapat aku, apabila membeli cenderamata dalam jumlah yang banyak, aku

akan dapat membelinya dengan harga yang lebih murah, selain mempunyai pilihan yang

lebih luas. Aku begitu teruja saat mendengar khabar bahawa kedai yang terdapat di Grand

Bazaar berjumlah 6 000.

          Pemandu pelancong, Encik Yuskel, telah memberitahu kami beberapa panduan

berbelanja di Istanbul. Pertama, jangan beli barangan daripada penjual di tepi jalan. Kedua,

jangan berjalan sendirian. Ketiga, jangan beritahu negara asal sekiranya ditanya oleh para

pekedai. Keempat, jangan naik ke tingkat atas kedai sekiranya dipelawa. Kelima, tawar

harga setiap barangan yang ingin dibeli sehingga 70 peratus. Keenam, jangan gunakan kad

kredit sebab terlalu berisiko ditipu.

Page 7: Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Oleh Maskiah Haji Masrom

(i) Jelaskan panduan ketika berbelanja di Istanbul seperti yang diberitahu oleh pemandu

pelancong dalam petikan.                                                                                        

[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan melancong ke negara luar?                               [3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan “aku” yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan  dua

perwatakan lain “aku” daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.                                      

[3  markah]