CERPEN PENANGGUNGAN.docx

download CERPEN PENANGGUNGAN.docx

of 5

Transcript of CERPEN PENANGGUNGAN.docx

CERPEN PENANGGUNGAN

CERPEN : PENANGGUNGANOleh: Wijaya Mala

Sinopsis

Kapten Mamat mengimbau kecelakaan yang berlaku di atas kapalnya yang melibatkan kelasi yang bernama Baharum. Masnah, balu kepada Baharum tidak dapat menerima kenyataan dan menyalahkan takdir atas kejadian yang menimpa suaminya. Masnah mengadukan nasibnya yang malang kepada Kapten Mamat. Masnah menyalahkan kehidupan para kelasi yang sentiasa berada dalam keadaan bahaya. Kapten Mamat berjanji akan berusaha untuk mendapatkan pampasan untuk masnah bagi mengurangkan beban keluarganya. Selain itu, Kapten Mamat memberikan kesedaran kepada Masnah bahawa setiap kematian itu telah ditentukan sebab musababnya. Akhirnya, masnah sedar bahawa sebagai manusia, dia perlu menerima kenyataan dan mengakui hakikat bahawa itulah lumrah kehidupan.

Aspek komsas dalam cerpen Penanggungan karyaWijaya Mala

ITEMPERNYATAANCONTOH

TemaMenanggung tanggungjawab untuk meringankan beban keluarga yang menimpa nasib malangKapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum.

Persoalan

Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suamiMasnah terpaksa menenpuh kehidupan bersama-sama dua orang anaknya tanpa suami yang mati akibat terjatuh dari atas kapal

Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa

Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya.

Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lainIsteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami

Persoalan keredhaan menghadapi ketentuan IllahiMasnah akhirnya redha dengan ketentuan Illahi, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati

Persoalan tanggungjawab membantu golongan kurang bernasib baikKapten Mamat memberitahu bahawa dia akan membantu Masnah dengan cara meminta persatuan membayar pampasan kepada Masnah

Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidupKapten Mamat menyeru supaya Masnah tabah dan berani menghadapi kehidupan walaupun tanpa suami

Persoalan kecelaruan masa depan akibat kehilangan tempat bergantungMasnah berasa demikian setelah suaminya Baharum meninggal dunia. Akibat daripada itu juga dia mengalami tekanan perasaan. Akhirnya Masnah bercadang untuk memulakan kehidupan barunya di kampung

Plot

PermulaanPembaca diperkenalkan dengan watak Kapten Mamat yang sedang duduk berehat di rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu terhempas ke petak besi

PerkembanganKapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia terkenangkan anak-anak Baharum yang menjadi yatim dan isterinya menjadi balu .Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika menjalankan tugas syarikat semasa menjadi kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi Masnah dan anak-anaknya. kapten Mamat tersentuh perasaan melihat anak Masnah yang bertanyakan ayahnya.

PerumitanKonflik timbul apabila Kapten Mamat cuba menasihati dan memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan. Masnah tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal seperti bapa mereka.

KlimaksMansa tertekan sehingga pitam. Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah buat sementara waktu berdasarkan pengalamannya ketika mengemudi kapal dahulu.

PeleraianMasnah sedar daripada pitam dan Kapten Mamat berjanji untuk membela nasibnya di samping menasihati Masnah agar membuat pemeriksaan doktor. Masnah pula menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung. Masnah akhirnya menerima takdir Allah.

NilaiSimpatiKapten Mamat bersimpati dengan nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum

Kasih sayangMasnah amat mengasihi suaminya sehingga sukar untuk menerima kematian suaminya

BeraniKapten Mamat berani menghadapi cabaran bekerja di laut

RedhaMasnah akhirnya menerima kecelakan yang menimpa suaminya adalah kehendak Allah

TanggungjawabKapten Mamat bertanggungjawab atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya sehingga berjanji untuk membantu Masnah melalui kesatuan

Baik hatiKapten Mamat melayan Masnah dan anak-anaknya dengan baik ketika masnah berkunjung ke rumahnya

PengajaranKita hendaklah bersimpati terhadap golongan yang bernasib kurang baik supaya kehidupan mereka selesaKapten Mamat bersimpati dengan nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya setelah kematian suaminya, Baharum

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kerana mereka menjadi tempat bermanjaMasnah sangat menyayangi suaminya sehingga dia merasakan hidupnya tidak tentu arah setelah kematian suaminya itu

Kita hendaklah sabar menghadapi permasalah dalam hidupKapten Mamat meminta supaya Masnah bersabar dan tabah menghadapi dugaan hidup walaupun dugaan itu sangat menyakitkan

Kita hendaklah menerima ketentuan Illahi dengan hati terbukaMasnah akhirnya menerima peristiwa kematian suaminya yang merupakan takdir Illahi

Watak & perwatakanPerwatakan dalamanHuraian

Kapten MamatPrihatin

Kapten Mamat prihati dengan nasib yang menimpa Masnah setelah kematian suaminya

Bertanggungjawab

Kapten Mamat berjanji akan membantu Masnah melalui kesatuan

Baik hati

Kapten Mamat melayan Masnah dan anak-anaknya dengan baik ketika Masnah datang ke rumahnya

MasnahPenyayang

Masnah sangat menyayangi suaminya sehingga dia sukar menerima kenyataan kematian Baharum

Menerima ketentuan Illahi

Mansa akhirnya menerima kematian suaminya sebagai takdir

Berpandangan jauh

Masnah tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal dan merancang untuk pulang ke kampung

LatarPernyataanHuraian

Latar masaTengah hariCuaca panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia membuka baju

Latar tempatRumah Kapten MamatMasnah dan anak-anaknya berkunjung ke rumah Kapten Mamat

Kapal

Baharum mati di atas kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat

Latar masyarakatMasyarakat yang cekap menghadapi cabaranKapten Mamat berjaya menghadapi situasi cemas ketika Masnah pitam

Masyarakat yang bertanggungjawabKapten Mamat bertanggungjawab membantu Masnah dan anak-anaknya melalui kesatuan

Masyarakat yang sukar menerima kenyataanMasnah pada mulanya sukar untuk menerima kematian suaminya

Masyarakat yang redha dengan ketentuan IllahiMasnah akhirnya menerima kematian suaminya dengan redha

Masyarakat yang baik hatiKapten Mamat melayan Masnah dan anak-anaknya dengan baik