CERPEN PENANGGUNGAN

6
CERPEN PENANGGUNGAN

description

CERPEN PENANGGUNGAN. Cerpen ini mengisahkan Kapten Mamat yang menghadapi konflik dalam dirinya setelah didatangi oleh janda kelasinya Baharom . Masnah , janda arwah Baharom ialah saudara jauh sebelah bapanya. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of CERPEN PENANGGUNGAN

Page 1: CERPEN PENANGGUNGAN

CERPEN PENANGGUNGAN

Page 2: CERPEN PENANGGUNGAN

Cerpen ini mengisahkan Kapten Mamat yang menghadapi konflik dalam dirinya setelah didatangi oleh janda kelasinya Baharom.

Masnah, janda arwah Baharom ialah saudara jauh sebelah bapanya.

Page 3: CERPEN PENANGGUNGAN

Masnah datang menuntut haknya sebagai seorang janda. Suaminya Baharom meninggal selepas jatuh dari tiang geladak kapal yang dikemudi oleh Kapten Mamat.

Kapten Mamat sangat bersimpati dengan Masnah namun apa dayanya. Isteri Kapten Mamat cuba mententeramkan Masnah namun gagal.

Page 4: CERPEN PENANGGUNGAN

Masnah meluahkan kekecewaannya kerana nasibnya tidak terbela selepas kematian suaminya, Baharom.

Kapten Mamat berjanji untuk membela nasib Masnah. Keadaan menjadi kelam kabut apabila, Masnah tiba-tiba pengsan

Page 5: CERPEN PENANGGUNGAN

Isteri Kapten Mamat menyuruhnya memanggil bomoh.

Namun Kapten Mamat tidak percayakan khidmat bomoh lalu dia menggosokkan tapak kaki Masnah.

Kemudian dia menyuruh isterinya memercikkan air ke muka Masnah.

Akhirnya Masnah sedar dari pengsan.

Page 6: CERPEN PENANGGUNGAN

Kapten Mamat menyokong niat Masnah untuk balik ke kampung untuk menenangkan jiwanya.

Dia juga menyuruh Masnah berjumpa doktor untuk mengetahui penyakit yang dialaminya.

Masnah akhirnya akur dengan nasihat Kapten Mamat. Sehebat mana penanggungan masalah yang dihadapinya, Masnah akur dengan ketentuan Tuhan bahawa setiap yang hidup akan mati.