cerpen oren

18
KOMSAS TINGKATAN 1 CERPEN OREN

description

tingkatan 1

Transcript of cerpen oren

KOMSAS TINGKATAN 1

KOMSAS TINGKATAN 1CERPEN OREN

Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah yang pada mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah membawa Oren pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak beberapa lama kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang.SINOPSIS CERPEN ORENTEMA DAN PERSOALANKasih sayang kepada binatang.Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih sayang yang sepenuhnya.

Hubungan baik antara manusia dan haiwanContoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi kedua-dua kucing tersebut

2. Konflik antara Oren dan KelabuContoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia menghabiskan sisa-sisa makanan Kelabu.3. Berkongsi minat yang samaContoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.

SAMBUNGAN PERSOALAN1. Permulaan/EksposisiKisah bermula dengan Oren yang sudah empat hari menghilangkan diri. Kehilangan Oren telah dirasai oleh seluruh ahli keluarga2. PerkembanganAyah tidak mengetahui sebab-sebab mengapa Oren menghilangkan diri dari rumah. Kehilangan Oren telah mendatangkan kesedihan kepada ayah. Azura memberitahu kepadaku bahawa Oren melarikan diri kerana berasa cemburu dengan Kelabu yang mendapat perhatian daripada seluruh ahli keluargaku.

PLOT3. KlimaksAyah mula sedar kesilapannya yang mengabaikan Oren telah menyebabkan Oren menghilangkan diri dari rumah tanpa dapat dikesan. Kerisauan ayah semakin berganda apabila cuaca pada hujung pertengahan Disember yang selalu menurunkan hujan akan mendatangkan masalah kepada Oren.

SAMBUNGAN PLOT4. PeleraianAnis menjumpai bangkai Oren di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan hadapan rumah mereka. Mata ayah berkaca selepas mendengar kejadian tersebut

SAMBUNGAN PLOT1. PemerianContoh: Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan ibu Oren.2. DialogContoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren.3. MonologContoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren menghilangkan diri selama empat hari.

TEKNIK PENCERITAAN4.Imbas KembaliContoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke rumah mereka.

SAMBUNGAN TEKNIK PENCERITAAN1. Seorang ayah yang penyayang2. Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu3. Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren4. Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu di badan Oren5. Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren6. Menangisi kematian Oren

WATAK UTAMA - AYAHi. Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna orenii. Dibela sejak kecil selepas kematian ibunyaiii. Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan selepas Kelabu makaniv. Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-lebihkan Kelabu

WATAK SAMPINGAN-ORENi. Salah seekor daripada kucing belaan ayahii. Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabuiii. Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan keluarganyaiv. Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnyav. Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah

WATAK SAMPINGAN-KELABUi. Kehilangan Oren selama empat hariii. Sudah seminggu hujan turuniii. Setiap malamiv. Hujung pertengahan Disemberv. Makan malamvi. Dua hari yang lalu

LATAR MASAi. Rumah ayah membawa Oren pulang ke rumahii. Halaman Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di kawasan halaman rumahiii. Taman permainan tempat bangkai Oren ditemui oleh Anisiv. Dapur ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susuv. Ruang tamu setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu untuk bermanja dengan ayahvi. Tepi longkang tempat Oren membuang najisnyaLatar Tempat/ Ruangi. Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing ayah dan keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucingii. Masyarakat yang bertanggungjawab ayah yang melanggar ibu Oren telah bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipeliharaiii. Masyarakat yang pemurah ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susuLatar Masyarakati. Simile seperti ada yang membersihkannyaii. Personifikasi setiap kali mata Oren dan matanya bertemuiii. Personifikasi Oren cemburu akan kehadiran Kelabuiv. Sinkof tika (ketikaGAYA BAHASAi. Kasih sayang ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan merekaii. Bertanggungjawab ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian ibunyaiii. Baik hati ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing peliharaannyaNILAIi. Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk selain manusia.ii. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak menganiayai orang lain,iii. Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk menjamin kesejahteraan dalam hidupPENGAJARAN